PERKUKUHKAN PH


Bekas senator, Mohamad Ezam Nor umum keluar UMNO | Astro Awani 1.Kami alu-alukan kenyataan Parti Amanah Negara untuk mempertahankan kesatuan Pakatan Harapan (PH).

2.Ianya satu pendirian tepat dan terpuji.PH mesti terus dipertahankan kerana ianya satu gabungan terbaik melakukan reformasi negara.

3.Selain mempertahan kesatuan, juga menjadi tanggungjawab pemimpin PH dalam parti-parti gabungan PKR, DAP dan Amanah untuk terus membina dan mempertahankan  kewibawaan PH.

4.Pemimpin-pemimpin dan parti luar PH termasuk Tun Dr Mahathir mesti dipastikan juga menghormati PH sebagai sebuah koalisi reformasi yang berwibawa.

5.Saranan Amanah untuk bersiap menghadapi PRU mengejut juga tepat.Dan perkara terpenting dalam menghadapi rakyat dalam PRU adalah kewibawaan koalisi.

6.Dr Mahathir  sudah banyak kali menggugat kewibawaan PH.Banyak tindakan dan keputusannya termasuk dalam bukti audio jelas merosakkan wibawa PH.

7.Malah semasa beliau menjadi PM pun beberapa tindakannya jelas merosakkan wibawa PH seperti Kongres Maruah Melayu yang sekarang diakui sendiri oleh Dato Seri Hamzah Zainudin (penganjur) adalah perancangan atas arahan Dr Mahathir.

8.Syarat utama sesebuah koalisi itu memenangi hati rakyat dan menyakinkan dalam PRU adalah wibawanya sebagai sebuah koalisi.

9.Membina dan mempertahan wibawa ini adalah persediaan paling penting dan utama dalam menghadapi PRU sekiranya benar saranan Amanah ( dan kami percaya benar) bahawa PRU hampir dan perlu persediaan sekarang.

10.Makanya, bina dan pertahankan wibawa PH, tanpa kompromi.Bersungguh-sungguh dan berhati terutama terhadap seorang yang telah menggugat wibawa PH berkali-kali.

Mohamad Ezam Mohd Nor
#GERAK98




No comments: