AWANI 745 LIVE

WOI...KAH.KAH..KAH..FATWA DAH KELUAR WOIIII......




MD ZULAIMI KAZIN

"BUKAN RAHSIA LAGI...HALAL UNTUK DEPA...HARAM UNTUK ORANG LAIN"








MANA LEBAI TAK MELALAK DENGAN E WALLET ?


Penggunaan e-wallet di kalangan rakyat ini dimulakan oleh kerajaan PH terdahulu. Untuk memberi galakan, kerajaan PH sumbangkan RM 30 untuk membuka e-wallet. Ketika itu, menyalak para2 lebai dan menimbulkan keraguan kpd rakyat kononnya e-wallet ini akan mendedahkan data peribadi.

Hari ini, PM kerajaan pintu belakang umumkan RM 50 untuk e-wallet. Tidak takut terdedah data ke? Mana pergi suara lebai2 yg dulunya bodoh tentang fungsi e-wallet? Dah cerdik ke?

W.faudzin


KENALI DUA PENGHASUT E WALLET....


Mohd Muklis


Di kampung kampung depa la pandai sekali bila cakap bab ekonomi. Depa la pandai sekali dok juai auta depa. Sebab masa sekolah rendah dulu tak pandai. mak ayah hantaq ke sekolah pondok agama. Sejak itu depa dok berkawan saja dengan orang yang sepandai depa dok tunggang agama ikut sedap depa la nak sesuaikan. 

Bila bab ekonomi digital atau lebih advance sikit, apa yang depa tau, depa belasah cakap. Sebab itu sahaja pemahaman mereka..Kalau tidak takkan dia kata tanam buloh lingkupkan ekonomi orang Melayu dan akhirnya dia tiru pulak, sebab apa, sebab dia tak tahu pun bab ekonomi pun.Mesti gagal matematik ni...keh..keh..keh...aci lawan tengok sijil akademik...




Saya perlukan penjelasan saintifik apa beza ewallet zaman PN dan PH, adalah pada differential RM20 ringgekkkk? Atau pada sertu parti lelebais? 

Mungkin Ahmad Fadhli bin Shaari ada penjelasan Ilmiah sebagai wakil teknokrat dalam parti lelebais? 

" Mereka tahu nombor telefon mangsa, nombor kad pengenalan, nombor akaun bank dan alamat kediaman. Persoalannya, bagaimana mereka mendapatkan semua data peribadi tersebut? "

AWAS ewallet RM30 eh RM50

Kita jgn terlalu ghairah dengan RM50 yang kerajaan PN nak bagi sekarang ni kerana kita perlu fikir dalam masa yang sama kita telah memberikan maklumat peribadi kita kepada orang lain...

Apa kesan masa depan?? Jika maklumat kita org lain guna ?? Contoh untuk PRU ke 15 akan datang.... atau kemungkinan digunakan oleh pendatang asing untuk menjadi warganegara kita.. Fikir yg buruk dulu..!! Rasanya RM50 kita boleh usaha cari.. Tapi jika hak mengundi kita dalam PRU 15 hilang, kita akan kehilangan negara dan menyesal tk sudah...Sistem ini dibuat oleh DAP ... Data-data kita akan mereka perolehi dengan mudah...
Fikirkanlah wahai bangsaku.

Sebarkan demi Islam

Mcm pernah dgr skrip ni🤣🤣



*KEHANCURAN SEBUAH GLC/GOC*ADAKAH DISEBABKAN ORANG POLITIK KUASAINYA?




Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC atau Govt Owned/Linked Company lebih kurang 100 syarikat dibawah MKD (Menteri Kewangan Diperbadankan) yg mana Menteri Kewangan memiliki melebihi 51%saham syarikat berkenaan.

Di zaman BN memerintah, majoriti Pengerusi dan beberapa Ahli Lembaga Pengarah GLC adalah ahli2 politik dari parti yang memerintah, yang tidak mendapat jawatan jadi Menteri atau Tim. Menteri. Apabila ahli politik menguasai GLC sudah tentu GLC tersebut akan dipolitikan termasuk aset2 dan kakitangan nya.

Antaranya seperti berikut:

1. Apabila ada PRU atau PRK aset2 dan kakitangan GLC akan dipergunakan dan dikerah utk berkempen kpd parti yang memerintah.

2. Berapa kosnya semua akan ditanggong oleh GLC sepenuhnya. Elaun2, hotel, kos perjalanan, buka booths, entah berapa ribu habis macam tu jea.

3. Melihat apa2 geran kerajaan yang terdapat dlm GLC yang boleh dipergunakan utk diri sendiri, adik beradik, sedara mara, kawan2, kroni2 politik. Usahawan yang betul2 memerlukan geran tak dapat, nak dapat kena ada sesuatu *imbuhan* dulu.

4. Anak sendiri, anak sedara, anak BOD, anak kawan2 politik, anak2 kroni, akan mengisi jawatan kosong di GLC. Walaupun anak2 tu tak ada kelulusan dan bodoh macam lembu boleh mendapat jawatan dlm GLC.

5. Lawatan ke luar negara dilakukan dan diatur atas dasar kononya nak *BELAJAR* teknologi baru. Hanya 30% masa lawatan tu nak belajar. Selebih nya 70% melawat tempat2 lain, ada yang lebih teruk lagi cari *BETINA* di luar negara.

6. Berapa kosnya jangan tanya, boleh beli sebijik rumah banglow mewah. Kos tiket kena ambil 1st Class atau Business Class, hotel luar negara mesti bertaraf 5 bintang, kos entrouge, kos transportation, elaun makan luar negara dan lain2 lagi.

7. Bila buat program politik atau jamuan Hari Raya, sudah tentu dana GLC akan dipergunakan, program hendak lah dilakukan di kawasan politik Pengerusi sendiri. Walaupun jamuan hari raya lebih bersifat perbelanjaan peribadi bukan politik. Di mana mahu korek duit, kalau bukan duit GLC?

8. Berapa kos atau dana GLC hangus, jangan ditanya, kebajikan kakitangan GLC hancus. Ada dikalangan gaji kakitangan masih dibawah B40.

9. Ada yang lebih teruk dari itu, anak-anak dan bini-bini Pengerusi GLC juga mengambil kesempatan menggunakan driver pejabat untuk urusan persendirian. Driver pejabat digunakan untuk bini-bini shopping ke pasar, hantar anak sekolah dan urusan peribadi yang lain. Semua itu dibiayai oleh GLC sendiri.

10. Terlampau byk penyalahgunaan kuasa dan dana oleh orang-orang politik dari parti yang memerintah ke atas GLC. Orang kampong dan pengundi kampong tak tahu semua ini..

Apabila BN kalah PRU 14, *Tun Mahathir* telah membuang semua sampah ahli politik dalam GLC, dengan menggantikan orang koporate yang lebih telus dan tahu tentang tadbir urus koperate. Ini untuk menjamin tiada berlaku penyalah guna kuasa dan dana GLC sepert dulu.

Apabila *Mahyuddin* berkuasa ia mengembalikan sitiuasi dan suasana GLC seperti zaman BN berkuasa. Melantik kembali ahli-ahli politik jadi Pengerusi menerajui GLC, tunggu lah saat--saat kehancurannya.



CATATAN SEORANG BEKAS MENTERI MENJELANG KUASA KEMBALI KEPADA PEMILIKNYA YANG SEBENAR



Hampir sukar Kerajaan Perikatan Nasional (PN) YAB Tan Sri Mahyudin Yasin (TSMY) untuk mampu bertahan momentum kencang yang kini bertiup untuk mengembalikan hak dan mandat rakyat yang diberikan kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU ke-14 lalu.
Dengan ‘Power Grab’ yang dilakukan sekumpulan ‘pembelot’ dari Kabinet PH dengan kerjasama kelompok Pas-Umno, nyata ‘takdir-tadbir’ AlLah SWT telah mengalihkan bebanan pandemik COVID-19 dan segala dampak buruknya, dari bahu PH kepada puak PN.
Saya ulangi sekali lagi ..saya seorang ‘Perpetual Optimist’ (Optimis Tegar) sentiasa memandang ‘hikmah’ disebalik sesuatu angkara dan musibah yang menimpa.
Bayangkan, bagaimana Menteri Agama PH, andainya perlu menutup masjid-surau selama hampir 3 bulan dalam era PKP COVID-19?
Lunyai dikerjakan menteri ini, yang kebetulan, sentiasa menjadi sasaran pembangkang. Sukar mengelak maki-hamun yang dihamburkan ke arahnya, setiap kali disambung penutupan masjid-surau. Yang salahnya DAP juga gamaknya.
Begitu juga AlLah ‘selamatkan’ Menteri Kesihatan PH ini. Bayangkan juga, dengan 115 kematian sehingga kini, andainya Kerajaan PH terus memerintah, segala kata nista dan cemuhan jelek dipalitkan kerana kononnya, kebodohan-ketololan YBMK PH itu.
AlhamdulilLah, AlLah selamatkan diri ini..!
Pun begitu, padah ekonomi dan penderitaan rakyat, akibat perlaksanaan PKP bukan kepalang. Masak Menteri Kewangan dari DAP itu digulai pembangkang!
Namun, disaat dan ketika PKP dan kini PKPB dalam proses diangkat semula, semakin jelas ‘Mandat’ yang diberikan kepada PH oleh Rakyat, adalah dalam rangka untuk dikembalikan kepada pemilik sebenarnya!
Pastinya terlalu banyak yang mahu dinukilkan, mentelahan saya menyambung ‘puasa menulis-menerbit’, setelah graduate dari Madarasah Ramadhan 1441H.
Saya kekang kehendak saya menulis meskipun banyak yang hendak dikongsikan. Maaf, seperti ahli politik lain, saya juga punya hak untuk bersuara dan menulis.
Penulisan ini menyinggung perihal angin kencang Perubahan Kerajaan. Kalau sesuatu itu ada ‘sunnah’ atau hukum alamnya, maka juga sebegitu perjalanan Demokrasi. Susun-atur dan tata-kelola Demokrasi juga punya dinamika dan ciri-ciri tersendiri.
Sesungguhnya, peranan Institusi Raja Berpelembagaan menaungi dan memastikan semua berjalan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan (FC).
Mengimbau segera perjalanan serta mekanikisme peralihan kerajaan baru-baru ini, sayugia diingatkan semua, bahawa DYMM YDPA sememang di peruntukkan kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan (FC) termaktub dalam Perkara 40(2)(a) untuk baginda pertimbangkan…”pada hemat atau pertimbangan Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahlinya.”
Tegasnya, kuasa lantikan ini ialah kuasa budi bicara YDPA yang dijamin peruntukan FC!
Ya, bukan tanggungjawab YDPA untuk meneliti dan menimbang ‘nawaitu’ setiap pemimpin atau Ahli Yang Berhormat, dalam membuat pendirian dalam pernyataan sokongan kepada mana-mana calon Perdana Menteri.
Jauh lagi untuk menentukan samada berlaku ‘pengkhianatan’ atau ‘pembelotan’ ketika seseorang YB itu menyatakan pendiriannya.
Tidak perlu juga ditanya atau dipertikaikan oleh YDPA, samada TSMY telah menandakan tangani perjanjian bersama dengan komponen parti-parti PH, untuk secara sepakat dan muafakat, memperjuangkan perjanjian misi dan objektif PH-PBBM dalam PRU ke-14 lalu.
Tidak wajar untuk YDPA mempastikan samada TSMY telah menjalankan pelbagai langkah tipu-helah untuk mendapatkan Tun Dr Mahathir bersetuju untuk PBBM keluar dan tinggalkan Kerajaan PH, seperti video epik yang diterbitkan olih mantan Menteri Belia dan Sukan.
Tidak wajar dan tidak releven samasekali untuk YDPA dipertanggungjawabkan dengan semua karenah dan ‘political intrigue’ yang melatarbelakangi pergolakan krisis politik itu.
Begitu juga, Rakyat yakin DYMM YDPA akan terus menaungi dan menjamin kelancaran perjalanan demokrasi dalam proses pemulangan mandat, seterusnya nanti.
Akhirnya, pada detik dan saat untuk dikembalikan mandat Rakyat kepada Pakatan Harapan, saya dengan rasa penuh tanggungjawab, ingin mempertegaskan beberapa peringatan buat diri ini dan pimpinan tertinggi PH.
Demi menjaga kemurniaan perjuangan, visi dan matlamat yang sama-sama kita sepakati, amat mustahak untuk memastikan 2 (dua) jenis makhluk ini mesti disaring dari bersama gagasan ini:
Pertama, Ahli2 Yang Berhormat yang terpalit pelbagai dakwaan salahguna kuasa, pecah amanah dan sedang mendepani pelbagai tuduhan Mahkamah termasuk AMLA dan sebagainya.
Kedua, Ahli2 Yang Berhormat yang jelas memiliki pegangan dan amalan doktrin pelampau perkauman dan ekstrim agama. Jelasnya ‘DNA’ ini tidak secucuk dengan perjuangan rakan-rakan kongsi PH, yang menganjurkan matlamat ‘Rahmatan lil ‘Aalamin (Rahmat Untuk Semua), bahkan berlawanan dengan konsep ‘lnklusiviti’ dan ‘Kemakmuran Bersama’ yang disepakati muafakat politik ini.
Meskipun ‘cukup bilang’ jumlah Ahli Yang Berhormat dikatakan telah tercapai, bertambah mustahak untuk semua pihak, khasnya pimpinan tertinggi, untuk mengambil sedikit pencerahan siri pertama penulisan insan kerdil ini.
AlLahu ‘Alam.
Dr Dzulkefly Ahmad
Pengarah Strategi Parti Amanah Negara,
Ahli Parlimen Kuala Selangor.
5 Jun 2020.


NAJIB KENA SCAMMER RM42 JUTA?

PERINGATAN KEPADA PENUNGGANG AGAMA


“Kelantan masih benarkan jual arak termasuk pengeluaran lesen dan permit penjualan arak. Kita tidak haramkan penjualan arak, yang kita haramkan ialah judi kerana judi ini kita lihat ia tidak memberi keuntungan kepada sesiapa" - 𝗧𝗮𝗸𝗶𝘆𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗮𝗻 (𝟮𝟴/𝟭𝟮/𝟮𝟬𝟭𝟵), 𝗦𝗶𝗻𝗮𝗿𝗛𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻.
JIKA.. alasan judi diharamkan KERANA judi tidak memberi keuntungan kepada sesiapa, adakah dengan 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗮𝗿𝗮𝗸 𝗶𝘁𝘂 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗜𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 (cukai arak & penjualan lesen & premis arak).

SALAM AUNS.....KENALI MEREKA..



*HINA JAWI, LAWAN HUKUM ISLAM & CACI PERJUANGAN ORANG MELAYU MUSLIM, KINI BERKUASA DALAM KERAJAAN*




*1. MAH HANG SOON*
Pernah mengisytihar Jawi merupakan beban kepada murid & kalah dlm PRU14 (Parlimen Tanjung Malim).
Kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, antara Kementerian yg terpenting di Malaysia.

*2. CHONG SIN WOON*
Pernah menggesa supaya Hudud dimatikan serta merta & kalah dlm PRU14 (Parlimen Seremban).
Kini dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kelang, pelabuhan yg paling sesak & bernilai di Malaysia.

*3. TI LIAN KER*
Pernah mengisytihar bahawa MCA akan sentiasa membantah Hudud & digigur dlm PRU14.
Kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Perpaduan.

*4. TAN TEIK CHENG*
Pernah gesa Tun M jaga hati orang Cina melalui pengiktirafan UEC & kalah dlm PRU14 (DUN Machang Bubok).
Kini dilantik sebagai Pengerusi Pelabuhan Penang, antara pelabuhan terkaya di Malaysia.

*5. KOH CHIN HAN*
Pernah tuduh UMNO jahat kerana mempercepatkan pembentangan usul RUU355 & digugur dlm PRU14 (DUN Bemban).
Kini dilantik sebagai Pengerusi Pelabuhan Melaka.

*6. CHAI KIM SEN*
Pernah mendabik dada melaung MCA parti konsisten menentang Hudud & digugur dlm PRU14.
Kini dilantik Senator Dewan Negara.

___________________________________________

Latar belakang: MCA yg dikuasai dan dianggotai 100% Cina Kafir telah dibungkus oleh PH dalam PRU14. Satu-satunya Ahli Parlimen yg survive adalah Dewa Wee Ka Siong (Ayer Hitam).

Namun, dengan hanya seorang Ahli Parlimen sahaja, MCA pimpinan Dewa Wee Ka Siong telah menambah seorang lagi Cina Kafir, Wee Jeck Seng melalui PRK Tanjung Piai.

Kemudian Dewa Wee Ka Siong mengorak langkah lagi & berjaya melobi tokong-tokong lain menyertai Kerajaan, meskipun mereka semua calon yg digugur atau kalah dlm PRU14. Malah mereka semuanya mempunyai track record cemerlang dalam menghina Jawi, melawan hukum Islam & mencaci perjuangan orang Melayu Muslim.

Kini, MCA mempunyai seorang Menteri iaitu Dewa Wee Ka Siong sendiri dan juga berpuluh-puluh Timbalan Menteri, Senator, Pengerusi Pelabuhan, Pengerusi Lembaga, Pengerusi GLC, Ahli Majlis dan sebagainya yg menjadi sebahagian daripada Kerajaan.

Penghina Jawi, pelawan hukum Islam & pencaci perjuangan orang Melayu Muslim sudah berkuasa dalam Kerajaan.

Itulah kehebatan & kuasa Dewa Wee Ka Siong yg selalu diangkat ke langit oleh Najib, pemimpin2 & macai2 UMNO PAS.

Di manakah telur Melayu Muslim UMNO PAS?

Sudah dipicit ditekan dihempas dipecah oleh dewa-dewa & tokong-tokong MCA?
Tak berani tegur Dewa Wee Ka Siong & tokong-tokong dia?



DAFTAR PN UNTUK SURVIVAL BERSATU, UMNO TOLAK IKUT SERTA – PUAD ZARKASHI

LIVE: Perutusan Khas oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin


INI BETUL BETUL...BUKAN COBAAN,.BUKAN SATU TAPI DUA..,....


NOTA KEPADA PENGARANG
(Note to Editors)

Editor / Ketua Editor / Tuan / Puan

JEMPUTAN SIDANG MEDIA KHAS YB. DATO’ SERI MOHD REDZUAN MD. YUSOF, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (TUGAS-TUGAS KHAS)

Dimaklumkan bahawa YB. Dato’ Seri Mohd Redzuan Md. Yusof, akan mengadakan sidang media khas di kediaman rasmi beliau mengikut ketetapan berikut :-

Tarikh : 5 Jun 2020, Jumaat
Tempat Parkfiled Residences
        11, 5, Jalan Tropicanan Heights ½,
        43000 Kajang, Selangor.
Masa : 4.30 Petang

maklumat lanjut, sila hubungi 016-7788255 (Eddy)

Sekian, terima kasih.

KEH..KEH..KEH...TU HADI NAK JOIN JUGAK TU....

OWHHH...Bagai pinang dibelah dua..tak sungguh tak mengata....memang la..ingat hangpa saja boleh..kami pun boleh..MALAYSIA BOLEH...Soh la Tok haji bawa dan jaja 18 tunggoi kayu ke Mahathir kot dapat join.. Tapi PH ada AMANAH DAP PKR...sesuai ka?


 Bagai tertelan duri landak, tak ikut tapi hendak ..itu lah dia bila tupai melompat jatuh ke bawah, sekali lihat tak nampak tanah tapi jatuh ke bawah..kah,,kah,,kah..18 ekoq yang tak  ada suara.....


Imej mungkin mengandungi: ‎teks yang berkata '‎Hd Harakahdaily الحركة @harakahdailyHD PH sedang buat gerakan kerajaan pintu belakang'? Translate Tweet PH sedang buat gerakan 'kerajaan pintu belakang'? harakahdaily.net 11:48 AM 05 Jun 20 WordPress.com‎'‎

KHABAR ANGIN..JANGAN PERCAYA...

Bayangkan saya masih kekal Menteri Kesihatan, lunyai

Bayangkan saya masih kekal Menteri Kesihatan, lunyai
DR DZULKEFLY AHMAD


Hampir sukar Kerajaan Perikatan Nasional (PN) YAB Tan Sri Mahyudin Yasin (TSMY) untuk mampu bertahan momentum kencang yang kini bertiup untuk mengembalikan hak dan mandat rakyat yang diberikan kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU ke-14 lalu.
Dengan ‘Power Grab’ yang dilakukan sekumpulan ‘pembelot’ dari Kabinet PH dengan kerjasama kelompok Pas-Umno, nyata ‘takdir-tadbir’ AlLah SWT telah mengalihkan bebanan pandemik COVID-19 dan segala dampak buruknya, dari bahu PH kepada puak PN.
Saya ulangi sekali lagi ..saya seorang ‘Perpetual Optimist’ (Optimis Tegar) sentiasa memandang ‘hikmah’ disebalik sesuatu angkara dan musibah yang menimpa.
Bayangkan, bagaimana Menteri Agama PH, andainya perlu menutup masjid-surau selama hampir 3 bulan dalam era PKP COVID-19? Lunyai dikerjakan menteri ini, yang kebetulan, sentiasa menjadi sasaran pembangkang. Sukar mengelak maki-hamun yang dihamburkan ke arahnya, setiap kali disambung penutupan masjid-surau. Yang salahnya DAP juga gamaknya.
Begitu juga AlLah ‘selamatkan’ Menteri Kesihatan PH ini. Bayangkan juga, dengan 115 kematian sehingga kini, andainya Kerajaan PH terus memerintah, segala kata nista dan cemuhan jelek dipalitkan kerana kononnya, kebodohan-ketololan YBMK PH itu. AlhamdulilLah, AlLah selamatkan diri ini..!
Pun begitu, padah ekonomi dan penderitaan rakyat, akibat perlaksanaan PKP bukan kepalang. Masak Menteri Kewangan dari DAP itu digulai pembangkang!
Namun, disaat dan ketika PKP dan kini PKPB dalam proses diangkat semula, semakin jelas ‘Mandat’ yang diberikan kepada PH oleh Rakyat, adalah dalam rangka untuk dikembalikan kepada pemilik sebenarnya!
Pastinya terlalu banyak yang mahu dinukilkan, mentelahan saya menyambung ‘puasa menulis-menerbit’, setelah graduate dari Madarasah Ramadhan 1441H. Saya kekang kehendak saya menulis meskipun banyak yang hendak dikongsikan. Maaf, seperti ahli politik lain, saya juga punya hak untuk bersuara dan menulis.
Penulisan ini menyinggung perihal angin kencang Perubahan Kerajaan. Kalau sesuatu itu ada ‘sunnah’ atau hukum alamnya, maka juga sebegitu perjalanan Demokrasi. Susun-atur dan tata-kelola Demokrasi juga punya dinamika dan ciri-ciri tersendiri.
Sesungguhnya, peranan Institusi Raja Berpelembagaan menaungi dan memastikan semua berjalan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan (FC).
Mengimbau segera perjalanan serta mekanikisme peralihan kerajaan baru-baru ini, sayugia diingatkan semua, bahawa DYMM YDPA sememang di peruntukkan kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan (FC) termaktub dalam Perkara 40(2)(a) untuk baginda pertimbangkan…”pada hemat atau pertimbangan Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahlinya.”
Tegasnya, kuasa lantikan ini ialah kuasa budi bicara YDPA yang dijamin peruntukan FC!
Ya, bukan tanggungjawab YDPA untuk meneliti dan menimbang ‘nawaitu’ setiap pemimpin atau Ahli Yang Berhormat, dalam membuat pendirian dalam pernyataan sokongan kepada mana-mana calon Perdana Menteri.
Jauh lagi untuk menentukan samada berlaku ‘pengkhianatan’ atau ‘pembelotan’ ketika seseorang YB itu menyatakan pendiriannya.
Tidak perlu juga ditanya atau dipertikaikan oleh YDPA, samada TSMY telah menandakan tangani perjanjian bersama dengan komponen parti-parti PH, untuk secara sepakat dan muafakat, memperjuangkan perjanjian misi dan objektif PH-PBBM dalam PRU ke-14 lalu.
Tidak wajar untuk YDPA mempastikan samada TSMY telah menjalankan pelbagai langkah tipu-helah untuk mendapatkan Tun Dr Mahathir bersetuju untuk PBBM keluar dan tinggalkan Kerajaan PH, seperti video epik yang diterbitkan olih mantan Menteri Belia dan Sukan.
Tidak wajar dan tidak releven samasekali untuk YDPA dipertanggungjawabkan dengan semua karenah dan ‘political intrigue’ yang melatarbelakangi pergolakan krisis politik itu.
Begitu juga, Rakyat yakin DYMM YDPA akan terus menaungi dan menjamin kelancaran perjalanan demokrasi dalam proses pemulangan mandat, seterusnya nanti.
Akhirnya, pada detik dan saat untuk dikembalikan mandat Rakyat kepada Pakatan Harapan, saya dengan rasa penuh tanggungjawab, ingin mempertegaskan beberapa peringatan buat diri ini dan pimpinan tertinggi PH.
Demi menjaga kemurniaan perjuangan, visi dan matlamat yang sama-sama kita sepakati, amat mustahak untuk memastikan 2 (dua) jenis makhluk ini mesti disaring dari bersama gagasan ini:
Pertama, Ahli2 Yang Berhormat yang terpalit pelbagai dakwaan salahguna kuasa, pecah amanah dan sedang mendepani pelbagai tuduhan Mahkamah termasuk AMLA dan sebagainya.
Kedua, Ahli2 Yang Berhormat yang jelas memiliki pegangan dan amalan doktrin pelampau perkauman dan ekstrim agama. Jelasnya ‘DNA’ ini tidak secucuk dengan perjuangan rakan-rakan kongsi PH, yang menganjurkan matlamat ‘Rahmatan lil ‘Aalamin (Rahmat Untuk Semua), bahkan berlawanan dengan konsep ‘lnklusiviti’ dan ‘Kemakmuran Bersama’ yang disepakati muafakat politik ini.
Meskipun ‘cukup bilang’ jumlah Ahli Yang Berhormat dikatakan telah tercapai, bertambah mustahak untuk semua pihak, khasnya pimpinan tertinggi, untuk mengambil sedikit pencerahan siri pertama penulisan insan kerdil ini.
AlLahu ‘Alam. AlLahul Musta’an.
—————-
Penulis adalah Pengarah Strategi Parti Amanah Negara,
Ahli Parlimen Kuala Selangor.

DUA MENTERI AKAN LETAK JAWATAN

2 menteri dijangka letak jawatan, lapor HMetro
Minggu lalu, laman Umno, MyKMU telah menamakan Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof sebagai menteri berkenaan. Namun Harian Metro tidak menamakan kedua-dua menteri berkenaan.

2 menteri dijangka letak jawatan, lapor HMetro

MENANG ATAS TIKET PH, SILA IKUT LANGKAH DR SHAHRUDDIN – KHALID

InsyaAllah perubahan besar dalam masa terdekat, kata PH

InsyaAllah perubahan besar dalam masa terdekat, kata PH
Pertemuan pemimpin kanan PH di rumah Datuk Seri Anwar malam tadi.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, teks yang berkata 'Kembalikan Mandat Rakyat! LOS'





Pimpinan utama Pakatan Harapan telah bertemu malam tadi dan mengulangi komitmen untuk bersama mengukuhkan pakatan itu dalam membuat setiap keputusan dan tindakan politik.
“Pakatan Harapan akan membuat semua keputusan berasaskan konsensus.
“InshaAllah perubahan besar dalam masa terdekat,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan mereka selepas pertemuan malam tadi.
Turut menyertai pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah haji Mohamad Sabu (Presiden AMANAH), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP), dan Antony Loke (Setiausaha Organisasi DAP).
Sebelum itu, pemimpin AMANAH dan DAP mengadakan pertemuan dengan pemimpin dari Sabah dan Sarawak bersama denganTun Dr Mahathir Mohamad.