KESEDIAAN PIHAK ISTANA MENERIMA ATAU TIDAK




Terima kasih kepada pimpinan Keadilan kerana sudi mendengar nukilan di sini semalam. Hari ini rakyat dah dapat jawapan RASMI dari pihak parti Keadilan yang menolak Dr Mahathir sebagai calon PM dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan.

Tak...kami tak lihat sdra Anwar ego @ sombong @ keras kepala untuk menolak Mahathir. Sebelum partinya tetapkan keputusan akhir, pandangan serta perincian maklumat dari pihak istana juga perlu di perolehi.

Penulisan kali ini GM tidak sentuh irama berbunga milik 

 Mahathir dengn lebih mendalam.

Untuk makluman kalian, pintu rundingan masih terus berjalan dan tidak tertutup sepenuhnya. Kita sedang meminimakan masalah yang terkait kpd kuasa sang kuning. Umum kalian tahu, keputusan memilih siapa PM berada di tangan YDP Agong. Telah beberapa kali kami beritahu dalam beberapa penulisan di sini, nama sdra Mahathir bermasalah utk di terima oleh pihak istana.

Jika beliau ikuti saranan YDPA utk tidak meletakkan jawatan sebelum ini semasa krisis langkah sheraton tetapi tetap kalah di sebabkan hilang majoriti di sebabkan rampasan kuasa pintu belakang, nama sdra Mahathir itu mungkin "tiada masalah" untuk di calunkan sekali lg!

Hal peribadi sdra Mahathir yg sentiasa cari idea utk gagalkan sdra Anwar berulang kali tidak perlu GM bangkitkan di sini. Itu kita buleh debat pd posting yg lain, tambahan pula kalian telah banyak bincangkan hal ini pd komentar masing2.

Ada dua intipati, pertama terkait dgn situasi penerimaan pihak istana. Kedua utk memberi signal jelas kpd partinya... penyokong dan rakyat yg mengundi agar tidak nampak lemah dan flip flop!

Jadi, jawapan segar dan lebih kukuh dalam menyelesaikan kebuntuan dalam PH pd ketika ini ialah menolak nama sdra Mahathir sbg calun PM serta berdiri rapat dalam konsensus.

Sebagaimana yg di katakan tadi pintu rundingan tak di tutup. Hanya penegasan yg Keadilan lakukan. Nama sdra Mukhriz cuba di angkat, tapi ayahnya sendiri & parti Warisan itu sendiri pun menolak. Pilihan yg ada hanyalah sdra Anwar sbg PM dan timbalannya dari Warisan. Oleh itu terserah kpd sdra Mahathir nk buat macam mana... tapi utk namanya naik sekali lg, pihak sang kunin "agak keberatan utk menerimanya" berulang kali.

Itulah semalam ada katakan pimpinan PH perlu mendengar teliti dan usah buat kerja 2x.

Kami tidak mahu menyalah sana sini apatah lg setiakawan kpd DAP - Amanah - Keadilan. Kesepakatan dan kekuatan perlu di jaga dalam PH.

Jika sdra Mahathir masih lg berkeras dan dgn agenda tersirat 6-12 bln, kami amat berterima kasih kpd YDP Agong bagi mengelakkan sengketa lebih besar di masa hadapan. Jika sdra Mahathir itu benar2 utk bekerjasama mengendong kekuatan, beliau perlu ada cadangan lain.

Keutamaan adalah kpd sdra Anwar... jawatan timbalan, tak kira sapa pun...sdra Syafie Apdal ka, sdra Md Sabu ka, Mukhriz, Husam ka atau sesiapa pun gerangannya, buat dan fikirlah cara terbaik. Untuk nama sdra Mahathir bertemu lg di hadapan YDPA, perlu di elakkan. Mahu atau tidak, sdra Mahathir perlu beralah dan beri peluang pd hat lain. Mungkin faktor umur juga mempengaruhi penerimaan tersebut.

Sekiranya ada antara kalian bertanya apakah ada bukti penolakan dr pihak sang kuning... umum buleh di beritahu, silalah berusaha panjatkan senarai nama sdra Mahathir tersebut ke sana jika mahu mencuba dan masih juga ingin bertegas. Ya mungkin juga kami silap, tapi perbualan dan perincian dari sana adalah sprt apa yg kalian baca di sini.

Konsensus PH siapa nama PM itu dah kekal. Jika nak juga...sdra Mahathir tentukan siapakah timbalan tersebut. Hanya ini saja peluang yg ada!

Jika Muhyiddin buat PRU15 lebih awal, itu kita bincangkan pd posisi yg lain.

Pokoknya bukan siapa degil dan siapa keras kepala. Tapi keterbukaan dan kesudian sang kunin utk menerima senarai tersebut. Cadangan menolak nama Mahathir sbg calun PM dan kekal dgn konsensus PH adalah tepat! Jika beliau tidak bertegas utk meletak jawatan yg di halang YDP Agong kemudian di beri kuasa sbg PM interim/sementara, mungkin penerimaan pihak di ataih sana tidak jadi masalah buat kali ke 3 berdasarkan kpd isu rampasan kuasa.

Akhir kata, kesepakatan DAP - Amanah - Keadilan perlu di perkuatkan. Usah saling bercakaran antara sesama. Semuanya ada pro dan kontra, kekuatan 3 parti ini perlu di jaga walau apa jua cara sekalipun.

Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.




No comments: