KAH..KAH..KAH...KAH..KAH.HU.HU..HU ..OSTAJAH JANGAN MARAH :DENGAN PENEGASAN PRESIDEN UMNO INI, BAIKLAH PAS BERHENTI JADI ‘GILA TALAK’


 1. Saya mengambil maklum pandangan YB Timbalan Presiden PAS semalam yang menyatakan bahawa PAS tidak pernah mengisytiharkan pembubaran Muafakat Nasional.

2. Biarlah di sini dikongsi berkenaan citra yang terlahir daripada gagasan Muafakat Nasional. Sekurang-kurangnya daripada perspektif saya dan juga Parti, dan mengapa gagasan yang formidable sebegini akhirnya gagal dipertahankan.

3. Muafakat Nasional lahir daripada keperluan mendesak dua parti terbesar Malaysia akibat daripada kehilangan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan pada ketika itu.

4. Keyakinan kepada kerajaan PH ketika itu mula menyusut, masa hadapan ketika itu kelihatan malap dan hala tuju semakin tak jelas. Itu sudah jadi nukilan sejarah yang tidak perlu lagi dihuraikan dengan panjang lebar.

5. Tetapi atas sebab itulah Muafakat Nasional ditawarkan kepada rakyat Malaysia, sebagai satu bentuk resolusi yang berani dan tegas daripada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang atau kelas sosial, supaya Malaysia dapat dipimpin semula dengan lebih terarah dan bertanggungjawab.

6. Kerjasama UMNO dengan PAS seharusnya menjadi entiti terbaik bagi memimpin jalan kehadapannya.

Mengapa? kerana di dalam PRU14 yang lalu, jumlah undi kepada BN yang dipimpin UMNO dan PAS boleh mencecah hampir 50 peratus undi yang mengatasi undi PH.

7. Rakyat pula tidak yakin dengan janji melangit yang ditawarkan PH dan barisan kepimpinannya.

9. Semangat Muafakat Nasional tidak sekadar dimanifestasikan sebagai kerjasama politik, tetapi terjemahan besarnya adalah dalam satu bentuk wadah nasional yang lebih subur dan murni yang dipasakkan kepada sejarah dan watak Malaysia, Rukun Negara dan Keluhuran Perlembagaan.

11. Sepertimana idealisme yang terbentuk melalui etos the American Dream, yang dimiliki dan dicerapkan dalam kehidupan harian rakyat di Amerika. Bukan sekadar retorik politik.

12. Muafakat Nasional memerlukan kestabilan dan kekuatan politik, dan citra ini diterjemahkan oleh rakyat melalui siri-siri kemenangan dalam PRK selepas PRU14 yang memperlihatkan synergy yang jelas antara kedua-dua parti dan menghantar mesej yang jelas kepada Kerajaan ketika itu untuk memperbetulkan haluan dan mendengar nadi rakyat. Ini semua telah dijadikan sandaran asas dengan termeterainya Piagam Muafakat Nasional.

13. Kunci kejayaan dan kestabilan politik Muafakat Nasional adalah kepercayaan, dan kepercayaan ini dirobekkan oleh PAS apabila memilih untuk menganggotai Perikatan Nasional dibawah BERSATU dan menenggelamkan momentum kerjasama yang dibina bersama UMNO melalui Muafakat Nasional.

14. Bagaimanakah kestabilan, keyakinan dan kerjasama yang kukuh dapat terjalin sekiranya perkara paling asas iaitu prinsip dan kepercayaan diabaikan? Lebih lagi dengan parti yang sememangnya jelas ingin menghancurkan UMNO dari luar dan dari dalam.

15. Apa yang saya lihat, kerjasama yang PAS sampaikan hanya satu bentuk kerjasama politik dangkal yang tidak mengambil kira keperluan rakyat sebagaimana semangat Muafakat Nasional yang sebenar. Hanya dengan kembali kepada kerjasama asal, barulah keikhlasan PAS dapat dilihat.

16. Kini UMNO perlu bergerak ke depan, Parti sudah membuat keputusan bergerak secara solo akibat tindak tanduk dan sikap PAS sendiri. Tak perlu sedu sedan apabila PAS sendiri sentiasa main selamat dan mandi dalam beberapa kolam.

17. Inilah realiti politik yang perlu kita hadapi!

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO

2 September 2022.



HU..HU...CITA CITA NAK BERKUASA....MACAM LA UMNO MUDAH DITIPU


 

malaysiakini.com
Umno gerak solo kerana PAS mandi beberapa kolam - Zahid
Presiden Umno itu berkata, partinya sudah membuat keputusan bergerak secara solo akibat tindak-tanduk dan sikap PAS sendiri.

ANAK ROSMAH KATA MAHKAMAH BUAT KEPUTUSAN YANG BETUL. KENAPA ORANG LAIN BERLEBIH PULA

 

Anak Rosmah kata Mahkamah buat keputusan betul





NORRMAN RADZUAN

KENAPA ORANG LAIN YG BERLEBIH LEBIHAN

Anak perempuan Rosmah Mansor, Azrene Ahmad berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusan betul dlm mensabitkan ibunya atas tuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Katanya, “Biarlah perkara itu habis sehingga ke Mahkamah Persekutuan jika perlu. Kita perlu mempercayai fakta dan keupayaan badan kehakiman kita utk mencapai penghakimannya tanpa halangan dan tanpa rasa takut.”

“Walaupun byk ‘white noise’ subjektif oleh masyarakat kita, budaya dan penerapan agamanya, saya tetap objektif. Betul adalah betul, salah adalah salah terutama apabila ia berkaitan dgn pemimpin (termasuk pasangan) walaupun mereka adalah keluarga,” katanya di Instagram.

“Sebagai seorang anak, saya hanya boleh terus mendoakan mereka (ibu bapa) dan mengharapkan yg terbaik walaupun saya menjangkakan yg paling teruk,” katanya.

Anak Rosmah boleh menerima kenyataan jadi kenapa ‘anak kacukan’ yg berlebihan. Betul kata anak Rosmah yg salah tetap salah! Atau sebab2 lain mereka menangis?

 

KEH..KEH..KEH..OTAK PENIPU SUPO KELDAI


DI kusi demo kita buat MN di kusi kawe jangan kacau..bijak menipu walau orang tahu bodo dan kuat menipu..tu ppun undi PAS...isle sangat...






ADILNYA SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA INI WALAU ROSMAH MINTA DIA DIHUKUM BUNUH.

 

Tak puas hati keputusan Mahkamah Tinggi, Rosmah kemuka rayuan



Rosmah Mansor, 70, memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman bagi tiga pertuduhan rasuah berkait projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion, di Mahkamah Rayuan, hari ini, menerusi e-mel.

KUALA LUMPUR: Rosmah Mansor hari ini mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman terhadapnya bagi tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Rosmah, 70, memfailkan notis rayuan tersebut menerusi Tetuan Akberdin & Co di Mahkamah Rayuan menerusi e-mel.

Peguam, Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Rosmah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Menurut notis rayuan, Rosmah tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Hakim Zaini Mazlan semalam dan ingin merayu terhadap keputusan yang mensabitkannya mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta hukuman penjara dan denda mengikut Seksyen 24 (1) Akta SPRM 2009.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Isteri bekas perdana menteri, Najib Razak itu, turut memfailkan rayuan terhadap keputusan Zaini yang menolak permohonannya supaya hakim itu menarik diri daripada mendengar dan membuat keputusan kes tersebut.

Semalam, Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara berjumlah 30 tahun dan denda RM970 juta ke atas Rosmah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah.

Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan. Bagaimanapun, beliau hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana Zaini memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

Mahkamah juga memerintahkannya dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Zaini dalam penghakimannya antara lain memutuskan bahawa pembelaan Rosmah hanya penafian semata-mata dan wang RM6.5 juta memang untuknya dan beliau menerima wang itu, di kediamannya di Jalan Langgak Duta serta Seri Perdana.

Dalam penghakiman setebal 116 halaman, hakim itu juga memutuskan bahawa Rosmah telah menguasai suaminya, Najib dan mempunyai kawalan ke atas bekas perdana menteri itu dan jelas daripada rakaman klip audio “Can I advise you something” antara Najib dan Rosmah yang tular sebelum ini bahawa tertuduh memberi arahan kepada Najib berhubung urusan kerajaan.

PEEEEGEDAH...PH MANAPERNAH RUNDING DENGAN PAS PUN.


 

SEHINGGA KINI..TAK PERNAH PUN PH AJAK PAS BERUNDING KECUALI KETUA PEMUDA PAS AJAK PH DI PAHANG...HANGPA NAMPAK DAK PERANGAI PAS....HARI NI JUGA UMNO TOLAK KERJASAMA DENGAN PAS. MELALUT PULAK PAS NI ..ELOK BERSEKONGKOL DENGAN BERSATU SEBAB SAMA SAMA KHIANAT.

NAK LAWAN 1 SAMA 1 MACAMANA ? UMNO HARI NI DAH TOLAK KERJASAMA DENGAN PAS. PAS  MEROYAN .UMNO KATA PAS MANDI BANYAK KOLAM DEMI KUASA...PAS .KATA KUAT. LEBIH  BAIK BERTANDING SENDIRIAN.



Ulama PAS lulus usul 1 lawan 1, tolak kerjasama PH

Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail ketika membentangkan usul pada Muktamar Dewan Ulama PAS hari ini.

YAN: Dewan Ulama PAS sebulat suara menerima dan meluluskan usul untuk parti itu menyertai pilihan raya umum ke-15 (PRU) melalui pertandingan satu lawan satu dan menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Usul tersebut dikemukakan dan dibentangkan wakil Dewan Ulama PAS Kelantan, Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail dan diluluskan di peringkat sayap itu untuk dibawa ke Muktamar PAS yang akan berlangsung esok.Kata Saripuddin, PAS hendaklah memainkan peranan secara proaktif untuk menyatukan parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya kekuatan politik Melayu-Islam dapat disatukan di bawah agenda penyatuan ummah

“Strategi satu lawan satu hendaklah dilaksana bagi mengelak pertembungan sesama sendiri di kawasan majoriti pengundi Melayu supaya tidak berlaku perpecahan undi yang hanya akan menguntungkan PH.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Seterusnya menolak sebarang kerjasama politik dengan PH dalam PRU ke-15 nanti,” katanya yang juga ADUN Selising ketika membentangkan usul pada Muktamar Dewan Ulama PAS di Dewan Serbaguna Guar Chempedak.

Usul itu diterima perwakilan sebulat suara tanpa dibahaskan.

Sementara itu, wakil Dewan Ulama PAS Pahang Nasrudin Hassan tampil menyokong usul berkenaan dengan berkata, situasi politik semasa sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru secara atas kertas PH dijangka memperoleh kemenangan besar.

“PAS akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan PH tidak kembali ke tampuk pemerintahan. Pengalaman 22 bulan di bawah pemerintahan PH, rakyat sudah merasai pengalaman yang cukup perit,” katanya.

Beliau juga menyeru perwakilan termasuk pimpinan menunjukkan sikap yang selari dengan usul tersebut.

“Jangan kita sebut kita nak menyatukan ummah melibatkan Umno, Bersatu dan sebagainya. Tetapi dalam jiwa kita, dalam kenyataan kita, sama ada kepada media atau di media sosial kita menunjukkan sikap yang tidak menyatukan, kita layan provokasi daripada pihak yang memang mereka dihantar khusus untuk memecah belah umat Islam, orang Melayu dalam negara kita.

“Saya minta terutamanya pimpinan dan rakan dalam Dewan Ulama di semua peringkat, kita hentikan kenyataan yang serang menyerang antara satu sama lain,” katanya.

Katanya, ahli PAS harus berjiwa besar dan bersabar serta sentiasa mengawal setiap ucapan supaya tidak memanaskan keadaan.

“Mengapa kenyataan kita menghiris perasaan orang lain, betul mereka mempunyai sejarah permusuhan panjang dengan kita, tetapi kita sedang berusaha menjadi apa yang koyak, kita sedang mencantum apa yang rabak dan kita harus bersabar dan berjiwa besar, kawal perasan kita supaya setiap ucapan kita, supaya tidak memanaskan keadaan orang lain.

“Parti lain kita tak boleh nak kawal, parti kita, kita boleh kawal dengan akhlak yang dipelajari,” katanya merujuk kepada sejarah panjang PAS bermusuh dengan Umno.

Katanya, jika perkara itu dapat direalisasi, tidak mustahil menjelang pilihan raya sejarah penyatuan ummah dapat diulang sepertimana piagam Muafakat Nasional (MN) bersama Umno serta Bersatu.

Beliau berkata, sekiranya tiga parti Melayu besar PAS, Umno, Bersatu dapat disatukan, PH sudah boleh melupakan impian mereka untuk kembali memerintah.

MAJLIS NAIK MAHKAMAH AKAN DIADAKAN NANTI UNTUK MEMBELA DIRI


 

Dividen RM50 bilion: Kenapa Pemuda Umno - BN tidak ulang hujah jarah dana Petronas?






 Pembayaran dividen khas oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM25 bilion menjadikan keseluruhan pembayaran dividen kepada kerajaan tahun ini mencecah RM50 bilion dikhuatiri mengurangkan rizab syarikat petroleum negara itu.


Bagi Timbalan Ketua Angkatan Muda Pakatan Harapan, Adam Adli Abdul Halim, jumlah bayaran tersebut tidak jauh beza berbanding RM54 bilion, termasuk sejumlah RM30 bilion dividen tambahan yang diterima oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2019 lalu dalam menyelesaikan masalah tunggakan bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang tidak diurus dengan betul oleh pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak sebelumnya.


Cuma, kata beliau, ketika itu Pemuda Umno menghentam kerajaan PH kononnya telah menjarah dan memerah duit Petronas, sedangkan kritikan yang sama tidak dilemparkan terhadap pentadbiran PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ini


"Harus diingatkan, dividen khas yang dibayar oleh Petronas pada 2019 dahulu adalah bagi menampung tunggakan bayaran balik GST selepas kerajaan Barisan Nasional, dengan secara salah, tidak memindahkan kutipan cukai berkenaan ke dalam Tabung Bayaran Balik GST seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang di bawah Seksyen 54 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 ketika itu.


"Oleh itu, kita wajar menuntut jawapan dan respons dalam isu ini, terutama daripada pemimpin-pemimpin yang pernah lantang mengkritik termasuklah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Saudara Asyraf Wajdi yang masih belum bersuara apabila kerajaan yang PM dan Menteri Kewangannya adalah pempimpin kanan dari parti serta gabungan pemerintah," katanya dalam kenyataan hari ini.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN itu bertanya lagi, apakah Ketua Pemuda Umno atau pemimpin kerajaan yang pernah mengkritik dahulu itu selepas ini akan menarik semula kritikan mereka terhadap langkah Kerajaan PH dahulu.


Selain itu, beliau juga membangkitkan komen pimpinan Kerajaan BN - PN yang menyarankan supaya Petronas membayar lebih tinggi hasil kepada Kerajaan Persekutuan.


"Jika diteliti semula, kerajaan gabungan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional yang memerintah hari ini telah pun membuat unjuran bagi tujuan mendapatkan sumbangan dan dividen daripada Petronas pada jumlah yang lebih tinggi daripada apa yang diterima ketika PH.


"Dalam laporan yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamad, Petronas sepatutnya dianggarkan menyumbang sebanyak RM55 bilion hingga RM59 bilion kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun ini.


"Jangkaan itu termasuk sumbangan dalam bentuk dividen, cukai korporat, cukai petroleum, cukai makmur, bayaran tunai hasil petroleum, serta duti eksport," katanya.


Bagaimanapun Adam menasihatkan kerajaan BN agar tidak meminta terlalu banyak dana dari Petronas sehingga membebankan syarikat petroleum itu dan mungkin akan mengurangkan peruntukan untuk pelaburan carigali serta penyelidikan dan Pembangunan (R&D) pada masa hadapan.


"Meyakini keupayaan dan integriti pengurusan semasa Petronas, menjadi harapan agar Petronas dalam mengumumkan pemberian sumbangan dan dividen kepada kerajaan telah pun mengambil kira kemampuan dan daya saing syarikat, selain aspek penampan serta keupayaan berhadapan dengan sebarang ketidaktentuan.


"Pihak kerajaan pula digesa mengamalkan ketelusan agar dapat dipastikan segala perbelanjaan daripada hasil sumbangan dan dividen Petronas itu digunakan secara betul, bukan menampung kepentingan pihak tertentu, menampal kerugian akibat keculasan kerajaan BN - PN, apatah lagi bagi tujuan berkait kepentingan dalam pilihan raya akan datang," katanya lagi.

(function() { var d = document, w = window; w

PH-BN AKAN JADI GABUNGAN BESAR – ZAHID HAMIDI

  Kerajaan Perpaduan dibentuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diyakini terus menjadi gabungan besar yang tidak akan berakhir ...