KES HINA PM LOBAKMAN






KES HINA PM LOBAKMAN

Hari ni Dato Lokman Adam kena tuduh dibawah Akta SKMM. Kesalahan bawah Seksyen 233, kerana buat hantaran jelik untuk hina PM.

Ini berikutan live dia yang tak puas hati sebab PM taknak bubar Parlimen dan taknak tolong DSNR.

Kes ni baru mula hari ni, dia dikenakan 2 tuduhan di bawah seksyen yang sama. Kalau tersabit boleh kena denda max RM50k atau penjara max 1 tahun, atau dua2nya.

Dia tak mengaku salah jua.

Masa Mahkamah nak putuskan wang jaminan, sementara tunggu hari bicara seterusnya, DPP mintak RM30k untuk semua pertuduhan. Lawyer dia mintak RM4k sahaja.

Alasannya ialah sebab dia tiada pekerjaan tetap dan punya 11 orang anak (penekanan: bab takde kerja tetap dan 11 anak ni Description: 🥴)

At the end, Mahkamah tetapkan dia bayar RM16k duit jaminan. Tadi saya tengok dia dah lepas dah, confirm dah bayar lah tu.

Lagi satu, DPP juga mintak Mahkamah pastikan dia tak update kes dia and merepek meraban di sosial media. Kerana itu akan jadi subjudis pula.

****************************************************

Ulasan saya:

1. Seksyen 233, Akta SKMM ni luas. Siapa saja yang buat hantaran jelik, lucah dan sumbang terhadap mana2 orang; dengan tujuan nak sakitkan hati, ugut, aniaya dan ganggu orang tersebut, boleh kena tindakan undang2.

2. Seksyen ni tak terpakai pada PM semata2. Orang marhein macam kita pun boleh report kalau buli kena cyber bully dan sebagainya. Tapi sebab PM dan Kerajaan yang kena, surely kena ambil tindakan segera.

3. Pada saya setakat nak komen dan kritik Kerajaan dan PM, mereka patut terbuka. Kalau fitnah lain la. Tu mereka boleh saman fitnah.

4. Tu sebab saya tak pernah setuju peruntukan ni digunakan oleh PM dan Kerajaan untuk senyapkan pengkritik mereka. Pada saya, seksyen ini seharusnya digunakan untuk orang awam macam kita sahaja.

5. Namun demikian, kita tahu yang seksyen ni dibuat masa zaman PM6 lagi. Zaman tu, bukan politician yang kena. Penganggur, kakitangan Kerajaan dan swasta serta golongan marhein pun diaorg sapu. Mana boleh sentuh langsung pemimpin nan satu.

6. Pada saya, now it’s the time, you reap what you sow. Peruntukan yang sama kena pada geng dia. Kerana hina PM mereka dari parti yang sama.

7. Pada saya ini semua kifarah (karma) jua.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

https://www.bharian.com.my/.../lokman-adam-kena-2...

 

No comments: