MEMBACA DEWAN BAHASA DAN OUSTAKA



 Dalam pesawat menuju Riyadh sambil dibekal buku dan majalah The Economist dan Dewan Masyarakat Bil 2: 2024. Saya pilih untuk menelaah Dewan Masyarakat dan amat kagum dengan bahasa, mutu karya dan pilihan rencana menarik dengan tema ‘debat hujah’ yakni usaha mendorong ke arah wacana segar berlandaskan hujah dan fakta serta menolak ketaksuban dan fitnah. Puisi pilihan ‘Bahasa Tanpa Kasta’ karya Abizal (Miri) ternyata mengalirkan jernih budi, menyejukkan kalbu setiap insan, menyeberangi sempadan benua, usia dan zaman. 


Termenung mencari kaedah terbaik menyemarakkan budaya iqra’ dan menyuburkan tradisi aqliyah. Kekhuatiran saya justeru kerana majalah seperti Dewan Masyarakat tidak menjadi bacaan popular anak muda di sekolah dan universiti. 


Merujuk khusus ke Dewan Masyarakat, rencana mengenai politik taksub, debat hujah, ulasan buku ‘The History of Java’ dan penonjolan George Santayana merupakan pengolahan cermat dan berharga. Semoga ia dapat menambat minat khalayak.


Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia