MAHATHIR MELAYU MUDAH LUPA.



Di bawah ini adalah petikan berita yang pernah disiarkan oleh Berita Harian pada 30 Disember 2018 yang lalu.
—————————————————-
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan cadangan beberapa perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mahu dirinya kekal sebagai Perdana Menteri selama sepenggal, tidak boleh dilaksanakan.
Pengerusi BERSATU itu berkata, perjanjian supaya beliau menjadi Perdana Menteri untuk sementara waktu, adalah satu pengorbanan yang perlu diterima ahli BERSATU.
Katanya, perjanjian itu dibuat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bersama parti komponen Pakatan Harapan (PH) supaya ‘musuh lama’ dapat bersatu untuk memastikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya ditumbangkan.
“Saya sedar desakan supaya kita terus ada Perdana Menteri yang tua ini lama-lama lagi, tapi suatu ketika dulu kita adalah pembangkang, kita tubuh parti dan harap dapat sokongan, khususnya daripada orang Melayu.
“Kalau dapat sokongan orang Melayu saja tanpa parti lain, saya tak yakin kita dapat menang. Untuk adakan gabungan parti, maka kita berunding dengan rakan kita.
“Satu syarat dikenakan ialah supaya (saya) yang juga bekas musuh ketat mereka boleh jadi Perdana Menteri untuk sementara.
“Jadi kita perlu berkorban dan terima syarat itu kerana yang utama bukan menjadi Perdana Menteri, tetapi menjatuhkan Datuk Seri Najib (Razak). Itu perjuangan kita,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) kali kedua BERSATU di sini, hari ini.
Terdahulu, ketika sesi perbahasan, beberapa perwakilan BERSATU mencadangkan supaya Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Bagaimanapun, cadangan itu bercanggah dengan perjanjian dibuat antara pimpinan PH yang bersetuju melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selama dua tahun, sebelum digantikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Mahathir berkata, ahli BERSATU perlu bertolak ansur dan menerima perjanjian itu kerana pengorbanan setiap parti komponen PH ketika itu yang menghasilkan kemenangan pada PRU-14.
“Dalam perjuangan, perlu ada tolak ansur. Kalau kita berdegil, berkeras, kita akan binasa, jauh sekali mencapai matlamat digariskan kita,” katanya.
Sementara itu, dalam sidang medianya, Dr Mahathir berkata, beliau tidak pernah mengadakan perbincangan lanjut dengan Anwar berhubung tempoh ‘penyerahan’ jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR itu.
Beliau berkata, perkara itu juga tidak dibincangkan langsung ketika makan malam bersama Anwar.
“Tiada. Kami tidak ada bercakap mengenai hal itu. Walaupun ketika kami sedang makan malam bersama, perkara itu tidak pernah dibangkitkan.
“Saya rasa beliau rasa selesa dengan janji bahawa beliau akan jadi pengganti saya mungkin dalam tempoh dua tahun.
“Mungkin dalam tempoh pendek. Apapun, mungkin juga saya tidak akan menyandang jawatan Perdana Menteri sehingga pilihan raya akan datang,” katanya.
—————————————————-
Sekarang, setelah hampir setahun berlalu dengan berita di atas disiarkan iaitu berdasarkan ucapan dan kata-kata Tun Mahathir sendiri, agak-agak masih ingatkah beliau dengan apa yang pernah diucapkannya itu?
Atau sudah lupa?
Mungkinkah beliau sengaja lupa?
Kalau dibandingkan apa yang ada di depan mata kita sehari dua ini, adakah Tun Mahathir sebenarnya antara orang Melayu yang mudah lupa sepertimana yang selalu disebutnya selama ini? (Shahbudindotcom 04/10/2019)

TUN MAHATHIR, TOLONGLAH FAHAM!


TUN MAHATHIR, TOLONGLAH FAHAM!

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Tun, kita berpakat dalam Pakatan Harapan ini adalah untuk sama-sama menjayakan objektif masing-masing. Parti Tun mahu jatuhkan DS Najib. Parti kami mahu DS Anwar jadi PM. Parti DAP mahu BN tumbang. Parti AMANAH mahu mentadbir negara dan jadi menteri.

2) Sekarang, objektif parti Tun dan tercapai, DS najib dah tumbang. Objektik parti DAP dan AMANAH juga sudah tercapai. Yang belum tercapai adalah hasrat kami untuk melihat DS Anwar menjadi PM.

3) Kami sebenarnya mahu beliau menjadi PM7. Tetapi atas dasar kesepakatan dan strategi ampuh untuk menumbangkan DS Najib dan BN serta PAS, kami izinkan Tun untuk jadi PM7 sementara. Ia bukanlah tujuan utama kami, kerana tujuan utama kami adalah DS Anwar menjadi PM, walaupun terpaksa menjadi PM8.

4) Suda-sudahlah Tun bermain silat melengah-lengahkan cita-cita kami untuk melihat DS Anwar menjadi PM8 tercapai. Kami semua rata-rata semakin gusar dan tidak selesa dengan perkembangan dan gerak-geri Tun. Janganlah macam-macam!

5) Alasan Tun masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk memulihkan negara tidak perlu timbul, kerana apabila DS Anwar menjadi PM8 kelak, tahulah dia nak urus bagaimana. Hari ini menang, esok harga minyak turun itu adalah kata-kata DS Anwar. Berilah dia peluang untuk membuktikannya.

6) Sikap Tun hanya membuatkan pembangkang mentertawakan DS Anwar. Tidap patut Tun berbuat begitu kepada seorang yang berjiwa besar mengizinkan Tun menjadi PM7. Ya, Tun menjadi PM7 adalah atas restu DS Anwar!

7) Ketahuilah Tun, apabila DS Anwar menjadi PM8, negara akan dapat dibina semula dengan lebih baik dan cepat. Hutang negara biliyun-biliyun akan diselesaikan tanpa perlu bon-bon dan pinjaman luar.

8 ) Janji pendidikan percuma kita gagal tunaikan. Mansuh PTPTN kita gagal buat. Hapuskan Tol dan AES pun kita terbarai. Jawapan manifesto bukan kitab suci adalah sangat memalukan, Tun. Semua masalah kita ini hanya satu cara sahaja boleh selesai, iaitu Tun undur dan DS Anwar menjadi PM8.

9) Kalau Tun tengok cherita orang putih bab pembunuh upahan, sebaik sahaja orang yang mengupah membayar sejumlah besar amaun kepada pembunuh untuk membunuh seseorang, pembunuh itu akan beritahu dengan yakin - consider it done.

10) Begitulah keadaannya sebaik sahaja DS Anwar angkat sumpah sebagai PM, kita akan katakan kepada rakyat yang gelisah dengan kegagalan manifesto kita... kita akan berkata dengan yakin - "don't worry, consider it done! Insya Allah"

Sekian

p/s: Perrrgh!!!

ORANG MELAYU TANJUNG PIAI MELUAT TENGOK UMNO, PAS

KENAPA TIDAK LAGI DISEBUT NAMA ANWAR



Dalam tempoh kurang seminggu ini, sudah dua kali Tun Mahathir tidak menyebut nama Anwar Ibrahim sebagai bakal penggantinya.
Sebelum ini, apabila menjawab persoalan mengenai peralihan kuasa atau bakal penggantinya, beliau tidak pernah lupa menyebut nama Anwar secara terang dan nyata.
Bagaimanapun, dalam dua kenytaannya terakhir ini, Tun Mahathir dilihat tidak lagi menyebut nama Anwar, tetapi hanya menyatakan ‘calon lain’ apabila merujuk tentang penggantinya.
Ketika di New York baru-baru ini, dalam sesi dialog anjuran Majlis Hubungan Luar, Tun Mahathir berkata, beliau akan melepaskan jawatannya sebelum PRU akan datang.
“Saya bekerja 18 jam sehari kerana saya tidak mempunyai banyak masa.
“Saya janji akan berundur sebelum PRU akan datang untuk memberi laluan kepada calon lain. Saya mungkin ada masa tiga tahun paling lama,” katanya lagi.
Semalam, ketika bercakap kepada wartawan di Putrajaya, Tun Mahathir memberitahu, tempoh peralihan kuasa akan diteliti berdasarkan situasi semasa sebelum diserahkan kepada mana-mana calon yang layak.
“Kena kaji keadaan, jika kerja tak dibuat atau dibuat separuh, susahlah,” tambahnya.
Jika diperhatikan, di New York, beliau menyebut perkataan “calon lain” untuk merujuk bakal penggantinya, manakala semalam pula ayatnya ialah “mana-mana calon yang layak”.
Kenapa jadi begini?
Mengapa ayat Tun Mahathir mula berubah, dulu disebut terus nama Anwar, kemudian “calon lain” dan seterusnya “mana-mana calon yang layak” pula?
Siapa yang dimaksudkan Tun Mahathir dengan “calon lain” dan apa pula maksud “mana-mana calon yang layak” itu?
Kalau perkataan “calon lain” belum tentu merujuk kepada Anwar, bukankah perkataan “mana-mana” jelas membawa maksud lebih daripada seorang?
Dalam hal tersebut, apakah Tun Mahathir sudah lupa dengan konsensus PH yang hanya menyetujui hanya satu nama iaitu Anwar saja sebagai bakal penggantinya?
Jadi, mengapa masih disebut “mana-mana”?
Siapa calon “mana-mana” itu sebenarnya?
Ikhlaskah Tun Mahathir untuk memenuhi janji konsensus penyerahan jawatan yang telah disetujuinya selama ini?
Tetapi, jika benar Tun Mahathir ada “mana-mana” calon lain selain Anwar dalam hatinya, bolehkah beliau berterus-terang mengenainya?
Atau jika beliau masih kekal dengan persetujuan bahawa Anwar adalah satu-satu bakal penggantinya, janganlah cuba berubah-ubah nada dalam percakapannya.
Cukuplah rakyat mendengar sandiwara perkataan “mungkin dua tahun, mungkin lebih dan mungkin kurang” yang selalu diulang-ulangnya sebelum ini yang akhirnya ternyata mahu tempoh tiga tahun pula kebelakangan ini.
Tidak guna sebenarnya jika Tun Mahathir hanya tunjuk berani mengkritik kuasa besar dunia di pentas PBB, tetapi masih takut untuk berterus-terang apa yang ada dalam hatinya dan berkaitan negaranya sendiri.
Tun, dalam usia bonus yang diberi Tuhan hidup di dunia ini, cubalah untuk melaluinya dengan jujur, ikhlas dan jangan berbelit-belit macam PM4 dulu.
SST – Sudah-sudahlah Tun!!! (Shahbudindotcom 04/10/2019)

SABAH AKAN BINA JARINGAN KERETAPI BAHARU Sabah akan bina jaringan keretapi baharu

ANWAR OPTIMIS PERALIHAN KUASA LANCAR

KERJASAMA UMNO PAS HANYA ‘CAKAP-CAKAP’ POLITIK?

TUN, CAKAP TERUS-TERANG SAJALAH TUN MAHU JADI PM SAMPAI MATI....



Tun Mahathir Mohamad nampaknya terus mengelak untuk menetapkan tarikh pengundurannya bagi membolehkan Anwar Ibrahim mengambil alih tempatnya sebagai Perdana Menteri.

Dalam respon terbaru, khususnya berkaitan desakan Dr Syed Husin Ali agar Majlis Presiden PH menetapkan tarikh peralihan kuasa, beliau berkata,  tempoh peralihan akan ditentukan berdasarkan situasi semasa.

Tambahan, katanya, masih ada kerja yang perlu dilakukannya lagi.

“Kita perlu kaji keadaan, jika kerja tak dibuat atau dibuat separuh, susahlah,” tegas Tun Mahathir.

Sehubungan itu, kata beliau, tiada perbincangan setakat ini dibuat dalam PH berhubung peralihan kuasa itu.

Kepada Tun Mahathir, kenapa perlu peralihan kuasa ditentukan mengikut keadaan?

Keadaan yang bagaimana yang Tun mahukan bagi membolehkan peralihan kuasa itu dilaksanakan?

Dan apa pula maksud  ayat “jika kerja tak dibuat atau dibuat separuh, susahlah”?

Apakah ia bermaksud Tun tidak mahu jadi Perdana Menteri separuh penggal, sebaliknya sudah mula terpengaruh dengan ayat-ayat pengampu serta pembodek yang mendesak Tun berkhidmat sehingga habis penggal?

Ataukah Tun sendiri yang sebenarnya menyuruh pengampu dan pembodek itu bersuara sedemikian rupa?

Sudah lupakah Tun kepada janji sendiri sebelum ini yang menyebut hanya mahu jadi Perdana Menteri selama dua tahun saja?

Apa yang Tun masih belum kenyang sehingga ternampak begitu sukar untuk akur kepada janji peralihan kuasa yang sudah dipersetujui?

Jika begitu, kenapa tidak berterus-terang saja yang Tun sebenarnya mahu jadi Perdana Menteri sampai mati? (Shahbudindotcom 03/10/2019)

(function() { var d = document, w = window; w

Undi Pas Tidak Jamin Islam Didaulatkan (ULANGSIAR)

Oleh: Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan jauh sebelumnya pun pada PRU13,12,11 dan 10, malahan sejak ...