Tahaluf: PAS Kawasan dicadang panggil Mesyuarat Agung Khas

Tahaluf: PAS Kawasan dicadang panggil Mesyuarat Agung Khas
Tahaluf: PAS Kawasan dicadang panggil Mesyuarat Agung Khas

Tahaluf: PAS Kawasan dicadang panggil Mesyuarat Agung Khas

KENYATAAN MEDIA: Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur mencadangkan kepada PAS Kawasan seluruh negara untuk mengadakan Mesyuarat Agung Khas sepertimana yang diperuntukan oleh Perlembagaan PAS iaitu Fasal 18. 2 (B) supaya mengagendakan khusus untuk meluluskan usul kedudukan hubungan dengan Parti DAP secepat mungkin.

Mesyuarat Agung Khas ini penting kerana mengambil kira kedudukan PAS di Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Selangor setelah usul yang di bawa Dewan Ulamak PAS Pusat diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini, walaupun ‘cakap-cakap’ ianya masih belum diputuskan tetapi tidak pula dibangkitkan semasa muktamar tersebut semasa ianya dibentangkan.

Namun sekiranya usul memutuskan hubungan dengan DAP lebih banyak mendatangkan konflik dan masalah terutamanya dalam meneruskan hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR), maka pimpinan PAS jangan bersikap ego dan angkuh dalam membatalkan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Jika benar ianya tidak lagi diputuskan, sewajarnya Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Majlis Syura PAS perlu bersidang segera bagi menolak persepsi umum bahawa PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP. Kami di peringkat bawah parti gusar dengan keadaan ini dan seolah-olah pimpinan tidak bertindak segera menyelesaikan kekalutan yang ada. Kami lontarkan bidang kuasa yang boleh dilakukan oleh PAS Kawasan untuk membetulkan kembali keadaan ini.

Justeru, kami mendesak dengan segera agar ada PAS Kawasan yang akan memanggil Mesyuarat Agung Khas yang menyebut khusus tentang peranan Mesyuarat Agung khas tersebut adalah demi menyelamatkan rakan-rakan kita di Pulau Pinang dan Selangor.

Ianya penting untuk memulihkan kembali keadaan yang menyebabkan salah faham dan berlaku ‘serang-menyerang’ setelah usul tersebut diterima. Kami sekali lagi merayu juga kepada PAS Kawasan di Pulau Pinang dan Selangor agar bertindak segera bagi mengelak berlaku keadaan yang lebih merumitkan.

SALMAN HAJI SALEH
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.

DUA PARTI SEKULAR....ADAKALANYA LEBIH BIJAK DARI AGAMAWAN BERCAKAP




Tuan Hj Adam Ahit Pesuruhjaya PAS Sarawak keluar sebagai ahli PAS?


Tuan Hj Adam Ahit Pesuruhjaya PAS Sarawak keluar sebagai ahli PAS.Sehingga berita ini ditulis, belum ada pengesahan berita ini. Namun maklumat ini dihantar dari Sarawak.

KEADILAN istiqamah perjuang harapan rakyat

KEADILAN istiqamah perjuang harapan rakyat

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN telah mengadakan mesyuarat bulanan pada hari ini untuk membincangkan keadaan terkini politik tanah air.
pakatan_rakyat_logo_dan_benderaMenyedari bahawa 52% pengundi di Pilihan Raya Umum ke-13 telah menaruh harapan kepada sistem dwi-parti untuk membawa perubahan kepada persada politik Malaysia, maka KEADILAN bertekad dan istiqamah untuk terus perjuangkan harapan rakyat berlandaskan kerangka Pakatan Rakyat.

Daripada keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan Rompin, KEADILAN sedar rakyat mendambakan perubahan melalui Pakatan Rakyat. Momentum perubahan ini perlu diteruskan.

Oleh itu, KEADILAN akan menerajui usaha untuk menjadi penghubung demi mempertahankan aspirasi rakyat yang mahu melihat Pakatan Rakyat kekal.

Pimpinan KEADILAN akan berunding dengan pimpinan PAS dan DAP dalam masa terdekat.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi
bagi pihak MPP KEADILAN

Ulama tak faham, hubungan dengan DAP sudah putus

Ulama tak faham, hubungan dengan DAP sudah putus
Ulama tak faham, hubungan dengan DAP sudah putus

Ulama tak faham, hubungan dengan DAP sudah putus

PAS di bawah kepimpinan baru – para ulama dan ustaz – terus menerus mengeluarkan kenyataan bahawa usul memutuskan hubungan antara parti itu dan DAP masih belum dimuktamadkan.

Alasannya, usul masih perlu dibawa ke Majlis Syura Ulama (MSU) dan akan dibahas dalam muktamar khas. Sedangkan dalam perlembagaan PAS, Fasal 7 (1) menyebut kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar PAS. Sebaik sahaja usul diterima muktamar maka ianya perlu dilaksanakan. MSU tiada hak untuk campur tangan, apatah lagi membatalkan usul.

Begitu juga muktamar khas tidak perlu apabila muktamar tahunan telah menerima usul tersebut. Lainlah usul yang diterima tempoh hari itu berbunyi ‘mengkaji tahaluf siyasi’. Maka bolehlah dibawa ke MSU, AJK PAS Pusat dan akhirnya dibahas di muktamar khas.

Ulama terburu-buru

Ahli bawahan PAS kini mempersoalkan mengapakah Dewan Ulama yang dianggotai seluruhnya oleh para ustaz terburu-buru meluluskan usul.

Kemudian apabila usul dibawa ke Muktamar tahunan, pemimpin utama PAS tidak pula memberi peringatan agar usul itu dibahas terlebih dahulu dan diundi.

Jika difikirkan tidak perlu untuk memutuskan hubungan dengan DAP secara segera maka dalam perbahasan itu boleh dicadangkan memanggil satu muktamar khas. Usul ditolak tetapi diusulkan satu kajian lanjut.

DAP benar

Anehnya, Mursyidul Am Dr Haron Din yang amat pakar dalam organisasi tidak mencelah dan menyelamatkan keadaan. Presiden Hadi Awang yang berpengalaman puluhan tahun mentadbir parti dan amat maklum perlembagaan PAS tidak bersuara. Setiausaha Agung Mustafa Ali yang bergiat aktif dalam PAS sejak 1970an dan pernah menjawat timbalan menteri ketika PAS membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno juga buat-buat tidak tahu akan isu berkenaan.

Oleh itu, apabila pemimpin tertinggi DAP Lim Guan Eng bertindak meminta pemimpin PAS yang dilantik menganggotai kerajaan Pulau Pinang mengosongkan posisi, PAS tidak boleh membantah. Lim sedar sekiranya pemimpin PAS tidak mahu memutuskan hubungan, sekurang-kurangnya usul boleh disekat dan ditangguhkan.

Namun apabila usul diterima tanpa bahas maka amat jelas lagi nyata apa yang terkandung dalam kepala dan hati pemimpin utama PAS. Terutama pemangku Ketua Dewan Ulama Dr Mahfouz Mohamad, Presiden Hadi Awang, Mursyidul Am Dr Haron Din dan Setiausaha Agung Mustafa Ali. Keempat-empat mereka memang gembira dengan ‘perceraian’ PAS dan DAP.

Ulama U turn

Ironinya, apabila Dr Mahfouz menyelar Lim kerana gopoh meminta wakil PAS melepaskan jawatan kerajaan negeri, ahli bawahan mula meragui kematangan ulama berfirkir. Apakah ulama tidak sedar perkara yang mereka lakukan sehinggalah ‘nasi sudah menjadi bubur’?

Adakah Dewan Ulama dan pemangku ketuanya dipukau sewaktu usul dibentangkan oleh ustaz anti DAP, Mokhtar Senik? Adakah seluruh ahli Dewan Ulama yang meluluskan usul sebulat suara itu disihir oleh agen Umno yang menyamar sebagai ustaz pada 3 Jun sehingga mereka tanpa rela bersetuju memutuskan hubungan?

Ahli bawahan terkejut melihat tingkah laku ulama. Ulama adalah pewaris nabi yang amat mendalam fikirannya. Ulama menasihatkan pasangan berumah tangga yang mahu bercerai berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan. Apatah lagi bercerai talak tiga.

Namun apabila mereka ingin membuat keputusan berpisah dengan DAP mereka tidak pula memikirkannya masak-masak. Malah ustaz hebat dari Selangor Sallehen Mukhyi membuat lawak bahawa usul tersebut tidak dibahaskan bagi mengelak lebih banyak cemuhan dilontar terhadap DAP. Maka lebih baik ia diterima dan dibawa ke MSU. Masalahnya, sebaik sahaja diterima maka perceraian sudah sah. Untuk apa dibawa ke MSU?

Di sini timbul kembali pemikiran dalam kalangan rakyat meragui keupayaan ulama memerintah. Jika mereka keliru membaca perlembagaan parti, bagaimanakah mereka mahu memerintah sebuah negeri atau negara?

PAS tiada kemajuan

Mereka membuang golongan profesional ke dalam longkang tetapi dalam perkara yang amat penting mereka gagal meyakinkan rakyat bahawa mereka mempunyai kewibawaan. Situasi yang tidak menyenangkan ini akan menyebabkan pengundi kembali kepada mood 1980an.

Ketika itu PAS memang ditadbir oleh ustaz. Golongan profesional segan untuk bersama parti yang dianggap kolot dan menolak kemajuan dunia.

PAS masuk pilihan raya umum (PRU) 1982 dan 1986 dengan dipersenda pengundi. Juru kempen PAS yang terdiri daripada ustaz dan ustazah ketika merayu undi dari rumah ke rumah akan ditanya mampukah ustaz memerintah. Mampukah buat jalan raya, longkang, jambatan, bangunan sebab dalam PAS yang ada ketika itu adalah tukang baca doa, mandi mayat dan muazin sahaja.

PAS mendapat undi yang amat kecil dalam dua PRU tersebut. Sehinggalah Umno bergolak pada 1987 dan pecah dua. Kewujudan Semangat 46 menyedarkan golongan profesional bahawa Umno bukan parti politik yang baik mentadbir negara. Kebobrokan Umno ditelanjangi oleh pasukan Tengku Razaleigh Hamzah.

Maka berduyun-duyun profesional masuk PAS. Menambah bilangan segelintir yang awal seperti Ir Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Dr Sanusi Daeng Mariok dan lain-lain. Kemasukan jurutera, doktor, peguam dan sebagainya ke dalam parti Islam menutup mulut pengundi untuk mempersoalkan kemampuan PAS membina insfrastruktur.

Lonjakan keyakinan itu tiba pada kemuncaknya selepas 1998. Ribuan profesional pro Anwar Ibrahim membanjiri PAS. Kali ini turut disertai golongan koporat yang berjaya dan para usahawan. PAS menuju ke arah parti arus perdana.

Kredibiliti diragui

Persoalannya sekarang, apakah yang akan berlaku kepada PAS selepas 2015? Dengan tekad membuang semua profesional daripada ranking utama parti maka keadaan mungkin berbalik ke era 1980an. Tambahan pula pada hari pertama golongan ulama mengambil alih tampuk parti, telah timbul kontroversi mereka tidak faham asas perlembagaan parti. Bercerai dikatakan belum bercerai.

Sekiranya tahap itu pemikiran ulama maka selepas ini rancaklah pengundi bertanya: Mampukah PAS membawa kemajuan, membina jalan, longkang, bangunan dan sebagainya.

Yang paling penting, sekiranya perlembagaan parti pun disalah tafsir, bolehkah PAS membela rakyat agar tidak ditipu oleh para kapitalis dalam perjanjian atau kontrak penting mewakili kerajaan negeri atau kerajaan pusat?

Soalan ini menyeramkan pengundi. Tidak mustahil pemimpin PAS kelak akan menandatangani perjanjian yang saling tidak tumpah dengan yang dibuat pemimpin Umno.

Cuma bezanya, pemimpin Umno bersekongkol dengan kapitalis menipu rakyat tetapi pemimpin PAS ditipu hidup-hidup oleh kapitalis. Maka lebih baiklah rakyat kekal bersama Umno BN!

Umno gembira hasil muktamar, sesuatu akan berlaku…. – Mat Sabu

Umno gembira hasil muktamar, sesuatu akan berlaku…. – Mat Sabu
Umno gembira hasil muktamar, sesuatu akan berlaku…. – Mat Sabu

Umno gembira hasil muktamar, sesuatu akan berlaku…. – Mat Sabu

Pada tahun 1981, saya dilantik menjadi exco Dewan Pemuda PAS pusat setelah tiga tahun menjadi ahli PAS.

Ia hasil cadangan Subky Latif yang menjadi setiausaha Pemuda pada waktu itu dan Mustafa Ali sebagai ketuanya.

Pada tahun 1983, saya dilantik menjadi ketua Pemuda Pulau Pinang dan terus menjadi AJK Pemuda PAS Pusat.

Dan pada 1983 juga saya menjawat jawatan sebagai Setiausaha Pemuda PAS Pusat.
Setelah beberapa penggal sebagai exco pemuda, saya dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Pusat (waktu itu tiada timbalan) di bawah Abu Bakar Chik.

Wan Ismail (sekarang YDP Ketereh) mencabar saya jawatan Naib – saya terus dipilih sebagai Naib.

Hubungan saya dengan Wan Ismail berjalan baik bahkan selalu berceramah di pentas yang sama, sama ada di Kelantan mahupun di luar Kelantan.

Menjelang tahun 1990, saya pula mencabar Abu Bakar Chik untuk jawatan ketua Pemuda PAS Pusat. Saya tewas, saya terus bersama dengan Abu Bakar Chik dalam berbagai program sama ada ceramah, demonstrasi atau program dalaman parti.
Pada tahun 1993, saya dipilih melalui muktamar sebagai AJK Pusat setelah gagal percubaan kali pertama.

Pada tahun 1995, saya diminta oleh PAS Pusat di bawah pimpinan Ustaz Fadzil – melalui perutusan Halim Arsyad dan Datuk Hisyamuddin Yahya supaya saya melepaskan jawatan sebagai AJK Pusat kerana terlibat dalam tuduhan khalwat.
Saya akur dan melepaskan semua jawatan dalam parti.

Selepas selesai proses mahkamah, saya bertanding semula AJK Pusat dan dipilih oleh perwakilan muktamar.

Kehadiran Hassan Ali memeriahkan lagi politik PAS. Beliau bertanding naib presiden dan terus menang. Saya terima dengan hati terbuka – muktamar perlukan pemimpin popular seperti Hassan Ali.

Saya mengalami kekalahan dua kali untuk menduduki jawatan naib presiden.
Setelah menjadi naib presiden selama dua penggal sejak tahun 2003, saya cuba menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden.

Nasaruddin Mat Isa tetap dipilih sebagai timbalan presiden PAS.
Walaupun saya kurang gemar cara kepimpinan Nasaruddin, tapi beliau dipilih secara sah dan bersih melalui muktamar.

Sekali lagi saya cuba menawarkan diri sebagai calon timbalan presiden dalam muktamar pada 2011 dan disahkan menang oleh perwakilan menjadi timbalan presiden PAS. Muktamar pada tahun 2013 mengekalkan saya sebagai timbalan presiden PAS.

Sama ada Wan Ismail, Abu Bakar Chik, Nik Amar atau siapa yang biasa bertanding atau berlawan dalam muktamar, lumrah dan biasa – hubungan tetap terjalin terutamanya dalam melaksanakan keputusan dan program parti.

Perkara pelik berlaku menjelang Muktamar 2015. Hampir seluruh alat propaganda Umno/BN campur tangan dalam urusan pemilihan PAS. TV3, Utusan Malaysia, Sinar Harian boleh dibaca dan difahami mereka mahu “golongan ulama” menang.

Bahkan seminggu sebelum pemilihan, Bernama cuba memainkan peranan dan dilihat cuba memihak kepada golongan yang dikatakan “proulama”.

Muktamar PAS 2015 amat pelik. Bukan soal kalah menang tetapi kepelikannya dapat dilihat. Para pemimpin tertinggi PAS sendiri memegang kertas putih (mungkin chai) semasa mengundi.

Pertama kali Umno dilihat gembira dengan keputusan muktamar.
Saya orang lama dalam parti rasa pelik bin pelik bin pelik.
Ada sesuatu akan berlaku……

Ahmad Awang akan bertemu dengan pemimpin PAS yang kalah

Ahmad Awang akan bertemu dengan pemimpin PAS yang kalah
Ahmad Awang akan bertemu dengan pemimpin PAS yang kalah

Ahmad Awang akan bertemu dengan pemimpin PAS yang kalah

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang merancang untuk mengadakan satu pertemuan pada minggu depan di antara mereka yang kalah dalam pemilihan PAS minggu lalu.

Katanya, memandangkan tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS, beliau masih boleh berkhidmat dari luar parti bersama mereka yang tewas dan bukan dengan cara bersendirian.

“Kita sebagai ahli, kalau tidak boleh dari dalam parti, jadi dari luar parti, kita cadang beri pandangan (pada PAS) tapi tidak bersendirian.

“Kita cadang yang tersingkir dan ditolak adakan perbincangan mengenai apa yang berlaku selepas muktamar, jadi kita akan bincang nanti.

“Kalau secara bersendirian, ia tak berkesan,” kata Ahmad Awang ketika dihubungi Malaysiakini.

Ikut perlembagaan PAS, usul berpisah perlu dilaksana – Asmuni Awi

Ikut perlembagaan PAS, usul berpisah perlu dilaksana – Asmuni Awi
Ikut perlembagaan PAS, usul berpisah perlu dilaksana – Asmuni Awi

Ikut perlembagaan PAS, usul berpisah perlu dilaksana – Asmuni Awi

Dewan Ulama PAS perlu mengakui kesilapan mereka berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP dan menyebabkan PAS tersepit dalam Pakatan, kata peguam dan bekas bendahari parti, Asmuni Awi.

“Perkara seperti ini harus menjadi pengajaran pada masa akan datang kepada semua pihak, dalam politik kita tidak boleh terburu-buru,” kata Asmuni dalam laporan Sinar Harian hari ini.

Laporan itu, turut melaporkan Asmuni merujuk kepada Fasal 7 Perlembagaan PAS dan berkata parti itu perlu bermuktamar semula jika ia mahu menarik balik usul itu yang diluluskan tanpa bahas minggu lalu.

“Dengan kata lain, usul diluluskan itu seperti undang-undang yang perlu dilaksanakan memandangkan gerak kerja dan pentadbiran PAS perlu mengikut keputusan muktamar seperti dicatatkan dalam perlembagaan,” katanya

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS minggu lalu berkata, usul yang diluluskan tanpa bahas itu kini mengundang masalah terhadap kerjasama antara PAS dalam kerajaan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang.

Justeru, katanya, beberapa pemimpin PAS yang mempunyai jawatan dalam kerajaan Pakatan terpaksa melepaskan jawatan berikutan penerimaan usul tersebut oleh muktamar.

“Saya sendiri tidak faham mengapa usul ini beria-ia mahu dibawa dan diluluskan oleh mereka (Dewan Ulama) tanpa memikirkan risiko terpaksa ditanggung.
“Usul dalam muktamar bukan perkara main-main dan tidak boleh ditarik balik pada bila-bila masa. PAS kena laksana, dah tidak boleh bagi alasan,” Asmuni dilaporkan berkata.

SENARAI KEDUDUKAN UNIVERSITI TEMPATAN

SEMAKIN RAMAI YANG MENOLAK JAWATANG

Aishah: Ini tak betul, kawan…

Aishah: Ini tak betul, kawan…

DSC_1915
KUALA LUMPUR, 9 JUN: Sindiran penyanyi Aishah terhadap kumpulan konservatif dalam PAS semakin hangat apabila terbaru menempelak penyingkiran kumpulan progresif dalam PAS.

Beliau dalam kiriman Facebook dipercayai menyatakan rasa tidak puas hatinya dengan tindakan kumpulan pro ulama menyingkirkan kumpulan progresif dalam PAS pasca muktamar PAS baru-baru ini.
Beliau juga menyifatkan percaturan politik kumpulan proulama itu satu tindakan politik yang salah.
aisyah 


“Percaturan yang kurang bijak, tamak sangat nak buang semua (kumpulan progresif).

“Jika saya jadi mereka, strategi saya bukan pecah semua terus. Lihat sekarang anda  sudah buang satu pasukan yang kuat.

“Ini adalah satu percaturan politik yang tak betul kawan, ini tak betul” ujar penyanyi  yang popular dengan lagu Janji Manismu itu.

Aishah yang mendapat pendidikan sains politik di New Zealand sebelu ini, pernah mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana pendekatannya terhadap rakan pembangkang serta ahli progresif dalam partinya sendiri.

Beliau juga memuat naik lirik lagu penyanyi dari Indonesia, Tegar, berjudul Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang.

Lirik itu diubah suai oleh Aishah menjadi Pas Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang. – Roketkini.com