DUIT SAKAW DAPAT SEMULA.

 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mendedahkan lebih RM31.4 bilion aset dirampas dalam tempoh lima tahun, dengan hampir RM28 bilion daripadanya telah dilucut hak.





Rampasan membabitkan sindiket penyeludupan, penyelewengan dana dan pemilikan aset mewah termasuk wang tunai, hartanah, kenderaan, jam tangan dan beg berjenama.


Antara kes besar ialah Op Metal dengan rampasan RM183 juta, projek rangkaian fiber (hartanah RM620 juta), aset mewah RM32 juta milik seorang 'Tan Sri, serta penyelewengan dana lebuh raya melibatkan RM36 juta.


Azam menegaskan kejayaan ini membuktikan SPRM proaktif dalam memerangi rasuah dan pengubahan wang haram. Namun, pelupusan aset dilucut hak berdepan cabaran kerana proses undang-undang yang kompleks, dengan 41 hartanah masih menunggu pelupusan.


#sprm #azambaki #eddykeponteng #eddyketempe



No comments: