Ditulis oleh seseorang kpd DSAI & Dsai viralkan




SEDIH...

DSAI, saya sekeluarga sejak 1998 telah bersama dan menyokong perjuangan DSAI. Anak kedua saya waktu itu darjah 1, seorang anak yang speech delay telah menukar lirik lagu negara ku kerana sedih DS dipenjara. Anak yang sentiasa saya bawa untuk memberi sokongan di jalanraya dan menemani saya apabila saya meningkat tua dan tidak dapat bawa kereta waktu malam untuk menghadiri program-program DS.

Saya hanya berkata, "Hairi, Mak nak ke Port Dickson, Hairi Mak nak ke Segambut, Hairi Mak nak ke...." akan dibawanya saya. Malam siang, hari biasa hujung minggu. Ambil kawan2 yang nak tumpang keretanya. Suami saya yang tidak pernah menghalang ke mana saya nak pergi. Ke Permatang Pauh naik bas tinggal dia dan anak-anak. Nak ke Jalan Tar Reformasi. Saya buka gelang untuk dia simpan, jika kena tangkap, gadai dan bail saya.

Allahhu satu tujuan sahaja. Negara yang saya cinta mesti pulih dari cengkaman para politikus korup yang telah menghancurkan negara. Menyemai permusuhan. Kerana mereka negara kita dicabut keberkatan.

DS biarlah kawan-kawan DS seperti biasa memilih habuan dunia meninggalkan perjuangan di pertengahan jalan.  Kami rakyat bawahan yakin dengan agenda reform DS untuk maslahat generasi depan. Doa kami istiqamah sehingga ke akhir hayat. Perjuangan ini mungkin diperlekeh, mungkin dicemuh, dikatakan bodoh oleh mereka yang mengaku dan berbangga yang mereka pandai berpolitik. Tapi kami yakin ia tidak sia-sia disisi Tuhan kerana perjuangan ini perjuangan melawan kebatilan.

Teruskan memimpin kami DS.

#DSAIPM9