MAHATHIR NAK TUNJUK IKHLAS?



Rasa kelakar bila anthony loke kata mahathir nak jadi PM sebab nak tunjuk dia ikhlas serah jawatan pada DSAI nanti. Takkan ahli politik senior macam Anthony Loke pun percaya klentong mahathir?

Mahathir ni sebelum dia dapat sesuatu yg dia idam, dia akan cukup lembut, kau letak le 1001 syarat dia akan angguk, senyum dan setuju. Sama macam yg dia buat sebelum pru 14.

Apa syarat2 yg PH letak? Antaranya-
1. Peralihan kuasa setelah 2 tahun
2. Menteri kabinet kena ikut cadangan parti komponen(mahathir x blh pilih ikut suka dia)
3. PM tak blh pegang jawatan kabinet yg lain
4. Total reform institusi2 kerajaan.
5. Jawatan2 penting seperti AG, KPN, KP SPRM,dll dipilih oleh parlimen
6. Manifesto perlu ditunaikan.

Antara syarat2 ni, mana yg mahathir ikut? Tapi sebelum jadi PM, dia pakat2 angguk setuju semua syarat2 ni. Lepas jadi PM, dia terus buat ikut suka dia.

Ingat apa dia jawab bila ph soal dia kenapa lantik menteri tak ikut saranan parti2 dalam PH? Dia jawab "itu kuasa prerogatif PM".

Ingat apa dia jawab bila kita tuntut dia tunaikan janji2 manifesto? Dia jawab "manifesto bukan kitab suci".

Ingat apa dia jawab bila ph soal dia nape lantik ketua SPRM tanpa bincang dulu? Dia jawab "saya dah lantik dah, keputusan saya muktamad".

Ni sikit je ni aku bg contoh, banyak lagi yg dia buat ikut kepala dia je termasuk la bila dia bawak masuk kera2 umno masuk PH dan bila dia sesuka je amik duit negara dan hulur pada pas.

Aku tak faham kenapa masih ada yg percaya konon ahli politik bernama mahathir ni akan berpegang pada janji. Are u too stupid or too naive?

Sebab tu pkr terutama dsai berkali2 menolak cadangan bahawa mahathir perlu diberi peluang jadi PM atas alasan mahathir telah berjanji utk berundur selepas 6 bulan. Tidak ada apa2 sebab utk kita perlu mempercayai kata2 atau janji mahathir setelah apa yg dia lakukan selama 22 bulan berkuasa.

There Is No Greater Fraud Than A Promise Not Kept. Tell this to Dr Mahathir Mohamad.

Daniel Zairin
PkR Melaka
M0300006793