VIDEO MAMAT MENGAMUK DAN BUNUH ORANG








Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati. Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok. Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian. "Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki.

 "Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian. Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.

SYUKURRR.MALAYSIA SELAMAT

M'sia yg cool...kejadian tghari tadi berhampiran Lrt Gombak & Lrt Melati apabila 2 org dibunuh mnakala 2 org lagi cdera akibat ditikam...

 

LESEN SYARIKAT SECURITY DITARIK KERANA KES BUNUH

photo.




Ini kahPemilik Syarikat Keselamatan Yang Terlibat Dalam Kes Tembak Pegawai Bank?Adakah beliau pemiliknya??


 Gua masih lagi menunggu aper komen Maznah Hamid selaku pemilik Securiforce Sdn Bhd atas kejadian rompak dan bunuh yang berlaku di Ambank USJ semalam. Menarik perhatian gua, dikhabarkan bahawa kad pengenalan suspek (pengawal keselamatan tersebut) adalah palsu dan tiada dalam rekod JPN. 
Persoalannya sekarang ini ialah bagaimana seseorang pekerja kawalan keselamatan boleh terlepas dari tapisan keselamatan tambah lagi yang berkaitan dengan penggunaan senjata api.
 Adakah KDN dan Cawangan Khas juga cuai dalam menyiasat dan menentukan latar belakang seorang pekerja keselamatan bersenjata. 
Adakah ada unsur-unsur rasuah dalam semua perkara ini. Harap SPRM boleh campurtangan menyiasat Syarikat Securiforce Sdn Bhd, Kementerian Dalam Negeri dan juga Cawangan Khas bagi menentukan bahawa tiada unsur rasuah atau salahguna kuasa berlaku. 
 Sementara itu wajarlah KDN menggantung operasi Syarikat Securiforce Sdn Bhd sehingga semua kakitangannya disiasat dan disemak sepenuhnya latar belakang mereka. Itupon kalu KDN ader telur la nak buat camnie.


  • Ketua Wanita UMNO bahagian Jerlun Datuk Dr Maznah Hamid merupakan Pemilik Syarikat Keselamatan Yang Terlibat Dalam Kes Tembak Pegawai Bank! ???? Adakah ini fakta?

    Apa tindakan KDN @ Menterinya dalam kes ini? Adakah berani Zahid Hamidi menggantung operasi Syarikat Securiforce Sdn Bhd sehingga semua kakitangannya disiasat dan disemak sepenuhnya latar belakang mereka!!

Belanjawan Pakatan kemuka pelan atasi ketirisan, pembaziran & rasuah sifar

Belanjawan Pakatan kemuka pelan atasi ketirisan, pembaziran & rasuah sifar

Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat mensasarkan hasil kerajaan dipertingkatkan kepada RM226.7 bilion pada tahun 2014 berbanding dengan RM218.3 bilion tahun ini, dan nisbah defisit kepada KDNK dikurangkan kepada 3.2% pada tahun 2014 daripada 4.6% tahun.

Pakatan Rakyat percaya sekiranya Kerajaan Persekutuan mengamalkan pentadbiran telus, bertanggungjawab dan berintegriti, nescaya dapat diwujudkan persekitaran ekonomi yang berdaya saing dan seterusnya mempertingkatkan pendapatan rakyat secara amnya.

viewerDalam pembentangan Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat di Parlimen pagi tadi, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang mewakili Parti Keadilan Rakyat menegaskan bahawa, Pakatan Rakyat mempunyai satu resipi bukan rahsia yang mudah akan tetapi BN tiada langsung iaitu komitmen politik.

“Satu komitmen politik untuk mencapai ketirisan, pembaziran dan rasuah sifar. Ini adalah antara sebab utama mengapa kita boleh mempunyai sasaran konsolidasi fiskal yang lebih mampan daripada BN, dan ini telah pun terbukti di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan”.

Dalam Belanjawan 2014 yang bertemakan “Mempertahankan kepentingan rakyat dalam mengharungi gelombang”, Pakatan Rakyat mensasarkan pengurangan sebanyak 10 % bagi semua semua bekalan dan perkhidmatan daripada perbelanjaan operasi di mana kerajaan persekutuan boleh merealisasikan penjimatan tahunan sebanyak RM10 hingga 15 bilion, berbanding dengan pembaziran di bawah pengurusan BN dianggarkan RM30 hingga RM40 bilion setahun.

Pembentangan Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke menggariskan empat teras utama yakni: 1)
Memperkukuhkan Kedudukan Fiskal dan Memperkasa Kewangan Awam; 2) Mempertingkatkan Kesejahteraan dan Kualiti Kehidupan Rakyat – Agenda Sebuah Negara Berkebajikan; 3) Memastikan Pembangunan Ekonomi yang Lebih Seimbang, Inklusif dan Mampan; dan 4) Merungkai Potensi Sebenar dan Mempertingkatkan Daya Saing Jangka Panjang Negara.

Pakatan Rakyat berpendirian bahawa GST merupakan cukai regresif di mana sebagai peratusan pendapatan, golongan berpendatapan rendah terpaksa membayar cukai lebih tinggi daripada golongan  berpendapatan tinggi; maka golongan berpendapatan rendah hingga pertengahan akan menanggung beban cukai yang lebih tinggi berbanding yang kaya.

bajet“Sebaliknya, Belanjawan Pakatan Rakyat memberi penekanan kepada Penjimatan Ringgit (PR) dan bukan kenaikkan harga. Program-program yang merugikan rakyat seperti Program Khidmat Latihan Negara (PLKN) yang menelan belanja tahunan RM800 juta dan juga Program Susu 1Malaysia yang menelan belanja sebanyak RM170 juta harus dihapuskan. Maka Pakatan Rakyat menolak sepenuhnya pengenalan GST,” ujar Anthony Loke yang mewakili DAP.
Selain itu, Pakatan Rakyat juga bercadang untuk menambah bilangan pembayar cukai dengan mempertingkatkan pendapatan rakyat dan tenaga kerja terutamanya di kalangan orang muda sebagai salah satu mekanisme penjanaan hasil yang lebih tuntas.

Untuk mempertingkatkan kesejahteraan dan kualiti kehidupan rakyat, Pakatan Rakyat mengusulkan pengurangan kos sara hidup dengan mengawal harga bahan makanan, rumah, pendidikan, penjagaan kesihatan dan produk farmasi, dan utiliti.

“Kami mencadangkan langkah-langkah yang praktikal dalam menangani kos hidup yang tinggi dan menekan rakyat secara keseluruhan; dalam masa yang sama tidak memberi bebanan tinggi kepada kerajaan dan tidak memberi impak negatif kepada industri atau sektor itu sendiri,” kata wakil PAS Khalid Samad.

Dalam komitmen memastikan pembangunan ekonomi yang lebih seimbang dan inklusif, Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat memberi penekanan untuk merapatkan jurang di antara bandar dan luar bandar seperti pengenalan Skim Insuran Petani, Nelayan dan Penternak; Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak seperti semakan semula Dasar Kabotaj, meningkatkan akses kepada utiliti dan pendidikan di kawasan pedalaman, dan menyegerakan pembinaan dan penaiktarafan jalan raya terutamanya Lebuhraya Pan-Borneo.


Pakatan Rakyat juga komited untuk menggalakan lebih penyertaan wanita dalam pembangunan ekonomi dan kepimpinan seperti penubuhan Dana Sumbangan Wanita Malaysia; golongan OKU bakal menerima kenaikkan elaun sara hidup kepada RM500 sebulan bagi OKU yang bekerja dengan pendapatan bulanan di bawah RM1,200 dan peruntukan khas bulanan bagi Orang dengan Ketidakupayaan Teruk dengan maksimum RM1,000 manakala nasib orang asal akan lebih terbela dengan pelaksanaan cadangan dalam Laporan SUHAKAM mengenai hak-hak tanah orang asal.


Jawatankuasa Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat


RAKAMAN TEMBAKAN PENYAMUN YANG TAK BERHATI PERUT


Assalamualaikum wrt
Jabatan Amal Subang

~ PERHATiAN ~

Daripada kita share gambar mangsa ditembak perompak

Lebih baik kita share banyak2 gambar perompak kejam ni

PDRM mengingatkan kepada orang awam suspek sangat merbahaya dan memiliki senjata api

Ardi mungkin nama samaran sahaja, jadi kita panggil dia BERUK

SEBARKAN DAN DAPATKAN INFO BANTU PDRM CARI BERUK SAMPAI DAPAT!

Untuk makluman BERUK ni belum lagi ditangkap.
Like · · · 22 minutes ago via mobile ·

BONUS KAKITANGAN KERAJAAN 2 BULAN?

 Kakitangan awam jangan terkejut dengan berita bonus ini. Sebab utamanya dah banyak contoh Bn ni putar belit.Nak harap kereta murah?, nak harap harga barang tak naik? semuanya auta. Apa lagi yang rakyat mahu? Bonus ? Ya bonus,,,,untuk anak-anak sekolah.Apa yang pastinya , untuk rakyat, BN, Barang Naik.Hanya ahli Umno sahaja yang mendapat diskaun membeli harga barang dan minyak....

Namun perlu sedar bahawa Dengan pilihanraya kecil Sg Limau, kerajaan punya budget untuk Memberi makan segala hantu raya,setan kecil,dan juga jebon-jebon yang akan menjadi macai sepanjang pejalanan pilihanraya kecil nanti.So  duit bonus, lain kali saja la...

Naik minyak pun sokong? Patut ke tengah buat desakan agar harga barang tidak naik,harga rumah tidak melambung.

 


 

 

 

Bajet 2014 : Bonus 2 Bulan, Elaun COLA RM300, Pinjaman Perumahan 1%

Bajet 2014 Malaysia akan berlangsung tidak lama  lagi iaitu pada 25 Oktober 2013. Seperti biasa, Cuepacs yang membawa suara & tuntutan 1.4 juta kakitangan telah menuntut daripada kerajaan Malaysia supaya menunaikan segala permintaan kakitangan awam Malaysia. Antara lain intipatinya ialah :


Bajet 2014 : Bonus 2 Bulan, Elaun COLA RM300, Pinjaman Perumahan 1%



  1. Bonus 2 bulan kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2014 Malaysia. Alasan Cuepacs : Kenaikan kos sara hidup kakitangan awam apatah lagi selepas harga petrol naik  baru-baru ini.
  2. Elaun sara hidup RM300 untuk kakitangan kerajaan diselaraskan antara kawasan bandar dan luar bandar. Alasan Cuepacs : Juga alasan yang sama. Kenaikan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia yang mana kakitangan awam ramai yang terasa bebanannya. Apatah lagi, kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza.
  3. Imbuhan tetap perumahan naik mengikut gred. Alasan Cuepacs : Setelah 15 tahun, Imbuhan tetap perumahan masih diberikan pada kadar yang sama. Sedangkan ramai penjawat awam yang terdiri daripada golongan rendah dan sederhana yang tidak mampu memiliki rumah sendiri berikutan harga rumah semakin melonjak tinggi sekarang ini. (contohnya perbandingan harga rumah VS gaji : DI SINI)
  4. Kadar faedah pinjaman perumahan kakitangan awam turun 1% berbanding 4% sekarang ini. Alasan Cuepacs : Kenaikan harga rumah yang semakin tidak munasabah & membebankan kakitangan awam.

DITELAN ORCA



MUHYIDDIN: DULU LAIN SEKARANG LAIN