MSO
Suatu hal yang agak luar biasa berlaku semasa hari penamaan calon di Kuala Kubu Baru. Selain ada anak anak muda kandar ubi kayu untuk mempersendakan cadangan agar ubi kayu dijadikan makanan sampingan bagi atasi masalah kekuranggan beras, ada seorangg lelaki Cina sambil memegangg bendera Perikatan Nasinal melaungkan takbir Allahuakbar.
Laungan itu disambut pula oleh para penyokong PN. Dan ada yang tersengeh terkising mendenggarnya. Saya kurangg pasti apakah lelaki cina berkenaan sudah memeluk Islam atau tidak. Tidak ada masalah kalau orangg kafir membesarkan kalimah berkenaan yang memuji Allah.
Yang sedikit canggungg ialah orang Islam yang menjadi awak awak menyahut seruan itu tanpa sedikit rasa kekok. Perbuatan lelaki Cina ini tidak jauh bezanya dengan orang yang kandar ubi kayu itu.
Patut ubi kayu dihormati seabagai makanan yang tidak wajar dipersendakan. Demikian juga takbir itu patut dipimpin oleh mereka yang sudah bersyahat dan dituruti oleh mereka baru hendak hendak kenal Allah.
Tiada siapa menegur aksi Cina itu. Kerana perilaku sebegitu menyebabkan orang berpendapat agama diperalatkan untuk politik. Harap aksi menggaibkan itu tidak berulang lagi. Trims.