KULIAH QADA DAN QADAR

ANWAR DI MASUKKAN KE HKL




Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Memetik Malaysiakini, anaknya Nurul Izzah dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengesahkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, tidak diketahui dengan jelas punca Anwar dimasukkan ke hospital dan keadaannya buat masa ini.

Memetik Astro AWANI, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata tekanan darah tidak stabil menjadi punca Anwar dikejarkan ke HKL petang tadi.

Pada Mei tahun lalu, Anwar pernah dikejarkan ke hospital atas sebab yang sama.

"BELUM DAPAT KUASA, DAH LUPA RABU, KHAMIS, JUMAAT"



Walaupun tulisan Tun Mahathir Mohamad bertajuk "Kafirkah Saya?" ditujukan kepada Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan sehingga ini beliau belum tampil memberikan reaksinya, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad nampaknya lebih pantas membalasnya.

Selain mengatakan Tun Mahathirlah punca perpecahan, bukan saja kepada orang Melayu, tetapi juga UMNO, Idris berkata, "sekarang apabila tidak ada kuasa,  baru sedar Rabu, Khamis, Jumaat."

"Biar Tun Mahathir tengok hasil kerja tangannya selama 22 tahun," ujar Idris yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak.

Sesungguhnya kita tidak menafikan ada kelemahan-kelemahan tertentu sepanjang Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, tetapi tentulah sukar untuk menafikan bahawa  9 tahun Najib berkuasa jauh lebih buruk berbanding 22 tahun pemerintahannya.

Hari ini, dengan Tun Mahathir berjuang bersama Pakatan Harapan dan terus diberikan kesihatan dan pemikiran yang baik, ia mungkin suatu rahmat daripada Tuhan untuk beliau tampil menyelamatkan negara, sebagaimana kemampuannya menyerlahkan banyak kecemerlangan untuk Malaysia sebelum ini.

Rakyat yang sedar akan kerosakan tersebut serta beban sengsara yang ditanggung dalam meneruskan kehidupan, tentulah dengan sendirinya sukar menolak perjuangan Tun Mahathir sekarang.

Lebih-lebih lagi bila membayangkan kemungkinan era makin gelap dan jauh lebih menakutkan sekiranya Najib terus dikekalkan kuasanya selepas PRU 14 akan datang.

Sementara Idris mendakwa Tun Mahathir, setelah tiada kuasa, baru sedar Rabu, Khamis, Jumaat, sebaliknya apa jadi kepada Pas ketika ini?

Apa alasan  Pas semakin mendekati dan berbaik-baik dengan kleptokrat yang jauh lebih merosakkan negara?

Mengapa Pas lebih memilih haluan untuk memberi kelebihan kepada Najib terus mengekalkan kuasanya, malah dalam banyak keadaan tidak lagi menyerang UMNO dan BN, tetapi lebih ghairah menembak kepada Tun Mahathir dan Pakatan Harapan?

Tidakkah tingkah laku Pas sekarang ini umpama belum pun dapat kuasa, tetapi sudah mula lupa kepada Rabu, Khamis, Jumaat?

Kalau Pas masih ingat Rabu, Khamis, Jumaat, apakah mempersoalkan kesilapan masa lalu Tun Mahathir lebih afdal jika dibandingkan dengan sikap berdiam diri dan redha terhadap banyak kerosakan yang ada di depan mata?

Berbanding Tun Mahathir yang masih ingat Rabu, Khamis, Jumaat, adakah ia lebih buruk daripada Pas yang semakin lupa kepada Rabu, Khamis, Jumaat?

Dengan itu, siapa yang lebih dulu harus bertaubat, banyak beristigfar dan melebihkan masa berada di atas tikar sembahyang? (ShahbudinHusin 19/09/2017)

Usaha martabat wanita, langkah Pulau Pinang wajar dicontohi





Usaha yang dilakukan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) bagi meningkatkan keupayaan golongan hawa amat wajar dicontohi.
Ketua Angkatan Wanita Amanah (Awan) Kelantan, Normala Mohd Nadzar berkata program yang dilaksanakan badan itu amat berkesan dan boleh disesuaikan dengan pelbagai situasi.
“Saya berkesempatan menyertai satu lawatan bersama sebuah NGO ke sana baru-baru ini mendapati banyak perkara yang boleh dipelajari dan boleh dipraktikkan bagi meningkatkan tahap sosioekonomi wanita,” katanya dalam satu temubual dengan Malaysia Dateline.
Menurutnya, PWDC adalah sebuah agensi kerajaan negeri Pulau Pinang di yang dikelolakan di bawah jawatankuasa pembangunan wanita, keluarga dan komuniti yang sekarang dipengerusikan oleh Chong Eng.
“Amat menarik melihat visi perbadanan ini yang memberi fokus kepada penyertaan dan kebertangggujawaban gender (GRPB).
“Ia melibatkan program pemberdayaan dan kepimpinan wanita (WEL) dan program sokongan pemerkasaan wanita (WES),” katanya.
Usaha ini katanya adalah untuk mengarusperdanakan gender dalam dasar dan program semua sektor untuk mencapai kesaksamaan gender dan keadilan sosial di Pulau Pinang.
“Ia juga berusaha menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri mesra gender dengan pemberdayakan wanita di tempat kerja.
“Mengadvokasi untuk perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti dan mudah dan mampu.
“Memenuhi keperluan berbeza untuk kelompok masyarakat yang berlainan
dan menggalakkan prinsip dan amalan kesaksamaan gender dalam keluarga,” katanya.
Semua ini katanya dalam usaha memperkasakan wanita dalam politik dan kepimpinan.
“Bermula dari akar umbi, satu ketetapan dibuat untuk mewajibkan perlantikan wanita dalam jawatankuasa kemajuan dan keselamat kampung (JKKK).
“Bermula dari sekurang-kurangnya seoarang dalam setiap JKKK disasarkan satu pertiga wanita menjelang 2020.
“Namun apa yang berlaku adalah perkembangan luar jangkaan apabila ada JKKK di negeri itu sekarang mempunyai separuh anggota wanita sekarang,” katanya.
Malah katanya terdapat survey yang menunjukkan semakin ramai wanita yang menganggotai JKKK semakin efisyen JKKK berkenaan.

Tiada Adun PKR akan lompat parti, kata Rafizi








Rafizi Ramli menganggap dakwaan lapan Adun PKR akan menyertai Umno sebagai cerita rekaan semata-mata.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menafikan dakwaan terdapat lapan Adun PKR akan melompat parti menyertai Umno bersama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Beliau berkata, dakwaan itu hanya rekaan semata-mata yang dibuat pihak tertentu.
“Berita itu tidak betul. Saya pun tidak pernah dengar. Tidak ada langsung desas-desus. Kita sekarang sedang sibuk membuat persediaan menghadapi PRU14.
“Saya rasa, cerita itu sengaja direka untuk mengurangkan rasa malu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (atas pengumuman Muhammad yang menyertai Umno),” katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Ahad lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menagdakan sidang media khas untuk mengumumkan penyertaan Muhammad kembali kepada Umno.
Semalam,  The Malaysian Insight mendakwa pengumuman Muhammad kelmarin sepatutnya disertai lapan lagi Adun Selangor dan seterusnya menyebabkan kerajaan baru dibentuk, namun ia tidak terlaksana.
Laporan yang memetik sumber itu berkata, ia akan dibentuk dengan komposisi 34 Adun, iaitu 12 dari Umno, 13 Pas, lapan PKR yang didakwa akan berpaling tadah serta bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Ia dikatakan bakal mengulang episod tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak, selepas wakil rakyatnya keluar parti dan menyokong BN.
Dalam pada itu, Rafizi menghormati keputusan Muhammad meninggalkan PKR dan menyifatkan ketiadaan beliau untuk bersama Umno tidak menjejaskan PKR.
“Cuma saya terkilan kerana kami banyak meluangkan masa turun ke kampung-kampung bersama (berkempen). Saya tahu jiwa beliau rapat dengan orang kampung.
“Beliau rasa, Umno adalah platform terbaik untuk membela orang Melayu dan penduduk kampung. Saya hormati pandangan beliau. Pendekatan PKR dalam membela orang Melayu berbeza dengan yang dibawa Umno,” katanya.

Banjir surut selepas 24 jam: Guan Eng hargai kerja keras agensi negeri, sukarelawan


GEORGE TOWN, 19 SEPT: Tidak sampai 24 jam, masalah banjir yang melanda Pulau Pinang berjaya diatasi hasil kerjasama agensi kerajaan negeri dan sukarelawan.
Sehubungan itu, dalam satu kenyataan ringkas di laman media sosial Facebook hari ini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas yang terlibat.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) dan agensi-agensi kerajaan yang lain serta semua sukarelawan yang terlibat.
“Dalam 24 jam selepas banjir peralihan monsun, keadaan di Pulau Pinang telah kembali pulih,” katanya.
Kenyataan itu turut disertakan dengan tanda pagar ILovePenang dan UntukNegeriKita.
Sementara itu, rata-rata pengguna Facebook menerusi komen yang ditinggalkan di bawah kenyataan tersebut memuji tindakan pantas yang diambil kerajaan negeri dalam mengatasi masalah banjir berkenaan.
“Terbaik CM Penang terbaik DAP terbaik HARAPAN,” kata seorang pengguna laman sosial itu dengan nama akaun James Manoharan. 

NILAI RINGGIT LEMAH, RUGI MELABUR DI AMERIKA – PENGANALISIS