DUIT SAKAW DAPAT SEMULA.

 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mendedahkan lebih RM31.4 bilion aset dirampas dalam tempoh lima tahun, dengan hampir RM28 bilion daripadanya telah dilucut hak.





Rampasan membabitkan sindiket penyeludupan, penyelewengan dana dan pemilikan aset mewah termasuk wang tunai, hartanah, kenderaan, jam tangan dan beg berjenama.


Antara kes besar ialah Op Metal dengan rampasan RM183 juta, projek rangkaian fiber (hartanah RM620 juta), aset mewah RM32 juta milik seorang 'Tan Sri, serta penyelewengan dana lebuh raya melibatkan RM36 juta.


Azam menegaskan kejayaan ini membuktikan SPRM proaktif dalam memerangi rasuah dan pengubahan wang haram. Namun, pelupusan aset dilucut hak berdepan cabaran kerana proses undang-undang yang kompleks, dengan 41 hartanah masih menunggu pelupusan.


#sprm #azambaki #eddykeponteng #eddyketempe



AWAK LAYAK GANTI KETUA AWAK. KALAU TIDAK ORANG MUDA AKAN BENCI UMNO


 

KAH KAH KAH...HENTI KAN LAH NAK CALON NAMA PAS NI....MELINGKUP LA NEGARA

 


JOM HADAM SIKIT BAB EKONOMI. GUNA BAHASA MUDAH DIFAHAMI.

 

Ahmad Faizuddin


Net FDI negara kita turun daripada RM15.6B kepada RM1.6B. Ni report DOSM dan BNM. 


Tapi kenapa ayat Gabenor BNM, dalam merumuskan ekonomi Malaysia ketika ini beliau sebut; saya quote kenyataan rasmi beliau, “Let me stress that Malaysia is facing these challenges from a position of strength.”





Strength apanye kalau net FDI merudum macam ni.


--


Dia macam ni, membaca ekonomi dia ada disiplin dia. Dia ada kerangka asas ekonomi, dan sub-data yang menyokong kerangka asas tu. Gabenor BNM membaca ekonomi secara profesional, berdasarkan kerangka ini.


Perasan tak, benda pertama yang dilaporkan adalah pertumbuhan ekonomi dulu. Bukan net FDI. Pertumbuhan ekonomi adalah kerangka asas, net FDI adalah subtopik. Macam mana pertumbuhan ekonomi dikira?.


--





Kita ambik expenditure method, GDP diukur dengan cara:


GDP = C + I + G + (X-M)


GDP = Consumption (consumer spending) + Investment + Gov. Spending + Net Exports 


Pegang kerangka kiraan ni, awak faham la ekonomi sesebuah negara. Contoh, Malaysia catat pertumbuhan ekonomi 4.4% untuk Q2 2025. Kenapa boleh capai pertumbuhan ekonomi pulak, sedangkan net FDI merosot ni?.


Sebab domestik ekonomi kita kuat. Consumption/consumer spending rakyat kita sedang mengukuh. Kita semua la, saya awak, kawan2 awak, jiran2 awak. 


Kenapa kita semua sedang spending ni?. Sebab kita semua ada kerja, ekonomi negara kita menghasilkan pekerjaan yang optimum. Sebab tu angka pengangguran negara kita hanya 3.0% sahaja. Rendah tu. Baseline 4.0%. 


Dan dalam masa yang sama, rakyat kita menikmati pertambahan pendapatan. Dilaporkan oleh BNM dan DOSM. Dah la menikmati pertambahan pendapatan, kadar pergerakan inflasi yang sederhana dan stabil, mendorong rakyat kita berbelanja. Faham tak kesan inflasi ni macam mana?.


Ni gambaran paling mudah untuk faham. (Rujuk gambar rajah)


--


Ni graf income kita. Inflasi mempengaruhi net disposable income kita. Apa tu?. Jumlah pendapatan yang boleh kita belanja. Katakan lah inflasi kita 10%, dia akan menghakis kuasa beli kita. Disposable income akan mengecil mendadak. Terpaksa menampung kenaikan harga yang melampau dan tidak stabil.


Berbeza pula jika situasi inflasi kita sederhana dan stabil. Contoh, sekarang 1.3% sahaja. Disposable income rakyat melebar. Kita boleh lebih berbelanja. Ditambah pula dengan kenaikan gaji sama ada gaji penjawat awam yg naik 15% dan kadar gaji minima yang dinaikkan. 


Kesannya, rakyat kita berbelanja. Consumer spending rakyat kita kuat, sehingga menyokong pertumbuhan ekonomi untuk Q2 2025. Ekonomi kita kekal kukuh sebab domestik ekonomi kita kuat, backbone ekonomi kita sangat positif.


Dan yang best nya, backbone ni internal, dan backbone ni kita semua la. Dalam keadaan geopolitik global yang challenging, kita berjaya uruskan domestik ekonomi dengan baik. 


--


Kita masuk huruf I – investment. Secara domestik investment, data nya positif dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Dasar kerajaan semasa, memang bergerak untuk menggalakkan domestik investment. Sesama kita, internal ekonomi. Penting tak bende ni?. Penting. Membina daya tahan dari dalam. Supaya apa sahaja berlaku di peringkat global yang di luar kawalan kita semua, tidak membunuh ekonomi kita.


Terbukti, dalam keadaan mencabar seperti sekarang, kena hadap geopolitik sentimen perang Ukraine-Timur Tengah, hadap dasar ekonomi Trump yang unpredictable, kita masih boleh membina ekonomi yang berdaya tahan. Sebab tu Gabenor BNM suka gune ayat “Resilience Economy”. YES. Malaysia memang masuk fasa resilience ekonomi.


Tahu kan, kita hadap global uncertainties dengan bergaya, di mana pertumbuhan ekonomi terus berlaku dan ianya disokong oleh domestik tau, dalam masa yang sama pengukuhan Ringgit berlaku dengan baik bukan sahaja kepada USD malah berbanding matawang-matawang neagra serantau dan global, dan simpanan persekutuan kita meningkat mendadak ketika ini.


Ayat mudah nak faham, orang lain struggle sebab faktor luaran, kita tak terjejas malah kekuatan dalaman kita tetap utuh, kita berkembang dan aset simpanan kita bertambah. Duit kita makin banyak.


--


Dalam konteks net FDI, equity injection + pembelian debt instrument adalah sekitar RM13.6B. Investment luar tetap masuk. Bukan penurunan net FDI tu maksudnya pelaburan tak masuk. Bukan. Masuk. 


Total kemasukan RM30B. Cuma, pada Q2 reinvestment of earnings berlaku. Taking profit. Pelabur taking profit sebanyak RM12B untuk Q2. 

Q2; masuk RM13.6B, keluar RM12.0B. Jadi lah net RM1.6B. 


Kenapa mereka keluar?. Mereka jugak ada tanggungjawab untuk membayar dividen kepada pelabur mereka. Normal transaction. Akan masuk balik?.


Yes. Akan masuk balik. BNM optimis akan masuk balik. Ni cyclical factors sahaja. Lim Sian See guna graf ni. Cuba tengok period 2000-2025, dalam tempoh tahun ke tahun, ada short interval drop net tu. Sebab apa?. Sebab investor taking profit. Bawak keluar profit dan investment balik negara masing-masing. Dan aliran keluar tu akan offset la aliran masuk. 


Tanda-tanda mereka akan kembali invest dah ada. Contoh, saya pernah buat posting pasal BURSA. Ni trajectory positif. Bukan negatif. Ayat BNM; Investments remain strong in both private and public sectors, despite rising global uncertainties. 


Huruf G - Government spending, terus berlaku, pembinaan projek-projek ekonomi yang menyokong industri, zon ekonomi, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. 


Dan projek-projek ni akan menjadi daya tarikan investment masuk. Cuba la gooogle, kilang baharu 2025. Dan semak kilang baharu yang beroperasi, ni hasil daripada government strategic spending la.


Dan last. Net export. Jumlah eksport tolak import. Negara kita net eksporter. Kita lebih kan jual daripada beli daripada luar. Kita masih net eksporter country. US tak. US negatif. 


Sebab tu Trump jadi gila dan buat tariff.


Panjang ni. Nanti saya sambung lagi. Overall, ekonomi kita in good shape. Dan yang paling penting, ianya in good shape secara internal. Faedah kepada rakyat direct, yang menjadi tulang belakang menjana ekonomi. 


Ekonomi yang terlalu bergantung kepada investment luar semata-mata, untuk boost pertumbuhan ekonomi adalah bahaya. 


Study kenapa Indonesia collapse masa krisis matawang Asian 1997-1998. Antara faktornya adalah, GDP growth mereka terlalu kuat bergantung kepada FDI, dan FDI yang dibawa masuk tidak di translate kepada membina domestik ekonomi yang kukuh.


Akhirnya, disebabkan global recession 1998, FDI tak masuk, ekonomi mereka collapse. Total collapse sehingga terpaksa dibantu. 


Sebab tu, penting untuk ada domestik ekonomi yang resilience. Malaysia, kita selesai membina domestik ekonomi yang kuat. Bila selepas ini pelaburan yang lebih banyak masuk, ianya menjadi booster kepada ekonomi negara kita, menambah kekuatan sedia ada.


Domestic + Foreign = Ekonomi Malaysia akan semakin kuat, kukuh dan berdaya tahan. Keterjaminan ekonomi akan berlaku.


--


Rujukan saya datang daripada direct website BNM.


Website rasmi BNM: https://www.bnm.gov.my/






NAK PERTIKAI KUASA YDP AGONG PULAK KAH ?


 

JANGAN LUPA BERHIMPUN DEMI ADIK INI.


 

KALAU GANGGU PAS NAK DAPAT KUASA MAKA DAPATLAH HABUAN

 

Tuduhan 𝗮𝗻𝘁𝗶-𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 ke, ataupum 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿 𝗵𝗮𝗿𝗯𝗶 ke, hanya terpakai pada pihak yang 𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗣𝗔𝗦 untuk dapatkan kuasa.





Kalau individu yang sama, tapi lagi mengganggu PAS untuk dapat kuasa, bahkan bantu PAS, mereka label tu semua jadi gilang.


Begitulah 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗣𝗔𝗦. Tak ada istilah perjuang Islam pun. Semua semata-mata demi kuasa. Islam tu cuma 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗺𝗴𝗮𝗻 je.


Dua bila dua 𝗺𝗮𝗸𝗵𝗹𝘂𝗸 ni dalam PH, PAS jadi paling lantang serang mereka. Konon PAS risaukan Islam la. Sekarang ni sebab mereka serang kerajaan, PAS jadi 𝘀𝘆𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗯𝗶𝘀𝘂 dah.


Kalau dah macam ni punya hipokrit pun rakyat masih tak nampak lagi, tak tahu la nak kata. Malah hipokrit tu terlalu lembut untuk PAS. Lebih tepat lagi kalau nak kata mereka 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸! Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



BANGLA DI TAHAN

 


Seramai 98 warga Bangladesh ditahan di KLIA… ni jelas menunjukkan cubaan masuk tanpa tujuan sah, guna booking hotel palsu, tiada tiket balik, dan gagal bukti kewangan. 


Kalau dibiarkan lepas, besar kemungkinan mereka akan masuk pasaran kerja haram seperti kilang, restoran dan tapak binaan. Silap-silap ada jugak yang bukak kedai runcit mat.


Kesannya, pekerja tempatan terpaksa bersaing dengan gaji rendah, ekonomi bawah tanah makin besar, dan kerajaan pula terpaksa tanggung kos tambahan dari segi kesihatan serta penguatkuasaan.



TERIMA KASIH DOAKAN KEMENANGAN SAYA




Terima kasih kepada semua follower setia yang sentiasa mendoakan hingga saya menang kes saman RM590 RIBU. 


Pemfitnah saya telah ' mengaku kalah ' dengan menarik balik rayuan di atas kemenangan saya pada March lepas.


 Kemenangan saya kekal dan wang RM590 RIBU sah menjadi milik saya, bahkan pemfitnah saya yang memfitnah saya penipu hartanah telah diperintahkan oleh Mahkamah supaya membayar kos guaman sebanyak RM15,000.


Justru, sebagai tanda terima kasih saya kepada semua yang menyokong, esok InsyaAllah saya PROMOSI TANAH MURAH ya. Rezeki lah siapa yang cepat!



KES TERKINI ZARA


 

AKAI TAK DAK


 

SOALAN DARI ORANG TAK CERDIK TANYA MEMANG KENA HENTAM LA.HANG NAK HUJAH DENGAN ANWAR...KIOK LA.


 

PELANDOK 2 SERUPA KOT.


 

KIOK

 


PH PERLIS EDAR BENDERA

 

Dr Ahmad Fadzil










Hari ini seramai 80 penggerak Pakatan Harapan Perlis bersama kepimpinan utama Pakatan Harapan Negeri Perlis telah turun padang mengedarkan sebanyak 2500 Jalur Gemilang di Persiaran Wawasan, lokasi yang menjadi mercu tanda negeri Perlis iaitu Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.


Seluruh rakyat yang hadir menyambut bendera dengan wajah ceria dan hati yang penuh semangat. Jalur Gemilang yang berkibar di tangan mereka bukan sekadar kain berwarna, tetapi simbol kemerdekaan, kebersamaan, dan tekad untuk membina Malaysia Madani di mana rakyat disantuni, tanpa mengira kaum atau agama.


Semoga ini menjadi langkah permulaan untuk Pakatan Harapan Negeri Perlis menggerakkan pasukan dengan lebih mantap, memastikan negeri ini ditadbir oleh mereka yang benar-benar mahu menjaga rakyat, memelihara keadilan, dan membangunkan masa depan yang lebih gemilang.


Kita bukan sahaja menyambut 68 tahun kemerdekaan negara, tetapi kita juga meraikan kemerdekaan jiwa bebas daripada ketakutan, kebencian, dan perpecahan. Kemerdekaan yang kita warisi ini adalah hasil pengorbanan generasi terdahulu, dan menjadi amanah kita untuk mempertahankannya.


Biar Jalur Gemilang terus berkibar megah di bumi Perlis. Biar semangat cintakan negara terus mengalir dalam darah kita. Inilah Malaysia kita. Inilah tanah air yang kita banggakan. Dan selagi nyawa dikandung badan, selagi itu kita akan mempertahankan maruah negara ini.


Merdeka. Merdeka. Merdeka.


Malaysia Madani, Rakyat Disantuni.


Pakatan Harapan Negeri Perlis



SEMUA RAKYAT TAHU APA PAS CAKAP. KINI MEREKA JUGA YANG NAK ANGKAT SEMULA.... MUNAFIK.



 

PENAKUT ...TAK PERNAH HADAP HUJAH BERDEPAN.


 


PEGAWAI TERBABIT KES ZARA DISIASAT

 


Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan mengambil keterangan ketua polis daerah (KPD) dan dua pegawai kanannya yang terlibat dalam siasatan kematian Zara Qairina Mahathir.


https://www.utusan.com.my/nasional/2025/08/jips-siasat-kpd-kbsjd-serta-pegawai-penyiasat-kes-zara-qairina/




PM Anwar Arah Tindakan Tegas Terhadap ‘Tokoh’ Menghasut, Gugat Keamanan

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 15 Ogos 2025.

PUTRAJAYA, 15 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penghasut yang sengaja menggugat keamananan dan keselamatan dalam beberapa peristiwa kebelakangan ini.

Merujuk kontroversi pemasangan Jalur Gemilang dan kes kematian pelajar Tingkatan 1 Zara Qairina Mahathir, Perdana Menteri berkata masa untuk memberi amaran atau teguran telah berakhir.

Tegasnya, tindakan segera perlu diambil untuk mengelakkan negara terjerumus dalam keadaan tidak diingini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 15 Ogos 2025.

“Daripada hal sebesar insiden kematian anak kita, Zara di Sabah, hinggalah isu Jalur Gemilang yang harus kita muliakan — semua ini menjadi agenda menghangatkan suhu.

“Sebab itu saya gesa dan beri arahan jelas kepada badan penguatkuasaan, jika ada tokoh besar atau kecil, tokoh politik atau masyarakat terbabit dalam jenayah ugutan serta hasutan… masa amaran telah berakhir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 15 Ogos 2025.

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, yang mengetuai program ‘Solidariti Jalur Gemilang’ di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam diarahkan polis memberi keterangan di IPD Dang Wangi, malam ini.

Akmal mengetuai perarakan ke kedai perkakasan mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengibarkan Jalur Gemilang terbalik.

Tindakan Exco Melaka itu tetap dilakukan biarpun di sebalik gesaan polis supaya perarakan dihentikan.



Kerajaan Setuju Perluas Tujuh Kelayakan Masuk Skim ATM – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 15 Ogos 2025.

PUTRAJAYA, 15 Ogos – Kerajaan bersetuju memperluaskan tujuh kelayakan masuk pelbagai bagi skim perkhidmatan Askar-Lasykar Angkatan Tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Gred Z1 (Tugas Khusus) merangkumi antaranya Kor Perubatan, Kor Agama dan Kor Kejuruteraan, umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, langkah itu diambil susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 1 yang mendapati wujud isu kelayakan masuk dalam skim berkenaan.

“Kerajaan juga memutuskan untuk memperluas pemberian insentif berasaskan prestasi (BIPs) kepada anggota lain-lain pangkat ATM iaitu Sarjan Setaraf (Gred Z4) dan Staf Sarjan Setaraf (Gred Z5),” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-20 di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, tempoh perkhidmatan yang melayakkan penerimaan insentif itu bagi gred Z4 hingga Z7 turut dipendekkan daripada enam tahun kepada empat tahun, memberi manfaat kepada 3,789 anggota dengan implikasi kewangan sebanyak RM6.47 juta setahun, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

“Ini akan membuka peluang lebih baik kepada anggota lain-lain pangkat ATM yang selama ini terpaksa menunggu lama untuk layak menerima insentif berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar mengumumkan pemberian insentif kewangan sekali sepanjang perkhidmatan kepada pegawai awam kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana yang menamatkan pengajian lebih tinggi menggunakan perbelanjaan sendiri.

“Bagi ijazah kedoktoran insentifnya RM1,250, ijazah sarjana RM1,000, ijazah sarjana muda RM750 dan diploma atau kelayakan setara RM500.

“Peruntukan ini melibatkan RM75.7 juta dan akan memberi manfaat kepada 91,672 pegawai awam,” jelasnya.

Beliau berkata, langkah tersebut sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang berusaha meningkatkan keupayaan diri walaupun terpaksa mengurangkan perbelanjaan keluarga demi melanjutkan pengajian.

Sementara itu, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menerima dana tambahan RM3 juta bagi mengukuhkan peranannya sebagai pusat rujukan kecemerlangan perkhidmatan awam di peringkat Asia dan global.

Kerajaan juga meneruskan pelaksanaan program Apel Q di INTAN bagi tahun 2026, yang menawarkan pembiayaan yuran pengajian sehingga 50 peratus atau maksimum RM15,000 bergantung jumlah terendah, berbanding sebelum ini hanya diumumkan untuk tahun tersebut.

Pada masa sama, Anwar turut mengumumkan pemansuhan syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi penjawat awam lantikan tetap yang mahu menunaikan ibadah haji.

“Ramai yang mengeluh, melalui Tabung Haji (TH), melalui Menteri Agama, apabila nak pergi haji, dia kena sahkan syarat khidmat.

“Syarat pengesahan dalam perkhidmatan itu akan dimansuhkan bagi kemudahan haji penjawat awam yang dilantik secara tetap,” katanya.



LAGI SEKALI!! - HAMZAH KENA BALUN KOW-KOW DENGAN PMX | Terkedu Terduduk ...

Kes Zara: Polis Siasat Akaun TikTok Sebar Berita Tidak Sahih

 


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Polis sedang menyiasat satu akaun TikTok disyaki memuat naik kandungan tidak tepat dan sahih berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu, allahyarham Zara Qairina Mahathir sehingga menimbulkan kebimbangan masyarakat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Ia melibatkan kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian serta kandungan mempunyai kecenderungan menghasut kebencian terhadap mana-mana pihak, selain boleh menyebabkan kegusaran dan kegentaran awam.

“Penyebaran maklumat tidak sahih juga boleh menjejaskan kelancaran serta keberkesanan proses siasatan polis,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menyeru orang ramai berhenti menyebar maklumat tidak sahih kerana boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat.

Perkara serupa turut ditegaskan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang meminta orang ramai supaya memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siastaan serta tidak menyebar berita atau maklumat tidak sahih di media sosial.

Zara Qairina yang dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi 16 Julai lalu, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) Kota Kinabalu keesokannya.




PADAN MUKA!! - 12 BULAN PENDANG DIREHATKAN! | Ini bukti Video - Sah dan ...


Ahli Parlimen PENDANG dari PAS bakal berhadapan hukuman serious daripada Speaker Dewan Rakyat susulan insiden mengajak MP Jelotong untuk bergaduh kerana tidak puas hati atas teguran kepada Presiden PAS hadi Awang. Adakah kali ini beliau akan digantung daripada menghadiri sidang lebih lama daripada 6 bulan. Setahun seperti cadangan Timbalan Speaker?




SIAPA DALANG DI SEBALIK SAMAN!? RANCANGAN MAHU JATUHKAN DS ANWAR!

HRC LIVE!! - ZARA PUN DEPA TUNGGANG SEKARANG | PMX PECAT MENTERI YANG TA...


Ya Polis telah memudahkan himpunan solidariti ‘Demi Zara’ di hadapan pusat beli-belah Sogo malam ini tetapi dilihat dipergunakan oleh pihak pembangkang sebagai ceramah politik untuk menghentam kerajaan termasuk PMX Anwar Ibrahim Dilihat antara yang muncul ialah Ibrahim Ali, Rafidah dan juga beberapa pimpinan PAS. MINTA PIHAK POLIS HENTIKAN HIMPUNAN SEPERTI INI. MENTERI SAIFUDDIN SILA BERTINDAK! KP UMNO Akmal Saleh telah dipanggil oleh IPD Dang wangi untuk disoal siasat oleh pihak polis mengenai beberapa kenyataan beliau yang melanggar undang-undang. PMX DAH BAGI AMARAN. RAKYAT NAK LIHAT TINDAKAN!



Lagi berita baik buat penjawat awam, ribuan anggota ATM bakal nikmati insentif berasaskan prestasi


 

Ribuan Anggota Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menikmati insentif berasaskan prestasi (BIPs) berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju memperluaskan pemberian insentif terbabit yang akan memberi faedah kepada 3,789 anggota dengan implikasi sebanyak RM6.47 juta setahun.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, perluasan pemberian insentif itu akan turut membabitkan anggota berpangkat Sarjan Setaraf (gred Z4) dan Staf Sarjan Setaraf (gred Z5).

Menurutnya, kerajaan sedar bahawa pemberian BIPs yang diberikan ketika ini terhad sehingga Pegawai Waran II Setaraf (Gred Z6) dan Pegawai Waran I Setaraf (Gred Z7) sahaja, membabitkan mereka yang memenuhi tempoh perkhidmatan enam tahun di gred semasa.

“Jadi kita setuju perluaskan insentif ini kepada anggota lain-lain pangkat ATM iaitu Sarjan Setaraf (gred Z4) dan Staf Sarjan Setaraf (gred Z5).

“Tempoh perkhidmatan yang melayakkan insentif BIPs bagi anggota lain-lain pangkat ATM bagi Gred Z4 hingga Z7 dipendekkan kepada empat tahun daripada enam tahun,” jelasnya.



PMX berkata demikian pada Majlis amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) XX, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.




Malaysia kini ekonomi Islam terkuat di dunia


 


Malaysia mencipta rekod cemerlang apabila meraih kedudukan teratas sebagai ekonomi Islam terkuat dunia bagi tahun ini.

Negara kita mencatatkan pencapaian skor indeks yang mengagumkan iaitu 165.1, menurut Indeks Ekonomi Islam Global (GIEI) 2024/2025 yang menilai 81 negara.

“Malaysia mengekalkan kedudukan teratas selama 11 tahun berturut-turut, diikuti oleh Arab Saudi, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain,” menurut laporan DinarStandard.

Firma penyelidikan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu juga merekodkan negara-negara dengan skor indeks kurang daripada 80 iaitu Jordan,Kuwait, Pakistan, Türkiye dan Qatar.



Analisis mendalam berkenaan ekonomi Islam global bernilai berbilion dolar itu mengambil kira prestasi dalam bidang kewangan Islam, makanan halal, farmaseutikal, fesyen patuh syariah, kosmetik, pelancongan, serta sektor lain yang berkait dengan pasaran pengguna Muslim.


“Pada tahun 2023, populasi Muslim dunia telah melepasi angka 2 bilion, merangkumi lebih 25 peratus daripada jumlah penduduk dunia.



“Dengan lebih 540 juta golongan belia Muslim dijangka menjelang 2030, perubahan demografi yang signifikan ini sedang berlangsung, sekali gus merangsang permintaan jangka panjang terhadap barangan halal, perkhidmatan digital,” kata DinarStandard.