APA PERCATURAN DI LANGKAWI



Peristiwa Langkawi harap dpt membuka mata...
ANTHONY & KHALID KENA BELAJAR POLITIK

Pandangan di bawah adalah sebagai pandangan peribadi penulis. Mungkin betul, mungkin tidak. Tiada memaksa sesiapa menerimanya dan ia hanya sekadar pandangan politik dari kaca mata saya.

Tubuh lelaki tua 95 tahun ini sebenarnya bukan Atok... dia wajar bergelar Moyang. Beliau pencatur politik yg mahu semua permain politik memgikutinya... namun diakui beliau memang 'legend' dlm arena politik tanahair.

Dgn mudah Tunku Abdul Rahman tersungkur. Begitu juga Tengku Razeleigh dan Tun Musa Hitam. Apatah lagi Tun Abdullah Badawi dan disaingi sedikit hebat oleh Najib. Tun bertemu dgn ruas dlm pertarungan beliau dan Anwar Ibrahim. Hebatnya beliau sanggup mengadap Anwar sebanyak 2 kali.

Kini Tun berlawan dgn Najib, Muhyiddin dan Anwar Ibrahim. Tun dari apa kita dgr melalui rakaman video mesyuarat PBPM memang merancang utk menjadi PM di bawah PN tapi telah dihijack oleh Tan Sri Muhyiddin. Bukti nyata mengatakan beliau mahu meninggalkan PH.

Muhyiddin Yassin mencari pasal. Muhyiddin Yassin mesti memahami antara beliau dan Tun kepada siapakah Azmin Ali lebih setia.. tentulah Tun.

Bagi pandangan politik saya Tun sgt licik. Dia pakai serampang dua mata. Pada kerajaan PN dia mengawalnya dari jauh dgn org dalamannya dan disebelah PH dia mencari pengaruh dan melemahkan PH.

Konsep pecah dan perintah sudah lama diamalkan Tun. Malah dahulu khabarnya file Menteri2 ada di mejanya. Cara ditaktor Tun seperti bermain remove control kpd pemain politik terutama di negara ini yg beliau tahu sgt mudah diperdagangkan. Nak jumpa ahli politik yg berprinsip mcm Anwar sgt sukar.

Permain politik semua tahu pergerakan Azmin Ali yg secara terang terangan membelakangi Partinya PKR. Tun menggunakan Azmin Ali org nombor 2 PKR utk melemahkan dan pecahkan kekuatannya. Tun berjaya dan PKR seperti terpecah dua.

Tun tak marah Azmin sepertimana marahnya kpd Najib, Anwar dan Muhyiddin. Selepas kita dpt membaca Tun mahu Azmin dan Hishamuddin yg menjadi agennya sebagai PM dan TPM sebelum menyerahkannya kpd Mukhriz suatu hari nanti.

Dlm masa 22 bulan Tun meletakkan Menteri yg boleh dipergunakan utk melemahkan kerajaan PH sendiri sehingga LGE memberitahu Tun tidak mahu meneruskan agenda PH.

Penyokong2 PH sgt berang apabila isu RM 90 juta disenyapkan. Apatah lagi Tun meletakkan orgnya di SPRM. Nampak betapa liciknya Tun menggerakkan strateginya. Kenapa isu tersebut disenyapkan?

Dgn PAS selain dipegang isu tersebut... Tun tambahkan ikatan yg kuat dgn menyalurkan beratus juta di Kelantan dan billion utk kerajaan Terengganu.

Adakah beliau lakukan itu kerana keprihatinannya kpd org Melayu Kelantan?  22 tahun dahulu beliau menjadi PM, Tun tahan pembangunan ekonomi ke negeri Serambi Mekah ini hingga membuat arwah Tuan Guru Nik Aziz sgt berkecil hati.

Ia adalah semata mata utk Tun memecahkan permuafakatan Muafakat Nasional. Sebab Tun tidak mahu Najib, Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim. Jadi Tun seperti kita dgr dlm rakaman audio itu beliau bercita cita utk ahli MP UMNO meninggalkan parti tersebut dan menyertai Bersatu melalui agennya Hishamuddin.

Tapi cita2 itu tidak menjadi kenyataan. MP UMNO masih ramai yg setia dgn UMNO di bawah Zahid Hamidi dan Najib. Tun tidak mahu pergabungan kerajaan baru dgn UMNO secara en-bloc. Sebab Tun tak mahu Najib dan Zahid... begitu juga khabarnya Ku Nan.

Tapi oleh kerana tempoh 2 tahun menghampiri, tiada pilihan kerana agen2 beliau masih gagal mencapai sasaran lalu peluang itu diambil segera oleh Muhyiddin.

Sudah kita tahu Tun jika beliau kata tidak mahu... maka titah tersebut mesti dituruti atau menjadi fatwa dan tiada siapa boleh memujuknya utk mengubahnya.

Adakah cukup selepas Azmin pergi. Tidak Tun tahu PH mempunyai asas yg kuat. Malah utk dia bangkit menewaskan Muhyiddin dan mahu menghalang kebangkitan Muafakat Nasional beliau mesti membentuk satu kerajaan yg baru yg kuat.

Lihat permainan Tun dlm ulasan media di Malaysiakini. Katanya PKR atau Anwar menolak utk beliau menjadi PM seperti yg dipilih oleh Bersatu dan DAP. Sedangkan beliau sendiri melantik dirinya sendiri utk calon PM.

Dia mahu ucapannya utk membangkitkan kemarahan penyokong DAP dan Amanah kononnya salah tersebut terletak di bahu Anwar. Tun mahu menggambarkan Anwar ini gila kuasa. Bijak memang bijak moyang ni.

Org bijak pandai tahu Tun mahu menjadi PM kerana beliau tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM. Tun bimbang nasib kroni dan keluarganya samada dlm perniagaan atau dlm politik.

Lojik akal yg waras utk apa beliau menjadi PM buat kali ketiga? Apa benda ajaib yg beliau mahu lakukan? Tiada lain hanyalah utk mencatur politik negara mengikut nafsunya. Negara ini seperti negara miliknya.

Hebat Tun ini dlm masa 4 tahun bersama PH dia boleh menyakinkan Amanah dan DAP utk menyokongnya. Tun menyakinkan Amanah dan DAP yg beliau kini mempunyai cukup bilangan MP. Hingga PH berlaku pergolakkan sepertimana berlaku kpd PR dahulu.

Barangkali belum tentu beliau ada sokongan. Sekadar mahu pecah belahkan atau melemahkan sepakatan PH yg dilihat sgt jitu seperti BN dahulu. Jadi beliau masuk dlm PH utk robohkan kekuatan PH yg Tun lihat pakatan PH ini mula berjaya menambat hati rakyat Malaysia yg mahu melihat Malaysia Baru.

Apa itu Malaysia Baru? Malaysia yg nasib org miskin terbela. Menghakis konsep yg kaya bertambah kaya yg miskin papa kedana. Org kaya buat salah dipenjarakan sepertimana org miskin. Kekayaan negara dinikmati bersama. Wang rakyat tak disalah gunakan... itu adalah cita2 rakyat Malaysia.

Berbalik kpd 'Peristiwa Langkawi'. Adakah ia biasa2 saja? Saya merasakan Peristiwa Langkawi adalah satu peracangan perbentukkan gabungan baru. Antara siapa?

Hati kecil saya berkata kemungkinan Tun akan mengajak 5 parti Bunga Hitam, Amanah, DAP, Kartel, menarik beberapa MP Bunga Merah, Warisan, GPS dan beberapa MP UMNO.

Yg penting Tun tidak mahu Anwar mahupun Najib dan Muhyiddin menjadi PM. Tugas menjatuhkan Muhyiddin ini sebenarnya mudah buat Tun disebabkan beliau mempunyai Azmin Ali dan Hishamuddin sebagai agen dlm kerajaan tersebut. Yg dibimbangi Tun adalah kebangkitan PH.

ITun dpt melihat PH adalah wadah yg mula diterima oleh rakyat Malaysia. DAP tiba2 menjadi parti pilihan bangsa Cina. Jadi Tun sebenarnya sgt memerlukan DAP utk berkuasa kerana MCA mahupun Gerakan kini menjadi parti kecil atau bukan pilihan bangsa Cina lagi.

Dgn sokongan DAP... Tun tahu ia mudah utk mempengaruhi Amanah ... full stop. Yg saya kagumi tentang Tun bagaimana beliau boleh menyakinkan walau ada bukti rakaman audio, walaupun beliau menolak konsensus PH, walaupun beliau menolak utk lakukan manifesto PH dan lebih dasyat walaupun beliau menjatuhkan kerajaan PH ini dgn sekelip mata beliau masih mampu menarik DAP dan Amanah bersama.

Sangat luar biasa sedangkan yg Tun bawa DAP dan Amanah bersamanya utk melawan PN adalah org2 ciptaannya iaitu Azmin dan Hishamuddin atau kerajaan ciptaannya. Saya tak faham kenapa DAP dan Amanah tidak melihat mereka sekarang sedang kena jual...

Apa bezanya bekerja sama dgn UMNO atau PN? Azmin Ali dan Hishamuddin ada di dlm kerajaan tersebut iaitu kerajaan yg korup? Hairan bin ajaib bagaimana begitu mudah Tun memperbodohkan pemimpin kedua parti tersebut....

Hingga saya melihat ramai penulis atau penyokong PH mengajak DAP dan Amanah kenangkan semangat setiakawan berbelas tahun berjuang bersama boleh melupakan rakan dari PKR. Saya lihat bukannya PKR meminta DAP dan Amanah curi duit rakyat atau salah guna kuasa... sekadar hanya meminta DAP dan Amanah bersatu dan perkukuhkan agenda PH.

Apakah jaminan Tun dlm masa 3 tahun ini kpd DAP yg Tun terang terangan berkata beliau tidak suka DAP??? Masih tak masuk diakal sepertimana dahulu saya memikirkan bagaimana PAS boleh bergabung dgn UMNO. Gila politik tanahair ini.

Pengikit DAP dan Amanah kata sb mereka bersama Tun kerana tidak tahan melihat salah guna kuasa kerajaan PN yg membebaskan perasuah. Masalah mereka mesti ingat kerajaan yg membebaskan perasuah itu Menteri2 nya yg berjumpa Tun di Langkawi....

Jadi bagaimana kamu mahu menghapuskan salah guna kuasa PN sedangkan individu penting bersama Tun dln kerajaan tersebut. Jadi saya menyokong DS Anwar kerana mempunyai pemikiran yg jauh mengenai permainan Tun....

Saya ada rakan yg menang saman berjuta ringgit. Dia dulu susah dan pernah la menumpang kereta saya. Bila dia kaya dia lupa kawan. Ramai kawan2 lamanya dia tinggalkan. Dia bertemu kwan baru yg menyuruh dia melabur dlm saham itu dan ini.

Ke sana sini dia dgn kawan barunya yg menjanjikan income berjuta ringgit atau utk menambah pendapatannya tanpa perlu penat bekerja. Akhirnya dia ditipu kawan barunya itu yg hanya muncul bila melihat dia menjadi kaya... Setiakawan.

Norman Radzuan


No comments: