DR. ASYRAF JANGAN MIMPI MUHYIDDIN NAK MASUK UMNO…..

 

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki nampaknya terus bermimpi di siang hari apabila sekali lagi membuat pelawaan agar Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya, Bersatu kembali ke pangkuan UMNO.

Meskipun diakui UMNO dan Bersatu tiada beza dari segi orientasi dan ideologi serta penggabungan kedua-duanya lebih bermakna dalam konteks penyatuan ummah, yang membezakannya ialah kuasa.

Memang benar beberapa parti serpihan UMNO akhirnya kembali ke pangkuan UMNO, tetapi mereka kembali kerana kuasa ketika itu masih dalam genggaman UMNO.

Berbeza dengan Bersatu, kuasa kini dalam tangan mereka dan Muhyiddin selaku Presiden Bersatu adalah Perdana Menteri sekarang ini.

Di pihak UMNO pula, parti itu kini hanya ibarat menumpang saja dengan Bersatu dan Presiden UMNO bukan saja tidak memegang jawatan Perdana Menteri, malah sedang dibicarakan di mahkamah.

Dalam keadaan ini, untuk apa Muhyiddin mahu kembali ke pangkuan UMNO?

Kalau melalui Bersatu pun beliau sudah berjaya menjadi Perdana Menteri, buat apa mahu kembali kepada UMNO?

Beliau tidak saja berjaya menjadi Perdana Menteri bukan atas tiket UMNO, bahkan sedang menyusun papan caturnya bersama Pas untuk terus mengenepikan UMNO, kalau pun tidak selama-lamanya, sekurang-kurangnya dalam PRU15 akan datang.

Ia adalah bagi memastikan Muhyiddin dapat kekal lagi sebagai Perdana Menteri selepas PRU nanti.

Lagi pula, pernahkah dalam dunia ini seorang Perdana Menteri yang naiknya atas parti yang memenangkannya, tapi kemudian kembali kepada parti asal yang telah berjaya dikalahkannya?

Untuk itu, sebenarnya langsung tidak logik dan tiada keperluan untuk Muhyiddin mahu kembali atau membawa Bersatu bergabung dengan UMNO.

Muhyiddin bukan saja selesa memimpin Bersatu, lebih selesa lagi kerana melalui kuasa yang terkumpul dalam tangannya, beliau juga berjaya mencuri Pas daripada Muafakat Nasional untuk menyertai Perikatan Nasional, sebuah gabungan baru yang diketuainya.

Kalau beliau masuk UMNO, apa jawatan atau kedudukan yang diperolehinya?

Sediakah jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi BN diserahkan kepadanya?

Maka, sebenarnya adalah membuang masa dan kerja sia-sia saja bagi Dr. Asyraf membuat pelawaan tersebut, bahkan ia secara tidak langsung menunjukkan UMNO sedang lemah dan tiada pemimpin yang layak menerajui parti itu.

Kalau Dr. Asyraf mahu Bersatu kembali ke pangkuan UMNO, cara yang terbaik ialah dengan memastikan UMNO berjaya memenangi PRU15 akan datang dan jawatan Perdana Menteri diisi kembali oleh pemimpin UMNO.

Setelah hilang kuasa dan menjadi parti kecil yang terpinggir, barulah ketika itu ada kebarangkalian untuk Bersatu kembali ke pangkuan UMNO.

Tetapi, selagi memegang kuasa, walaupun tetap parti kecil, adalah mustahil untuk Muhyiddin membawa dirinya atau Bersatu kembali ke pangkuan UMNO.

Berhentilah bermimpi yang tidak mungkin menjadi realiti!!

Sebaliknya, lebih mungkin jika UMNO terus berjaya dilemahkan oleh Muhyiddin, ada pemimpin UMNO sendiri yang akan menyeberang kepada Bersatu.

 (Shahbudindotcom 02/12/2020)



[[LIVE]] Checkmate? Jalan mati utk PH? Kita tidak pernah mimpi sampai se...

TANDA-TANDA RAKYAT KENA KENCING BERHUBUNG PENGELUARAN KWSP DAN MORATARIU...

UMNO TOLAK LOGO PERIKATAN NASIONAL


Namun, beliau berkata cadangan Muafakat Nasional didaftarkan sebagai gabungan parti, dilihat sukar dilaksanakan memandangkan PAS sudah bersama PERIKATAN NASIONAL. “Maka adalah mustahil bagi sebuah parti untuk berada dalam dua gabungan parti,” kata beliau.

PEMIMPIN MESTI TUNJUK TELADAN BAIK


Di sebalik serang-menyerang sama sendiri itu, Pemuda AMANAH Nasional mengambil pendirian agar semua ahli Parlimen pembangkang bekerjasama, bersatu dan mengenepikan sebarang sentimen yang boleh menyebabkan perpecahan. Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, kegagalan untuk menolak Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan dan pengurusan Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam amat mengecewakan

KENALI OREN MASAM PART 2



Norahidah Mohd Daud


Sejujurnya aku x kenal pun budak Pyol Din ni

Dia yang terhegeh-hegeh add orang, nak suh orang kenal dia sape


Mula-mula dikenali pun sebab meroyan bilamana asyik perli DSAI sejak  Madey letak jawatan PM


Khabarnya dia ilang jawatan gak, tu pasal hari-hari meratib hentam DSAI 

Owh... Kisahnya dia ni Pegawai Khas Mantan Pengerusi LKIM

Siapa ituuuuuuuuuuuuuuuuuuuu


Study sains politik 

Tu pasal x abis-abis Madey The Legend


Peliknya, ada jawatan dalam Amanah

Tapi post dia 90% up Madey berbanding cite pasal Mat Sabu & Amanah


Amanah kat Kelantan pun idop segan macam nak mampos, dia x peduli

Janji, Atok The Legend 


Nak sembang pasal halatuju Amanah ngan budak ni, memang buang masa la

Baik kau sembang pasal cucu Atok The Legend 


Kelebihan dia, tahan maki




Ada yang ‘goyang’ dengan Melayu DAP

 

Oleh Ghafar NS

Sejak kebelakangan ini cybertroopers dan mereka yang tidak suka DAP sering meninggalkan komen berbunyi, “DAP jual muka Melayu” atau “DAP guna Melayu”.

Dua jenis komen yang berbunyi iri kerana makin ramai wajah pimpinan Melayu dalam DAP. Barangkali bimbang kerana komen berbaur fitnah berbunyi “DAP anti-Melayu” atau “DAP rasis” tidak lagi relevan selepas ini.

Masakan tidak, semakin hari Melayu makin percaya dengan DAP apabila menyedari, naratif buruk dan memalitkan hal negatif padanya.

Sejak diawal penubuhannya pada 1966, DAP sememangnya mempunyai ahli berbilang bangsa, sama seperti Gerakan, PKR mahupun Warisan.

Mungkin tidak ramai yang tahu, pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1969, DAP telah mengetangahkan 10 calon Melayu dan dua daripada mereka berjaya menjadi Adun.

Sedangkan UMNO, MIC dan MCA adalah tiga parti berasaskan kaum di negara ini. Tapi jarang kita dengar tiga parti ini dikatakan sebagai Parti Rasis, Parti Melayu, Parti Cina atau Parti India seperti mana DAP.

Naratif buruk dengan menggambarkan DAP sebagai parti rasis atau komunis adalah naratif lapuk Barisan Nasional (BN) khususnya untuk mengaburi mata rakyat akan kemajmukan DAP, sekaligus mengangkat semangat Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa.

Tohmahan dan fitnah yang sengaja dibesar-besarkan membuatkan masyarakat Melayu kebanyakannya takut pada DAP. Ini hasil daripada serangan rejim UMNO-BN yang menanam racun pada pemikiran rakyat melalui pengawalan media massa.

Namun, sejak kebelakangan ini dapat dilihat, pemimpin Melayu dalam DAP semakin yakin dan berani ke hadapan, aktif mematahkan fitnah, cacian dan naratif negatif yang cuma ditempelkan pada DAP.

Antara mereka yang kini dilihat aktif di media massa dan media sosial dalam mematahkan naratif jahat tentang DAP adalah, Adun Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof; Adun Ketari, Young Syefura Othman; Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Adun Paloh; Sheikh Umar Baghrib Ali.

Malah, ahli Melayu DAP yang lain seperti Setiausaha Publisiti DAP Wanita Johor, Marina Ibrahim dan AJK DAPSY Damansara, Aliya Ashiqin dilihat giat mempromosikan DAP untuk semua masyarakat Malaysia tidak mengira kaum dan agama.

Ini menjadi petanda baik dalam politik di Malaysia. Namun, jelas perubahan positif ini tidak disenangi dan ada yang mengambil kesempatan dengan mengatakan bahawa “DAP guna Melayu”.

Susah hatikah UMNO-PAS jika DAP lebih majmuk daripada mereka? Panas sangatkah punggung mereka sampai tak sudah-sudah menabur fitnah, lalu lupa bahang neraka?

Orang kata benci biarlah berpada-pada. Kebencian UMNO-PAS pada DAP kadang-kadang tak boleh diterima logik akal. Contohnya, pelantikan Sheikh Umar sebagai ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mendapat tentangan hebat pada awal tahun 2019, hanya kerana beliau daripada parti DAP.

Mereka yang menentang seolah-olah tidak dapat berfikir bahawa agama dan parti politik adalah dua entiti berbeza. Beliau dilantik kerana merit, kelayakan dan pengalamannya. Malah, latar belakang agamanya juga sangat kukuh. Tapi, kerana benci dan iri terhadap Melayu dalam DAP, mereka jadi buta hati.

Tidak mustahil lima atau 10 tahun lagi, akan lebih ramai belia Melayu bakal turut bersama DAP dalam perjuangan ke arah Malaysia yang ebih baik dan bersatu-padu tanpa prejudis. 



Kenyataan MP PAS boleh beri kesan buruk kepada negara

 

Oleh Teo Nie Ching

(Setiausaha Antarabangsa DAP)

DAP dengan tegas mengecam kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Puteh dari blok kerajaan, Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS), yang mendesak kerajaan mengisytiharkan Amerika Syarikat (AS) sebagai negara pengganas. Walaupun kita mengutuk tindakan kekerasan, kita harus kekal objektif dan bijaksana. Kita harus mempertimbangkan dengan serius kesan-kesan daripada ledakan-ledakan emosi (emotional outbursts) ini di dalam dinding Parlimen.

AS dan Malaysia bersama sebagai anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), di samping beberapa perjanjian perdagangan yang saling menguntungkan kedua-dua negara. Menggelar AS negara pengganas, walaupun dengan tanpa asas dan dilakukan secara tidak rasional, boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki terhadap ekonomi kita, pada saat kita sedang menghadapi krisis pandemik dan ekonomi global.

Dengan melabelkan AS sebagai negara pengganas, adakah Pasir Puteh mencadangkan untuk memutuskan hubungan diplomatik kedua-dua negara? Adakah beliau memahami apa kesannya tidak hanya kepada ekonomi kita tetapi juga ribuan rakyat Malaysia yang tinggal atau mempunyai ahli keluarga di AS?

Pasir Puteh perlu sedar bahawa kata-katanya, sebagai Ahli Parlimen dan sebagai Ketua Dewan Ulama PAS, boleh memberi kesan buruk kepada negara. Pada masa genting seperti ini, mungkin adalah lebih baik untuk memikirkan tentang rakyat Malaysia yang telah kehilangan mata pencarian sebelum meletakkan kestabilan ekonomi kita dalam risiko.

Pada masa sama, kami mendesak Kementerian Luar untuk menegur Ahli Parlimen PAS ini dan menolak pandangan dasar luarnya yang menyimpang terhadap rakan dagang kedua terbesar kita. — Roketkini.com

TH JUAL ASET KENAPA PAS MEMBISU?


Anwar Ibrahim: Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Bagi Kementerian Pertan...

SIAPA LELAKI BERBAJU PUTIH, LENGAN BIRU ITU?

Pengundi Gombak saman Azmin, Mahathir sedia jadi saksi kes

 Pengundi Gombak saman Azmin, Mahathir sedia jadi saksi kes

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia menawarkan diri sebagai saksi bagi kes undang-undang yang dimulakan pengundi Parlimen Gombak terhadap wakil rakyatnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tindakan tersebut difailkan 10 orang pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen berkenaan selepas Mohamed Azmin didakwa menipu dan melanggar kewajipan fidusiari melalui ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang Februari lalu.

Selain itu, Menteri Kanan Hal Ehwal Ekonomi itu juga didakwa memungkiri sumpah setia selaku Ahli Parlimen selain mengabaikan amanah pengundi-pengundi kawasan Gombak untuk kepentingan diri.

“Wakil rakyat atau Ahli Parlimen harus faham bahawa rakyat memilih kita sebagai wakil mereka untuk bersuara di Parlimen dan memimpin mereka bukannya untuk kepentingan diri dan mendapatkan jawatan serta kuasa.

“Saya melihat keberanian rakyat mempersoal kredibiliti dan integriti seorang Ahli Parlimen seperti Azmin sebagai satu proses mematangkan pendemokrasian negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, mahkamah adalah platform paling sesuai untuk mengesahkan dakwaan-dakwaan yang dikemukakan oleh 10 plaintif yang memfailkan tindakan tersebut.

Terdahulu, dalam penyataan tuntutan, kesemua plaintif berumur dari 36 hingga 64 tahun itu memohon Perisytiharan bahawa Mohamed Azmin menipu selain memungkiri representasi yang dibuat terhadap kesemua plaintif dalam pilihan raya kawasan berkenaan.

Menurut kesemua plaintif, representasi yang dibuat wakil rakyat itu adalah dengan menawarkan diri bertanding pilihan raya 2018 untuk menyingkirkan kerajaan pada ketika itu iaitu Barisan Nasional (BN), dan pegawai awam yang korup.

Dakwa kesemua plaintif, Mohamed Azmin mengetahui bahawa representasi diberikannya itu adalah palsu dan beliau hanya mahu mendapatkan undi serta tidak berusaha untuk memenuhi representasi berkenaan.

Kesemua plaintif mendakwa mereka bergantung kepada representasi tersebut dan mengundi defendan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pada masa sama kata Mahathir, kesemua perkara yang didakwa melalui tindakan yang difailkan itu telah pun dinyatakannya berulang kali terutama pendiriannya bahawa Langkah Sheraton penyebab perpecahan gabungan PH.

“Saya sedia menawarkan diri sebagai saksi di Mahkamah sekiranya keterangan saya diperlukan. Saya sedia membantu,” katanya lagi.



POLITIK MALAYSIA MAKIN HILANG KEUPAYAAN..


Zamzuri Ardani

 Sistem politik negara kita sudah rosak teruk.  Sejak merdeka negara diperintah oleh parti yang sama.  Dalam tempoh itu telah banyak kerosakan yang telah dilakukan.


Semua parti politik yang mahu membentuk kerajaan di negara kita perlu mengambil pendekatan populis.  Kerajaan yang tidak mengambil pendekatan populis akan dijatuhkan.  Kerajaan yang lemah dengan majoriti tipis akan menjadi extra-populis.


Kerajaan populis tidak semestinya baik untuk negara. Ibarat ayah yang terlalu memanjakan anak-anaknya.  Untuk jangka panjang, ianya akan merosakkan anak-anak tersebut.  Begitulah juga halnya dengan negara kita.  Rakyat negara kita seolah-seolah tidak boleh hidup tanpa kerajaan populis. We don't understand tough love.


Semakin lama negara kita semakin hilang daya saing.


Saya bimbang sekiranya perkara ini berterusan, akhirnya di Asia Tenggara ini nanti, Malaysia hanya mampu bersaing dengan Papua New Guinea sahaja. Ketika negara-negara seperti Vietnam, Myanmar, Indonesia semakin mengukuh ekonominya, negara kita masih leka dengan budaya politik usang.


ISHHH...REGA BARANG MEMANG NAIK KAH? TAK KAN LA PULAK ?


Rina Hamzah

 Zaman PH RM16, kata mereka Tak apa asalkan melayu isley memerintah. Pemimpin-pemimpin PN 70 orang tu dikhabarkan tengah terbelahak kekenyangan setelah mendapat jawatan melalui rampasan. 

Takdirrrrrr. Dulu banyak complaint sekarang telanlah slow-slow  itu yang rakyat mahukan pm pandai berdrama dan berdoa.

Tak apa , dulu kata cina DAP tindas Melayu...alaa...apa da hal...naik sikit ja..kan rega sawit dan detah mencanak naik nibu ribu...naik naik  4-5 hinghit  apa da hal...

Asal Melayu perintah...dan ini adalah sesuatu yang cukup dibanggakan kerana setiap kenaikan adalah satu kebaikan...lebih kurang sama pengorbanan dengan apa yang ada dikelantan sana...


TASBIH - ANTARA WIRID DAN SOKONGAN

 

Tamrin Tun Ghafar


1.   Biasanya  jumlah semut akan bertambah mendampingi gula namun kini kita dapati  jumlah semut berkurangan  walaupun sudah 9 bulan berada di meja.

2.  Katanya YDP Agong berpuas hati apabila dimaklumkan Muhyiddin mempunyai sokongan yang meyakinkan, justeru diperkenankan sebagai Perdana Menteri yang baru.

3.   Muhyiddin  dan juak-juaknya  berpelukan  dan ada yang  berpesta  sehingga menitiskan air mata kegembiran dengan berita perlantikan itu.

4.   PENGKHIANATAN  yang diikuti dengan tertubuhnya Kerajaan Pintu Belakang atau mengikut istilah Hadi,  Kerajaan Tebuk Atap  adalah ekoran peristiwa  'Langkah Sheraton'.

5.  TIDAK  BOLEH DINAFIKAN  3 pelakun utama RAMPASAN  KUASA   tersebut ialah Muhyiddin, Azmin  dan Hamzah sedangkan yang lainnya adalah pelakon tambahan sahaja yang memegang perisai dan tombak.

6.  Setelah menangguhkan Perasmian  Sidang Parlimen  dari bulan Mac ke Mei, dari 222 jumlah keseluruhan ,  sokongan terhadap Muhyiddin  HANYA 114 Ahli Parlimen sahaja; dan kini 113  satelah Ahli Parlimen Grik  meninggal dunia baru - baru ini ( ALFATIHAH ).

7.   TIDAK  PASTI sama ada  Muhyiddin  telah bercakap benar atau telah berjaya MEMBOHONGI  YDP  Agong dengan jumlah sebenar yang didapati.

8.  2 hari lagi iaitu pada hari Rabu 25hb November  2020  , Ahli - Ahli Parlimen AKAN  mengundi sama ada menyokong atau menolak  Belanjawan 2021  yang telah dibentangkan  oleh Menteri Kewangan.

9.   Berbagai - bagai pendapat dan syarat telah diberi dan ada yang  menggangap jika tidak menyokongnya ia merupakan sebagai PENGKHIANAT.

10.  Penolakan  Belanjawan bermakna  UNDI  TIDAK  PERCAYA  kepada Kerajaan Tebuk Atap  tetapi  ia TIDAK BERERTI  gaji dan pencen tidak boleh dibayar seperti sebelum ini.

11.  Dengan  majoriti 2 Kerusi sahaja walaupun mempunyai  Kabinet yang terbesar di dunia; Menteri dan 3 orang Duta bertaraf Menteri dan Timbalan  yang berjumlah 72 orang kesemuanya, Muhyiddin, Azmin dan Hamzah  mungkin tidak dapat tidur lena.

12.  UMNO  yang  merupakan Parti yang terbesar dalam Kerajaan sekarang  TELAH  TERLALU  BERLEMBUT  DAN  MENGALAH  kepada Muhyiddin,  seolah - olah  TELAH  DIPUKAU.

13.   ALLAH  SWT sedang menguji  PAS  yang  SEJAK  PENUBUHANNYA  berjuang  untuk mewujudkan undang - undang dan akhirnya menubuhkan negara Islam , dengan memberi mereka kuasa, namun setakat ini segala apa yang dipejuangkan itu  adalah RETORIK  semata - mata.

14.  Umat Islam khususnya ahli - ahli akar umbi PAS  tertanya - tanya  apakah  PAS  dibawah pimpinan Hadi  sudah mempunyai fatwa baru,  menghalalkan yang haram.

15.  Apa sudah jadi dengan RUU355, penutupan  semua kedai dan pusat judi termasuk kasino di Genting Highland dan pengharaman dan penutupan kedai - kedai arak dan kilang pengeluaran arak.

16.  Orang Islam juga menuntut  Kerajaan yang mana PAS  berada bersama  membersihkan negara ini dari SEGALA  aktiviti maksiat seperti yang diperjuangkan.

17.   ALLAH  SWT  Sedang  memerhati apakah  Ahli - Ahli Parlimen  PAS  (Parti Islam  SeMalaysia)  akan terus menyokong PENGKHIANAT  yang  terbukti  telah bergelumang dengan  maksiat seperti Muhyiddin dengan isteri orang,  Nika Gee, Azmin dengan kes SEMBURITnya dan  fitnah Hamzah terhadap Anwar.

18.  Menarik sokongan terhadap PENGKHIANAT  TIDAK  bererti  mengkhianati  seseorang. 

19.  Saya yakin  Ahli - Ahli Parlimen PAS  pun sedar bahawa  HANYA  ALLAH SWT  Sahaja yang  menentukan segala - galanya TERMASUK  rezeki  dan kedudukan , asalkan kita LAKSANAKAN  SEGALA  PERINTAHNYA dan  MENJAUHKAN  DIRI DARI  SEGALA  LARANGANNYA.

20.   Berdoa dan berzikir itu sememangnya baik dan digalakan namun apa faedahnya jika ianya setakat di bibir sahaja  TANPA  melaksanakan segala yang diperintah ALLAH  SWT.

21.   Bagi mengekalkan jawatan,  Muhyiddin sekali  lagi TERPAKSA   berbaik dan berjanji  dengan semua pihak. 

22.  TIDAK  MUSTAHIL  TASBIH  DI TANGAN  DIGUNAKAN  BUKAN  UNTUK  BERWIRID  TAPI  UNTUK  MENGHITUNG JUMLAH  UNDI  YANG  AKAN  DIPEROLEHI.

Wassalam
Terima Kasih.

KALAH UNDI VS TIADA MAJORITI


 

1. PH janji untuk teliti di peringkat jawatankuasa kesemua kementerian dan setakat ini 3 Kementerian berjaya dibuat belah bagi iaitu JPM, Kewangan dan Perladangan dan Komoditi.

2. Betul blok PH kalah dengan mendapat 95 bilangan tetapi PN walaupun dapat 106,107 dan 108 telah membuktikan dirinya tiada majoriti yang diperlukan iaitu 112.

3. Beban bukti ada majoriti atau tidak terletak di bahu TSMY bukan DSAI. Setakat ini beban itu gagal dibuktikan. Isunya bukan PH kalah undi secara blok tetapi lebih besar daripada itu ialah TSMY gagal sebanyak 3 kali untuk membuktikan keabsahan beliau sebagai PM yang ada mandat majoriti.

4. Hal ini menjejaskan prinsip demokrasi yang diamalkan kerana mandat majoriti adalah asas kepada keabsahan sesebuah kerajaan. Tanpa mandat ini, PM tidak sah, apatah lagi seluruh kabinet xxxlnya. Justeru itu, istilah ‘kerajaan’ yang dipakai kerajaan apa sebenarnya? Kerajaan tanpa mandat majoriti?(KTMM)

5. Bagaimana dengan duit dari kantong negara yang dimohon untuk dikeluarkan? Bukankah 3 pengundian dibuat membuktikan TSMY tak layak nak bentang bajet dari awalnya lagi. Ya kita gagal membuat belah bagi di peringkat dasar tetapi dari segi bilangan undi yang dapat, apa bezanya?

6. Terserlah kegagalan atas kegagalan yang tertanggung di pundak TSMY. Inilah bukti yang PH tegaskan sedari awal supaya undi tidak percaya dibuat di parlimen mendahului segala agenda lain. Alasan Speaker bahawa usul kerajaan perlu didahulukan terbukti tidak relevan kerana Speaker sepatutnya membantu dewan untuk membuktikan terlebih dahulu wujudnya sebuah entiti yang bernama kerajaan melalui keabsahan majoriti PM sebelum apa saja prosiding lain.

7. Perkara asas ini gagal dibuat oleh TSMY walaupun diingatkan beberapa kali oleh MP Langkawi, MP Gua Musang dan MP dari AMANAH, DAP dan PKR yang menuntut usul undi tidak percaya didahulukan di parlimen. Malah MP Arau dari kerajaan sendiri mencadangkan usul undi percaya dibuat tetapi tidak dilayan dan tersenarai di tempat tercorot.

8. Peristiwa 3 kali blok voting bukan soal PH kalah tetapi ketiadaan majoriti di pihak TSMY mencetuskan suasana bimbang kerana untuk melengkapkan majoritinya MP-MP berpotensi terdedah kepada ‘horse trading'(tawar menawar harga untuk mendapat sokongan majoriti). Suasana ini pasti mencemarkan demokrasi yang mengasaskan konsep kebebasan memilih tanpa rasa takut atau balasan habuan.

9. Krisis mandat ini adalah krisis politik dalam konteks demokrasi berparlimen. Semakin lama prinsip mandat majoriti tidak dihormati semakin sakit dan luka demokrasi kita. Apatah lagi dalam suasana pandemik yang melanda kita, kita mengalami dwi krisis yang berterusan.

Saya konsisten menyeru supaya kita pulihkan demokrasi dan sembuhkan negara melalui keabsahan majoriti sebenar. Tiga kali undi sudah cukup kami membuktikan kerajaan PN adalah kerajaan tanpa mandat majoriti. Siapa yang patut malu?

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Ahli Parlimen Parit Buntar

Naib Presiden AMANAH

2 Dis 2020.



UMNO BERKERAS MAHU DOMINAN, MASIHKAH ADA MASA DEPAN BUAT BERSATU?


 Sebagaimana yang dijangka, sokongan UMNO ternadap Belanjawan 2021 tidak sama sekali bermakna parti itu mahu Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin lebih lama duduk di kerusinya.

UMNO kini kembali kepada keinginan untuk menjadi parti Melayu paling dominan yang menguasai kerajaan seperti sebelum ini.

Yang menariknya juga, keinginan untuk menjadi dominan itu hanya beberapa hari selepas Muhyiddin sendiri mengajak UMNO dan Bersatu agar saling bekerjasama untuk menghadapi PRU15 akan datang.

Kata Muhyiddin, alangkah baiknya jika UMNO dan Bersatu dapat saling bersatu hati demi perjuangan Melayu Islam di negara ini.

Seruan Muhyiddin itu bagaimanapun ternampak hanya dipandang sepi oleh UMNO dengan tiada seorang pun pemimpinnya memberi reaksi positif terhadap seruan tersebut.

Hakikatnya tidak lain ialah UMNO sedar, jika mereka terus bekerjasama dengan Bersatu, bukan saja UMNO terpaksa terus memberi laluan kepada Muhyiddin untuk kekal lagi sebagai Perdana Menteri, bahkan dominannya dalam kerajaan juga akan berkubur sama.

Lebih menakutkan lagi, UMNO juga bimbang kalau-kalau selepas Bersatu terus diberi kuasa sepenggal lagi, UMNO pun mungkin hanya tinggal nama saja lagi selepas itu.

Sebelum ini, ketika era PH berkuasa, Anwar Ibrahim pernah mendedahkan bahawa fail untuk mengharamkan UMNO sudah ada di Kementerian Dalam Negeri, antaranya kerana terkait isu menerima dana daripada 1MDB.

Begitu pun, Anwar telah memberi pandangan kepada Muhyiddin, Menteri Dalam Negeri ketika itu agar jangan sesekali sampai bertindak mengharamkan UMNO kerana jasa dan sumbangan parti itu kepada negara tidak harus dipadamkan dengan cara begitu.

Cuma sekarang Muhyiddin sudah menjadi Perdana Menteri dan beliau sendiri sedang bergelut untuk survivalnya politiknya sendiri dengan UMNO.

Mungkinkah pertimbangannya akan berubah?

Di waktu yang sama, Menteri Dalam Negeri sekarang adalah Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung Bersatu yang juga bergelut dengan survivalnya masa depannya dengan UMNO yang mahu merampas balik kerusi Parlimen Larut yang diwakilinya kini.

Sebagai Menteri Dalam Menteri, sudah pasti fail UMNO yang dulu ada di atas meja Muhyiddin, kini sudah berpindah ke meja Hamzah.

Atas kepentingan bersama antara Muhyiddin dan Hamzah, apakah tidak mungkin nasib buruk menimpa UMNO?

Bagi Khaled Nordin, Naib Presiden UMNO, beliau tidak berselindung lagi tentang hasrat UMNO untuk kembali mengusai kerajaan selepas ini.

Beliau berkata, sebagai parti politik Melayu tertua dan terbesar, UMNO tidak akan memadamkan “mandat dan tugasnya” sebagai parti nasionalis dan teras kepada politik Melayu Islam.

“Misi UMNO adalah untuk menguasai semula kerajaan melalui BN dengan kerjasama PAS dan tiada siapa dapat dan patut menghalangnya,” ujar beliau lagi.

Tanpa menjelaskan kelebihan tersendiri PAS yang dimaksudkan, Khaled juga membayangkan kedua-dua parti tidak memerlukan Bersatu untuk membentuk kerajaan yang kuat.

“Sebenarnya, UMNO dan PAS adalah kekuatan yang mencukupi. Yang selebihnya, akan menyebabkan the space is a little bit too crowded (ruang menjadi terlalu sesak),” tambahnya.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pula berkata, dalam PRU akan datang, parti itu mesti menjadi entiti yang dominan dan isu berkenaan tidak sepatutnya dipertikaikan oleh sesiapa.

Kata beliau, ia adalah hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak, meskipun Bersatu boleh berbangga melahirkan dua Perdana Menteri dalam tempoh yang singkat.

“Bagi UMNO jelas, apa pun formula akhir menjelang PRU ke-15, UMNO mesti dominan.

“Jika tidak terima hakikat itu, game over (tamat) dan no deal (tiada persefahaman),” tegasnya.

Dengan ketegasan ini, masihkah ada masa depan bagi Bersatu? 

(Shahbudindotcom 01/12/2020)


PAS NAK TAHU TH JUAL ASET, DAH JUAL KENAPA SENYAP?


Laaaa....JUAI APA PLAK.....KERAJAAN MELAYU ISLE MANA BOLEH JUAI JUAI....


MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


Bila saya sentuh kita move on untuk PRU15, saya ada kata yang jeneral walaun sekarang semuanya sudah tercyduk.

Tanaka Mustafa

ini salah sorang daripadanya yang jadi bibliophilia untuk pewala satu Malaysia; segala tulisan dia di jadikan gospel padahal mereka tak tahu pun apa yang mereka copy paste.

Kalau yang "cream of the crop" pun dah berpeluh tercyduk nak explain penjualan asset kerajaan oleh lebai (yang dia nafi tapi all cabinet action is a collective responsibilities) , inikan pula ignorant sheep. Ingat PRU15 sosial media akan jadi main battle ground, sebab itu JASA@J-KOM dapat 80 juta ( even pengkhianat pun tahu)

Lagi satu, geng-geng depa ini suka betul dengan pangkat hanya untuk nampak diri tu credible, tu yang pakat gila buh title Dr, Ustaz, Tuan Guru, Syeikh Maulana tapi hakikatnya kosong.

Sebab itu bila kita baca ayat

Dr Tanaka Mustafa

ni, tak ada satu pun ayat dia dari segi linguastik yang cerminkan dia ini seorang yang deep thinker apatah lagi pemegang sarjana kedoktoran.

Well ini bukan ad-hominem, i just hate fake persona trying to mislead people into believing that they are larger than life.

 







 


Aman Muhammad

YcenetnstSeprlihdoany nasSdueit s10g:oah13arSehd  · 

Jual beli aset adalah amalan biasa dunia bisnes/korporat, namun PAS jadikan ia sebagai naratif untuk memfitnah.

Oleh : Aman Muhammad.

1) Jual dan beli aset dalam dunia perniagaan adalah perkara biasa. Hari ni beli, esok jual. Samada beli aset dari syarikat non-muslim, atau jual aset kepada syarikat non-muslim, ia tidak menjadi isu pun sejak zaman BN jadi kerajaan lagi. Benda biasa je tu.

Jadi apa yang

Tanaka Mustafa

Dr Tanaka Mustafa

respon mengenai penjualan aset PNB kepada syarikat cina Batu Kawan Bhd tu, asasnya tiada masalah pun ia amalan biasa dunia bisnes.

Apa jua alasan Tanaka nak goreng justify beri dalil halal tindakan PNB jual aset, pun takde masalah.

Terima kasih Tanaka kerana beri respon.

Namun jika ada pertikaian pun, ia melibatkan pihak mana yang berkepentingan dalam urusan jual beli itu, tu sahaja.

2) Penjualan aset-aset TH (baca aset umat Islam) di zaman BN pun berlaku. Even kerajaan PAS Kelantan pun menjual aset-aset negeri.

Contohnya dalam Laporan Audit Negara mendedahkan, Kerajaan PAS Kelantan menjual tanah milik PMBK Sawit dengan harga yang rendah untuk bayar hutang syarikat, namun penjualan tanah dengan harga yang murah ini masih tidak mampu selamatkan PMBK Sawit, natijahnya PMBK Sawit melingkup dan terpaksa 'hentk operasi', staff pula diberhentikan kerja dengan pampasan yang tak seberapa.

3) Pada akhir tahun lepas, PAS membawa naratif fitnah "PH jual aset umat Islam" melalui isu penjualan aset TH Plantations. Disebabkan kelemahan PH menguasai media sosial pada ketika iti menyebabkan rakyat terpengaruh dengan naratif fitnah PAS itu.

Bukan sahaja di media sosial, bahkan PAS pergunakan masjid dan surau untuk sebarkan fitnah ini, siap tular video lebai PAS berceramah atas masjid menipu kata PH jual aset umat Islam, sampai hukum berdosa diazab kubur sebab jual aset TH.

4) Setelah PAS jadi kerajaan dan pada Julai yang lepas, Timbalan Menteri Agama PAS (cak!) berkata akan menilai semula penjualan aset-aset TH Plantations dan berkemungkinan akan membatalkan penjualan itu.

Maka bertakbirlah penyokong Tanaka seolah-olah Tuhan sudah memberikan kemenangan kepada mereka.

5) Namun pada 26 November lalu, Berita Harian melaporkan TH Plantations sudah mula menjual aset dan dijadualkan untuk tempoh 12 bulan akan datang. Eh, bukankah sebelum ini Timbalan Menteri PAS berkata akan nilai dan mungkin akan membatalkan?

Rupa-rupanya tidak, bukan nilai untuk batal, tapi menilai untuk terus menjual, cuma alasan jual tu tambah alasan 'Covid-19' je.

6) Jika dulu PAS bantah PH nak jual aset TH Plantations atas alasan ia masih boleh mencatat keuntungan. Habis tu kenapa hari ni TH Plantations sudah catat keuntungan tapi masih nak jual aset-aset tu lagi?

Inilah dunia bisnes sebenarnya, dari sudut ilmu bisnes tak jadi isu pun jual aset walaupun sedang catat keuntungan. Maka tindakan PH dulu yang mahu jual aset TH Plantations adalah TEPAT yang hari ini dibuktikan PAS sendiri yang tidak membantah pun penjualan aset-aset TH Plantations.

Kesimpulan:

Inilah yang sering aku ulang mengenai PAS, bahawa PAS hari ini dipimpin dan dikuasi oleh gerombolan Ulamak Jahat. Ulamak Jahat yang sanggup menipu dan memfitnah demi keuntungan politik.

Tapi takpa, aku tunggu Tanaka buat ulasan pasal penjualan aset TH Plantations pula. Apakah dalil yang akan Tanaka guna untuk halalkan penjualan itu.

Sekarang ni, UMNO pula yang istiqamah bantah penjualan tu. Walaupun UMNO buat itu adalah sekadar populis, itulah yang PAS buat dulu. Nak jadi 'hero' di mata rakyat.

Kalau tengok page Najib, ramai yang sudah kecam PAS.

Alhamdulillah.

What you give, you get back.

PAS kini dilihat sebagai penjual aset umat Islam.

Dulu mengata PH, kini Allah lempar balik tohmahan tu kepada PAS kembali.

Sekian.