Lagi berita baik buat penjawat awam, ribuan anggota ATM bakal nikmati insentif berasaskan prestasi


 

Ribuan Anggota Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menikmati insentif berasaskan prestasi (BIPs) berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju memperluaskan pemberian insentif terbabit yang akan memberi faedah kepada 3,789 anggota dengan implikasi sebanyak RM6.47 juta setahun.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, perluasan pemberian insentif itu akan turut membabitkan anggota berpangkat Sarjan Setaraf (gred Z4) dan Staf Sarjan Setaraf (gred Z5).

Menurutnya, kerajaan sedar bahawa pemberian BIPs yang diberikan ketika ini terhad sehingga Pegawai Waran II Setaraf (Gred Z6) dan Pegawai Waran I Setaraf (Gred Z7) sahaja, membabitkan mereka yang memenuhi tempoh perkhidmatan enam tahun di gred semasa.

“Jadi kita setuju perluaskan insentif ini kepada anggota lain-lain pangkat ATM iaitu Sarjan Setaraf (gred Z4) dan Staf Sarjan Setaraf (gred Z5).

“Tempoh perkhidmatan yang melayakkan insentif BIPs bagi anggota lain-lain pangkat ATM bagi Gred Z4 hingga Z7 dipendekkan kepada empat tahun daripada enam tahun,” jelasnya.



PMX berkata demikian pada Majlis amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) XX, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.




No comments: