BERSAMANYA DATANG BALA BUAT NEGARA



Saridah Sh Abdullah

Tadi saya berjumpa dengan  seorang pemuda, dia marah PH. "Bodoh PH", katanya. Dia dulu peminat TM. Tidak sekarang! Nampak tak? Medsos mampu perkenal siapa Dr M sebenar!

Anak muda buat la sedikit kajian tentang bapa pengkhianat negara. Bagaimana negara kita sejurus merdeka di musnah olehnya. Negara yang mampu dibina secara harmoni oleh 3 keturunan manusia terbesar di dunia, Melayu, Cina, India.

Kerana nafsunya, maka negara tidak ditadbir tetapi dijarah dan dibahagi bersama dengan  kroni-kroninya! Anwar Ibrahim ketika itu akan menjadi 'threat' kepada pentadbirannya, lalu dibawa masuk ke dalam kemnya. Dilobinya Anwar sehingga duduk sebelahnya menjadi orang kedua, amat cepat.

Namun jiwa pejuang dalam jiwa Anwar tidak membenarkan yang haram dihalalkancara! Rasuah berleluasa dalam pentadbirannya, kemuncak pada 1996 apabila Anwar perlu mengambil tindakan segera. Tatkala dia bercuti dan Anwar menjadi pemangku Perdana Menteri, sebuah rang-rang undang-undang dibentang di parlimen dan mendapat kelulusan Anti Corruption Act 1997.

Inilah PENYEBAB Mahathir terus menghalang Anwar sebagai PM selagi hayat masih menyebelahinya, 10 atau 20 tahun lagi!

Rakyat Malaysia kekal bodoh jika berfikir Mahathir itu hebat dan baik orangnya dan Anwar digambar sebagai seorang gila kuasa.

Bayangkan sebengis Mat Sabu, selantang Guan Eng pun sudah terkesima dengan tipudaya Mahathir, siapa yang tinggal untuk perjuang nasib rakyat Malaysia jika orang agama seperti Hadi Awang pun tersungkur di kakinya?

Allah sayang hambanya. Bagi setiap petualang dibekal seorang pejuang. Jika pejuang seperti Anwar tidak dihargai rakyat Malaysia, memang patut dan layak lah rakyat menerima pemimpin jahat seperti Mahathir dan mereka yang dibiak Mahathir selama-lamanya! 😏



No comments: