Mat Sabu: Anwar Ibrahim Adalah Ketua Pembangkang di Parlimen, Perlu Diho...

[LIVE] Realiti Kerjasama PKR-UMNO



Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menggambarkan kemungkinan berlaku kerjasama antara PKR dengan UMNO. Apakah idea ini bakal menjadi realiti? Adakah ia benar-benar berlandaskan kemahuan penyokong-penyokong parti tersebut atau sekadar strategi pemimpin atasan?







VIDEO PKR SURUHAN DAP?JAWAPAN DS SAIFUDDIN PADA SERANGAN DS AZMIN ALI ISU KAT...

ANWAR : SAYA SOKONG TINDAKAN KPN

 

Mutakhir ini berita mengenai Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan pasukan PDRM mendapat perhatian umum.

Sehubungan itu, saya telah mengutus surat bagi menyatakan dukungan saya kepada beliau dalam usaha membanteras sebarang elemen jenayah di negara ini.

PDRM adalah pasukan yang amat penting dalam mana-mana sistem masyarakat dan penanda aras keamanan dan kestabilan negara. Justeru, saya amat bersetuju dengan penegasan yang dibuat beliau terkait integriti, kebebasan, kewibawaan dan keupayaan pasukan polis.

Saya mendoakan agar beliau dapat melaksanakan amanah dan menempuhi cabaran getir saat ini dengan baik.

ANWAR IBRAHIM



May be an image of 1 person and text that says "POLIS DIRAJA MALAY!"






 

Faiz Fadzil nafi cabul, akan ambil tindakan undang-undang

 


Faiz Fadzil nafi cabul, akan ambil tindakan undang-undang


Kenyataan Media

Saya merujuk kepada satu laporan Malaysiakini pada hari ini bertajuk “ADUN pembangkang disiasat tuduhan mencabul” dan laporan-laporan media lain yang berkaitan.

Saya mengesahkan telah dipanggil untuk satu siasatan pihak polis pada 18 Mac lalu berkaitan satu laporan polis ke atas saya. Saya telah memberikan kerjasama kepada pihak polis dan akan terus memberikan kerjasama bagi membantu proses siasatan.

Saya telah memberikan kenyataan saya kepada pihak polis. Saya menafikan tuduhan tersebut. Butiran pembelaan saya tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan masih berjalan.

Saya juga sedang berbincang dengan pasukan peguam bagi mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya bagi membersihkan nama saya.

Saya akan meneruskan tugas saya sebagai ADUN seperti biasa dan akan terus berjuang untuk menegakkan demokrasi dan keadilan sosial.

Faiz Fadzil
23 Mac 2021




Kantoi! Pegawai polis jual dadah yang dirampas

 


Kantoi! Pegawai polis jual dadah yang dirampas


Seorang pegawai polis ditahan kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket dadah berikutan menjual semula dadah yang dirampas kepada sindiket berkenaan, malam Selasa lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pegawai polis berpangkat Inspektor yang berusia 31 tahun itu ditahan jam 7 malam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor ketika hadir bagi memberi keterangan.

Rampasan dadah yang dijual semula kepada sindiket berkenaan dipercayai untuk pasaran negara jiran.

“Siasatan lanjut mendedahkan suspek itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU), menjual semula dadah yang dirampas polis kepada sindiket dadah bagi tujuan peribadi.

“Dalam kes ini, polis menyita sebuah kereta Perodua Alza dan wang tunai RM1,200. Suspek ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya Langkah Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, dengan suspek akan ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) selama dua tahun dan perintah sekatan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ayob berkata, pihaknya masih menyiasat jumlah dan nilai dadah yang dijual semula pegawai berkenaan.

Dalam kes berasingan, Ayob Khan berkata, dua anggota polis ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Muar, kerana melakukan pemerasan, Khamis lalu.

Dua suspek itu masing-masing berpangkat Sub Inspektor dan Koperal dari IPD Muar dan berusia 59 dan 35 tahun.

“Siasatan mendapati kedua-dua suspek melakukan pemerasan ke atas seorang individu di Parit Jawa yang ditahan mereka kerana memiliki dadah jenis syabu.

“Pemerasan itu dibuat bagi melindungi kegiatan dadah individu yang ditahan dengan kedua-dua suspek meminta wang sebanyak RM3,000 sebagai wang perlindungan.

“Hasil siasatan mendapati suspek sudah menerima wang sebanyak RM2,000 dan tambahan RM800 secara tunai,” katanya.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, kedua-dua suspek direman dua hari pada Jumaat lalu dan dilepaskan atas jaminan polis. Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. 




TIADA TINDAKAN TEGAS JIKA BERLAKU KEMALANGAN MAUT DI TEMPAT KERJA PEMBINAAN

 

Dah banyak kali berlaku kemalangan maut di tapak pembinaan dlm negara kita, tapi tiada satu pun tindakan tegas & keras diambil terhadap pihak yg bertanggungjawab. Mengaku kerajaan Isle, kononnya akan bertindak adil. Adil tang mana ??!

Sebaliknya negara jiran bukan Islam lebih mempraktikkan keadilan.

Ka nak tunggu bila 'politicians' mati terhempap palang konkrit barulah nak dihukum tegas ??

SR


May be an image of text that says "cha SINGAPURA ဝိ MALAYSIA BH ONLINE Singapore Safety officer, project manager jailed after worker died in construction accident at Changi Airport Terkini: 3 maut tragedi komponen kren jatuh- PROLINTAS llah Hafiz SR suara akyat Nor Azizah Mokhtar- Mac 22, 2021 7:22am 分 mediacorp By Afifah Darke 24Sep202009:34PM 09:34PM (Updated:24Sep202009:40PM) Kerajaan bukan Islam jatuhkan hukuman yang setimpal demi keadilan Beranikah kerajaan sle PN bertindak setegas seadil seperti Singapura?"

 

KERAKUSAN KUASA MENJAHANAMKAN EKONOMI NEGARA DAN KEHIDUPAN RAKYAT

 

HAMZAH RIE NA


Entah apa lagi MUSIBAT negara kita terima sejak kerajaan tebuk atap berkuasa.

Dah lah takde langsung pelabur asing melabur dlm negara, satu demi satu konglomerat asing tarik diri tutup lari pindah ke negara jiran lain.

Petanda apakah ini ???

Inilah satu lagi kejayaan Menteri MITI Azmin Ali dan PM AbahCow Muhyiddin !!

Mereka lebih sibuk berjual beli memujuk MP-MP pembangkang 'Scheme of Things' utk menyokong PN supaya kekal berkuasa berbanding nak memulih ekonomi negara & rakyat.

SR


May be an image of text that says "Satu Lagi Kejayaan PN Sebelum Ini Sekarang T NIKKEIAsia Toyota and Honda shut Malaysia plants as lockdown blocks commute 14 Jan 2021, 11:50 pm IBM tutup Pusat Penyampaian Global di Cyberjaya, lebih 1,000 orang hilang pekerjaan 23 Mac 2021, 1:34 pm M T SR Sony akan 'tutup buku' di Perai selepas 36 tahun, 3,400 pekerja terjejas 3 Dis 2020, 9:44 pm Kerakusan kuasa menjahanamkan ekonomi negara dan kehidupan rakyat"





 

31 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA MENYUSUL

 


SILA TEKAN   >  UNTUK MEMBACA BERITA AWAL PAGI.


TERIMA KASIH DENGAN SOKONGAN ANDA SEMUA.

ZAHID HAMIDI SERU JANGAN BIMBANG, MEREKA YANG MAHU GADAI UMNO HANYA ‘KUMPULAN KECIL’


 Saya minta kita ahli-ahli UMNO, pejuang dan penyokong UMNO sekalian jangan terlalu bimbang.

Seperti saudara saudari saya juga tahu dan sedar apa yang sedang ‘broker’ rancangkan.

Muslihat serta tipu daya mereka, segala hipokrasi dan helah dalam pemantauan dan radar.

Mereka ini tidak ramai, tetapi apa yang mereka mahu lakukan ke atas UMNO sangat tidak boleh diterima.

UMNO tidak boleh digadai. UMNO bukan alat untuk tawar menawar jawatan atau kedudukan sesiapa.

UMNO sama sekali tidak akan melukut di tepi gantang hanya kerana hujah-hujah bermuka dua.

UMNO parti milik rakyat dan jutaan ahlinya. Bukan milik mana-mana pihak untuk dijual beli.

InsyaAllah selagi ada keringat dan bakti saya berjanji UMNO tetap dipertahankan.

Saya berkata begini kerana saya membaca pandangan dan keluh kesah saudara saudari.

Segelintir saudara saudari khuatir saya sebagai Presiden UMNO tidak ‘alert’ rancangan mereka.

Saya ‘alert’. Saya malah ‘alert’ semakin galak persepsi negatif diilustrasikan ke atas saya.

Tetapi demi keutuhan parti keramat bangsa dan agama saya mendepani cabaran ini secara berhemah.

Keazaman, keyakinan dan jati diri UMNO saudari saudari menjadi azimat penguat semangat.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO

23 Mac 2021.





TUU DIAAA...HABIH LA ORANG PENANG MANDI AYAQ SELUT-LAWAN LAGI ULAMAK...KAH.....



SAM   LIM 


 

May be an image of 2 people and outdoors






VIDEO : ((BONGKAR)) DIMANA AZMIN ALI SEBELUM PRU14? KENAPA AZMIN ALI SANGGUP KHI...



((BONGKAR)) DIMANA AZMIN ALI SEBELUM PRU14? KENAPA AZMIN ALI SANGGUP KHIANATI

KERAJAAN PH?




VIDEO : TIGA PENJURU, PAS KECUT PERUT



Beliau juga berpendapat, BERSATU yang mempunyai kedudukan di puncak kuasa, juga rugi jika tidak disertakan bersama dalam pakatan. “Asasnya ialah Islam. Adakah sekali lagi kita mahu melihat negara ini diterajui sekali lagi oleh pentadbiran 22 bulan yang kita lihat kesan dan pendekatannya?” soalnya.




VIDEO ; SIDANG MEDIA KETUA POLIS NEGARA-TIDAK MAHU ORANG POLITIK PERGUNAKAN POLIS UNTUK KEPENTIGAN.


 

Ketua Polis Negara dipuji kerana berani dedah isu kartel

 


Ketua Polis Negara dipuji kerana berani dedah isu kartel


1. PEJUANG Muda Malaysia ingin menzahirkan rasa sokongan tidak berbelah bahagi kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bahador dalam usaha memerangi sebarang kepincangan dan kewujudan ‘kartel’ dalam pasukan Sang Saka Biru atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

2. Apa yang didedahkan oleh KPN dalam sidang media beliau pada Isnin (22 Mac 2021) dan beberapa siri program bual bicara sebelumnya, bukanlah satu perkara baru dan tidak juga mengejutkan. Tetapi, keberanian KPN dalam menyatakan iltizam secara terbuka bagi membersihkan salah laku dalam PDRM untuk tidak membenarkan budaya ‘The Blue Code of Silent’ dari terus subur dalam PDRM, perlu dipuji dan disokong sepenuhnya.

3. Dalam sebuah kerajaan yang tidak mementingkan integriti dan prinsip yang mulia seperti Perikatan Nasional (PN), PEJUANG Muda Malaysia menjangkakan bahawa usaha KPN bakal melalui laluan yang tidak mudah.

4. Oleh itu, sokongan ahli-ahli politik dan seluruh rakyat Malaysia untuk KPN meneruskan usaha beliau itu dalam pasukan PDRM adalah diperlukan supaya watak seperti Tan Sri Abdul Hamid Bahador tidak disingkirkan atau diketepikan sewenang-wenangnya apabila bangun bersuara.

5. Kami, PEJUANG Muda Malaysia ingin mengucapkan syabas kepada Tan Sri Abdul Hamid Bahador atas keberanian beliau dan berdoa kepada Allah SWT agar dimudahkan usaha murni yang dicita-citakan beliau serta diberikan perlindungan dalam usaha mengembalikan maruah PDRM yang dicemarkan oleh sebilangan kecil anggotanya.

Sekian. Terima kasih.

DR. ABU HAFIZ SALLEH HUDIN
Ketua PEJUANG Muda
Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG)

23 MAC 2021


TAHNIAH...LAGI SYARIKAT GERGASI TUTUP KALI INI IBM

 Terkini! Syarikat gergasi IBM umum tutup operasi di Cyber Jaya


Pagi ini, syarikat IT gergasi IBM umum mereka akan tutup pusat operasi mereka di CyberJaya.

Pelaburan ini di bawa masuk oleh kerajaan BN masa saya PM dan mula beroperasi pada tahun 2014.

Hari ini, IBM sahkan ianya akan ditutup pada bulan Mei. Sekitar 3,000 pekerjaan nilai tinggi terjejas.

Ini berikutan syarikat teknologi asing T-Systems dengan 800 pekerja di CyberJaya yang juga telah umum tarik diri dari Malaysia pada bulan November tahun lepas.

Pekerjaan-pekerjaan kemahiran teknologi dengan nilai tinggi inilah yang diidamkan Malaysia selama ini.

Amat rugi sekali bagi negara.

“23 Mac 2021: IBM to shut down Cyberjaya Global Delivery Centre on May 31”
https://www.theedgemarkets.com/article/ibm-shut-down-cyberjaya-global-delivery-centre-may-31

NASIB NEGARA BERGANTUNG KEPADA ORANG MELAYU

 

Kenapa kita gagal mengubah nasib negara?



Untuk mengubah negara ini kepada lebih baik ia bergantung kepada kesedaran orang Melayu...Ini kerana undian org Melayu sahaja (Parlimen Melayu terbesar ) mampu memilih pemimpin yg bersih utk memulihkan/reform negara.

1. Anak2 muda Melayu paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi. Samada tidak minat, tiada kesedaran politik utk masa depan mereka atau sibuk bertik tok. Berbeza dgn kaum Cina kesedaran politik dari anak muda mereka sgt tinggi.

2. Org Melayu era 2000 ramai yg belajar hingga ke Universiti. Pandai tapi mentaliti mudah dibelengu dgn semangat rasis. Akhirnya apabila pemimpin2 kecil hanya menyebut nama DAP... ijazah dan Master yg ada seperti tidak berguna kerana pemikiran mudah dijajah dgn momokkan persepsi.

3. Org Melayu mudah tertipu dgn penjual agama. Hanya melihat individu berkopiah dan berjubah menghafal beberapa ayat dan hadis... org Melayu akn terbelengu minda yg jumud.

4. Mudah menerima rasuah. Politik era Mahathir telah membuatkan org Melayu menjadi materialistik. Org Melayu masing2 ingin menunjukkan kekayaan. Apatah di zaman FB dan IG. Akhirnya rasuah adalah jalan pintas. Saban bulan kita melihat dari pemimpin, pegawai2 kerajaan hingga pegawai rendah ditahan kerana rasuah.

5. Malas berfikir akhirnya mudah terpedaya dgn persepsi. Politik adalah persepsi. Keadaan skg apabila PN tidak boleh bekerjasama dgn UMNO... maka pemimpin PN melahirkan persepsi ia angkara Anwar. Apa kena mengena Anwar dgn perebutan kuasa antara UMNO dan Bersatu. Tapi ramai yg percaya ia angkara Anwar mahupun Dap.

Jadi sukar negara kita mahu dipulihkan. Sdgkn sejak Presiden Jokowi menjadi Presiden Indonesia negara kita makin lama makin ditinggalkan oleh negara jiran. Pelaburan berbillion, lebuh raya, MRT, keretapi laju 300 km dari Jakarta ke Surabaya, kapal selam dan pelbagai lagi pembangunan pesat berlaku di sana.

Di negara dlm setahun ini kita sibuk membeli ahli2 politik. Apa pelaburan dan pembangunan pun kita tak berapa nampak...Bersyukurlah agama Islam dibawa oleh pendakwah Arab dan Cina ke negara kita. Jika tidak tak tahulah betapa teruk perangai org kita... kita perlukan Wawasan 2050 pula agaknya utk menjadi negara rakyat berfikiran maju.

Kridit:

Norman Radzuan

 

 

KATA NAK RAMPAS BANGI-PAS CAKAP PAKAI OTAK KE TIDAK?

 May be an image of text that says "2018 BANGI (P102) SELANGOR Total Voters 178,790 DAP ONG KIAN MING 102,557 (68,768) PAS MOHD SHAFIE BIN NGAH 33,789 MCA LIEW YUEN KEONG 19,766 PRM WAN JINN WOEI Early 1,462 Postal 119 215 Malay 49% Chinese 39% Indian 11% Other 1%"

KENYATAAN DATUK EZAM NOOR


EZAM Ezam Mohamad Noor leader Peoples Justice Editorial Stock Photo - Stock  Image | Shutterstock



1.Beberapa hari ini timbul kembali polemik isu keahlian saya dalam Parti Keadilan.

2.Saya minta polemik ini dihentikan.

3.Isu ini sudah berlalu hampir setahun lalu.Ketika itu saya sengaja nyatakan secara terbuka (taktikal) bagi menentang gerakan dilakukan oleh anasir anti reform (ex Keadilan) yang berusaha keras menarik ahli-ahli lama bersama mereka.

4.Sekarang parti sudah stabil terutama ahli-ahli  lama, reformis semakin

mantap

bersama.

5.Saya lebih selesa membantu perjuangan reformasi dari luar partai menerusi Gerak98.

6.Gerak98 mahu tumpukan sepenuh fokus menentang musuh-musuh reformasi yang semakin galak dan terdesak.

Nota: Bagi yang berada di Langkawi.Jumpa di sana 1-3 April ini.Kita mulakan gerakan menentang musuh no1 Reformasi, Ahli Parlimen Langkawi.Insha Allah.

 

Mohamad Ezam Mohd Nor

23 Mac 2021/ 9 Syaaban 1442H.

 

 

 

PERLU SALURAN BETUL ATAU DIDEDAHKAN DI DALAM PARLIMEN

 MOHD SHAH RIM


Aku rasa pendedahan ini, perlu saluran yang betul, bukan melalui media, ex IGP pun semuanya Melayu, Islam.. kredibiliti PDRM sebagai agensi penguatkuasa tertua dinegara ini akan dipersoalkan oleh rakyat jika tiada tindakan..


May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎TheMalaysianinsight @msianinsight Rasuah dalam pasukan polis pernah berleluasa sehingga ketua polis negara (#KPN) sebelumnya berada dalam senaraı sindiket jenayah, kata KPN Abdul Hamid Bador. יור Ketua Polis Negara bdul Hamid Bador mendakwa ada pegawai atasan polis turut terjebat dengan rasuah.‎"‎‎




KEADILAN kenal pasti ejen tawar MP lompat parti

 




POSTED BY AMIR WRLR



KEADILAN telah mengenal pasti beberapa individu yang bertindak sebagai ejen yang dipercayai terdiri daripada bekas pemimpin dan ahli parti itu yang keluar parti atau dipecat sebelum ini.

Ketua Whip KEADILAN, Datuk Johari Abdul mendakwa ejen tersebut membuat tawaran kepada ahli Parlimen KEADILAN supaya lebih ramai wakil rakyatnya meninggalkan parti itu dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya lagi, ahli-ahli Parlimen turut dimomokkan dengan persepsi kononnya KEADILAN tiada masa depan dalam politik negara ini.

“Beberapa ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Padang Serai, M Karupaiya dihubungi pihak tertentu yang memujuk mereka supaya tinggalkan KEADILAN kononnya parti ini tiada masa depan cerah,” katanya.

Tambah Johari, ejen berkenaan berkemungkinan diarahkan untuk menjadi orang tengah dengan menghubungi bekas rakan dalam parti untuk mengukuhkan lagi majoriti PN di Parlimen.

“Ada daripada ejen terbabit yang telah lompat parti dan menjadi sub ejen dan hubungi kawan-kawan ajak lompat masuk PN,” katanya.

Malah, katanya, KEADILAN juga mendapati kebanyakan pemimpin yang lompat parti telah diberikan kata dua oleh individu berpengaruh.

“Hasil siasatan, mereka yang didekati ada masalah tertentu dan sekiranya tidak bersama PN akan dikenakan tindakan atau pendakwaan, contohnya Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar yang telah dibuka kertas siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Johari berkata, pihaknya berharap SPRM kekal telus dan tidak dijadikan alat untuk kepentingan politik pihak tertentu.

“Kami tak mahu agensi kerajaan seperti SPRM digunakan untuk tujuan politik. Kalau SPRM nak siasat, biar semua yang terlibat disiasat, jangan selektif,” katanya.

Pihaknya berharap kerajaan PN memberi tumpuan sepenuhnya kepada masalah negara seperti wabak Covid-19, berbanding cubaan memancing ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong PN.

“Ini adalah suatu tindakan yang tidak bermaruah,” katanya.

Johari turut mengesahkan bahawa KEADILAN sudah memfailkan surat saman terhadap individu yang melompat parti untuk diambil tindakan di mahkamah.

“Mereka harus faham bahawa surat yang dihantar itu menuntut mereka membayar RM10 juta kerana menggunakan lambang parti, bukan sebab lompat. Ini kerana penggunaan lambang KEADILAN itu yang menyebabkan mereka menang pilihan raya umum,” katanya.

 

Terkini! Pemimpin Pas mengaku partinya dah lain bila jadi kerajaan

 

Terkini! Pemimpin Pas mengaku partinya dah lain bila jadi kerajaan


“Dulu bukan main berdegar-degar, demo sana demo sini. Sekarang, bila dah jadi kerajaan, senyap! PAS dan tak macam dulu. PAS dah lain bila jadi kerajaan!” – Ini salah satu soalan yang diajukan kepada saya dalam satu program usrah di Semenyih baru-baru ini.

“Saya setuju”. Itu respons segera saya.
“Kalau sama macam dulu, maknanya PAS bukan kerajaan, tapi masih pembangkang. Pembangkang bukan kerajaan.”, saya tambah.

Ramai yang senyum. Mungkin kerana seronok mendengar jawaban saya. Atau mungkin senyum kerana ada point untuk mereka jawab kepada netizen, apabila soalan seumpama itu mereka hadap.

PAS, apabila menjadi kerajaan perlu buat kerja cara kerajaan, bukan cara pembangkang lagi. Jika pembangkang nature-nya adalah bersuara, bertempik dan berhimpun, itu adalah biasa. Jika pembangkang tak buat apa-apa, maknanya sama ada pembangkang tersebut sudah hilang taring, atau mungkin tak tau buat kerja.

Pembangkang, jika tidak boleh berhimpunpun, sekurang-kurangnya buat sidang media. Itulah kerja pembangkang, sekalipun sidang media tersebut menjadi macam seminar! Yang penting panggil wartawan. Nak cerita apa depan mereka, itu belakang kira.

Populis. Pembangkang memang perlu menjadi populis untuk dilihat masih relevan.

Bila jadi kerajaan kena buat kerja. Merangka kemajuan negara dan melaksanakannya.

Sebagai kerajaan, PAS juga bertanggungjawab meredakan keresahan seluruh warga. Terutama apabila negara sedang menghadapi krisis. Krisis seumpama hari ini – krisis kesihatan dan krisis politik.

Tidak pula ertinya kerajaan terus mengkesampingkan pandangan dan cadangan pembangkang. Dengar dan timbangkan. Ambil dan laksanakan, jika sesuai dengan dasar dan perancangan kerajaan. Bak kata YB Dr Maszle Malik bekas Menteri Pendidikan; “terima kasih bagi pandangan, tapi anda bukan kerajaan”.

Buat kerja sebagai sebuah kerajaan adalah tanggungjawab, bukan mengejar populariti. Tapi sekiranya jadi populis hasil daripada buat kerja, itu bonus!

Bagi PAS, buat kerja yang diamanahkan merupakan tanggungjawab agama, bukan sekadar tanggungjawab berkerajaan semata-mata. Maknanya, apabila seseorang penjawat melaksanakan tugasnya, dia akan selamat. Tetapi jika ada jawatan tetapi tak buat kerja dia akan diazab.

Benarlah dengan sebuah hadith Nabi SAW; “Tujuh (jenis) orang akan mendapat lindungan Allah di Padang Mahsyar kelak, yang pertama; pemimpin yang adil – iaitu pemimpin yang melaksanakan tangggungjawabnya…”

Jadi kerajaan kena buat kerja. Sudah tentu tak sama macam jadi pembangkang.

Make sense?

SHAFIE NGAH
Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor






Dua pemimpin KEADILAN bantu Bersih failkan saman terhadap PM

 



POSTED BY AMIR WRLR

Senator Dewan Negara, Mohd Yusmadi Yusoff dan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memfailkan permohonan sebagai pencelah dalam saman Bersih dan sejumlah NGO terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-duanya membuat permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu dan diwakili pasukan peguam yang diketuai Malik Imtiaz Sarwar.

Ini bagi menyokong tindakan Bersih dan enam NGO memfailkan saman pemula terhadap Ordinan Darurat yang membolehkan penggantungan Parlimen sepanjang tempoh penguatkuasaannya yang melibatkan Seksyen 14 Ordinan Darurat pada 2 Februari lalu.

Menurut salinan afidavit sokongan bagi permohonan itu, Yusmadi berkata beliau dan Shamsul tidak dapat melaksanakan tugas membawa isu berkaitan kepentingan rakyat di Parlimen.

Beliau mendakwa penggantungan Parlimen telah menghalang mereka untuk memenuhi tugas seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menyoal dan membahas tindakan Eksekutif di Parlimen.

Yusmadi dan Shamsul juga berkata mereka bertanggungjawab untuk membahas dan mengundi proklamasi darurat dan Ordinan Darurat kerana Parlimen adalah institusi yang membolehkan semak dan imbang terhadap cabang Eksekutif.

"Sebagai Ahli Parlimen, Shamsul dan saya mempunyai tanggungjawab fidusiari kepada rakyat Malaysia.

"Seksyen tersebut menghalang kami daripada melaksanakan tanggungjawab kami.

"Oleh itu, isu-isu dalam saman pemula tersebut mempunyai kesan langsung ke atas Shamsul dan saya, terutama atas kapasiti kami sebagai Ahli Parlimen. Ia adalah wajar dan adil agar Shamsul dan saya dinamakan sebagai pencelah dalam prosiding ini," katanya.

Selain Bersih dan enam NGO tersebut, pihak lain yang telah membawa pengisytiharan darurat ke mahkamah ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiga wakil rakyat pembangkang, dan Khairuddin Abu Hassan.

Bagaimanapun, semakan kehakiman tiga wakil rakyat pembangkang iaitu Ahli Parlimen Pulai Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Adun Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari, telah ditolak pada 11 Mac lalu.

 

PADAN MUKA KAU...RASAKANNYA JIKA KUAT SANGAT MERAPU...

 


Terkini! Dr Kamarul diarah bayar kos kepada pemimpin AMANAH

Terkini! Dr Kamarul diarah bayar kos kepada pemimpin AMANAH

Hakim: YA Tuan Quay Chew Soon

Hakim bersetuju bahawa tindakan yang dilakukan oleh Plaintif iaitu menamakan Writ sebagai Writ Saman, tiada pengendorsan penyataan tuntutan di dalam Writ dan meletakkan jumlah RM5juta sebagai gantirugi am di dalam Writ dan Pernyataan Tuntutan adalah defective.

Namun Hakim berpendapat defectiveness tersebut tidak lah sehingga boleh membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan.

Tapi memandangkan wujudnya defectiveness tersebut, maka Hakim mengarahkan Plaintif meminda Writ dan SOC mereka sewajarnya dalam masa 7 hari.

Kita (Defendan) berhujah bahawa Defendan harus dipampas dengan kos memandangkan pindaan yang bakal dibuat oleh Plaintif hanya berbangkit setelah permohonan Defendan ini difailkan. Malah hujahan turut difailkan.

Peguam Plaintif (Harris) pohon kos di dalam kausa.

Hakim bersetuju dengan Defendan bahawa memandangkan defective tersebut wujud, maka kos harus diberikan. Jadi Hakim memerintahkan Plaintif membayar RM3,000 kepada Defendan. 







MENGAPA LAPORAN RASUAH PM, MENTERI SENYAP?


TENGOK BOLA BOLEH KE STADIUM, SIDANG PARLIMEN TAKUT COVID?