PONG PANG PONG PANG..LAST LAST......KITA SENYUM..


HAMSINA HAMZAH


sop Islam pun tidak lulus, pkp juga tidak lulus. Maka bergemalah seyton ketawa seronok lengan kiri kanan berlaga titik gravity 🤣🤣



Imej mungkin mengandungi: 4 orang

MACAMANA PERJANJIAN DULU DAN KINI?




INI JANJI APA NIH..DULU PUNYA DAHTAK TEPAKAI ...

Di mana keadilan? Pembangkang gesa k'jaan bongkar KES ADIB ..•Mar 14, 2019


WOIII...MANA DIA..DAH DIAM MASUK GUA KA MACAMANA???





KEH...KEH...KEH....WOIII...KEADILAN UNTUK ARWAH MANA??




APA LA HANG NI LEKEH LA..MALU KE BUDAK UNIVERSITI LA WOIII


Apa yang dapat diperkatakan tentang seorang yang ada Phd ni , beliau memang kurang buat kajian sebelum mengeluarkan pandangan. Ini bukan sahaja menjatuhkan martabat sebagai seorang yang mempunyai Phd. tetapi menjatuhkan mana mana pemilik Phd yang setaraf, menjadikan ramai memandang bahawa memiliki Phd, adalah seperti makluk ini. Cakap dulu tak berfikir atau tak punya minda kelas ilmiah..nampak lekeh, nampak bangal dan nampak naif macam bukan seseorang yang ada Phd. 


MUHYIDDIN AKAN BUBAR PARLIMEN SEBELUM BELIAU DIJATUHKAN, KATA PEMIMPIN BERSATU



Pagi tadi saya berkesempatan berbual agak panjang dengan seorang pemimpin yang menjadi Ahli MPT Bersatu Pusat.

Beliau adalah Ahli MPT yang pro kepada Muhyiddin Yassin, Presiden Bersatu merangkap Perdana Menteri sekarang ini.

Berbagai perkara dan topik kami perbualkan – tentang Muhyiddin, Tun Mahathir Mohamad, masa depan Bersatu, hubungan Bersatu dengan UMNO dan PN, usaha menjatuhkan Perdana Menteri, pilihanraya awal secara mengejut dan macam-macam lagi.

Berkenaan usaha menjatuhkan Muhyiddin, terutama yang digerakkan oleh Tun Mahathir, beliau tidak yakin nombor atau jumlah Ahli Parlimen yang diperlukan akan mencukupi bagi tujuan itu.

Menurut beliau, sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin mempunyai banyak kelebihan bukan saja untuk menghalang, tetapi juga untuk menarik Ahli Parlimenn pembangkang agar menyokong kerajaan.

“Itu kelebihan yang tidak boleh dinafikan, cuma Perdana Menteri belum menggunakan lagi kelebihan itu, mungkin menunggu langkah yang akan dimulakan oleh Tun Mahathir terlebih dahulu,” katanya dengan yakin.

Lebih beliau tidak yakin usaha menjatuhkan Muhyiddin itu akan menemui kejayaan ialah jika ianya dilakukan tanpa sokongan Anwar Ibrahim dan PKR untuk menjayakannya.

Tambahnya, dengan 38 Ahli Parlimen dimiliki oleh PKR dan jika Anwar kekal dengan pendirian menolak atau tidak mahu menyokong Tun Mahathir, hampir pasti atau terlalu sukar usaha menjatuhkan Muhyiddin daripada menjadi kenyataan.

Malah, beliau juga penuh yakin Anwar tidak akan sedia menyokong atau bekerjasama dengan Tun Mahathir setelah Presiden PKR itu dipermain-mainkan dengan janji peralihan kuasa sebelum ini.

“Saya penuh yakin Anwar ada ketegasan yang jitu kali ini di mana beliau tidak akan membiarkan dirinya dipatuk buat kali ketiga oleh Tun Mahathir,” tambah Ahli MPT itu lagi.

Ditanya lebih lanjut jika Tun Mahathir terus berusaha ke arah itu, beliau menegaskan, Muhyiddin tidak akan membiarkan dirinya dijatuhkan begitu saja.

Muhyiddin katanya, pasti akan membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihanraya awal diadakan sebelum dirinya dapat dijatuhkan.

“Dalam pertemuan dengan pimpinan parti dua minggu lalu, Muhyiddin memang telah membayangkan kemungkinan ke arah itu dan meminta semua pihak bersiap sedia menghadapi pilihanraya awal itu,” ujar beliau seterusnya.

Kata beliau, peringatan Muhyiddin itu memberi erti bahawa mengadakan pilihanraya awal memang sentiasa ada dalam pertimbangannya.

Ahli MPT Bersatu itu juga memberitahu, Muhyiddin ketika ini sedang mengadakan perbincangan aktif dengan pimpinan parti-parti lain dalam PN bagi menyelesaikan beberapa perkara seperti pembahagian kerusi sebagai persiapan ke arah mengadakan pilihanraya awal itu.

“Saya yakin soal pembahagian kerusi akan dapat diselesaikan tidak lama lagi.

“Selepas itu, jika apa-apa berlaku, Muhyiddin tiada masalah lagi untuk memanggil pilihanraya secara mengejut,” kata beliau..

Tetapi, beliau mengingatkan, jika pilihanraya awal diadakan, bagaimana Tun Mahathir mahu menghadapinya?

“Adakah PH sedia lagi bekerjasama dengannya, sedangkan untuk menjatuhkan Muhyiddin pun Anwar tidak mahu bersama dengan Tun Mahathir?” soal Ahli MPT itu lagi. (Shahbudindotcom 22/06/2020)

#AWANI745 22 Jun 2020



'Kami konsisten sokong Anwar, tapi perlu peralihan kuasa 6 bulan





DAP dan Amanah berkata pihak mereka konsisten menyokong Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Bagaimanapun, kedua-dua parti tersebut turut mengulangi bahawa mereka percaya dengan senario politik semasa, satu-satunya langkah terbaik adalah membenarkan tempoh peralihan kuasa selama enam bulan.


PH KEKAL KERJASAMA HADAPI PRN SARAWAK

PERBINCANGAN PEMBENTUKAN KERAJAAN PH PLUS MASIH DIBUKA

PEMIMPIN RELAKS, YANG DI BAWAH KENAPA BERPERANG?

DALAM SEMUA KEADAAN PELUANG ANWAR JADI PM TERBUKA LUAS

Elak negara terpalit tanggapan negatif, PH gesa kerajaan hentikan intimidasi

Elak negara terpalit tanggapan negatif, PH gesa kerajaan hentikan intimidasi

VIDEO : Terus Usaha Kembalikan Mandat Rakyat, PH Kekal Sepasukan




Datuk Seri Anwar memberi jaminan Pakatan Harapan (PH) kekal utuh biar pun ada sedikit perbezaan pendapat mengenai cara mengambilalih Kerajaan Persekutuan yang baharu. Anwar menegaskan tidak timbul keketapan dengan menolak Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Ke 9 maka KEADILAN bersedia untuk menjadi pembangkang seterusnya. Katanya, KEADILAN masih berusaha mendapatkan sokongan Ahli-Ahli Parlimen. Cuma cara yang digunakan bukan membeli sokongan, ugut, janji jawatan GLC dan sebagainya. KEADILAN tidak mahu Ahli Parlimen dianggap barang dagangan untuk dijual beli. KEADILAN berharap dapat menarik minat Ahli Parlimen dari semua pihak untuk menyelamatkan negara dan membaiki ekonomi. Mengulas mengenai penyokong di bawah berbalas-balas serangan kononnya DAP dan Amanah pengkhianat dengan memberi sokongan kepada Tun, Anwar menegaskan semua itu hanyalah perbezaan pendapat ringan. Tidak adil menuduh kawan-kawan yang bersama-sama berjuang selama 20 tahun telah berkhianat kepada KEADILAN. Menurut Anwar perbezaan pendapat tercetus mengenai formula perlantikan PM dan TPM. Formula pertama mencadangkan Anwar sebagai PM sekiranya cukup jumlah kerusi. Tidak ada pertikaian, calon daripada PH adalah Anwar. Namun Tun Mahathir berkeras untuk menjadi PM. Oleh itu timbul pilihan kedua, rakan-rakan seperjuangan mencadangkan Tun sebagai PM selama 6 bulan dengan diikat perjanjian. Bermakna komponen PH juga curiga kepada Tun yang sering menukar janjinya daripada setahun, kepada dua tahun, selepas APEC dan terakhir sehari sebelum pilihan raya sebagaimana tempoh dahulu. Manakala Anwar diminta untuk menjadi TPM biar pun berat untuk dilalui. Hal itu tergantung Namun biarpun tergantung kerjasama antara PH dan Warisan serta paksi Dr Mahathir tetap diteruskan. Cuma isu-isu semasa perlu diberi keutamaan seperti pembelajaran dalam bahasa Inggeris (PPSMI), tuduhan Melayu malas dan isu-isu ketuanan atau keistimewaan Melayu yang sering menjadi momokan ke atas PH dan perlu diatasi. Sekiranya PH Plus mengambil semula kerajaan, kata Anwar, kerajaan yang wujud perlu kukuh dan memberikan penyelesaian muktamad kepada masalah Malaysia yang berpanjangan sejak dua dekad lalu.

JANGAN MARAH KALAU ANWAR TIDAK PERCAYA DAN KAMI JUGA TIDAK MEMPERCAYAINYA

W.FAUDZIN NS




Jangan marah kalau Anwar berijtihad tidak lagi mahu percaya kepada manusia ini. Letaklah perjanjian bertulis setinggi gunung kinabalu sekalipun, kalau dia kata itu 'bukan kitab suci", apa lagi kita mahu kata?

Apa lagi yg perlu aku buat kalau aku berada ditempat beliau.



Md Zilaimi Kazim

1. Selepas keputusan PRU 14, Hishamudin Rais cuba gambarkan seolah2 ada orang nak sailang Tun M bila Agung tawarkan Kak Wan sbg PM sbb PKR majoriti terbesar. Katanya Agung tak tanya dan tak buka pun surat yg mengatakan PH bersetuju Tun M jd PM. Anwar masih dlm penjara tp HR cuba bayangkan Anwar cuba sailang Tun M sedangkan semua orang tahu Kak Wan tolak dr jd PM sbb berpegang pd janji.

2. Suara diratib bahawa Anwar bagi tekanan pd Tun untuk turun setelah cukup 2 tahun.

3. Wartawan kerap bertanya bila tarikh untuk tukar PM kepada Tun M dan sekali lagi Hishamudin Rais daalm tulisanya menuduh Anwar upah wartawan tanya (MK 25 July 19).

4. Sebelum mesyuarat terakhir PH (sblm lamgkah Sheraton) Azmin dan Radhi Jidin mengapikan Tun dan PPBM bahawa Anwar nak buat undi tidak percaya pd Tun M menyebabkan mesyuarat PH ketika itu tegang tetapi usaha meraka gagal bila Anwar secara serius menyerahkan kpd Tun utk tentukan bila tarikh penyerahan kuasa... spt apa yg dilapurkan oleh Syed Sadiq.

5. Selepas langkah Sheraton gagal bawa apa-apa keputusan, tiba-tiba Tun umum letak jawatan PM, Agung nasihat minta tarik balik pun Tun tetap dgn keputusan beliau. Langkah Sheraton yg gagal awalnya hidup kembali dengan sokongan dr GPS. Anwar dan PH cuba selamatkan kerajaan akhirnya gagal.

6. Tun kembali bersama PH dan berusaha utk rampas balik kerajaan dgn membuat usul undi tidak percaya kpd PM. Gagal bila sidang parlimen dipendekkan masa bersidang.

7. Tun dan PH cuba guna langkah yang sama digunakan Muhyiddin untuk bawa ke istana SD sokongan namun akhirnya buntu bila gagal memberi kata sepakat utk calon PM. Anwar tolak utk lantik Tun M jd PM dan PH bergolak.

8. Anwar diminta terima opsyen 2 yang cukup berat utk Anwar terima, bila Anwar tolak ramai rakan-rakan dalam PH kecewa.

Apakah wajar Anwar dituduh tidak sabar untuk jd PM sedangkan demi untuk selamatkan PH beliau menyerahkan Tun sendiri tetapkan tarikh penyerahan kuasa tapi akhirnya Tun sendiri letak jawatan bg menutup peluang Anwar naik jd PM. Hamba rasa keliru 🙊



POLITIK SABAH: Ramai YB Warisan Diramal Lompat Parti



POLITIK

 June 15, 2020

Dalam seminggu dua ini dan minggu-minggu mendatang adalah saat yang sangat menarik, mendebarkan malah mungkin ‘menaikkan darah’ orang-orang politik dan rakyat sendiri.

Sebagai seorang Wakil Rakyat daripada UMNO saya secara peribadi sangat bersyukur apabila 46 pertuduhan terhadap YB Tan Sri Musa Aman telah digugurkan atas sebab ketiadaan bukti kukuh malah rekaan semata-mata.

Bertitik tolak daripada itu, situasi politik Sabah telah dan akan terus memperlihatkan perkembangan-perkembangan penting dalam sejarah Sabah. Saya menjangkakan Parti Warisan akan dilanda kemelut yang amat dahsyat sekali sepanjang sejarah penubuhannya. Ini disebabkan perbuatan dan kerosakan ciptaan pemimpinnya sendiri atau apa yang dipanggil sebagai ‘self destruction’!.

Saya tidak menolak kemungkinan episod ini akan bertambah hebat apabila para Wakil Rakyat Warisan khabarnya akan berbondong mencari rumah baru kerana rumah sekarang atapnya mula bocor dan tiangnya mula reput. Apa-apa pun, tahniah saya ucapkan kerana anda adalah ‘Wira Rakyat Sebenar’ dan bijak membawa haluan demi rakyat dan negeri tercinta?

Ironinya, Shafie Apdal ‘melalak’ sana sini mencanang seolah-olah Wakil Rakyat Warisan telah dibeli oleh pihak tertentu sedangkan pada masa yang sama beliau cukup yakin bahawa kesemua Wakil Rakyat nya sangat berintegriti tinggi. Kalau benar mereka ini memang berintegriti tinggi kenapa harus bimbang dan khuatir kesetiaan mereka?
Nanti, jika benar berlaku episod ‘lompatan keramat’ ini saya tidak sanggup mendengar pula Shafie Apdal akan mengecam dan melabel mereka sebagai ‘pengkhianat’!. Carilah istilah yang lebih ngam agar nanti pelabelan itu tidak kena pada diri sendiri pula. Kan dulu beliau sendiri yang menggunakan khidmat mereka-mereka itu ketika menubuhkan kerajaan negeri. Tiada seorang pun rakyat Sabah akan menafikan fakta ini.!

Akhirnya, apa kabar semua YB-YB Warisan dan sekutunya? Saya doakan agar anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat selalu. Kuatkan iman dan kuatkan mental semoga semuanya baik2 saja ya.!

Mohamad Alamin
MP Kimanis

C/p

WALAU SAYA BODOH, UNDI SAYA TETAP BERHARGA!

Saridah Sh Abdullah

Saya ahli AMANAH tidak bersetuju parti saya beri option untuk nama TM dicalonkan sebagai PM9. Bagi saya TM telah menunjuk kedegilannya kepada YDPA apabila tidak berganjak untuk letak jawatan dan meletakan negara dalam keadaan huru hara. Malah tindakan TM tidak menghormati YDPA dan untuk PH mencalonkan namanya sekali lagi adalah seperti mempersenda istana.

Dalam meletak jawatan TM telah membuktikan bahawa dia tidak layak menjadi PM kerana masalah peribadi dan bukan nasib negara diutamakan!

Bahkan jika TM masih dlm PH diPRU15, saya boikot memberi khidmat sebagai ahli parti dan juga memberi undi kepada AMANAH dan mana-mana parti PH yang bertanding ditempat pembuangan undi saya.

Jika pemimpin PH mengambil remeh dan tidak menghormati perasaan dan pendapat saya, maka JANGAN harap yang sama dari saya rakyat yang akan meletak anda sebagai wakil saya.

Bagi saya Pemimpin PH sama saja perangai macam TM yang tidak menghormati pendapat orang lain kerana menganggap DIA sajalah yang paling pandai dan tahu segalanya. Jangan harap sokongan dari saya rakyat yang bodoh ya!



Simpulan makin berbelit dan ketat...


MD ZULAIMI KAZIM



Kalau sebelum nih Khalid Samad dan Anthoney Loke keluar kenyataan menjelaskan senario meeting PH dan Tun M dan menegaskan adanya 2 opsyen.

Sehari slps itu mereka berdua kekuar lg satu kenyataan bg menyanggah kenyataan Bemdahari PKR.

Sabtu lepas Presiden Amanah keluar kenyataan selepas mesyuarat Amanah Pusat yg menginginkan PH kekal dan hubungan dgn Tun dan Wawasan diteruskan.

Hari ni Presiden Amanah dan SUA DAP keluar knyataan bersama menjelaskan tentang keputusan dan 2 opsyen, ulangi apa yg sedia maklum. Sedangkan dlm tazkirah live Anwar dah nyatakan beliau amat berat utk terima cadangan minta dia jd TPM kpd Tun M... "nak suruh saya tanggung derita berapa lama lagi?", kita kena fahamlah.

Jadi sekarang kenapa kenyataan bersama Amanah dan DAP ini dibuat? Nak bagi tahu suara majoriti dlm PH tolak Anwar atau minta Anwar ikut suara majoriti? Kenapa jadi begini? Anwar semalam berkali-kali menghargai sokongan Amanah dan DAP dan tetao menyatakan PH kukuh. Kalau dah rasa tak blh lg nak berunding dgn Anwar, keluarkan saja Anwar dan PKR dr PH dan masukkan Warisan dan Tun M.

Simpulan makin berbelit, sukar dileraikan, ambil pisau potong dan pisahkan.



Kenyataan media bersama Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad bin Sabu; dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada hari Isnin 22 Jun 2020



Kami ingin memberi kenyataan respon kepada PKR yang sebelum ini telah mengumumkan menolak pilihan kedua untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, dengan peralihan kuasa kepada Anwar selepas tempoh 6 bulan. Ini berikutan Warisan dan Tun menolak pilihan pertama untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kedua-dua pilihan ini dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden pada 30 Mei 2020.

Kami konsisten menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Malaysia sejak 1998 dan akan terus berbuat demikian. Dengan latar senario politik semasa, satu-satunya pilihan yang realistik untuk berjaya adalah dengan menggabungkan kekuatan kesemua lima parti iaitu PKR, Amanah dan DAP daripada Pakatan Harapan serta Warisan dan kelompok penyokong Tun Mahathir dalam Bersatu. Perjalanan politik ini telah mengambil masa 22 tahun, justeru kita mampu menunggu enam bulan lagi untuk melihat Datuk Seri Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia. Peralihan 6 bulan ini akan didokumenkan secara bertulis, ditandatangani kesemua pemimpin parti dan diumumkan secara terbuka.

Walaupun Tun Dr Mahathir, Warisan dan PKR tidak dapat saling bersetuju, kesemua parti dalam Pakatan Harapan, Warisan dan kelompok Tun Dr Mahathir mesti mencari titik persamaan untuk menuntut kembali mandat yang telah diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018. Ini adalah sebuah perjuangan suci untuk mendaulatkan demokrasi serta nilai undi jutaan rakyat Malaysia yang memilih untuk menukar kerajaan bagi menyinhkirkan pentadbiran yang korup dan kleptokratik, melibatkan puluhan bilion Dolar Amerika. Usaha-usaha masih berjalan untuk memulangkan wang yang telah hilang walaupun pengguguran pertuduhan terhadap mereka yang terlibat dalam kehilangan wang tersebut ternyata menjadi halangan.

Dalam usaha menghormati mandat pilihan raya yang diberikan rakyat untuk menukar kerajaan pada PRU 2018, ada pihak mengambil peluang melabel kami sebagai gila kuasa. Kami telah dikritik kerana lambat bertindak menuntut kembali mandat rakyat, tetapi apabila laluan yang realistik ditemukan, kami dikritik pula kononnya gila kuasa. Ini tidak adil kerana walaupun kami tidak gentar menjadi pembangkang, rakyat telah mengundi pada tahun 2018 supaya kami mengambil alih kerajaan.

Kedua-dua DAP dan Amanah telah berusaha keras sepanjang tiga bulan lalu untuk mencari titik persamaan yang dapat diterima semua pihak. Malangnya, usaha itu belum berjaya. Kami berharap PKR dan Tun, bersama-sama Warisan tidak akan semakin menjauh bahkan terus merapat dan bersatu-padu. Melihat masing-masing sebagai musuh dan bukan rakan sekutu tidak akan membantu perjuangan rakyat bahkan hanya membantu mereka yang telah menumbangkan sebuah kerajaan sah yang dipilih rakyat, dengan sebuah kerajaan tanpa mandat rakyat. Hanya apabila kita dapat bersetuju, kita akan sama-sama dapat memastikan Pakatan Harapan dapat menuntut semula kerajaan milik rakyat ini.

Seperkara lagi, tidak patut ada sebarang urusan dengan watak-watak utama (bekas pemimpin PH) yang bertanggungjawab menumbangkan kerajaan sah Pakatan Harapan dan membolehkan kerajaan PN tanpa mandat ini berkuasa. Pengundi Pakatan Harapan tidak akan mengampunkan mereka yang telah mengkhianati amanah yang telah diberikan.

Kami memberi penghormatan kepada pemimpin PH, Warisan dan Bersatu yang telah berani berdepan ugutan dan godaan bagi menolak kerajaan PN yang tiada mandat ini. Kesemua parti-parti politik dan orang ramai menyokong serta bersetiakawan dengan Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal bagi mengekang anasir-anasir pengkhianat daripada cuba menumbangkan kerajaan yang telah dilantik melalui pilihanraya.

Sebagai anggota Pakatan Harapan, kami akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat dan jutaan yang telah mengundi untuk perubahan. Krisis ekonomi pasca Covid-19 adalah begitu dahsyat dari segi kesan negatifnya terhadap perniagaan dan kehilangan pekerjaan, maka kita mesti menjadi suara hati nurani rakyat dan pembela mereka demi memastikan dana kerajaan digunakan untuk membantu mereka, dan tidak tertiris akibat salah urus-tadbir.

Keperluan melanjutkan moratorium pinjaman bank selama enam bulan lagi serta kemarahan orang ramai terhadap kenaikan bil elektrik oleh Tenaga Nasional Bhd adalah gejala kegagalan kerajaan PN dalam menangani kesengsaraan rakyat akibat krisis ekonomi Covid-19.

Kami juga akan turut menggerakkan jentera parti untuk bersiap sedia berdepan kemungkinan pilihan raya mengejut, dan bekerjasama dengan semua parti politik yang menolak kerajaan PN.


Mohamad bin Sabu
Presiden Parti Amanah Negara

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

ANWAR SEDANG BERMAIN STRATEGI?

TIGA MENTERI JADI SYAITAN BISU?

ISU PEKERJA ASING KERANA KERAJAAN PH TAK DENGAR NASIHAT?

AMBIL SEMULA MANDAT BUKAN GILA KUASA, HANYA SELAMATKAN RAKYAT

(function() { var d = document, w = window; w

RAKYAT AKAN TERUS TERKURUNG DALAM KEHIDUPAN SELAGI MAHIADDIN TIDAK SEGERA DIBUANG

  Sebagaimana disebut banyak kali dan diperkatakan pelbagai pihak, kegagalan utama kerajaan dan Mahiaddin Md Yasin ialah mengawal penularan ...