UBAH TAJUK SKIT... MASA JADI KERAJAAN, PAKAT MAKAN GAJI BUTA...

 Tajuk kena tukar, adjust lain sikit.


Sham Ghaz


“Terengganu ‘Baru’ Tolak Akta Wilayah Laut.”


Haritu masa memerintah 33 bulan Perikatan Nasional tebuk atap semua 18 MP Pas makan gaji buta tak pinda dan ubahsuai akta ni. Termasuk MP Marang.


Kami yg dulu fight utk Royalti Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak dah suarakan minta Terengganu dan Kelantan contohi kebijaksanaan Sabah dan Sarawak dalam kerajaan tebuk atap dulu.


Nasib baiklah BN ditumbangkan oleh PH 2018, hasilnya Kelantan, Terengganu dapat wang hasil Petroleum yang dinafikan sejak tahun 2000 di Terengganu dan sebelum nya di Kelantan. PH tunaikan janji mereka. 


Tapi jika nak harapkan 18 MP PAS 33 bulan jadi Kerajaan Pusat mereka hanya buat pekak badak, syok duduk pegang jawatan Duta Timur Tengah, Menteri, Timbalan dan Pengerusi GLC. 


Padahal tu hanya sementara ja, kita dh agak PN akan tumbang, sebab Kerajaan PN adalah kerajaan yg didirikan dari kelompok2 penyamun yang gila nak berkuasa diketuai Muhyiddin Yassin penipu kata sakit tenat waktu era Ph berkuasa 22 bulan.


Padahal jika 18 MP Pas tegas, solid dan tekan Muhyiddin Yassin lemau untuk keluar Kerajaan PN jika tidak bagi Royalti dan berikan hak Terengganu Kelantan, comfirm Muhyiddin lemau akan akur juga. Sbb dia mmg tamak nak berkuasa! 


Tapi dah Pas lemah, bukan sahaja Royalti, Ruu355 pun tak dpt dibentangkan. 


Pas ni ibarat Gong, bunyi kuat, tapi tgk dalam isi gong tu tiada apa apa. Bila mentadbir Negara, lemah dan tak reti urus Negeri dan Negara, tengok aja 4 negeri mrka tadbir hancur.


Terengganu sendiri pun start panik bila Wang Ehsan/Royalti yg sepatunya dpt RM1.5 Billion, tahun 2023 dpt separuh shja. Separuh lagi terus kepada projek pembangunan yang diuruskan Federal.


Income Terengganu tak sampai 30% mereka cari sendiri, selebihnya bergantung pd dana pusat. Mereka bukan reti tadbir sangat pun. Lebong jah lebih.


Dulu bukan main boros mrka, apabila bajet kena cut, banyak program2 kerajaan ditangguhkan. Apa maknanya tu? 


Maknanya mrka bukan ada otak dan xda skill sangat untuk cari income baru bagi Negeri Terengganu, sebelum ini hanya makan suap shja.


SG


No comments: