Kami dimaklumkan bermula Januari 2021, perkhidmatan HeinOnline dan JStor telah pun ditamatkan oleh Perpustakaan UiTM seluruh negara yang mana akses kepada jurnal ini merupakan salah satu sumber rujukan mahasiswa dan tenaga pengajar UiTM.
Kami juga difahamkan bahawa penamatan ini mungkin disebabkan kekangan kewangan yang terpaksa dihadapi oleh UiTM. Adakah kekangan ini berpunca daripada pengurangan peruntukan Kerajaan sebanyak RM 129 juta kepada UiTM yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021? Jika benar, maka alasan ini tidak boleh di terima memandangkan UiTM merupakan salah satu universiti awam yang utama di Malaysia.
UiTM memiliki 35 cawangan di seluruh Malaysia yang terdiri daripada lebih 300,000 pelajar. Oleh itu, kemudahan pembelajaran dan penyelidikan ini tidak boleh dipandang enteng apatah lagi ditamatkan begitu sahaja.
Selaku alumni UiTM, kami mahukan kualiti pendidikan dan kemudahan yang disediakan oleh UiTM selama ini tidak dikompromi malah perlu ditambah baik demi kelangsungan pendidikan anak bangsa serta menjadikan UiTM sebagai universiti bertaraf dunia.
Oleh itu, kami menuntut penjelasan daripada pihak pentadbiran UiTM dan Menteri Pengajian Tinggi dengan kadar segera.
Kenyataan Bersama Oleh:
1. Nor Miswary bin Ramli
Setiausaha DAP Cawangan Shah Alam
Alumni UiTM Shah Alam
2. Farhan Haziq bin Mohamed
Setiausaha DAPSY Damansara
Alumni UiTM Shah Alam
3. Muhammad Khairil Khalid
Pengerusi Cawangan DAP Kiara
Alumni UiTM Shah Alam
4. Ahmad Afiq bin Jumhuri
Setiausaha Publisiti Cawangan DAP Kampung Tunku – SS1
Alumni UiTM Negeri Sembilan
5. Nur Rahim Bin Nasir
Setiausaha Mahasiswa Roket
AJK Cawangan DAP Kampung Tunku-SS1
Alumni UiTM Pahang
6. Aslam Ramli
AJK Cawangan DAP Kampung Tunku-SS1
Alumni UiTM Melaka
7. Muhamad Rahimi Raduan
Setiausaha Cawangan DAP Kiara
Mantan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam
Alumni UiTM Shah Alam
8. Danish Zainudin
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Melaka
Alumni UiTM Negeri Sembilan
9. Athari bin Bahardin
Ahli DAP Cawangan Kiara
Alumni UiTM Shah Alam
10. Mohamed Yazzer Azzad bin Zainudin
Ahli DAP Cawangan Kiara
Alumni UiTM Shah Alam
11. Nurhadi Zainol
Bendahari DAPSY Damansara
Alumni UiTM Shah Alam
12. Muhammad Shahrul Bin Shahabudin
Naib Setiausaha DAP Kubu
Alumni UiTM Shah Alam