DON’T OVERSTAY YOUR WELCOME-MASIH INGATKAH MAHATHIR AKAN UNGKAPAN INI?



Don’t overstay your welcome – demikian kata-kata yang pernah diucapkan oleh Tun Mahathir Mohamad ketika kehangatan musim pertandingan antara Anwar Ibrahim dengan Tun Ghafar Baba (kini arwah) bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993 dahulu.
Tun Mahathir melafazkan kata-kata tersebut di Kuala Terengganu yang dipercayai ditujukan kepada Tun Ghafar yang ketika itu juga adalah Timbalan Perdana Menteri.
Berikutan kata-kata tersebut, pencalonan untuk Anwar mencanak-canak naiknya, sementara pencalonan untuk Tun Ghafar terus ketinggalan jauh di belakang.
Walaupun difahami oleh semua orang bahawa ungkapan pedih itu ditujukan kepada Tun Ghafar, tetapi Tun Mahathir tidak pernah mengia atau menafikannya sehingga kata-kata tersebut didendangkan dengan meluas sebagai gambaran Tun Ghafar tidak diperlukan lagi di dalam parti dan kerajaan.
Sebagai seorang yang berjiwa besar, walaupun tidak bersekolah tinggi, Tun Ghafar akhirnya mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Tujuan Tun Ghafar berbuat demikian adalah untuk memudahkan Tun Mahathir mentadbir parti dan kerajaan dengan bebas berdasarkan kehendaknya selepas itu.
Susulan itu, Anwar telah diumumkan menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya dilantik Timbalan Perdana Menteri.
Bagi kebanyakan orang yang mengikuti perjalanan politik dan sumbangan Tun Ghafar, terutama dalam menstabilkan parti berikutan perletakan jawatan Tun Musa Hitam pada 1986, pertandingan 1987 serta berbagai krisis lainnya dalam negara, tindakan Tun Mahathir mengucapkan kata-kata demikian dilihat tidak wajar sama sekali.
Beliau seolah-olah tidak menghargai, malah tidak mengenang sama sekali jasa serta sumbangan Tun Ghafar terhadapnya.
Hari ini setelah 27 tahun berlalu, apa yang diucapkan Tun Mahathir kepada Tun Ghafar itu sebiji terkena kepada dirinya.
Di dalam PH, beliau jelas tidak diperlukan lagi, tetapi tetap bersungguh-sungguh mahu jadi Perdana Menteri lagi buat kali ketiga.
Anwar yang merupakan Pengerusi PH dan Presiden PKR telah secara mutlak menolak hasrat Tun Mahathir yang mencadangkan dirinya sendiri sebagai calon Perdana Menteri bagi gabungan itu.
Di dalam Bersatu pula, beliau telah terbuang dan terlucut kedudukannya sebagai Pengerusi parti tersebut.
Dalam kelompok rakyat pelbagai kaum di seluruh negara, rata-rata telah menolak Tun Mahathir untuk kembali lagi sebagai Perdana Menteri, bukan saja kerana beliau telah dua kali menduduki jawatan tersebut, malah disebabkan usia tunya sudah mencecah 95 tahun ketika ini.
Manakala budak-budak sekolah, apabila mereka terdengar perbualan yang menyebut nama Tun Mahathir, spontan ada yang bertanya, “bila lagi Atuk ni mahu berhenti?”
Kepada Tun Mahathir – don’t overstay your welcome – isyarat patutnya beliau berundur sudah sangat jelas sekarang ini, bahkan lebih jelas daripada apa yang dialami oleh Tun Ghafar pada 1993 dahulu.
Kalau Tun Ghafar boleh berjiwa besar untuk berundur, apakah Tun Mahathir lebih memilih untuk “berjiwa tikus”, walaupun berpendidikan lebih tinggi daripada arwah? (Shahbudindotcom 20/06/2020)

LIVE [🔥SIRI 2🔥] "KLEPTOKRASI: APA DAH JADI?"


TAJUK : BICARA YB. DATO' HAJI MAHFUZ OMAR (SIRI 2) "KLEPTOKRASI: APA DAH JADI?"

KERAJAAN P.PINANG SEDIA RUMAH, BUKAN AIR PARIT BARU NAK JADI AIR PAIP.


Pulau Pinang sasar sediakan 180,000 rumah mampu milik menjelang 2030

Pulau Pinang sasar sediakan 180,000 rumah mampu milik menjelang 2030

Sebagai sebuah kerajaan yang senantiasa memberi keutamaan kepada rakyat, kerajaan negeri Pulau Pinang mensasarkan untuk menyediakan sebanyak 180,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) menjelang tahun 2030 yang akan datang.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo.
Jelasnya lagi, kerajaan negeri berhasrat untuk memberi yang terbaik bagi seluruh rakyat negeri ini bagi memiliki kediaman termasuklah memperluaskan cara pemilikan rumah melalui skim sewa beli.
“Sebanyak 2474 unit kediaman akan disalurkan kepada mereka yang layak melalui kaedah skim sewa beli tersebut sehingga 11 Jun tahun ini.
“Kerajaan negeri telah pun mengumumkan sejumlah 10 peratus iaitu 18,000 unit kediaman tersebut perlu di laksanakan melalui skim sewa beli sepertimana yang telah direncanakan.
“Tiga buah projek perumahan tersebut yang telah pun diluluskan bagi projek perumahan sedemikian adalah dua buah projek di kawasan Permatang Tok Suboh dan satu di kawasan Rumah Pangsa Desa Wawasan (1) serta surat tawaran akan dikeluarkan menjelang awal
bulan Julai yang akan datang tidak lama lagi, ” ujarnya.
Tambah beliau, bagi membantu penjualan stok rumah berharga RM300,00 keatas, kerajaan negeri melalui jawatankuasa SPEC mengambil pendekatan dengan menurunkan had harga siling kepada warga asing.
Malah katanya dari sejumlah 3053 unit rumah yang tidak terjual bukanlah kategori RMM, sebaliknya ia adalah rumah yang berharga melebihi RM300,000 keatas.
“Harga siling yang telah ditetapkan bagi sebelah Pulau adalah menurunkan harga daripada RM3 juta kepada RM1.5 juta dan kediaman bertingkat daripada RM1 juta kepada RM800,000.
“Manakala bagi kawasan Seberang Perai pula jumlah yang telah ditetapkan ialah bagi kawasan landai harganya diturunkan dari RM1 juta kepada RM750,000 dan kediaman bertingkat pula dari RM500,000 kepada RM400,000, ” tegas beliau.
Katanya penurunan kos rumah tersebut tidak sedikit pun menjejaskan pelang yang disediakan bagi rakyat negeri ini kerana kediaman RMM masih lagi mencukupi setakat ini bagi menampung keperluan rakyat Pulau Pinang.

VIDEO ANWAR: DEPANI MASALAH ORANG MELAYU, BUKAN MELABEL



Pada 6 September 2019 beliau menulis dalam blog yang sama. "Sepatutnya orang Melayu sedar terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Malangnya mereka tidak sedar. Sehingga sekarang pun orang Melayu masih tidak sedar. Mereka masih enggan bekerja. "Ada yang dakwa orang Melayu adalah Tuan. Tuan apa? Orang miskin, orang yang tidak ada kebolehan, orang yang bergantung kepada belas kasihan orang lain, Tuankah?" Ramai orang Melayu yang berjaya mendapat kelulusan akademik terbaik dari universiti tempatan dan luar negara.






SEJARAH ANWAR YANG GEMILANG….

UMNO KEKAL TAK BERMINAT TUBUH PN

PERKUKUHKAN PH


Bekas senator, Mohamad Ezam Nor umum keluar UMNO | Astro Awani 1.Kami alu-alukan kenyataan Parti Amanah Negara untuk mempertahankan kesatuan Pakatan Harapan (PH).

2.Ianya satu pendirian tepat dan terpuji.PH mesti terus dipertahankan kerana ianya satu gabungan terbaik melakukan reformasi negara.

3.Selain mempertahan kesatuan, juga menjadi tanggungjawab pemimpin PH dalam parti-parti gabungan PKR, DAP dan Amanah untuk terus membina dan mempertahankan  kewibawaan PH.

4.Pemimpin-pemimpin dan parti luar PH termasuk Tun Dr Mahathir mesti dipastikan juga menghormati PH sebagai sebuah koalisi reformasi yang berwibawa.

5.Saranan Amanah untuk bersiap menghadapi PRU mengejut juga tepat.Dan perkara terpenting dalam menghadapi rakyat dalam PRU adalah kewibawaan koalisi.

6.Dr Mahathir  sudah banyak kali menggugat kewibawaan PH.Banyak tindakan dan keputusannya termasuk dalam bukti audio jelas merosakkan wibawa PH.

7.Malah semasa beliau menjadi PM pun beberapa tindakannya jelas merosakkan wibawa PH seperti Kongres Maruah Melayu yang sekarang diakui sendiri oleh Dato Seri Hamzah Zainudin (penganjur) adalah perancangan atas arahan Dr Mahathir.

8.Syarat utama sesebuah koalisi itu memenangi hati rakyat dan menyakinkan dalam PRU adalah wibawanya sebagai sebuah koalisi.

9.Membina dan mempertahan wibawa ini adalah persediaan paling penting dan utama dalam menghadapi PRU sekiranya benar saranan Amanah ( dan kami percaya benar) bahawa PRU hampir dan perlu persediaan sekarang.

10.Makanya, bina dan pertahankan wibawa PH, tanpa kompromi.Bersungguh-sungguh dan berhati terutama terhadap seorang yang telah menggugat wibawa PH berkali-kali.

Mohamad Ezam Mohd Nor
#GERAK98




Ditulis oleh seseorang kpd DSAI & Dsai viralkan




SEDIH...

DSAI, saya sekeluarga sejak 1998 telah bersama dan menyokong perjuangan DSAI. Anak kedua saya waktu itu darjah 1, seorang anak yang speech delay telah menukar lirik lagu negara ku kerana sedih DS dipenjara. Anak yang sentiasa saya bawa untuk memberi sokongan di jalanraya dan menemani saya apabila saya meningkat tua dan tidak dapat bawa kereta waktu malam untuk menghadiri program-program DS.

Saya hanya berkata, "Hairi, Mak nak ke Port Dickson, Hairi Mak nak ke Segambut, Hairi Mak nak ke...." akan dibawanya saya. Malam siang, hari biasa hujung minggu. Ambil kawan2 yang nak tumpang keretanya. Suami saya yang tidak pernah menghalang ke mana saya nak pergi. Ke Permatang Pauh naik bas tinggal dia dan anak-anak. Nak ke Jalan Tar Reformasi. Saya buka gelang untuk dia simpan, jika kena tangkap, gadai dan bail saya.

Allahhu satu tujuan sahaja. Negara yang saya cinta mesti pulih dari cengkaman para politikus korup yang telah menghancurkan negara. Menyemai permusuhan. Kerana mereka negara kita dicabut keberkatan.

DS biarlah kawan-kawan DS seperti biasa memilih habuan dunia meninggalkan perjuangan di pertengahan jalan.  Kami rakyat bawahan yakin dengan agenda reform DS untuk maslahat generasi depan. Doa kami istiqamah sehingga ke akhir hayat. Perjuangan ini mungkin diperlekeh, mungkin dicemuh, dikatakan bodoh oleh mereka yang mengaku dan berbangga yang mereka pandai berpolitik. Tapi kami yakin ia tidak sia-sia disisi Tuhan kerana perjuangan ini perjuangan melawan kebatilan.

Teruskan memimpin kami DS.

#DSAIPM9

NAK JADI KERAJAAN BALIK KA ..NAK JADI PEMBANGKANG SAMPAI MAMPOIH KA PUN OK JA



Ya..

Kita wajib saling hormat-menghormati sesama kita.. Yang paling penting masing-masing mempunyai hak untuk berbeza..

Bila MP's PKR mengeluarkan kenyataan rasmi menolak Tun M dan memuktamadkan calon PM 9 hanyalah DSAI.. Itu adalah hak mereka.. Dalam makna yang mudah mereka telah memutuskan untuk terus menjadi pembangkang sehingga PRU15 seperti mana yang kita maklum..

Begitu juga dengan kenyataan AMANAH hari ini.. Ianya patut dihormati oleh PKR.. Dan perbezaan ini merupakan hak AMANAH dalam menentukan hala tuju perjuangan.. Dalam erti mudahnya AMANAH akan terus berganding bahu dengan sesiapa sekali pun termasuk Tun M untuk mengembalikan mandat rakyat yang telah dicuri oleh PN..

Jadi..

Semua kita ada asas dalam menegakkan kehendak masing-masing..

Oleh itu..

Ana secara peribadi menyokong PKR memilih untuk menjadi pembangkang sehingga PRU15.. Dan turut menyokong AMANAH kembali ke Putrajaya bersama Tun.. Warisan.. DAP.. GPS.. Dan sewaktu dengannya..

Cuma ana tak setuju jika tubuh kerajaan yang ada PAS.. UMNO.. Muhyidin.. Hamzah.. Azmin dan Zuraida..

Ini adalah hak ana dalam berbeza.. Siapa pun tak boleh paksa.. Hatta Abg Sabu nak halang pun tak boleh.. Sebab itu hak ana secara mutlak..

Kan mudah bila saling hormat-menghormati.. Tak perlu kata nista.. Tak perlu maki hamun.. Dunia selamat.. In syaa Allah akhirat juga rahmat.. Amin..

😊😊


KELIRU 2 - KENAPA JANJI ENAM BULAN TUN M MAHU JADI PM TAK BOLEH DIPERCAYAI?



Satu lagi kekeliruan yang timbul di antara mereka yang bersetuju dan menolak Tun Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri PH ialah berhubung tempoh enam bulan yang dipohon oleh Pengerusi Bersatu terpecat itu.

Tun Mahathir, sebagaimana diberitahu oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan medianya semalam, telah meminta untuk dirinya dijadikan Perdana Menteri sekali lagi selama enam bulan dalam mesyuarat PH Plus pada 9 Jun lalu.

Selepas memegangnya selama enam bulan itu, Tun Mahathir berjanji akan menyerahkan jawatan tersebut kepada Anwar Ibrahim.

Kemudian, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, ada cara tertentu boleh dilakukan untuk memastikan Tun Mahathir terikat dalam melaksanakan janji tersebut.

Ia katanya, melalui perjanjian hitam putih, selain parti-parti dalam PH juga boleh menarik sokongan daripada Tun Mahathir jika beliau memungkiri janjinya.

Dengan menarik sokongan tersebut, tambah Anthony Loke, kedudukan Tun Mahathir akan jatuh dengan sendirinya dan membuka laluan kepada pilihanraya semula terpaksa diadakan.

Melalui janji Tun Mahathir beserta hujah Anthony Loke itu, mereka yang menyokongnya lalu berhujah, apa masalahnya lagi untuk tidak menyetujui beliau sebagai calon Perdana Menteri bagi PH?

Takkan masih tak yakin juga, tambah mereka dengan suara agak tinggi.

Dalam kenyataan media Saifuddin semalam juga, ada disebut bahawa selain Tun Mahathir meminta untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi selama enam bulan, beliau juga mengatakan Anwar tidak boleh diterima untuk jawatan tersebut kerana kedudukannya sebagai pemimpin parti yang berbilang kaum.

Dalam bahasa mudah, bagi Tun Mahathir, Anwar tidak boleh sama sekali menjadi Perdana Menteri atas kedudukannya sekarang sebagai Presiden PKR.

Kenyataan itu dengan jelas menunjuklan Tun Mahathir akan memungkiri janjinya sekali lagi kerana dalam tempoh enam bulan akan datang, Anwar tentu saja masih lagi memegang jawatan Presiden PKR.

Malah, dengan hampir pasti Anwar akan kekal bersama PKR selama hayatnya kerana parti itu ditubuhkannya dan telah diterima dengan baik oleh rakyat, bererti janji penyerahan kuasa tidak akan dilaksanakan buat selama-lamanya oleh Tun Mahathir.

Apabila Tun Mahathir tidak menunaikan janjinya, sepertimana yang cuba diyakinkan oleh Anthony Loke, sokongan terhadap beliau boleh ditarik untuk menjatuhkannya agar pilihanraya dapat diadakan semula.

Lalu, kata penyokong Tun Mahathir lagi, bukankah ini pilihan terbaik buat Anwar iaitu dapat menjatuhkan Perdana Menteri yang memungkiri janjinya?

Sebenarnya, ini adalah satu lagi cubaan untuk menggagalkan Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.

Dengan menarik sokongan dan pilihanraya terpaksa diadakan, walaupun beliau dijatuhkan, itulah sebetulnya yang dikehendaki oleh Tun Mahathir iaitu menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri.

Akhirnya Anwar terpaksa bergelut semula untuk memenangi pilihanraya dan meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri sekali lagi.

Sebab itu, untuk mengelakkan dipatuk ular yang sama di lubang yang sama buat kali yang ketiga, memilih Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri adalah sesuatu yang sia-sia, membuang masa dan merbahaya.

Kecenderungan untuk beliau memungkiri janji adalah lebih tinggi berbanding menepatinya, malah telah ditunjukkan sendiri oleh Tun Mahathir dengan hujahnya Anwar tidak boleh diterima sebagai Perdana Menteri kerana mengetuai parti yang berbilang kaum.

Tidak memilih Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri hanyalah suatu mudarat kecil berbanding mudarat lebih besar bakal menunggu, bukan saja kepada Anwar tetapi juga kepada PH, jika memilihnya sekali lagi.


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN AMANAH 20 JUN 2020



Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH) yang berlangsung pada pagi ini telah menegaskan iltizam dan komitmen AMANAH untuk mempertahankan kesatuan Pakatan Harapan sebagai satu-satunya wadah yang memperjuangkan kesejahteraan rakyat dan melaksanakan perubahan dalam negara.

AMANAH menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab Pakatan Harapan bersama gabungan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pasukannya serta WARISAN untuk terus berusaha mengambil balik mandat dan hak rakyat yang telah diberikan kepada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum yang lalu. Ini adalah untuk meneruskan usaha mentadbir negara yang menjunjung keutuhan integriti, menjamin dan membentuk ekonomi yang mapan, menegakkan kerajaan berintegriti dan melawan rasuah serta mewujudkan keharmonian antara kaum dan agama.

AMANAH amat mengambil berat kegelisahan dan kerisauan rakyat terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang telah ditubuhkan tanpa mandat rakyat dan membelakangkan amalan urus tadbir baik seperti mengabaikan fungsi dan peranan Parlimen sebagai institusi semak dan imbang negara terutamanya dalam perbelanjaan dana awam. Lebih membimbangkan, pembebasan beberapa individu yang terkait dengan tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berskala besar baru-baru ini yang menimbulkan tanggapan campur tangan politik dalam institusi kehakiman. Ini juga menimbulkan tanggapan akan berlaku pembebasan individu-individu lain yang sedang didakwa dan juga penularan amalan-amalan rasuah.

Begitu juga amalan memperalatkan kedudukan dan jawatan sebagai habuan untuk meraih sokongan ahli-ahli Parlimen akan menyebabkan kepentingan institusi-institusi negara terjejas. Salah guna institusi penguatkuasaan dan perundangan untuk mendakwa dan memberikan tekanan terhadap pemimpin pembangkang juga dilihat menjadi amalan baharu kerajaan.

Dengan menjangkakan kemungkinan berlakunya pilihan raya mengejut (snap election) dalam tempoh terdekat, AMANAH menggesa semua parti komponen Pakatan Harapan untuk mempersiapkan jentera pilihan raya masing-masing pada kadar segera.

MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara (AMANAH)



SAJAK SIAPA HILA KUASA...


  • Hamsina Hamzah

(Sajak sahabat saya ABY)

𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗚𝗜𝗟𝗔 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔❓
𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗸 𝗠𝗮𝘂 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗔𝗻𝘀𝘂𝗿❓

Gila Kuasa?
𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗴𝗶𝗹𝗮 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔
Berkali-kali berkuasa
Dah mabuk kuasa
Macam orang mabuk todi
Sebab hari-hari langgah todi
Atau orang yang gila judi
Sebab setiap hari main judi
Kalah menang tak peduli
Atau orang gila burung
Masuk hutan panjat pokok kayu
Nak pikat atau tahan burung
Itulah namanya mabuk
Itulah namanya gila
Tergila-gila
Kalau kuasa
Dia mabuk kuasa lah
Dia gila kuasa lah

OK..
Antara Tun Mahathir dengan Anwar
𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗕𝗨𝗞 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔?

Jawabnya..
Mahathir lah
Sebab dia pernah berkuasa
Dah dua kali pernah jadi Perdana Menteri
Oleh kerana mabuk kuasa
Oleh kerana gila kuasa
Mahathir mau lagi jadi Perdana Menteri

Adakah Anwar gila kuasa nak jadi Perdana Menteri?
Tidak..
Anwar tak gila kuasa
Sebab Anwar belum pernah jadi Perdana Menteri
Anwar hanya beberapa kali masuk perjara
Akibat tindakan orang yang GILA KUASA

Mengenai tolak ansur..
Ada bekas menteri PH, Bandingkan dengan Perjanjian Hudaibiyyah
Sebab Perjanjian Hudaibiyyah tu
Pihak Rasulullah SAW banyak bertolak ansur

Wahai bekas menteri..
Tuan sila baca kembali sejarah Islam tu
Perjanjian Hudaibiyah tu hanya sekali
Bukan berkali-kali

Itu perbandingan tak tepat

PH... terutama 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗮𝗻𝘀𝘂𝗿
pada kali pertama
Tapi Tun Mahathir berdolak dalik
Sekejap dua tahun
Sekejap dua tahun setengah
Sekejap sampai habis penggal
Sekejap ikut suka "aku"
Sekejap selepas APEC
Sekejap sehingga sehari sebelum PRU15
Rasulullah SAW berpesan..
Jangan ENGKAU dekati lubang kala jengking
buat kali kedua
Yang pernah menyengat kamu pada kali pertama

Janganlah kerana gian nak jadi menteri
Segala prinsip Tuan letak ke tepi

Ha.. Ha.. Ha..
Siapa yang tergigit cabai?

ABY
18 Jun 2020

7 mitos tentang makan durian, fakta atau auta!



Durian ialah buah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Di samping manfaat makan durian yang hangat diperkatakan, ada juga kesan makan durian yang ramai tidak sedar!

Buah ini amat digemari kena isinya yang manis dan lemak berkrim.
Tapi, apabila makan durian mesti anda terfikirkan tentang semua mitos yang berkisar tentang raja buah ini bukan? Ada macam-macam pantang larang kalau berkenaan makan durian.
Tapi, yang lebih penting lagi ada ke kebaikan makan durian? Sejauh manakah kebenaran semua mitos ini? Boleh percaya ke?
Mitos 1: Jangan makan durian dengan alkohol. Boleh bawa maut!
Durian mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi. Makanan yang kaya dengan karbohidrat mengandungi banyak fiber yang tidak dapat dihuraikan oleh badan.
Walaupun fiber bagus untuk kesihatan, terlampau banyak serat juga akan membuatkan anda rasa kembung perut. Ini merupakan salah satu keburukan makan durian secara berlebihan!
Samalah seperti minuman beralkohol seperti arak. Minum arak dan makan durian boleh menyebabkan perut anda rasa tak selesa.
Mitos 2: Makan durian bersama buah sejuk seperti manggis
Dalam perubatan moden, tidak ada istilah mengenai buah sejuk ataupun panas. Malah, kenyataan ini langsung tidak disokong oleh kajian saintifik.
Manggis dan durian selalunya berbuah dalam musim yang sama. Mungkin mitos ini timbul untuk mengelakkan orang ramai daripada membazir.
Yelah, kalau semua orang nak makan durian, siapa nak makan manggis?
Mitos 3: Durian mempunyai kolesterol yang tinggi
Berita baik untuk penggemar durian. Antara kebaikan makan durian ialah buah ini tidak mempunyai sebarang kolesterol! Tapi, jangan keliru antara kolesterol dan karbohidrat ya!
Durian mengandungi karbohidrat LDL (low density carbohydrate), sejenis karbohidrat yang baik untuk jantung.
Namun, durian masih lagi mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi.
Jadi, individu yang mempunyai kencing manis dan sakit jantung jangan makan terlalu banyak durian ya! Kesan makan durian kepada anda mungkin buruk.
Mitos 4: Tingkatkan libido seks antara manfaat makan durian
Jangan tertipu ya! Tidak ada sebarang kajian yang boleh membuktikan bahawa durian boleh tingkatkan libido seks seseorang.
Tetapi, ada juga kebaikan makan durian tau!
Ada kajian yang membuktikan durian boleh mengurangkan stres dan membantu anda untuk tidur.
Durian mempunyai sejenis asid amino yang bernama tryptophan – asid amino yang boleh menaikkan kadar serotonin dan melatonin di dalam badan.
Dua hormon ini dapat membantu anda untuk kurangkan stres dan juga tidur dengan lebih lena!
Mitos 5: Tak boleh ambil durian dan juga kopi pada masa yang sama!
Mitos durian tidak dapat dimakan bersama-sama kopi juga tidak benar sama sekali.
Makan durian bersama minuman apapun tidak akan menyebabkan seseorang itu sakit jantung.
Sakit jantung merupakan satu penyakit yang berlaku akibat daripada tabiat pemakanan seseorang.
Oleh itu, jika individu tersebut selalu mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat, maka lebih mudahlah untuk dia menghidap sakit jantung.
Walaupun ada banyak kebaikan makan durian yang kaya dengan vitamin dan mineral ini, anda tetap harus berjaga-jaga supaya tidak terlebih makan.
Mitos 6: Makan durian banyak-banyak boleh akibatkan demam dan batuk
Ini merupakan satu lagi mitos yang awal-awal lagi perlu disangkal.
Tidak ada sebarang kaitan antara makan buah durian dengan demam atau batuk. Makan durian secara berlebihan mungkin boleh buatkan anda rasa kembung perut, tetapi bukannya demam!
Secara saintifik, mungkin makan durian boleh meningkatkan sedikit suhu badan. Tetapi itu tidak bermakna ia akan menyebabkan batuk ataupun demam!
Mitos 7: Makan durian dengan susu pun tak boleh?
Sama seperti makan durian bersama dengan alkohol, susu juga mempunyai kadar fiber dan karbohidrat yang tinggi.
Minum susu secara berlebihan pun boleh sebabkan kembung perut, apatah lagi minum susu sambil makan durian!
Ada banyak kebaikan makan durian sebenarnya!
Durian merupakan buah yang sangat berkhasiat. Banyak manfaat makan durian, setanding dengan gelarannya sebagai raja buah.
Bagaimanapun, itu bukan alasan anda boleh makan durian dengan banyak ya! Ada banyak juga kesan makan durian.
Dalam apa jua keadaan, beringatlah supaya mengambil makanan dalam keadaan sederhana.
Amalkan panduan pemakanan “sukusukuseparuh” yang disarankan kerajaan.
Jika anda rasa tidak selesa selepas makan terlalu banyak durian, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor di klinik yang berdekatan!
Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

PAKEJ RANSANGAN EKONOMI PN SYOK SENDIRI, RAKYAT MENGANGGUR BERLAMBAK

PM 9 DARI GPS?

ANTARA MENJATUHKAN MUHYIDDIN DAN MEMILIH CALON PM



Ramai yang keliru antara menjatuhkan Muhyiddin dengan memilih calon Perdana Menteri.

Menyokong usaha menjatuhkan Muhyiddin, termasuk melalui apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir adalah semata-mata untuk mengembalikan semula mandat rakyat kepada PH.

Ini kerana yang dipilih dalam PRU14 lalu adalah PH.

Tetapi, menyokong usaha Tun Mahathir menjatuhkan Muhyiddin tidak bermakna setuju beliau dijadikan PM semula.

Oleh kerana kuasa yang hendak dikembalikan adalah kepada PH, maka jika ia berjaya dilakukan, Perdana Menteri mesti datang daripada PH.

Tun Mahathir bukan lagi sebahagian daripada PH. Partinya, Bersatu adalah bersama PN dan beliau sendiri sudah terpecat daripada Bersatu.

Selain bukan lagi Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir juga ketika ini dianggap sebagai individu tidak berparti.

Dengan yang demikian, tidak relevan untuk menjadikan beliau sebagai calon Perdana Menteri, baik selama enam bulan  atau enam hari.

Sama ada melalui cara berfikir di dalam kotak, di luar kotak atau tanpa kotak sekalipun, tidak munasabah untuk mencalonkan seseorang yang tidak berparti dan berada di luar PH sebagai bakal Perdana Menteri.

Calon Perdana Menteri mesti datang daripada PH sebagai entiti yang sah, manakala mereka yang berada di luar PH atau hanya sekutu kepada PH sepatutnya hanya hadir untuk menyokong calon yang ditentukan oleh PH.

Umpama kata, tetamu yang datang ke rumah kita tidak sesuai sama sekali untuk minta tidur di bilik tidur utama.

Menubuhkan kerajaan tanpa parti pun semua tak setuju, apa lagi memilih Perdana Menteri daripada individu tidak mempunyai parti.

Ada yang susah nak faham lagi?

Shahbudin.com.net


GAMBAR SEKITAR PENCALONAN DUN CHINI


mengiringi Calon Bebas, TENGKU DATO' ZAINUL HISHAM TENGKU HUSSIN sehingga ke Dewan Pencalonan di IKBM, Paloh Hinai, Pekan utk PRK N.23 CHINI.
Alhamdulillah Pencalonan Tengku Dato' Hisham telah sah dan diterima.
Dalam sejarah Pilihan Raya yang Aki terlibat sejak 21 tahun yang lalu, Aki dapati inilah kali pertama Calon Bebas membuat persediaan rapi hampir seperti sebuah parti politik. Mempunyai Bilik Gerakan Utama, jentera kempen termasuk pasukan media sosial. Aki Rock mengalu-alukan semua pihak yang bencikan kleptokrasi, rasuah, pemerdagangan agama dan prngkhianatan tampil membantu.
Laluan BN untuk mempertahankan kerusi N.23 CHINI tidak akan semudah yang disangka. Walau tidak mempunyai dana sepertimana BN, Namun Aki menjangka persaingan akan menjadi sengit.
TENGKU HISHAM....!!!!!
SUARA RAKYAT CHINI....!!!!
LAWAN TETAP LAWAN
Salam hormat,
Aki Rock


SAMAN YAYASAN SABAH AKAN DEDAH BUKTI 46 KES MUSA BEBAS


WANA JAILIN

KOMEN: Langkah yang diambil oleh Lembaga Amanah Yayasan Sabah terhadap Tan Sri Musa Aman bukan satu perkara yang remeh, namun ia membuktikan bagaimana POLITIK adalah alat POLITIK untuk maksud politik yang boleh digunakan oleh Putrajaya untuk penindasan dan bukan pula untuk menegakkan keadilan.

Ini memberikan kita ruang untuk menyoal sama ada perkara ini di lakukan dengan adanya unsur-unsur imbuhan. Jika itu berlaku bukankah yang mencegah rasuah juga menerima rasuah?

Demikian persoalan diajukan Zainnal Ajamain kepada Putrajaya selaku Penasihat MA63 Kerajaan Sabah, penulis buku The Grand Design dan The Queen’s Obligations juga seorang activist hak-hak Sabah dan penganalisis perkembangan politik masa kini di Sabah.

Bagaimana 46 pertuduhan ke atas Tan Sri Musa Aman boleh dilepaskan oleh pendakwa raya sebab tidak dapat kertas siasatan daripada pihak yang berwajib di Hong Kong.

Ini adalah satu perkara yang tidak masuk akal.

Pendakwa raya dan SPRM mengaku mereka tidak dapat kertas siasatan tersebut kerana tiada kerjasama rapat dengan pihak berkuasa Hong Kong.

Bagaimana pula apabila apabila Lembaga Amanah Yayasan Sabah boleh mengeluarkan bukti tersebut?

Bukankah ini bukti pendakwa raya dan SPRM bersubahat dengan yang tertuduh? Di mana letaknya kredibiliti dan tanggungjawab pendakawa raya dan SPRM di dalam sistem perundangan Malaysia?

Ini tiada gunanya Kerajaan Sabah menempatkan dan memberi gaji kepada pegawai-pegawai SPRM di badan-badan Kerajaan Sabah sekiranya kehadiran mereka bukan untuk membendung rasuah, kehadiran mereka semata-mata untuk mencari pasal untuk Putrajaya dan orang orang yang berkepentingan saja.

Kita bayar gaji, mereka digunakan oleh orang lain.
Tan Sri Musa Aman seorang yang sekarang ini tiada parti kesoronokan pula selepas terlepas 46 tuduhan dia ingat sudah terlepas bila mahkamah memutuskan menerima saranan pendakwa raya dan SPRM.

Itu baru peringkat pendakwa raya yang membuang kes, tiada dibicarakan bererti belum ada keputusan mahkamah, ertinya belum lepas daripada 46 tuduhan tersebut.

Perkara ini masih boleh diangkat oleh Lembaga Amanah Yayasan Sabah sebagai plaintif dan Tan Sri Musa Aman sebagai defendan.

Ini disebabkan wang yang terlibat adalah daripada jualan balak Yayasan Sabah. Jadi tidak salah bagi Lembaga Amanah Yayasan Sabah mengambil tindakan sedemikian.

Mungkin Tan Sri Musa Aman terlepas pandang bahawa ia bersalah kepada Yayasan Sabah dan bukannya kepada Kerajaan Malaysia.


(function() { var d = document, w = window; w

TAK SELESA DENGAN PN LETAK JAWATAN: AMK KECAM HJ HADI

Tak selesa dengan PN letak jawatan: AMK kecam Hj Hadi Oleh:  Redzuan RF8 Media May 11, 2021 Share Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulai, Faezud...