Cuepacs rayu kerajaan segera tunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam

 

Bernama

Cuepacs rayu kerajaan segera tunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat pada sidang media selepas Program Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA NERUS: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) merayu kepada kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia penting bagi meringankan beban penjawat awam terutama kumpulan pelaksana yang semakin terbeban dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
Beliau berkata Cuepacs telah mengemukakan permohonan tiga perkara utama iaitu pelaksanaan kenaikan gaji minimum penjawat awam RM1,800, menaikkan dua tahap Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan melaksanakan sistem saraan baharu yang lebih komprehensif, adil serta saksama.
"Segala permohonan ini telah kami bentang dan bincang dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) pada 13 Jun lepas dan insya-Allah Perdana Menteri menyatakan kerajaan boleh menimbangkannya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Perhimpunan Penjawat Awam Dan Taklimat Isu-Isu Semasa Bersama Presiden Cuepacs di Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Universiti Malaysia Terengganu di sini hari ini.
Menurut Adnan segala permohonan yang dikemukakan tersebut adalah munasabah dan bertepatan dengan keadaan semasa, selain bukannya sesuatu yang 'mewah'.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Cuepacs akan memperhalusi kajian untuk memperkenalkan cuti haid sebagai perlindungan sosial untuk pekerja wanita.
Katanya cadangan tersebut perlu diperhalusi dengan sebaik mungkin memandangkan jumlah penjawat awam wanita semakin meningkat.
"Jika ia melibatkan cadangan maka kami akan bincangkan untuk kepentingan penjawat awam wanita.
"Sekarang penjawat awam wanita semakin meningkat. Kalau dari segi perjawatan utama di peringkat awam, 30 peratus adalah wanita bagi jawatan-jawatan utama iaitu lebih kurang 360,000 orang," katanya.
Semalam, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat dilaporkan berkata pengenalan cuti haid memerlukan penelitian dan perbincangan lanjut dengan pihak berkepentingan termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan, kesatuan sekerja dan pertubuhan majikan.
Siti Zailah berkata ia disebabkan proses memperkenalkan cuti haid bukan sahaja membabitkan kesejahteraan pekerja wanita tetapi turut memberi implikasi kepada produktiviti dan ekonomi negara.
-- BERNAMA

DEPA KATA KAYA MAMAT NI


 


 

MAKAN ANGIN RUPANYA


 

PENDEDAHAN RAKYAT PENANG YANG PASTI BUAT ANDA TERKEJUT!

PENDEDAHAN RAKYAT PENANG YANG PASTI BUAT ANDA TERKEJUT! KERANA RAMAI YANG MEMBERIKAN KENYATAAN BAHAWA KERAJAAN PULAU PINANG MENINDAS RAKYAT!! MARI TONTON.


Apa sebenarnya isu waris Kesultanan Sulu? Dengar penjelasan peguam


Isu waris Kesultanan Sulu yang melibatkan kerajaan sedang hangat diperdebatkan baru-baru ini. Apa sebenarnya isu yang berlaku pada perjanjian hak waris Kesultanan Sulu pada 1963 sejak Sabah menyertai Malaysia? Ikuti Haniff Khatri yang menceritakan sejarah mengenainya secara ringk


BSKL RUGI 126 BILLION

 *Bursa catat kejatuhan terbesar RM126 bilion*https://www.utusan.com.my/ekonomi/2022/07/bursa-catat-kejatuhan-terbesar-rm126-bilion/


Bursa catat kejatuhan terbesar RM126 bilion

PETALING JAYA: Jumlah permodalan pasaran (mod pasaran) syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada akhir Jun berjumlah RM1.648 trilion, le­bih rendah berbanding RM1.774 trilion bulan lalu. Prestasi itu di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai potensi kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) dan pengetatan dasar monetari global atau kenaikan kadar fa­edah untuk melawan inflasi. Bursa Digital Research berkata, paras pasaran syarikat tersenarai


RAFIZI KETUAI PILIHANRAYA 15 PKR

 Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata timbalannya yang baru, Rafizi Ramli akan mengetuai "pasukan pilihan raya" dalam persediaan parti itu untuk menghadapi PRU15.


Dia berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR malam tadi.

"Kita yakin insya-Allah dapat mengangkat martabat dan kedudukan PKR dan PH. Untuk itu, saya telah mencadangkan agar Rafizi selaku timbalan presiden mengetuai pasukan perang pilihan raya ini.


"Dia akan diberikan wewenang untuk bergerak secepat mungkin bagi memperkuat jentera pilihan raya parti," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat MPP di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, semalam.


Anwar berkata Rafizi juga akan dibantu naib-naib presiden serta Pengarah Pilihan Raya Fuziah Salleh.


Bekas ahli parlimen Pandan itu menjadi timbalan presiden setelah menewaskan Saifuddin Nasution Ismail dengan perbezaan 16,688 undi.


Berbeza dengan Saifuddin, Rafizi jelas menolak strategi "khemah besar" yang merangkumi parti pembangkang di luar PH - termasuk Bersatu dan Pejuang - bagi menghadapi BN dalam PRU akan datang.


Sepanjang kempen pemilihan, dia juga meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang akan mengambil kedudukan lebih tegas di tengah-tengah tekanan daripada sekutu PKR berhubung strategi itu.



LARGEST convention centre in Penang scheduled to be completed in first quarter of 2025












 

LAAA..KES APA PULAK ?




 

MENGAPA SAYA MENENTANG USUL SOSMA?

 

Mengapa saya menentang usul Menteri Dalam Negeri pada petang ini 20 Julai 2022 yang akan mencadangkan kepada Dewan Rakyat suatu usul berbunyi :

“Bahawa Majlis ini membuat suatu ketetapan untuk membatalkan keputusan Majlis Mesyuarat 23 Mac 2022 berkenaan dengan usul menurut subseksyen 4(11), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 supaya subseksyen 4(5), Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa bagi tempoh 5 tahun lagi mulai dari 31 Julai 2022.”

Sebelum saya nyatakan alasan-alasan mengapa saya menentang usul Menteri Dalam Negeri tersebut adalah elok untuk saya menjelaskan apa itu subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan ( Langkah-langkah Khas) 2012 ringkasnya disebut Sosma.

Subseksyen 4(5) Sosma memberi kuasa kepada polis menahan sesiapa tahanan Sosma bagi tempoh 28 hari untuk tujuan melengkapkan penyiasatan.

Manakala subseksyen 4(11) Sosma menyatakan bahawa subseksyen 4(5) hendaklah disemak setiap 5 tahun dan akan terhenti berkuatkuasa jika tidak diluluskan oleh kedua-dua Dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Mengapa kita perlu membantah subseksyen 4(5) Sosma ini? Hujah saya seperti berikut:-

Pertama, kuasa yang diberi kepada polis di bawah subseksyen 4(5) Sosma itu adalah zalim dan menindas.

Mengapa saya berkata begitu?

Tempoh 28 hari tahanan tanpa bicara itu adalah satu tempoh yang panjang.

Cuba kita bandingkan dengan kesalahan jenayah yang lain.

Seseorang suspek hanya boleh ditahan reman selama 14 hari sahaja seperti yang ditetapkan oleh Kanun Acara Jenayah (Criminal Prosedure Code, CPC)

Di bawah CPC, pihak polis tidak boleh tahan seorang suspek itu tanpa bicara.

CPC menetapkan bahawa suspek mesti dibawa di hadapan seorang Majistret dalam tempoh 24 jam untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Suspek boleh diwakili oleh seorang Peguam dalam prosiding permohonan perintah reman oleh polis di Mahkamah.

Selain itu, Majistret tidak dengan mudah-mudah memberi perintah reman 14 hari sekaligus.Majistret ada kuasa budi bicara.

Suspek yang dituduh membunuh sekalipun diberi hak oleh undang-undang di bawah CPC untuk diwakili oleh Peguam dan tahanan reman ke atasnya dibuat atas pertimbangan dan keputusan Mahkamah oleh seorang Majistret.

Tetapi di bawah subseksyen 4(5) Sosma, hak-hak tersebut dinafikan.Sebab itu saya katakan Akta Sosma ini zalim.

Kedua, subseksyen 4(5) Sosma tersebut bertentangan dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-undang tubuh Malaysia yang merupakan Undang-undang tertinggi di Negara kita ini.

Di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikuti undang-undang.

Kemudian di bawah Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan disebut pula bahawa jika seorang ditangkap maka dia hendaklah dibenarkan dibela oleh seorang Peguam pilihannya.

Hak untuk mendapatkan khidmat Peguam dan dibawa ke Mahkamah untuk perintah tahanan bagi tujuan siasatan polis dinafikan di bawah subseksyen 4(5) Sosma.

Pada 23 Mac 2022 Usul yang sama dibawa oleh Menteri Dalam Negeri telah ditolak oleh Dewan Rakyat.

Empat bulan kemudian iaitu pada petang 20 Julai 2022 ini, Menteri Dalam Negeri membawa usul ini sekali lagi ke Dewan Rakyat.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Hak Asasi dan Hak-Hak di bawah Perlembagaan

20 Julai 2022



RAKYAT MERANA, ADUN SABAH NAIK GAJI


'Saya harap Tan Sri panggil Tajuddin, jangan main-main perkara ini'



Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun hari ini memberi jaminan akan menangani isu dakwaan kata-kata kesat yang digunakan oleh Tajuddin Abdul Rahman (BN - Pasir Salak) semalam. Terdahulu Lim Guan Eng (PH - Bagan) menggesa Azhar supaya mengambil tindakan terhadap Tajuddin yang melakukan mengeluarkan kenyataan seksis dan biadap terhadap ahli Parlimen wanita.


BUDAYA TAK MALU MELARAT DI PARLIMEN



“Kadang kala speaker dan timbalan speaker juga terlibat, macam hari ini. Kita tidak boleh terus dengan keadaan seperti ini berterusan. Malu kita,” ujarnya. Katanya seorang Yang Di-Pertua Dewan umpama seorang hakim. Dia tidak boleh memihak kepada Menteri, atau membantu memberi poin-poin untuk menteri.


Usul Tuntutan Sulu | Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu yakin ahli Parlimen



Isu berhubung tuntutan waris Sultan Sulu bersifat kepentingan awam dan Dewan Rakyat merupakan platform terbaik untuk mendapatkan penjelasan.

SIAPA PENGGANTI KEKOSONGAN JAWATAN TERTINGGI DUA AGENSI ?

 



Dua agensi yang terbabit dengan kontroversi kebelakangan ini - Jabatan Hutan Kelantan dan Air Kelantan Sdn Bhd - mengalami kekosongan pemegang jawatan tertinggi.

Pengarah Hutan - Tuan Hj Abdul Khalim bin Abu Samah tamat perkhidmatan pada 14 Julai baru lalu.

Walau pun ada memo sokongan dari beberapa pegawai tinggi Jabatan Hutan Kelantan untuk menyambung jawatan Tuan Hj Khalim, ia nampaknya tidak berjaya.

Jabatan Perhutanan berada di bawah YB Dato Takiyudin Hassan di peringkat Persekutuan selaku Menteri Sumber Asli.

Menteri Sumber Asli biasanya akan menamakan kepada Menteri Besar calon pilihan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Menteri Besar seterusnya memanjangkan cadangan itu untuk perkenan Ke Bawah DYMM Al Sultan.

Menjadi kelaziman, Pengarah Hutan Negeri adalah pegawai Perhutanan Semenanjung dan bukannya dari kalangan Pegawai Tadbir Negeri atau PTN.

Namun kali ini dikatakan berlaku sedikit kelainan.

Sumber tertentu mengatakan YB Menteri telah menamakan se orang pegawai PTN untuk menjawat jawatan Pengarah Hutan Kelantan yg baru.

Sama ada pilihan lain dari kebiasaan ini ada kaitan dengan kontroversi kecurian hutan bersebelahan konsensi anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Daulah Najah atau tidak, masih menjadi tanda tanya.

Sehingga kini, belum ada pemakluman mengenai identiti pencuri balak tersebut hasil siasatan oleh Jabatan Hutan Negeri dan Semenanjung.

Adakah pilihan Menteri yang disenangi oleh Menteri Besar itu akan terlantik?

Kesan segera ialah, rasa kurang senang pegawai hutan Persekutuan yang mungkin lebih berkelayakan dalam profesion mereka.

Kesan kedua segera ialah integriti Jabatan Hutan di mata awam.

Ia bergantung kepada bagai mana Pengarah yang baru tadi mengendalikan isu-isu yang masih belum terjawab.

Jawatan Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd yang disandang oleh Datuk Dr Azuhan Mohamed juga dikatakan akan bertukar.

Bagi pelantikan di bawah Aksb, ia sepenuhnya di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

Secara kebetulan, Menteri Air Kerajaan Persekutuan juga dari Pas - Dato Tuan Ibrahim.

Kontrak asal Dr Azuhan sebagai Pengurus Besar AKSB juga telah berakhir.

Dikatakan, sementara menunggu kepulangan bakal pengganti beliau yang sedang mengerjakan haji, kontrak Dr Azuhan disambung selama dua bulan sampai akhir Ogos tahun ini.

Sama-sama kita ikuti perkembangan selanjutnya.

Husam Musa

19 Dzulhijjah 1443H

19 Julai 2022

#SaveKelantan

#SelamatkanKelantan

 

MUSNAH ALAM


SAVE KELANTAN

Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia is at Ibu Pejabat UMNO PAHANG.

Gambar daripada INFORMER kami. Gambar diambil jam 6pm pads 20/7/2022 - Shell Lentang (Bentog-KL) balak daripada Cameron Highlands
😔 . Rakyat jangan malu untuk mengambil gambar pembalak dan pemusnah alam!



SCAMMER TERBESAR GENEVA GOLD..BANYAK LAGI SCAMMER SEDANG BERJALAN

 

ASYRAF JEFFRY


Baca dengan hati yang terbuka.

Saya tidak dengki dengan apa yang anda dapat,saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Tetapi saya tidak ingin anda alami apa yang saya pernah lalu.
.
Cuma,adalah sedikit rasa gembira bila dapat bergurau dengan anda,hihi 🤣😜
May be an image of text
1. Scam pelaburan emas terbesar di Malaysia ialah Genneva Gold yang melibatkan 35 ribu orang pelabur. Mengapa orang ramai terjebak dengan scam emas ini?
2. Genneva Gold ini adalah brand bagi sebuah syarikat perniagaan menjual emas yang ditubuhkan sejak tahun 2002. Syarikat ini mendakwa mendapat pengiktirafan "patuh syariah". Mereka sebut dalam profil syarikat, "The one and only gold company that is shariah compliant".
Ayat ini sebijik macam tagline kedai mamak Syed Bistro". The one and only Bhukhara Briyani" Amma!
3. Genneva Gold mempunyai 11 buah pejabat di Malaysia termasuk wakil perniagaan di China, Indonesia, Filipina dan Singapura. Keadaan Ini menggambarkan Genneva Gold sebuah perniagaan yang kukuh.
4. Genneva Gold mempunyai seorang pengarah daripada orang Melayu Muslim, Ahmad Khairuddin Ilias dan seorang daripada kerabat Diraja Pahang.
Genneva Gold menawarkan pelaburan emas menarik iaitu menjual emas kepada pelanggan pada harga premium 29%-30% daripada harga pasaran tetapi pelanggan mendapat 'hibah' (hadiah) 1.5% pada setiap bulan. Selepas kontrak 6 bulan, pelanggan boleh menyimpan emas atau menjualnya semula kepada Genneva Gold pada harga belian asal atau menjual kepada pihak ketiga.
5. Sekali pandang pelaburan emas Genneva Gold amat berbaloi! Hibah sebanyak18% setahun. Emas fizikal dapat, hibah pun dapat, patuh syariah pula. Warren Buffet mesti terkejut!
6. Genneva Malaysia dilancarkan secara rasmi pada tahun 2010 oleh Tun Mahathir. Mungkin Tun Mahathir dipergunakan dalam hal ini. Beliau antara tokoh besar yang mendukung penggunaan emas. Beliau menyebut dalam ucapannya:
"Wang (mata wang) hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenarnya, namun emas dapat mewakili nilai sebenarnya kerana itu adalah logam berharga di seluruh dunia."
7. Masa berlalu dan dilaporkan seramai 8 ribu pelanggan yang telah membeli 4 ribu kg emas masih belum menerima emas mereka. Genneva Malaysia berhutang sebanyak RM80 juta. Mengikut kertas siasatan, Genneva Gold beroperasi dengan menanggung liabiliti (tanggungan) 10 kali ganda lebih besar berbanding aset yang dimilikinya. Bank negara Malaysia menyebut:
"Initial forensic accounting has uncovered considerable losses being experienced by the company in 2012 and the company has liabilities exceeding 10 times its assets."
8. Pada 1 Oktober 2012, Genneva Gold diserbu oleh pihak berkuasa Malaysia dan Singapura atas kesalahan pengambilan deposit secara haram, pengubahan wang haram dan sebagainya.
9. Sebelum peristiwa itu, penasihat-penasihat Syariah telah menarik diri daripada Genneva Gold. Syarikat ini menggunakan label "patuh Syariah bagi mengkaburi operasi scam mereka.
10. Jika ada penasihat Syariah tiba-tiba menarik diri maka berhati-hatilah. Pokok tidak akan bergoyang jika tidak ditiup angin.
11. Semasa serbuan, Bank Negara Malaysia menyita aset Genneva Gold iaitu RM99.8 juta wang tunai dan 126kg emas untuk siasatan lanjut.
12. Perbicaraan Genneva Malaysia amat panjang. Pada bulan Ogos 2020, Mahkamah Tinggi mendapati Genneva Malaysia bersalah dan didenda RM450 juta, 8 orang individu dijatuhkan hukuman penjara 4 hingga 9 tahun dan denda RM 1 juta dan RM4 juta setiap seorang.
13. Namun pelabur-pelabur Genneva Gold tidak mendapat semula wang mereka dan mereka perlu melalui proses undang-undang yang panjang. Sebab itu, mangsa scam keberatan untuk melaporkan skim pelaburan yang diragui supaya aset syarikat tidak dibekukan.
14. Kesimpulannya, syarikat perniagaan yang sah menjual emas, mendakwa patuh syariah dan mempunyai nama besar tidak semestinya bukan scam. Duit tak dapat, emas tak dapat, habuk pun tak dapat. Amma appa!!
15. Jika sesuatu pelaburan ada bau-bau scam maka cepat-cepat tarik diri sebelum nasi menjadi basi. Sejarah tidak menipu. Pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang dan dewasa. Salam hormat.
Dr. Abdel Rahmanov
20 julai 2022

KEMETOT BETOI OTAK

 




Buat apa bandingkan ekonomi negara dengan negara Sri Lanka yang tenat? Cuba banding dengan indonesia, singapura dan Thailand jiran kita. Jangan banding dengan yang nak bangkrap

Saifuddin kembali sebagai Setiausaha Agung PKR, Nurul Izzah Naib Presiden

 

Saifuddin kembali sebagai Setiausaha Agung PKR, Nurul Izzah Naib Presiden



Nickyson Nyambar
Saifuddin kembali sebagai Setiausaha Agung PKR, Nurul Izzah Naib Presiden
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kembali dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), manakala Nurul Izzah Anwar pula sebagai Naib Presiden.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kembali dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), menerusi pengumuman dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan yang berlangsung pada malam Rabu.
Mesyuarat turut memutuskan bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar pula sah menjawat jawatan Naib Presiden bagi parti itu.
Turut sama menyandang jawatan Naib Presiden, ialah Saraswathy Kandasamy, dan Awang Husaini Sahari.
Keputusan itu diumumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas mesyuarat MPP malam sama.
Perkara itu turut disahkan menerusi perkongsian di laman Twitter Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang baharu, Adam Adli Abdul Halim.
Antara jawatan tertinggi lain yang diumumkan menerusi mesyuarat sama termasuk Bendahari: William Leong, Ketua Penerangan: Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Pengelola: Zahir Hassan.
Bagi ahli MPP lantikan pula adalah G Manivanan, Datuk Cristina Liew, Rodziah Ismail, R Uvaneswaran dan Abun Sui Anyit.