Saifuddin nafi keluar surat kepada Khalid, perbuatan berniat jahat

Saifuddin nafi keluar surat kepada Khalid, perbuatan berniat jahat

KUALA LUMPUR 6 OGOS: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan bahawa beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Perkara itu disahkan Saifuddin kepada Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil hari ini.
“Saya menerima beberapa panggilan media berkenaan sepucuk surat yang kononnya dikeluarkan Datuk Saifuddin kepada Tan Sri Khalid.


surat palsu“Saya telah menghubungi Datuk Saifuddin dan mendapat pengesahan bahawa beliau tidak mengeluarkan surat tersebut. Malah nombor rujukan yang digunakan juga adalah nombor rujukan palsu; “JKD” merujuk kepada Jawatankuasa Disiplin, dan Datuk Saifuddin tidak menandatangani surat jawatankuasa tersebut,” kata Fahmi dalam kenyataan.
Surat palsu yang kononnya ditandatangani oleh Saifuddin itu bertarikh semalam, 5 Ogos 2014.

Surat itu mendakwa KEADILAN kononnya menawarkan Abdul Khalid bayaran RM30,000 sebulan jika beliau melepaskan jawatan Menteri Besar (MB) Selangor.

Surat palsu dengan tajuk “Penyelesaian Bersama Langkah Kajang” itu menawarkan imbuhan tersebut buat Abdul Khalid yang akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor sekiranya beliau melepaskan jawatannya sekarang.

Ia turut menawarkan Abdul Khalid jawatan Pengerusi Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor jika beliau melepaskan jawatan MB.

Sehubungan itu, KEADILAN mengecam pihak yang mengeluarkan surat palsu tersebut.
“Jelas ia berniat jahat dan berusaha untuk menimbulkan syak wasangka dan ingin merosakkan usaha menyelesaikan masalah di Selangor dengan baik dan tertib,” kata Fahmi.

Pagi tadi, sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN bertukar kecoh seketika apabila ada pihak mengedarkan kenyataan media palsu ketika sidang media hampir berakhir.

Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Cabang Ampang dan beberapa lagi pemimpin negeri dalam sidang media itu berkata, perkara tersebut mungkin perbuatan sabotaj oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Penyebaran fitnah seumpama ini adalah bersangkutan dengan isu pertukaran Abdul Khalid sebagai MB yang bakal digantikan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


RANGKUMAN BERITA HARI INI











KHABAR ANGIN...KHALID AKAN SERTAI PAS

Khabar angin Khalid Ibrahim akan menyertai PAS. Elok lah sebab boleh join Umno di seangor sebagai projek perintis untuk pilihanraya akan datang. Apa yang didedahkan oleh Tulang Besi selama ini memang benar.Sebab itu tidak ada sesiapa pun dalam Pas berani menafikan pendedahan Tulang besi Malaysia Waves mengenai apa yang dikatakan selama ini.

"Tapi mereka yang pro UG sedang mencuba untuk memecahkan Pakatan Rakyat.
Hari ni meeting Syura pasti membawa kepada keputusan tersebut" demikian jelas Tulang Besi dalam posting beliau dalam FB terkini.


"Jangkaannya, mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS hari ini di Kota BAru hanya untuk menyokong pendirian yang telah dibuat oleh PResiden PAS."



Beliau juga telah mendedahkan lama dahulu mengenai keengganan Hj Hadi untuk menerima Anwar sebagai calon PM.....Beliau ada menyatakan bahawa PAS tidak boleh dipercayai....

Ini pendedahan Rafizi semalam.....Tulang besi telah mendedahkannya lama dahulu...
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berbisik sesuatu kepada Ahli Parlimen Sepang daripada PAS Hanipa Maidin yang turut menjadi ahli panel forum mengenai MB Selangor, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Ogos, 2014.
"Saya percaya kalau pun kita bincangkan isu ini (penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor) dengan PAS, masalah tidak akan selesai.
"Tengoklah, lepas enam tahun bincang pasal calon perdana menteri pun kita masih tidak berjaya mencapai kata sepakat," kata Rafizi.
Rafizi kemudiannya mengesahkan kepada The Malaysian Insider yang Pakatan masih belum memutuskan hingga sekarang siapa yang akan jadi perdana menteri, terutamanya kerana PAS tidak bersetuju dengan pencalonan Anwar.
"Jawapan rasmi awal-awal semasa majlis Pakatan tahun lepas ialah kita akan buat keputusan (siapa jadi perdana menteri) selepas kita menang Putrajaya.
"Tapi, sebulan sebelum PRU13 tahun lepas, PAS dan pimpinan tertingginya datang kepada kita memberitahu keputusan mereka untuk mencalonkan Tengku Razaleigh," katanya.
Katanya, Pakatan tiada pilihan lain kecuali berdiam diri pada waktu itu, memandangkan mereka sedar sekiranya perkara itu tersebar, kedudukan Pakatan dalam PRU13 akan terjejas.
“Sebab itu, kami tidak dapat mengumumkan calon perdana menteri sehingga ke akhirnya,” kata Rafizi.
Beliau berkata, selepas kegagalan mengambil alih Putrajaya pada PRU13, Pakatan tidak pernah membincangkan semula perkara itu.

AKAN BERSAMBUNG DENGAN PENDEDAHAN TULNG BESI

Pendedahan PKR: Tiada alasan Hadi sokong Khalid

Rabu 6 Ogos

Pendedahan Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution Ismail yang mendakwa Khalid Ibrahim terlibat dalam urusniaga yang meragukan membabit beberapa pihak seperti Bank Islam dan Eco World seharusnya memberi titik noktah kepada sokongan pemimpin PAS ke atas beliau.


Khalid mencabar agar dibuat laporan SPRM berhubung dakwaan skandal tersebut. Namun seperti ahli politik negara maju, Khalid harus faham mereka ‘bukan sahaja mesti bersih tetapi wajib dilihat bersih’. Khalid tidak lagi dilihat bersih dan perlu mengambil tanggungjawab meletak jawatan sebagaimana yang berlaku dalam kalangan ahli politik Eropah atau Jepun.


Dakwaan tersebut juga membuka persepsi awam kemungkinan Khalid boleh diugut pemimpin Umno. Sudah menjadi lumrah pemimpin Umno tidak berani untuk berkata tidak kepada atasan mereka terutama presiden parti kerana ketua biasanya menyimpan fail rasuah pemimpin bawahan.

Jika ketua mengarahkan jawatan dikosongkan dan pemimpin bawahan berdegil maka failnya akan terbang ke SPRM dan mereka akan menghadapi pendakwaan. Perkara sama juga boleh berlaku kepada pemimpin pembangkang yang mempunyai kesalahan, SPRM boleh dikerah memalukan mereka.

Perkara seperti itu tidak sewajarnya berlaku di Selangor, sebuah negeri maju yang diuar-uar sebagai model kepimpinan Pakatan Rakyat. Tidak boleh dibenarkan menteri besarnya diugut oleh Umno untuk meluluskan apa yang tidak sepatutnya lulus.

Seorang veteran PAS yang pernah rapat dengan pemimpin parti berpendapat presiden Hadi Awang selepas ini tidak ada alasan moral untuk meneruskan sokongan beliau terhadap Khalid selepas pendedahan dakwaan skandal tersebut.

“Hadi perlu melihat perkara ini dengan telus. Dia tidak boleh lagi menyokong Khalid. Semua ini berlaku kerana Khalid berdegil. Jika Khalid meletak jawatan secara baik dua minggu lalu maka PAS akan menerimanya dan tidak akan berkata sepatah pun,” katanya.

Bagaimanapun, beliau optimis PAS pusat akan membuat keputusan menyokong penukaran MB kepada Wan Azizah dalam mesyuarat 10 Ogos nanti. Katanya, ulama PAS yang menyokong Khalid akan melihat suara majoriti dan kehendak parti-parti sekutu.

“Dalam hal ini, pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad juga tidak seperti digambarkan sebagai penyokong tegar Khalid. Iskandar mengadu disalah lapor media. Sedangkan beliau terbuka dalam hal pertukaran MB.

“Tapi jika PAS Pusat membuat keputusan menukar MB maka PAS Selangor akan akur dan tidak akan menolaknya. Terpulang kepada mesyuarat 10 Ogos nanti,” katanya.

Sokongan PAS kepada MB baru Dr Wan Azizah penting ketika mana terdapat khabar angin dari pejabat MB, puak Khalid merancang agar Khalid menjadi Menteri Besar tanpa parti.

Ia berikutan ancaman PKR untuk memecat Khalid kerana ingkar arahan rasmi parti. Sekiranya hal itu berlaku dan sultan bersetuju maka Khalid memerlukan sokongan kesemua ADUN PAS dan Umno dengan ditambah sekurang-kurangnya tiga ADUN DAP atau PKR yang menulis surat taat setia kepada kepimpinan Khalid.

Sultan sekiranya berpuas hati akan menitahkan Khalid terus memimpin negeri biar pun tanpa menganggotai mana-mana parti.

Sebaliknya, andai kata Khalid hilang sokongan dari PAS maka beliau perlu berundur. Khalid boleh membalas dendam dengan membubarkan DUN.  Tetapi PAS tidak boleh mengelakkan risiko pembubaran DUN dengan mengambil jalan mudah menyokong penyelewengan Khalid.

Sekiranya PAS bertindak menyokong penyelewengan maka mereka akan kehilangan bukan sahaja sokongan di Selangor tetapi di seluruh negara.