PH PERLIS EDAR BENDERA

 

Dr Ahmad Fadzil










Hari ini seramai 80 penggerak Pakatan Harapan Perlis bersama kepimpinan utama Pakatan Harapan Negeri Perlis telah turun padang mengedarkan sebanyak 2500 Jalur Gemilang di Persiaran Wawasan, lokasi yang menjadi mercu tanda negeri Perlis iaitu Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.


Seluruh rakyat yang hadir menyambut bendera dengan wajah ceria dan hati yang penuh semangat. Jalur Gemilang yang berkibar di tangan mereka bukan sekadar kain berwarna, tetapi simbol kemerdekaan, kebersamaan, dan tekad untuk membina Malaysia Madani di mana rakyat disantuni, tanpa mengira kaum atau agama.


Semoga ini menjadi langkah permulaan untuk Pakatan Harapan Negeri Perlis menggerakkan pasukan dengan lebih mantap, memastikan negeri ini ditadbir oleh mereka yang benar-benar mahu menjaga rakyat, memelihara keadilan, dan membangunkan masa depan yang lebih gemilang.


Kita bukan sahaja menyambut 68 tahun kemerdekaan negara, tetapi kita juga meraikan kemerdekaan jiwa bebas daripada ketakutan, kebencian, dan perpecahan. Kemerdekaan yang kita warisi ini adalah hasil pengorbanan generasi terdahulu, dan menjadi amanah kita untuk mempertahankannya.


Biar Jalur Gemilang terus berkibar megah di bumi Perlis. Biar semangat cintakan negara terus mengalir dalam darah kita. Inilah Malaysia kita. Inilah tanah air yang kita banggakan. Dan selagi nyawa dikandung badan, selagi itu kita akan mempertahankan maruah negara ini.


Merdeka. Merdeka. Merdeka.


Malaysia Madani, Rakyat Disantuni.


Pakatan Harapan Negeri Perlis



No comments: