KENAPA SEMASA JADI KERAJAAN TAK TUNTUT SEMUA NI

 


Menteri Besar Terengganu, 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗦𝗮𝗺𝘀𝘂𝗿𝗶 𝗠𝗼𝗸𝗵𝘁𝗮𝗿 menolak Akta Laut 2012 yang mana menurut akta itu kerajaan negeri boleh menuntut royalti hanyalah bagi telaga minyak yang 𝗷𝗮𝗿𝗮𝗸𝗻𝘆𝗮 3 𝗯𝗮𝘁𝘂 𝗻𝗮𝘂𝘁𝗶𝗸𝗮 atau kurang daripada 𝗴𝗶𝗴𝗶 𝗮𝗶𝗿.


Aku tak nak ceritalah bab lain. Satu je yang nak tanya. Samsuri jadi MB semenjak 2018 lagi. Selama 33 bulan, daripada Februari 2020 hingga Oktober 2022, 𝗣𝗔𝗦 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗡. Kenapa masa tu tak cuba pinda akta tersebut?


Adakah sebab masa tu PAS memerintah pusat, dapat kawal duit tu. Sebab tu tak kisah. Sekarang ni Kerajaan Perpaduan, 𝗣𝗔𝗦 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗼𝗸 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝘁𝘂 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝗳. Itu yang baru bising. Nak duit tu 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 atau 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗔𝗦? Tanya je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


47 DENGAN 156 MANA PALING BANYAK


Rina. Ariana 


 Walaun dengan macai PN. Selalu je tunjuk bodoh atau diaorang sendri dah buta hati.. 

47 dgn 156 . Mana lagi banyak..bodoh tu simpan skit buat anak cucu cicit piot korang tngok ..nanti..jangn diaorang tumpang bodoh .walaun dngn macai dah la..!!🤣🤣🤣




APA. PINJAM AH LONG LA PULAK NI..


Arina Riana. 


 Muahahah...nak jadi calon KKB tapi hutang Ah long..lpas brtanding kot²  menang boleh la sattle..hutang Ah long dngn peruntukan rakyat kann!?

Pandai² la  korang cari sapa dia..

Macam ni ke nak urus rakyat!?

Dia dari parti Penipu..teett!!

Kahh..kahh..kahh

😂😂





BILA SIFASIK DAN SYAITAN BERGABUNG

 

Ada 3 kejahatan dalam berita ini;




 Che ibrahim


1. Menerima berita dari SI fasik tanpa tabayyun, 

2. Menjadi penyambung lidah syaitan menyebar fitnah, 

3. Merasa diri terlalu suci, bersih dan sempurna sehingga bersangka jahat dengan kalimah madani.




1 MEI KERAJAAN PERPADUAN UMUM KENAIKAN GAJI KAKITANGAN AWAM



 

Mulut Pak Ya ni memang jahat..

 

Pak Ya Siam


Mulut Pak Ya ni memang jahat..



Tapi mulut Pak Ya tak pernah nak menghina rezeki dari Allah yang masuk mulut Pak Ya..


Kalau ubi kayu adalah rezeki maka wajib kita sujud bersyukur kerana itu lah rezeki yang Allah berikan kepada kita..


Saudara kita di G mereka hidup beralaskan zikir demi mengisi perut mereka seharian Ya Allah 😭😭😭..


Sawadee



UBAH TAJUK SKIT... MASA JADI KERAJAAN, PAKAT MAKAN GAJI BUTA...

 Tajuk kena tukar, adjust lain sikit.


Sham Ghaz


“Terengganu ‘Baru’ Tolak Akta Wilayah Laut.”


Haritu masa memerintah 33 bulan Perikatan Nasional tebuk atap semua 18 MP Pas makan gaji buta tak pinda dan ubahsuai akta ni. Termasuk MP Marang.


Kami yg dulu fight utk Royalti Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak dah suarakan minta Terengganu dan Kelantan contohi kebijaksanaan Sabah dan Sarawak dalam kerajaan tebuk atap dulu.


Nasib baiklah BN ditumbangkan oleh PH 2018, hasilnya Kelantan, Terengganu dapat wang hasil Petroleum yang dinafikan sejak tahun 2000 di Terengganu dan sebelum nya di Kelantan. PH tunaikan janji mereka. 


Tapi jika nak harapkan 18 MP PAS 33 bulan jadi Kerajaan Pusat mereka hanya buat pekak badak, syok duduk pegang jawatan Duta Timur Tengah, Menteri, Timbalan dan Pengerusi GLC. 


Padahal tu hanya sementara ja, kita dh agak PN akan tumbang, sebab Kerajaan PN adalah kerajaan yg didirikan dari kelompok2 penyamun yang gila nak berkuasa diketuai Muhyiddin Yassin penipu kata sakit tenat waktu era Ph berkuasa 22 bulan.


Padahal jika 18 MP Pas tegas, solid dan tekan Muhyiddin Yassin lemau untuk keluar Kerajaan PN jika tidak bagi Royalti dan berikan hak Terengganu Kelantan, comfirm Muhyiddin lemau akan akur juga. Sbb dia mmg tamak nak berkuasa! 


Tapi dah Pas lemah, bukan sahaja Royalti, Ruu355 pun tak dpt dibentangkan. 


Pas ni ibarat Gong, bunyi kuat, tapi tgk dalam isi gong tu tiada apa apa. Bila mentadbir Negara, lemah dan tak reti urus Negeri dan Negara, tengok aja 4 negeri mrka tadbir hancur.


Terengganu sendiri pun start panik bila Wang Ehsan/Royalti yg sepatunya dpt RM1.5 Billion, tahun 2023 dpt separuh shja. Separuh lagi terus kepada projek pembangunan yang diuruskan Federal.


Income Terengganu tak sampai 30% mereka cari sendiri, selebihnya bergantung pd dana pusat. Mereka bukan reti tadbir sangat pun. Lebong jah lebih.


Dulu bukan main boros mrka, apabila bajet kena cut, banyak program2 kerajaan ditangguhkan. Apa maknanya tu? 


Maknanya mrka bukan ada otak dan xda skill sangat untuk cari income baru bagi Negeri Terengganu, sebelum ini hanya makan suap shja.


SG


JIKA POLITIK MENCARI KEUNTUNGAN PRIBADI, MAKA TIDAK AKAN KEMANA...KESIAN KAU...


 

NAK SIAPA BERSOLADIRITI....TAK ADA SIAPA PUN YANG AKAN MENYOKONG KAMU.


..

BILA PARTI ISLE BERKUASA DI MAKTAB MAHMUD...IKUT SUKA NAK BUANG STAFF...KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAIK...CIKGU CIKGU KUTUK KERAJAAN DAN FITNAH PUN...KEMENTERIAN PENDIDIKAN RELEKS JA...

 

Kecoh di Maktab Mahmud, Kedah. Apabila bos dari parti parti isle, tukar staf sesuka hati




‘SUBSIDI DIESEL BERSASAR ELAK KETIRISAN, PENYELUDUPAN’





Pelaksanaan subsidi diesel dijangka bermula Mei tahun ini sememangnya perlu dilakukan bagi menangani ketirisan dan penyeludupan bahan api itu yang semakin parah dan membimbangkan.

Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Abshar Nurasyraf, adalah tidak wajar untuk kerajaan meneruskan pendekatan pemberian subsidi sedia ada kerana dilihat tidak adil terhadap golongan sasar, iaitu kumpulan yang sememangnya memerlukan.

“(Selama ini) limpahan manfaat daripada pemberian subsidi secara pukal sejak sekian lama ini, turut dinikmati oleh golongan-golongan yang tidak sepatutnya.

“Selain itu, aktiviti penyeludupan diesel ke dalam pasaran gelap terutama di sempadan negara seharusnya diberikan perhatian serius dan wajar dihentikan kerana kerajaan terpaksa menanggung kerugian (subsidi) yang amat banyak.

“Diesel subsidi seharusnya memberi manfaat kepada nelayan, kelompok golongan rentan dan pengguna yang layak sahaja, tetapi apa yang berlaku ianya telah disalahgunakan oleh pihak tertentu sejak sekiam lama,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Justeru, Abshar menyambut baik langkah kerajaan melaksanakan Sistem Fleet Card yang telah melalui tempoh percubaan agar subsidi disalurkan tepat kepada golongan yang layak.

Selain itu katanya, langkah itu juga dapat memastikan kes ketirisan dan penyeludupan dapat dibendung daripada terus berlaku.

“Bagi saya, seluruh rakyat dan mereka di luar sana perlu faham bahawa subsidi bersasar diesel ini bertujuan untuk mengawal masalah ketirisan dan penyeludupan, bukan bermakna kerajaan ini “berkira” terhadap rakyat atau sebagainya.

“Isu ini sebenarnya telah lama dikaji (disepakati) kerajaan terdahulu tetapi baru sekarang kita ada keberanian untuk melaksanakannya demi kebaikan semua, kerajaan juga mengambil kira keadaan dan waktu yang sesuai,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan rasionalisasi subsidi diesel akan menggunakan sistem ‘Fleet Card’ yang diedarkan kepada syarikat-syarikat pengangkutan darat terpilih bagi pembelian diesel bersubsidi.

Projek rintis telah digerakkan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Kerajaan terpaksa memperkenalkan polisi subsidi diesel bersasar apabila mendapati penggunaan diesel meningkat daripada 6.1 bilion liter pada 2019 kepada 8.4 bilion liter 2022 tetapi jumlah kenderaan diesel cuma meningkat 2.4% sepanjang 3 tahun.

Kehilangan diesel bersubsidi yang parah itu membawa kepada peruntukan subsidi pada 2024 sekitar RM20 bilion setahun. Dijangkakan hampir separuh daripada jumlah itu boleh diselamatkan sekiranya sistem baharu subsidi diesel diperkenalkan.


KL20: 12 SYARIKAT MODAL TEROKA ANTARABANGSA TUBUH PEJABAT DI MALAYSIA








 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sebanyak 12 syarikat modal teroka antarabangsa akan menubuhkan pejabat dan dana baharu di Kuala Lumpur, dengan aset di bawah pengurusan bernilai berbilion ringgit dan rekod prestasi pelaburan yang cemerlang.

Perdana Menteri (PM) berkata, sejumlah syarikat berteknologi tinggi akan menyediakan kemudahan operasi, penyelidikan dan pembangunan serta ibu pejabat serantau untuk memberikan perkhidmatan ke pasaran Asia dan Asia Tenggara.

Bagi sektor semikonduktor, pegangan besar Malaysia dalam proses akhir telah menjadikannya kondusif untuk meneruskan proses awal yang bernilai tinggi, terutama dalam kategori reka bentuk litar bersepadu.

Untuk tujuan ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan rancangan membina taman reka bentuk litar bersepadu terbesar di Asia Tenggara, yang akan menempatkan penyewa utama bertaraf dunia dan bekerjasama dengan syarikat global seperti pereka cip British, Arm Holdings.

“Ini dilakukan dengan sokongan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) dan Kerajaan Negeri Selangor.

“Untuk menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk yang sesuai kepada ekonomi utama, kita juga akan menyaksikan sambungan bandar ke bandar antara Kuala Lumpur dan Hangzhou supaya modal, bakat dan akses pasaran tidak lagi menjadi penghalang kepada kejayaan,” kata Anwar ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak KL20 2024 di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana Menteri berkata keyakinan yang berterusan daripada pelabur terhadap semua bahagian ekosistem pemula niaga memberi peluang kepada Malaysia untuk mencipta usaha niaga teknologi termaju.

Beliau berkata kerajaan meletakkan Malaysia sebagai paksi kepada peneraju dalam semikonduktor, tenaga bersih, teknologi pertanian dan teknologi kewangan Islam.

Terdahulu Anwar berkata Sidang Kemuncak KL20 2024 dirangka secara strategik untuk memperkenalkan pembaharuan ketara yang bertujuan menarik pelaburan berkualiti dan bernilai tinggi dari seluruh dunia sambil pada masa yang sama memperkasakan usahawan tempatan untuk berkembang ke peringkat global dan merebut peluang yang baru muncul.

Anwar berkata sidang kemuncak itu menandakan usaha menyeluruh kerajaan untuk memangkin ekosistem teknologi.

“KL20 secara strategiknya selari dengan falsafah ekonomi pentadbiran pusat kerajaan ini, di bawah Rangka Kerja Ekonomi MADANI

“(Ini) didukung oleh prinsip bahawa pertumbuhan dan pengagihan ekonomi bergerak seiring dan pelarasan kerajaan mesti sejajar dengan kuasa pasaran,” katanya lagi.


AMK KEDAH SERU NOKTAHKAN MASALAH BEKALAN AIR

 

Kelewatan dua projek menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Selambau dan LRA Sungai Limau sememangnya memberi kesan kepada rakyat Kedah.

Sehubungan itu, Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Mohammad Fitri Ismail menyeru kerajaan negeri melalui Syarikat Air Darul Aman (SADA) menyelesaikan segera projek sakit itu.

Hal itu katanya, SADA dilihat perlahan dalam mengendalikan projek rawatan air bersih itu sehingga menyukar rakyat Kedah dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Malah beliau yang juga Ketua AMK Merbok, memaklumkan masalah bekalan air itu memberi kesan kepada penduduk Merbok sejak sembilan tahun lalu.

“Ramai terkesan kita faham mungkin tidak dapat diselesaikan pada Raya ini akan tetapi komitmen dan kesungguhan kerajaan negeri itu perlu ada kerana masalah ini sudah berlaku sejak 9 tahun lalu,” katanya kepada Suara Keadilan.

Tambahnya, masalah bekalan air itu bukan sahaja menyukarkan kehidupan seharian malah dibimbangi akan memberi kesan kepada penurunan nilai hartanah di Sungai Petani dan Merbok yang kian meningkat ketika ini.

“Oleh itu, kerajaan negeri perlu ada ikhtizam dan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan masalah ini,” ujarnya.



BANTERAS ISU 3R: MANIVANAN CADANG 10 LANGKAH PERCEPAT SIASATAN POLIS


 

Isu 3R (Agama, Bangsa dan Institusi Raja-Raja) yang dimainkan secara berterusan oleh pihak pembangkang sejak kebelakangan ini tidak boleh dibiarkan sehingga menggoncang pemerintahan negara.

Bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Manivanan Gowin, isu 3R perlu ditangani secara tuntas dan komprehensif oleh pihak polis, termasuk mewujudkan langkah pencegahan tertentu kerana isu itu seolah olah telah dirancang untuk dimainkan secara mengikut agenda tertentu.

Sehubungan itu, Manivanan mengemukakan cadangan 10 perkara yang boleh diperhalusi, diperbaiki atau dipinda mengikut garis panduan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mewujudkan Prosedur Operasi Piawai (SOP) dalam mempercepatkan proses tindakan PDRM ke atas isu 3R.

“Saya terpanggil untuk mengingatkan semua mengenai komitmen Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani isu 3R ini.

“Pada 11 Julai 2023, beliau mewakili Kerajaan Madani memberi amaran terakhir kepada mana-mana pihak yang memainkan
sentimen 3R sehingga melanggar undang-undang dan mencabar Perlembagaan.

“Selaras dengan komitmen tersebut, saya ingin mencadangkan kepada Ketua Polis Negara Malaysia (KPN), Tan Sri Razarudin Husain dan PDRM agar menyediakan Tatacara Pengendalian Piawai (TTP) atau SOP untuk menyiasat kes melibatkan isu 3R ini,” katanya dalam satu kenyataan.

10 perkara yang dicadangkan itu antaranya, Mewujudkan Jabatan Siasatan Jenayah 3R untuk menyiasat kes 3R; PDRM menyediakan senarai kesalahan – kesalahan kes 3R yang boleh dikenakan tindakan (segera); PDRM bertindak melalui maklumat pertama atau maklumat awal untuk mempercepatkan siasatan; PDRM membuka kertas siasatan sejurus memperoleh maklumat pertama atau maklumat awal.

“PDRM juga dicadang memulakan siasatan walaupun tanpa laporan rasmi atau laporan polis

“Siasatan diselesaikan dalam tempoh 7 hari setelah kenyataan 3R dilakukan.

“PDRM juga perlu mengeluarkan kenyataan media awal dalam tempoh 3 hari setelah kenyataan 3R dilakukan (bagi mengelakkan kekeliruan rakyat berpanjangan,” katanya.

Manakala selepas siasatan, kata mantan Ahli Parlimen Kapar itu, PDRM perlu mengeluarkan kenyataan media susulan dalam tempoh 7 hari; Kertas siasatan dirujuk kepada Ketua Peguam Negara dalam tempoh 10 hari setelah kenyataan 3R dilakukan dan sekiranya terdapat bukti yang kukuh wajar dirujuk ke Mahkamah dalam tempoh 14 hari setelah kenyataan 3R dilakukan.

“Cadangan sebegini boleh diperhalusi, diperbaiki atau dipinda mengikut garis panduan PDRM.

“Sebalik baiknya, pihak KPN dan PDRM terlibat dalam sesi dialog untuk merangka suatu arahan kerja dan garis panduan terperinci, untuk siasatan dan tindakan yang perlu diambil menurut pendekatan yang seragam dan konsisten dalam menangani isu 3R,” ujarnya.

Manivanan yang juga seorang peguam yakin cadangan beliau itu mampu dipraktikkan dan tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan undang-undang Malaysia sedia ada seperti Akta Polis 1967 dan Kanun Tatacara Jenayah.

“Isu 3R yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan raja, sekiranya tidak dibendung akan memudaratkan dan mengugat ketenteraman awam, mengganggu keamanan, keharmonian serta keselamatan negara.

“Dulunya isu 3R hanya hangat semasa musim pilihanraya tetapi kini merebak sehingga ke musim perayaan.

“Maka, satu pendekatan berstruktur melalui SOP untuk menyiasat kes 3R wajar disyorkan untuk kebaikan bersama, demi bangsa dan negara,” katanya lagi.

 

CHEGUBAD DI TAHAN POLIS! KERJA KILANG PUN PERLU SIJIL TULEN NI KAN PULA ...



Che'gu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu. Peguambela dan peguamcaranya, Rafique Rashid berkata, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. "Che'gu Bard kini ditahan di IPD Dang Wangi. Tangkapan terkait dengan hantaran dalam Facebook beliau berkaitan dengan Kasino Forest City yang dilaporkan oleh Bloomberg. "Jam 8.45 pagi permohonan reman akan didengar di IPD Dang Wangi," katanya. Menerusi hantaran Che'gu Bard di Facebook, beliau menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hab kewangan yang akan dibina di Forest City. Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada agensi berita Business Times Singapore dan Bloomberg kerana melaporkan berita berkenaan kepada umum. ============================================================================= Semalam, saya up posting kemusykilan ramai mengenai CV calon Kuala Kubu Baharu. Tapi responnya tak lah melompat macam “doktor” dulu. Jawapannya ringkas apabila ditanya wartawan, “saya tak nak komen”. Itu pada saya tindakan bijak, daripada melawan, netizen korek lubang lebih dalam. Harap selepas ni, SPR adakanlah undang-undang. Sesiapa yang jadi calon, janganlah scam kelayakan. Nak kerja kilang pun sekurang-kurangnya kena ada sijil SRP/ PMR yang tulen sekarang. Takkan lah nak jadi wakil rakyat, kita main lepas saja orang sembarang. Sumber Berita 1. https://www.sinarharian.com.my/articl... 2. https://www.sinarharian.com.my/articl... 3. https://harapandaily.com/2024/04/27/n...




DATO LOKMAN RESPON ISU FOREST CITY, KATA FADHLI “JANGANLAH DINAMAKAN KAS...

PAS MERAYU KEKAL KUASA DI PERLIS! ALASAN TERKINI MB LATO LATO BERKAITAN ...



PAS hari ini berharap parti itu - bersama PN - terus mendapat kepercayaan mentadbir Perlis bagi memastikan pelbagai rancangan yang diatur dapat dilaksanakan. Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata ada banyak perancangan diatur kerajaan negeri dan perlukan masa untuk direalisasikan. “Kami berharap dan berdoa agar kami dapat mengekalkan kemenangan di Perlis supaya semua perancangan kami dapat direalisasikan. “Dengan sokongan yang diterima, PN berharap dapat terus menjalankan tanggungjawab untuk kesejahteraan dan kemajuan Perlis,” katanya dipetik harakahdaily hari ini. ================================================================================= Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mendakwa siasatan SPRM terhadap anak Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli, adalah sebahagian daripada "drama" menjelang pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu. Lidah rasmi PAS, Harakahdaily memetik menteri besar Kedah itu sebagai berkata bahawa siasatan yang turut melibatkan lima yang lain itu tidak akan memberi kesan kepada PN atau PAS dalam menghadapi PRK yang bermula dengan pencalonan rasmi hari ini. “Itu memang drama yang diset untuk PRK, semua orang tahu bukan rahsia besar. "Semua adegan itu adalah ‘setting’ untuk menghadapi PRK. Kita gelak ja, dia akan buatlah beberapa drama itu,” kata Sanusi yang dipetik sebagai berkata semasa majlis rumah terbuka PAS di Kangar, Perlis, awal hari ini. Anak lelaki Shukri dan lima yang lain dilaporkan ditahan pada Selasa bagi membantu siasatan SPRM yang dikaitkan dengan penyerahan dokumen palsu dan tuntutan membabitkan RM600,000 sejak dua tahun lalu.



PENDEDAHAN LOKMAN ADAM! SIAPA SEBENARNYA PENJARAKAN NAJIB?

[bongkar] LAKONAN PENYOKONG PN! PANAS! JANGAN HINA PENGUNDI KKB!



Lakonan penyokong Perikatan Nasional (PN) yang bertindak memaki jentera Pakatan Harapan (PH) akhirnya terdedah. Rupanya individu berkaca mata tersebut turut serta dalam perarakan semasa penamaan calon pagi tadi. Terdahulu, rakaman video lelaki Cina berkenaan yang memarahi jentera PH menggunakan bahasa Melayu itu awal-awal lagi menimbulkan kesangsian di pihak penyokong Kerajaan Perpaduan. Namun, tentera siber PN dilihat memanipulasi kemarahan kononnya ‘akar umbi’ di DUN Kuala Kubu Baharu dengan petanda awal pengundi menolak calon Kerajaan Perpaduan. “Kesian tengok jentera PH kena maki dengan uncle ni. Betul-betul uncle ni lepas geram kat kerajaan PH pimpinan PMX. “Petanda awal undi protes yang amat dahsyat bakal berlaku di Kuala Kubu Bharu. Rakyat sudah tidak boleh bersabar lagi,” tulis pengguna X, @Solisidtor. ============================================================================== Pengarah Strategi Keadilan Selangor, Saifuddin Shafi menegaskan bahawa Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) harus bertanggungjawab berhubung isu status akademik calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), Khairul Azhari Saut. Tegasnya, Pengarah Pilihan Raya PN juga perlu mengambil tanggungjawab terhadap isu tersebut dan meminta maaf kepada pengundi KKB. “Tolonglah jangan hina pengundi KKB dan rakyat Selangor dengan menghantar penipu sebagai wakil rakyat ke Dewan Sidang Selangor yang mulia,” katanya dipetik MalaysiaGazette. Saifuddin berkata, tindakan calon PN itu menyebabkan ‘kecurigaan’ ramai semakin menjadi-jadi kerana ia seolah-olah membenarkan dakwaan terbabit. “Ini satu disaster kepada permulaan kempen untuk memancing undi pengundi PRK KKB,” ujarnya. Sehubungan itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali tersebut berkata, mana-mana calon dan parti perlu jujur dan berterus terang tentang kelayakan, keupayaan diri apatah lagi calon juga adalah kalangan penduduk setempat.



DAP TAK TERKESAN PENDIRIAN MCA, PUJUK PENGUNDI LEBIH PENTING DARIPADA PUJUK PARTI

 


DAP nampaknya tidak terkesan dan tidak peduli dengan keputusan MCA enggan membantu mereka dalam PRK Kuala Kubu Bharu ini.

Malah, DAP juga tidak berhasrat untuk memujuk MCA.

Ini kerana kerana bagi DAP, yang penting ialah memujuk pengundi, bukan memujuk parti.

Berikut penegasan DAP mengenai keputusan MCA untuk terus memboikot PRK Kuala Kubu Bharu:-

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan keutamaan yang harus diberikan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu adalah memujuk pengundi, bukan mana-mana parti untuk menyokong mereka.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, pihaknya juga menghargai mana-mana parti atau individu yang menyokong calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao.

“Pilihan raya bukan soal parti sebaliknya tumpuan kepada rakyat. Jadi, pada saya paling penting pujuk pengundi, bukan mana-mana parti.

“Yang datang membantu kita amat hargai. Yang tidak membantu kita tak paksa. Kalau tak sanggup membantu itu hak dia.

“Saya tak perlu gaduh dengan mereka. Paling utama adalah soal pengundi sebab mereka yang akan membuat keputusan dan memilih wakil rakyat mereka, bukannya soal parti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada DAP sedia memujuk MCA turun membantu calon Kerajaan Perpaduan susulan tindakan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu memboikot kempen kali ini.

Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA sebelum ini dilapor memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu sekiranya calon dikemukakan bukan daripada BN.

Sementara itu, Anthony Loke memuji komitmen diberikan BN dalam pilihan raya kali ini.

Saya nampak komitmen sangat tinggi daripada BN, terutama Presiden UMNO sendiri

“Wanita UMNO juga sudah digerakkan bersama, selain jentera PH, kita yakin dapat jalankan kempen dengan baik,” katanya.

Sumber – https://www.sinarharian.com.my/article/661633/berita/politik/paling-penting-pujuk-pengundi-bukan-parti—anthony-loke


 

MEMBACA DEWAN BAHASA DAN OUSTAKA



 Dalam pesawat menuju Riyadh sambil dibekal buku dan majalah The Economist dan Dewan Masyarakat Bil 2: 2024. Saya pilih untuk menelaah Dewan Masyarakat dan amat kagum dengan bahasa, mutu karya dan pilihan rencana menarik dengan tema ‘debat hujah’ yakni usaha mendorong ke arah wacana segar berlandaskan hujah dan fakta serta menolak ketaksuban dan fitnah. Puisi pilihan ‘Bahasa Tanpa Kasta’ karya Abizal (Miri) ternyata mengalirkan jernih budi, menyejukkan kalbu setiap insan, menyeberangi sempadan benua, usia dan zaman. 


Termenung mencari kaedah terbaik menyemarakkan budaya iqra’ dan menyuburkan tradisi aqliyah. Kekhuatiran saya justeru kerana majalah seperti Dewan Masyarakat tidak menjadi bacaan popular anak muda di sekolah dan universiti. 


Merujuk khusus ke Dewan Masyarakat, rencana mengenai politik taksub, debat hujah, ulasan buku ‘The History of Java’ dan penonjolan George Santayana merupakan pengolahan cermat dan berharga. Semoga ia dapat menambat minat khalayak.


Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia


PMX DI RIYADH HADIRI FORUM KHAS EKONOMI SEDUNIA..








 Alhamdulillah, selamat tiba ke Riyadh, Arab Saudi bersama delegasi Malaysia malam tadi untuk menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) selama dua hari sehingga Isnin.


Saya disambut Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan diiringi Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, serta Naib Menteri Hal Ehwal Luar Arab Saudi, Waleed A Elkhereiji.


Insya-Allah bermula hari ini, saya bersama menteri-menteri kanan serta delegasi Malaysia yang lain akan menghadiri persidangan serta mengadakan beberapa pertemuan penting bersama pimpinan dunia dan ketua-ketua korporat global.


Pertemuan dan persidangan ini antara lain akan menyentuh perkara-perkara terkait kepentingan negara, bermula dengan sesi Plenari Pembukaan bertemakan Visi Baharu Pembangunan Global pagi ini di mana saya akan menyampaikan ucapan.


Doakan kejayaan buat delegasi Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu serta berkongsi dasar dan hala tuju negara, di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin-pemimpin dunia.


#MalaysiaMADANI



APABILA ORANG KAFIR MELAUNGKAN TAKBIR

MSO




Suatu hal yang agak luar biasa berlaku semasa hari penamaan calon di Kuala Kubu Baru. Selain ada anak anak muda kandar ubi kayu untuk mempersendakan cadangan agar ubi kayu dijadikan makanan sampingan bagi  atasi masalah kekuranggan beras, ada seorangg lelaki Cina sambil memegangg bendera Perikatan Nasinal melaungkan takbir Allahuakbar.


Laungan itu disambut pula oleh para penyokong PN. Dan ada yang tersengeh terkising mendenggarnya. Saya kurangg pasti apakah lelaki cina berkenaan sudah memeluk Islam atau tidak. Tidak ada masalah kalau orangg kafir membesarkan kalimah berkenaan yang memuji Allah. 


Yang sedikit canggungg ialah orang Islam yang menjadi awak awak menyahut seruan itu tanpa sedikit rasa kekok. Perbuatan lelaki Cina ini tidak jauh bezanya dengan orang yang kandar ubi kayu itu. 


Patut ubi kayu dihormati seabagai makanan yang tidak wajar dipersendakan. Demikian juga takbir itu patut dipimpin oleh mereka yang sudah bersyahat dan dituruti oleh mereka baru hendak hendak kenal Allah.


Tiada siapa menegur aksi Cina itu. Kerana perilaku sebegitu menyebabkan orang berpendapat agama diperalatkan untuk politik. Harap aksi menggaibkan itu tidak berulang lagi. Trims.




DEMI ISLAM TERANCAM.


Istilah "Islam terancam" sengaja dicipta oleh puak penunggang agama demi survival politik mereka - CIM-




STATUS BODO PERLU DIJAWAB DENGAN BODO

 

Jamzuri Ardani