KEH..KEH..KEH...MP QAZAF NI TAK LEH PAKAI. MEMALUKAN PEMUDA PAS. ZAMAN DULU PANTANG AJAK ...





 

JOM SOKONG AFNAN SEBAB DIA NI TAK PAKAI OTAK


 

TAK CUKUP JOMMMLOH NI JAHAT.

 



Maju Terus! Malaysia Tetap Beli F18 hornet Bekas Kuwait, Walaupun Ancama...

RAFIZI DEDAHKAN RAHSIA RAMANAN ? HABIS KALI INI ?

[Rafizi Ramli] Part 3 Kenapa RR menentang khemah besar

Kita angkat mereka , patut depa cuim tangan kita ......

BIAR BETUL!! - NURUL IZZAH MENYESAL LAWAN RAFIZI? | PKR SEMAKIN HILANG S...

[Rafizi Ramli] Part 1 Setelah dipujuk untuk kembali aktif.

UMNO ni betullah gila jawatan , jawatan menteri bukan milik parti.....

WHAT IS THE MUHYIDDIN SEDUCTION CASE? LATEST DEVELOPMENTS COME WATCH THIS!

LELAKI IRAN KAWIN ORANG TUA... JOM BACA



 Lelaki ini ialah Muhammad Abbas yang berusia 30 tahun. Abbas berasal dari Iraq dan menjadi pelarian di Jerman kira-kira tujuh tahun lalu.






Selepas beberapa bulan berada di Hamburg, Jerman, Abbas kemudian bertemu dengan seorang wanita berusia 73 tahun yang bernama Jessica.


Jessica ini seorang yang kaya raya dan telah melabur kira-kira $350 juta di Audi (syarikat automotif terkemuka di Jerman)


Muhammad Abbas kemudian mahu mendekati wanita ini dan kemudian berkahwin dengannya.


Selepas berkahwin selama 6 tahun, Jessica akhirnya meninggal dunia dan Abbas telah membuat pengebumian secara besar-besaran untuk Jessica.


Seorang wartawan bertanya kepada Abbas mengapa dia sanggup berkahwin dengan wanita lanjut usia seperti Jessica yang 40 tahun lebih tua daripadanya dengan umurnya yang masih sangat muda.


Abbas pun menjawab "Cinta tiada batas dan saya mencintai Jessica dengan hati yang ikhlas"


Minggu lepas, Abbas menerima surat daripada Majlis Bandaraya Hamburg yang mengandungi wasiat isterinya Jessica. Isi surat itu tertulis


" Hello Abbas, saya sangat gembira kerana menghabiskan sisa2 hidup saya dengan awak dan saya tidak akan lupakan awak. Saya juga ingin mahu memberitahu awak bahawa saya mendermakan kesemua harta saya kepada badan amal dan gelandangan. Saya berharap awak akan menemui kerja yang sesuai dengan awak"



HABISLAH PKR!! - ROS BATAL KEMENANGAN NURUL IZZAH | Rafizi Kekal Timbala...

TU DIA NOH...


 

TEDIAAAA


 

Ulasan isu pertanyaan imuniti Perdana Menteri kepada Mahkamah Persekutuan.








1. Terima kasih Ketua Pemuda PAS kerana memperlihatkan SAHIHNYA pertanyaan peguam DSAI kepada Mahkamah sama ada Perdana Menteri mempunyai imuniti semasa dalam tempoh berkhidmat. 


2. Apa lagi melibatkan saman sivil yang boleh berlaku dalam pelbagai isu.


3. Bayangkan apabila seorang Perdana Menteri menghadapi pelbagai saman sivil yang tidak semestinya berasas, tetapi terpaksa pula bercuti.


4. Ketua Pemuda PAS cadangkan supaya PM BERCUTI bagi mengelakkan campur tangan eksekutif dan memastikan ianya berjalan dengan telus, adil dan saksama.


5. Sebelum ini Hannah Yeoh dipertikaikan oleh Cybertrooper PN kerana hadir di mahkamah berkaitan saman fitnah. Kononnya Hannah Yeoh meninggalkan tugas rasmi dan lebih mementingkan hal peribadi. 


6. Awal dari itu TPM Zahid Hamidi dipertikaikan kerana hadir ke mahkamah dengan pasukan keselamatan. Dilihat pula menyalahgunakan kuasa.


7. Untuk rekod Yusuf Rawther (YR) telah mengadu dicabul oleh Anwar Ibrahim pada 2018.


8. Anwar kemudiannya menyaman YR atas tuduhan tersebut. 


9. Pada 2020 pihak Peguam Negara tidak mendakwa Anwar atas tuduhan tersebut atas alasan kurang bukti.


10. Anwar dinasihatkan oleh peguamnya untuk menarik balik saman terhadap YR. Anwar juga menggangap nama beliau telah dibersihkan kerana kes tersebut tidak diteruskan oleh pendakwaraya.


11. Pada 2021 YR kemudiannya membuat saman sivil terhadap Anwar atas tuduhan yang sama.


12. Kronologi diatas menunjukkan bagaimana DSAI sentiasa mengikuti saluran undang-undang yang dibenarkan. 


13. Malah sejak 1998 apabila beliau didakwa atas pelbagai tuduhan, Anwar tegar menggunakan saluran undang-undang untuk melawan walaupun pada waktu itu sistem Kehakiman negara tercemar dengan pelbagai isu.


14. Cuma dalam kes ini, memandangkan Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri, yang mana beliau sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan dalam dan luar negara, perbicaraan di mahkamah boleh menyebabkan tugas beliau seperti mana yang dikehendaki oleh Perlembagaan terjejas.


15. Kes ini juga boleh dimanipulasi oleh pihak pembangkang untuk menjejaskan maruah dan reputasi Perdana Menteri. 


16. Tidak kurang juga dengan YR sendiri yang secara terbuka pernah menyokong negara haram Isr@el. 


17. Sedangkan PMX pada waktu ini terkenal sebagai pemimpin nombor satu baik dari timur mahupun dunia Islam sebagai penyokong kuat isu Palestin. 


18. Sebab itu peguam DSAI bertanya kepada Mahkamah Tinggi, boleh atau tidak mereka ingin bertanya kepada Mahkamah Persekutuan sama ada seorang Perdana Menteri mempunyai imuniti semasa menjalankan tugasnya. 


19. Tujuannya bukan untuk meminta imuniti sama ada kes sebelum atau semasa sebagai Perdana Menteri, tetapi untuk memastikan Perdana Menteri tidak diganggu dengan kes dan konspirasi pihak tertentu.


20. Walaupun kes ini berlaku sebelum Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, namun persepsi bahawa ianya adalah satu konspirasi tidak dapat dielakkan. 


21. Ini kerana Perdana Menteri waktu itu Tun Mahathir berusaha menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri. Untuk rekod peguam yang sering dikaitkan dengan Tun Mahathir Hanif Katri juga merupakan peguam YR.


22. Untuk rekod, terdapat perjanjian bertulis supaya Tun Mahathir menyerahkan kepimpinan kepada Anwar Ibrahim selepas kerjasama mereka berjaya menjatuhkan kerajaan Najib Razak pada 2018.


23. Tindakan peguam DSAI merujuk soal imuniti bukanlah bukti bahawa DSAI takut dan bersalah. Sebaliknya bukti bahawa beliau sentiasa menggunakan ruang dan saluran undang-undang yang ada.


24. Dalam kes cabul ini sebenarnya memang sukar dibuktikan. DS Shahidan Kassim yang kini MP PAS juga pernah terlepas didakwa atas tuduhan mencabul.


25. Oleh itu tindakan sesetengah pihak seolah-olah begitu yakin dan gembira dengan kes ini kononnya bukti bahawa DSAI seorang homoseksu@l adalah tidak berasas.


26. Sebaliknya anda sebenarnya telah terperangkap dengan jerat yang dipasang secara konsisten oleh musuh-musuh Anwar Ibrahim. 


Terima kasih 


Fairul al Qasas 

Aktivis Keadilan Rakyat



UZBEKISTAN LAYAK KE PIALA DUNIA

 RMS


Uzbekistan mencipta sejarah layak ke Piala Dunia...


Semua pemain lokal, tidak ada nama nama pelik seperti skuad Malaysia.. 😉😉




TULISAN SEORANG WARTAWAN LAMA... TAPI SEJAK AKHIR AKHIR INI, PENULISAN BELIAU DIKRITIK HEBAT. JADI PANDANGAN SEORANG YANG BUKAN AHLI PKR, BACA BOLEH TAPI DEMOKRASI MEMBENARKAN UNTUK DIBUAT PROTES JIKA NAMPAK SANGAT JALAN BENGKANG BENGKOK NYA.


MSO


 Jelang Raya Korban

PKR DALAM AMBANG KRISIS?





Permohonan bekas seorang ahli parlimen PKR Mohd Imran Abd Hamid agar Jabatan Pendafatran Pertubuhan (ROS) membatalkan semua permilihan PKR disemua peringkat membuka robek yang memarahkan dalam parti berlambangkan mata itu.


Bekas Ahli Parimen Lumut itu, meminta pemilihan diadakan semula dan kembali ke cara lama, satu undi untuk satu anggota.  


Beliau membuat laporan tentang penyelewengan dalam pemilihan diperingkat Cabang seakan sudah diuatur demikian rupa menyebabkan wujud fenomena ada badan tak ada kepala. Bersamanya terdapat 190 aduan dari Cabang membuat aduan kepada ROS. 


Langkah Imran itu adalah menuntut keadilan dalam parti Keadilan itu, namun dari sudut lain ia boleh menyebabkan berlaku krisis  dalam parti berkenaan yang boleh memporak perandakan parti itu. 


Sesiapa pun berhak menuntut keadilan dan memastikan apa-apa proses dan prosuder pemilihan berjalan dengan telus.


Bagaimana pun, ada tidak baiknya dengan tindakan itu, sekiranya ia diterima atau dilayan ia akan menjadi precedent (dahuluan), dimana semua proses pemilihan lepas boleh dibatalkan apabila dibantah.


Keputusan yang dibuat oleh pihak MPP dan perlembagaan parti berkaitan dengan sistem pemilihan itu sepatutnya tidak perlu dipertikaikan, sebab ia sudah dibuat dalam mesyuarat dan muktamad. Sesuatu yang sudah di sel sepatutnya tidak dibuka lagi. 


Sedikit pelik dan aneh, kalau Imran dan pihak 190 yang melaporkan itu tidak berpuas hati dengan prosuder pemilihan, mereka sepatutnya tidak mengambil bahagian dalam pemilihan dalam  kongres 23 Mei lalu. Mereka harus boikot pemilihan itu. Anehnya mereka ikut sama bertanding, dan yang menang tidak pula membantah proses dan prosuder pemilihan tersebut. 


Kalau pun proses itu hendak dipinda semula, (sel dibuka), bukan dengan minta batalkan proses yang sudah selesai dan mutkamad itu, tetapi cadang dan bawalah ke dalam kongres parti untuk dilakukan perubahan di masa akan datang. Cara ini baru bijaksana.


Sekiranya cadangan Imran itu diterima, ia tidak akan ada kesudahan dan penyelesaian, sebab mana-mana pihak yang kalah dan menganggap kekalahan kerana manipulasi akan membuat cadangan serupa dimasa akan datang. Rasa tidak puas hati dari kalangan yang kalah tidak akan ada penyelesaian, itu lumrah dan fiil manusia. 


ROS boleh menyiasat terhadap laporan dibuat, dan sekiranya apa-apa keputusan diputuskan nanti hendaklah diterima dengan rasa keterbukaan.


Langkah Imran dan 190 pihak yang membuat laporan itu tidak menerima konsep dan prinsip demokratik, dan bersifat prajudis apabila mereka berada dipihak yang kalah. Walhal yang kalah adalah minoriti kandati yang menang yang menerima proses itu sebagai baik.


Seandainya persepsi Imran itu benar, seharusnya individu dalam team yang kalah, tetapi menang, patut ikut sama memprotes pemilihan itu, sebaliknya ia tidak berlaku. Ertinya bukan semua anggota dalam team yang kalah itu mempertikaikan proses pemilihan parti tersebut pada 23 Mei lepas. 


Laksamana Pertama (B) Imran dan lain-lain sebelum mengambil keputusan membela diri seharusnya meletakkan kepentingan dan kehormonian parti dihadapan bukannya mengutamakan kepentingan peribadi. Dan dalam keadaan presiden kamu yang juga perdana menteri diserang dari belakang dan hadapan kamu tidak menyerabutkan fikirannya dengan isu-isu peribadi yang remeh. Trims.



PAS NAK JOIN KERAJAAN ANWAR?

Desa HM. 




Hmmmm....


Mcm ada bau2 ikan...


Betul lah telahan netizen selama ini, akan ada satu 'move' baru dlm politik negara kita...


Korang tunggu lah... tak lama dh akan pecah lubang... kabarnya 'move' ini dh bnyk bulan dah diatur.. cuma masanya shj belum sampai...


Dari sembang2 politik dgn bnyk 'pihak' sblm ini... memang, tidak mustahil move ini akan menjadi realiti...


Korang sabar jap... sambil teruskan follow up perkembangan... 


Sbg org bebas ni.. aku... mcm biasa. Apa pun yg bakal berlaku, aku tetap mcm ni... 


Duduk rumah, layan cucu2... kebetulan depa cuti sekolah. Esok pulak nk raya. Semua dh berkumpul. 


Jap lagi nk bwk depa jln2 shopping kat Aeon... sambil2 nk beli stock tambahan, kacang Ngan Yin cap Tangan... 


🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

.



KESIAN KAT DIA AIHHH... PUAK PUAK NI TAK DAK ATI PERUT KA...


 

AFNAN DAN FADLI SAARI LAYAK JADI PRESIDEN. SAHIH PAS AKAN MELINGKUP LEBIH SESAT

 


Siapa paling layak ganti Hadi Awang?


Hasrat Hadi Awang yang beri bayangan berundur dari jawatan Presiden Pas menimbulkan persoalan siapa yang layak menggantikan beliau.

https://jom.sinar.la/33hy8wyv


📲Jom follow Instagram Sinar Harian. https://www.instagram.com/sinarharian/




KITA TUNGGU DAN LIHAT PENDEDAHAN DARI RR BERDASARKAN DATA DAN FAKTA. JANGAN SAMPAI ATAS PAGAR HUMBAN KE LONGKANG.

 


TAK PAYAH LA TUAN.... TUAN BUKAN ELITIS. TAK DAK SAPA NAK DENGAQ....KALAU NAK BAGI BETUL DAN ELOK,.. MEMANG ELOK DAH DARI AWAI. INGAT AHLI PKR NI KOKAK BELAKA KAH?


Digital Audit and Forensic Report on the E-Voting System of Parti Keadilan Rakyat’ dan setelah diteliti terdapat beberapa perkara di muka surat 67 hingga 72 yang tidak disantuni oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa sehingga menyebabkan keputusan pemilihan di peringkat cabang dilihat seperti diatur.





 

INFO BOLASEPAK ASIA.


 Zainuddin Omar


Dengan kemenangan 1-0 Indonesia ke atas China dan kemenangan 2-0 Arab Saudi ke atas Bahrain, Indonesia kini berada di kedudukan keempat dalam Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia. 





Ini memastikan Indonesia layak ke Pusingan Keempat kelayakan, bukan perlawanan play-off secara langsung.  


Status Terkini Kelayakan Indonesia

 • Kedudukan Kumpulan C selepas 9 perlawanan:

 • 1. Jepun – 20 mata

 • 2. Australia – 16 mata

 • 3. Arab Saudi – 13 mata

 • 4. Indonesia – 12 mata

 • 5. Bahrain – 6 mata

 • 6. China – 6 mata   


Dengan satu perlawanan berbaki, Bahrain dan China tidak lagi boleh mengejar kedudukan Indonesia, memastikan tempat Indonesia dalam empat teratas dan melayakkan mereka ke Pusingan Keempat.


Apa Itu Pusingan Keempat?


Pusingan Keempat melibatkan pasukan yang menduduki tempat ketiga dan keempat dari setiap kumpulan dalam Pusingan Ketiga. Pasukan-pasukan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan bermain dalam format liga untuk merebut dua tempat terakhir ke Piala Dunia 2026. 


Siapa Lawan Indonesia Seterusnya?


Lawan Indonesia dalam Pusingan Keempat belum ditentukan kerana perlawanan terakhir Pusingan Ketiga masih berlangsung. Selepas semua perlawanan selesai, AFC akan mengumumkan pembahagian kumpulan untuk Pusingan Keempat.



NOH KENA TARBIAH LAK SANUSI.. SAPA TAK BERANI SOUND DIA.. DIA ALAMAK


 

KALAU AKU, AKU SUKA SI AFNAN DAN FADLI SAARI JADI PRESIDEN..... BARU IDUP KEBODOHAN

RMS. 


 Bukan sekadar  spekulasi lagi.. aku dah tulis beberapa hari lepas.. akan ada pertandingan dalam PAS... 


Team Ulama VS Professional..


Jika team Ulama menang, PAS tak mungkin dapat jawatan Perdana Menteri, kerana itulah team Professional akan meletakkan calon mereka dipemilihan kali ini..



SELAMAT TINGGAL SAHABAT



Saya pernah bela banyak haiwan. Tapi awak lain.


Awak tak pernah berbicara…


Tapi awak selalu buat saya rasa difahami.

Dalam diam awak, saya jumpa ketenangan yang manusia jarang beri.


Saya pernah duduk di sisi awak waktu langit gelap, waktu jiwa saya serabut, waktu hidup saya sempit.


Saya tak perlu bercakap banyak. Saya cuma letak tangan atas kepala awak. Dan entah kenapa, saya rasa… dunia jadi perlahan. Nafas saya jadi dalam.


Macam awak, seekor lembu, sedang ajar saya cara untuk hidup perlahan-lahan.


Awak tak pernah cakap “saya sayang awak”. Tapi awak tunjuk dalam seribu cara.


Bila saya datang ke kandang, awak paling dulu datang.


Bila saya sakit, awak pandang saya lama-lama, tunduk kepala dekat lutut saya.


Bila saya menangis diam-diam waktu suap awak makan… awak tenung saya macam awak tahu, awak tak akan lama.


Saya mula sayang awak bukan sebab awak besar, cantik, jinak.


Saya mula sayang awak… sebab awak jadi tempat saya belajar erti redha.


Dan sekarang, saya sedang kira hari.


Sebab saya tahu, masa kita dah tak panjang.


Raya korban kali ni, awak bukan sekadar haiwan yang saya sembelih.


Awak sahabat.


Awak saksi.


Awak perpisahan yang saya relakan demi Tuhan saya.


Saya tahu awak tak faham apa itu pengorbanan.


Tapi bila awak rebah nanti, saya percaya… awak akan bawa cinta saya kepada Tuhan, dalam bentuk darah dan takbir.


Saya takut hari tu. Saya takut tengok awak jatuh.


Tapi saya tahu… ada cinta yang paling tulus bukan dalam memiliki, tapi dalam melepaskan.


Dan saya lepaskan awak… bukan sebab saya tak sayang.


Saya lepaskan awak sebab awak terlalu saya sayang.


Saya harap awak tunggu saya.

Sebab di Padang Mahsyar nanti, bila semua amalan saya terlalu kotor untuk diangkat…


Saya cuma nak ada satu saksi.

Yang akan datang dari arah kanan. Yang akan kata,


“Dia pernah lepaskan saya demi Tuhan.

Dia pernah menangis untuk redha.

Dan saya datang hari ini… untuk bantu dia melintas ke syurga.”


Kredit: Khairul Johari




SUDAH SUDAH LA..

 


TU DIA NOH...


 

KRONISME NI AKU TAK HERAN DAH... NAIK JADI PM NAK AMBIK ANAK BERANAK.... CUMA KAYAKAN KELUARGA TU MEMANG MAHATHIR NO WAHID LA.

 


Masa berkuasa kayakan keluarga sendiri bila hilang kuasa tubuh payung besar demi melayu.😱




NI MUKA NAK KENA HADAP MAHKAMAH NI.


 

LAAAA... KERAJAAN SILAP LA BAGI BAS... DEPA NAIK GEQEK JA ATAIH BATAIH BENDANG NU.... DOK KEDAI MAKI KERAJAAN.


 

DIA YANG UMUM...


 

TUUUU DIAAAAA AIHHHH....


 

MUKA MUKA PELINGKUP MELAYU, RASUAH TERKAIT MACAM MACAM KES... TU PUN NAK BELA MELAYU...


 Che Ibrahim


Mereka adalah watak watak yang menyumbang kepada perpecahan melayu, anehnya mereka juga yang mengajak kepada perpaduan melayu dengan dengan berlindung di bawah payung mereka yang sudah berkali kali gagal.