MENJAWAB KENYATAAN KELUAR PARTI BEKAS EXCO WANITA KEADILAN PUSAT DAN BEKAS KETUA WANITA SEMBRONG JOHOR YANG DIPECAT



Nafsiah khamis maharan

Saya menerima dengan rasa syukur di atas pengumuman perletakkan jawatan dan istihar keluar parti dari Bekas Exco Wanita Pusat Saudari Nor Ashidah.

Untuk pengetahuan semua beliau telah umum keluar parti pada 12 Mac yang lalu dan surat pecat beliau juga sudah di proses. (Rujuk gambar di bawah)

Mungkin agak lucu jika umum berkali- kali tetapi inilah sikap mereka yang mengikut jejak pengkhianat.
Mereka sendiri tidak tau apa yang mereka lakukan . Bagaimana hendak menjaga rakyat jika diri sendiri pon tidak boleh di jaga.

Hakikat alasan bahawa mereka keluar parti kerana tidak puas hati dengan kepimpinan pusat hanyalah alasan kosong apabila jelas bahawa beliau dan yang lain telah Secara jelas menyatakan sokongan, mendokong atau secara tertutupnya menghulurkan bantuan kepada Azmin dan Zuraida Kamaruddin.

Berkenaan nama-nama dari cabang yang disebut saya mendesak beliau senaraikan semua nama tersebut bagi membuktikan kesahihan berita tersebut dan memudahkan kami untuk keluarkan surat pemecatan.

Sepanjang beberapa penggal wanita Johor dijaga oleh bekas ketua wanita pilihan Zuraidah , wanita Johor langsung tidak berkembang malah untuk bertanding pemilihan pun mereka tidak mempuyai ahli untuk bertanding. Bayangkan betapa lemah nya kepimpinan beliau.

Saya bersama-sama rakan lain terpaksa turun ke Johor untuk membangunkan wanita Johor semula hingga kini menjadi hebat dan contoh yang terbaik di dalam negara. Peningkatan jumlah ribuan ahli wanita KEADILAN wanita juga semakin bertambah apabila wanita reformasi yang mengambil alih kepimpipinan wanita Keadilan Johor.

Pastinya wanita Keadilan Johor kini semakin mantap dan menjadi contoh kepada semua wanita Keadilan di Malaysia . Terbaik

NAPSIAH KHAMIS
KETUA BIRO WANITA MPN JOHOR
EXCO WANITA KEADILAN PUSAT

(Gambar di bawah adalah pada 12 Mac 2020)


No comments: