KITA SIMPATI DENGAN BEKAS KAWAN KITA YANG ASYIK MENJADI MANGSA 'KENCING"


W. FAUDZIN


Sekali lagi tergamak mereka 'membuli' Hadi apabila langsung tidak melayan usul RUU Akta 355 untuk dibahaskan dalam Sidang Parlimen yang baru tamat semalam, sedangkan janji telah dibuat. Lebih tergamak lagi apabila si pembawa usul itu sendiri iaitu Hadi Awang langsung tak nampak batang hidung di akhir-akhir Sidang Parlimen. Sudahlah waktu bentang Bajet oleh Najib pun dia tak hadir, untuk perjuangkan usul dia sendiri pun dia tak hadir juga?

Mana seriusnya lebai di dalam hal ini? Mana suara Singa Pas? Takkan hanya terkerit terlolong pasal cerai taklik saja atau hebuh pasal bangunan Wisma Tok Guru saja? Adakah isu tanah Wisma Tok Guru itu lebih besar dari RUU Akta 355?

Aku tak salahkan walaun-walaun kerana kita pun tahu tahap pemikiran mereka. Mereka tentu tak terfikir lebai-lebai mereka akan jual isu ini untuk kepentingan politik semata-mata. Mereka telah disumbatkan di telinga mereka tentang RUU Akta 355 ini di dalam setiap usrah dan ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh lebai. 

Tentulah mereka fikir ini satu perkara dan tuntutan yang serius, bukan main-main, apatah lagi yang bercakap pasal RUU Akta 355 itu mereka gelar olamak. Takkan olamak menipu.

Mereka diberitahu, parti mereka sanggup hilang kawan lama asalkan RUU Akta 355 itu berjalan. Kawan pun mereka halau kerana Umno janji mahu bantu mereka bawa RUU Akta 355. Maka, bertaawun lah mereka dengan Umno. Habis semua kawan-kawan dilabel penentang Islam, sehinggakan ke peringkat nak menjiratkan orang. Sekarang ini, kawan hilang, RUU Akta 355 pun hilang. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung hilang.


Benarlah kata-kata arwah Tok Guru Nik Aziz, " Jangan percaya kat Umno". Benarlah kata-kata Arwah Us Fadzil Noor, " Bila musuh tiba-tiba memuji kita, berhati-hatilah...". Salahlah kata Hadi, " Umno kini mahu kepada Islam".

SSyabas Wakil Rakyat PH yang sejak awal bantah penangguhan RUU Akta 355 sehingga semalam pun Wakil Rakyat PH masih mempertikaikan tindakan Speaker yang langsung tidak melayan usul yang Hadi bawa itu. Walaupun bukan pihak kita yang bawa usul itu, tapi kita tidak sanggup melihat lebai-lebai bekas kawan kita dikencing begitu saja berkali-kali. Simpati juga.