Malaysia kini ekonomi Islam terkuat di dunia


 


Malaysia mencipta rekod cemerlang apabila meraih kedudukan teratas sebagai ekonomi Islam terkuat dunia bagi tahun ini.

Negara kita mencatatkan pencapaian skor indeks yang mengagumkan iaitu 165.1, menurut Indeks Ekonomi Islam Global (GIEI) 2024/2025 yang menilai 81 negara.

“Malaysia mengekalkan kedudukan teratas selama 11 tahun berturut-turut, diikuti oleh Arab Saudi, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain,” menurut laporan DinarStandard.

Firma penyelidikan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu juga merekodkan negara-negara dengan skor indeks kurang daripada 80 iaitu Jordan,Kuwait, Pakistan, Türkiye dan Qatar.



Analisis mendalam berkenaan ekonomi Islam global bernilai berbilion dolar itu mengambil kira prestasi dalam bidang kewangan Islam, makanan halal, farmaseutikal, fesyen patuh syariah, kosmetik, pelancongan, serta sektor lain yang berkait dengan pasaran pengguna Muslim.


“Pada tahun 2023, populasi Muslim dunia telah melepasi angka 2 bilion, merangkumi lebih 25 peratus daripada jumlah penduduk dunia.



“Dengan lebih 540 juta golongan belia Muslim dijangka menjelang 2030, perubahan demografi yang signifikan ini sedang berlangsung, sekali gus merangsang permintaan jangka panjang terhadap barangan halal, perkhidmatan digital,” kata DinarStandard.







No comments: