MENTERI KENA 'SEKOLAH' BAGAIMANA RUPA JARAK SATU (1) METER.....MENTERI KATA FITNAH

Image may contain: 6 people, text that says "Dear Menteri Pertahanan Ismail Sabri, Ini penjarakan 0.25 meter. 0.25 meter Ini penjarakan 1 meter. 1meter 1 meter Jangan keliru. Patuhi SOP penjarakan fizikal yang dikeluarkan kerajaan demi keselamatan semua."


BOB KELANANG

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat kena ‘sekolah’ dengan warganet tentang bagaimana keadaan sebenar jarak satu meter.

Hasil suntingan kreatif itu adalah dari gambar Naib Presiden Umno berkenaan yang berkumpul dengan lebih 10 individu lain termasuk Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali dan Speaker DUN Melaka Abd Rauf Yusof.

Menurut catatan pada gambar itu, Ismail hanya duduk pada jarak 0.25 meter daripada seorang individu yang berbaju merah dan berkopiah putih.

“Ini penjarakan 1 meter. Jangan keliru. Patuhi SOP penjarakan fizikal yang dikeluarkan kerajaan demi keselamatan semua,” dipetik dari kapsyen foto yang diedit itu.

Terdahulu, Ismail menafikan dia telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ahli Parlimen Bera itu mendakwa pihak yang menyebarkan fitnah itu sengaja mengambil gambar dari sisi untuk menunjukkan mereka duduk tanpa penjarakan fizikal.

“Yang jahatnya, mereka menunjukkan gambar dari sisi bagi menunjukkan kedudukan kami tanpa penjarakan. Namun ini lah gambar sebenarnya..,” katanya menerusi Facebook rasminya hari ini.

Berkenaan arahan penjarakan fizikal, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyebut itu adalah jarak minimum yang memadai tetapi lebih daripada itu adalah lebih baik.

Menurut KKM, semakin dekat dengan individu dijangkiti Covid-19 semakin tinggi peluang untuk terkena jangkitan virus yang menyerang saluran pernafasan itu.

“Apabila kita bersin, kadar kelajuan titisan cecair (droplet) dianggarkan 150km/j dan boleh tersebar antara satu hingga dua meter.

“Jarak satu meter ini disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan majoriti negara menggunakan jarak itu sebagai jarak minima untuk penjarakan sosial seperti China, Hong Kong, Denmark, Perancis termasuk Malaysia,” kata KKM pada 11 Jun lalu.

KKM juga memaklumkan terdapat negara tertentu menetapkan jarak minimum lebih satu meter seperti Korea Selatan (1.4 meter), Australia, Jerman, Itali (1.5 meter), Amerika Syarikat (1.8 meter) dan United Kingdom, Kanada serta Sepanyol (2 meter).

“Kajian terbaharu yang dikeluarkan jurnal perubatan, The Lancet, menyatakan jarak satu meter sudah cukup untuk mengurangkan risiko jangkitan,” kata KKM lagi.