JANGANLAH SINGKIR DIA..KALAU DALAM UMNO ADA MAT MASLAN..DALAM PAS KAN ADA NUSI....LAGI PULA CITA CITA DIA NAK BELAT AYAQ MAI PENANG TAK BERJAYA LAGI

 


Desas-desus Sanusi disingkir kerana isu banjir tak benar, kata pembantu.





Seorang pembantu Sanusi Md Nor berkata menteri besar Kedah itu
 ‘berkampung’ siang malam di Baling bagi memulihkan keadaan yang
 terjejas akibat banjir. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pembantu Sanusi Md Nor menyangkal dakwaan bahawa menteri besar Kedah itu bakal digantikan seorang lagi “orang kuat” PAS disebabkan kononnya gagal menangani banjir di Baling.

Kenyataannya itu selepas seorang kolumnis mendakwa “kegagalan” Sanusi itu mencetuskan desas-desus bahawa Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang juga anak kelahiran Kedah, akan mengambil alih tugas sebagai menteri besar.

Setiausaha akhbar Sanusi, Muhamad Mat Yakim menyangkal dakwaan itu malah menegaskan menteri besar “berkampung” siang malam di lokasi yang terkesan akibat banjir.

“Apa salah, silap atau gagalnya Sanusi sebagai MB (menteri besar) untuk beliau digantikan?

“Dalam artikelnya…kolumnis itu menyebarkan khabar angin konon Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah mengarahkan pembantunya untuk ‘clear’ pejabat.

“Ironinya, saya sendiri – yang bilik saya tidak sampai 10 langkah dari bilik menteri besar – tidak pernah mendengar adanya arahan MB kepada sesiapa pun untuk ‘clear pejabat beliau sebagaimana yang didakwa,” katanya dalam kenyataan.

Muhammad turut mempertikaikan pujian penulis berkenaan terhadap Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim kononnya bertanggungjawab memastikan jabatan Bailey dibina di sebuah kampung yang terjejas. Katanya, kenyataan itu seolah-olah menggambarkan kakitangan awam dan menteri besar di Kedah tiada fungsi dalam menguruskan operasi selepas tragedi itu.

“Sepanjang mengikuti program MB di Baling pasca tragedi, hanya sekali saya terserempak dengan Azeez ketika di pusat taklimat Bendang Bechah. Itupun dia kelihatan seperti tergesa-gesa meninggalkan tempat itu sejurus sebelum ketibaan MB – seolah-olah mahu mengelak daripada bertembung,” katanya.

Muhamad berkata, dalam pada rencana itu menyifatkan Azeez sebagai “YB yang diperlukan rakyat ketika malapetaka”, ahli parlimen sepatutnya bukan berlalu dalam keadaan terburu-buru dan kemudian mengeluarkan kenyataan terdesak menggesa semua operasi ladang durian musang king dihentikan.

Katanya, Sanusi sendiri telah mengarahkan projek ladang durian dihentikan ketika mengambil alih sebagai menteri besar pada Julai 2020. Muhamad berkata, Kedah juga menunjukkan lonjakan angka pelaburan asing dan tempatan luar biasa sejak Sanusi berkuasa.

Muhamad berkata, Sanusi menunjukkan empati apabila memohon maaf secara terbuka kepada penduduk tempatan selepas banjir berlaku, sedangkan beliau tidak bertanggungjawab atas kejadian itu.


No comments: