Tahaluf: PAS Kawasan dicadang panggil Mesyuarat Agung Khas

Tahaluf: PAS Kawasan dicadang panggil Mesyuarat Agung Khas
Tahaluf: PAS Kawasan dicadang panggil Mesyuarat Agung Khas

Tahaluf: PAS Kawasan dicadang panggil Mesyuarat Agung Khas

KENYATAAN MEDIA: Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur mencadangkan kepada PAS Kawasan seluruh negara untuk mengadakan Mesyuarat Agung Khas sepertimana yang diperuntukan oleh Perlembagaan PAS iaitu Fasal 18. 2 (B) supaya mengagendakan khusus untuk meluluskan usul kedudukan hubungan dengan Parti DAP secepat mungkin.

Mesyuarat Agung Khas ini penting kerana mengambil kira kedudukan PAS di Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Selangor setelah usul yang di bawa Dewan Ulamak PAS Pusat diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini, walaupun ‘cakap-cakap’ ianya masih belum diputuskan tetapi tidak pula dibangkitkan semasa muktamar tersebut semasa ianya dibentangkan.

Namun sekiranya usul memutuskan hubungan dengan DAP lebih banyak mendatangkan konflik dan masalah terutamanya dalam meneruskan hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR), maka pimpinan PAS jangan bersikap ego dan angkuh dalam membatalkan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Jika benar ianya tidak lagi diputuskan, sewajarnya Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Majlis Syura PAS perlu bersidang segera bagi menolak persepsi umum bahawa PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP. Kami di peringkat bawah parti gusar dengan keadaan ini dan seolah-olah pimpinan tidak bertindak segera menyelesaikan kekalutan yang ada. Kami lontarkan bidang kuasa yang boleh dilakukan oleh PAS Kawasan untuk membetulkan kembali keadaan ini.

Justeru, kami mendesak dengan segera agar ada PAS Kawasan yang akan memanggil Mesyuarat Agung Khas yang menyebut khusus tentang peranan Mesyuarat Agung khas tersebut adalah demi menyelamatkan rakan-rakan kita di Pulau Pinang dan Selangor.

Ianya penting untuk memulihkan kembali keadaan yang menyebabkan salah faham dan berlaku ‘serang-menyerang’ setelah usul tersebut diterima. Kami sekali lagi merayu juga kepada PAS Kawasan di Pulau Pinang dan Selangor agar bertindak segera bagi mengelak berlaku keadaan yang lebih merumitkan.

SALMAN HAJI SALEH
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.

No comments: