APA SALAH MEDIA SOSIAL?



Begitulah dengan mudah Hadi menjatuhkan hukuman kepada mereka yang mencari rezeki melalui media sosial, sebagai golongan liberal yang tidak beriman. Anehnya, Presiden UMNO, parti yang menjadi rakan sekongkol PAS dalam Muafakat Nasional, Dato' Seri Dr Zahid Hamidi bertegas mahu menggunakan media sosial untuk parti itu terus membangkitkan isu berkait kepentingan rakyat dan negara.





Sebab Kenapa Korea Utara Memutuskan Hubungan Dengan Malaysia

'SPRM tak mahu siasatkah dakwaan Ketua Polis Negara?'

Pas Beri laluan BN Tanding Parlimen Gombak PRU 15 - Salehuddin Nasir




Pas Gombak memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). . Yang Dipertua Pas Gombak, Salehuddin Nasir berkata, keputusan itu bagi menjaga perpaduan dalam Muafakat Nasional selain menjadi kekuatan kepada perjuangan gabungan itu untuk mendepani PRU15. Menurutnya, hasrat tersebut telah disuarakan kepada pucuk pimpinan Pas Selangor secara rasmi untuk membuat keputusan.






KAH....KAH...KAH......YELLEK PUTCHET

 

HAMZAH RIE NA....


Dah setahun makan gaji elaun RM85,227.20 sebulan..

APA LEBAI Duta Khas ke Timur Tengah dah buat ??!

Dah berapa puluh billion trilion ringgit projek dibawa masuk dari Timur Tengah ??!

Boleh tolong tunjukkan rekod kemajuan ?

Rakyat berhak tahu..

#SetanBisu

#MakanGajiButa



May be an image of 5 people and text that says "malaysiakini TheJakartaPost Q UAE commits $10 billion for Indonesia's SWF BERITA Norman Harsono The Jakarta Post 'Pelantikan Hadi sebagai duta khas mampu tingkat pelaburan' 3 Apr 2020, 8:28 pm ? Indonesia tiada Duta Khas Ke Timur Tengah boleh sahaja angkut RM41 bilion nilai pelaburan dari UAE ? HADI BERJAYA BAWA MASUK APA? SR"




 

Pasaran saham Malaysia paling corot di dunia kesan darurat dilaksana

 


Pasaran saham Malaysia paling corot di dunia kesan darurat dilaksana


Kerajaan PN kata perlaksanaan Darurat dan penggantungan perlembagaan negara sejak lebih dua bulan lalu tidak memberi apa-apa kesan terhadap ekonomi Malaysia. Malah akan membantu ekonomi, kata menteri PN.

Tapi realitinya ialah sebaliknya.

Saya beri beberapa bukti berdasarkan “sains dan data”.

1) Indeks Pembelian Pengurus (PMI)

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) adalah indeks arah aliran trend ekonomi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Ia terdiri daripada indeks penyebaran yang merumuskan sama ada keadaan pasaran, seperti yang dilihat oleh pengurus pembelian, berkembang, tetap sama atau berkontrak. Tujuan PMI adalah untuk memberi maklumat tentang keadaan perniagaan semasa dan masa hadapan kepada pembuat keputusan, penganalisis, dan pelabur syarikat.

PMI utama adalah bilangan dari 0 hingga 100. PMI di atas 50 mewakili pengembangan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya. Bacaan PMI di bawah 50 mewakili penguncupan, dan bacaan pada 50 menunjukkan tiada perubahan.
https://ms.moneynx.com/purchasing-managersindex





Kantoi! Bersih 2.0 dedah niat sebenar PAS ubah sempadan pilihan raya

 


Kantoi! Bersih 2.0 dedah niat sebenar PAS ubah sempadan pilihan raya


BERSIH 2.0 menggesa semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan pandangan politik untuk menolak serta mengecam niat jahat Pas untuk mengubah sempadan pilihan raya yang akan merompak demokrasi rakyat.

Badan pengawas pilihan raya itu mengingatkan parti Islam bahawa mereka pernah berjuang untuk pilihan raya bersih dan adil kerana mereka menjadi mangsa sistem undian yang tidak adil. 

TAHNIAH UMNO KELANTAN, ANNUAR MUSA NAK IKUT YANG MANA?

 

Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada 23 Mac 2021 telah membuat ketetapan seperti berikut:-

1. UMNO Negeri Kelantan terus mendokong institusi kepresidenan dan menyokong kepimpinan YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden parti yang dipilih secara demokrasi.

2. Memutuskan hubungan dan kerjasama dengan parti PPBM. Sebagaimana usul yang telah diluluskan dalam 12 Mesyuarat Perwakilan Bahagian daripada 13 Bahagian yang bermesyuarat.

3. Meminta parti PAS membuat keputusan yang jelas dan segera samada bersama UMNO atau bersama PPBM dalam menghadapi PRU15.

4. Pendirian UMNO Bahagian Ketereh yang dihantar kepada Presiden adalah kes terpencil kerana tidak melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Keputusan Badan Perhubungan UMNO Kelantan ini jelas berbeza dengan ketetapan yang diputuskan oleh UMNO Bahagian Ketereh pimpinan Annuar Musa baru-baru ini yang pemakluman mengenainya dihantar terus melalui surat kepada Ahmad Zahid Hamidi pada 19 Mac 2021.

UMNO Kelantan dengan ini juga menjadi UMNO negeri yang pertama memutuskan hubungan dengan Bersatu serta berani memberi kata dua kepada Pas.

Ketetapan UMNO Bahagian Ketereh sebelum ini ialah:-

1. Tetap menyokong kerajaan gabungan Perikatan Nasional – Barisan Nasional – GPS (Sarawak) – GRS (Sabah).

2. Mengesyorkan supaya BN dan PN segera memulakan rundingan kerusi serta berusaha membentuk gabungan terkuat menentang PH dalam PRU15.

3. Memohon YAB Perdana Menteri segera melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin BN serta merta.

4. Terus fokus dan memberi keutamaan kepada agenda kestabilan politik, memerangi Covid19, membela rakyat serta memulihkan ekononi negara.

Sekarang, Annuar Musa nak ikut yang mana? 


(Shahbudindotcom 24/03/2021)





KAHWINLAH DENGAN SIAPA PUN, MARUAH PAS SUDAH TERGADAI.

 


PAS diberi kata dua, nak ‘kahwin’ dengan UMNO atau Bersatu – UMNO Kelantan

PAS diberi kata dua, nak ‘kahwin’ dengan UMNO atau Bersatu – UMNO Kelantan

PAS diminta membuat keputusan yang jelas sama ada mahu bekerjasama dengan Umno atau Bersatu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Gesaan itu dibuat oleh Umno Kelantan selepas mesyuarat badan perhubungan negeri, semalam.

Setiausaha Umno Kelantan Akbar Salim berkata, usul itu dipersetujui 12 daripada 13 ketua Umno bahagian yang turut bersetuju supaya parti itu memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Bersatu.

“Mesyuarat juga memutuskan hubungan dan kerjasama dengan parti Bersatu. Sebagaimana usul yang diluluskan dalam 12 mesyuarat perwakilan bahagian daripada 13 bahagian yang bermesyuarat.

“Kita juga meminta parti PAS membuat keputusan jelas dan segera sama ada bersama Umno atau bersama Bersatu dalam menghadapi PRU15,” katanya dalam kenyataan media di Kota Bharu, hari ini.

Katanya, Umno Kelantan mendukung kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti yang dipilih secara demokrasi.

Tambahnya, Umno Kelantan beranggapan pendirian yang dibuat oleh bahagian Ketereh terhadap Ahmad Zahid sebelum ini sebagai kes terpencil.

“Pendirian Umno bahagian Ketereh yang dihantar kepada pesiden adalah kes terpencil kerana tidak melalui badan perhubungan Umno negeri,” katanya.

Terdahulu pada 20 Mac lalu, Umno Ketereh menyatakan akan menghantar surat kepada Ahmad Zahid bagi menyatakan pendirian yang mengandungi empat perkara yang telah ditandatangani oleh 30 Ahli Jawatankuasa parti bahagian berkenaan.

Ketuanya Annuar Musa berkata antara empat perkara tersebut adalah ketetapan untuk terus menyokong kerajaan gabungan Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). 




KEH..KEH..KEH

 

ZULAIFA RAHMAN

Dah tercekik sangat ka ?? ribut x hujan pun x !! tiba-tiba je keluar statement yang amat melucukan.!!PH  pun x hinggin dengan pelacur agama dn pelacur poltik yg bjuang dgn cara yang mnjijikkn . amat meloyakan.!! Buat-buat x sedar ka sekarang dah berbondong-bondong auns keluar dan lari drp parti sesat??? Tujuan statement sekadar hanya untuk pujuk hati lobai yang terus memperbodohkan auns sengal dungu... atau lobai sudah makin gigil dengan kebangkitan PH??


May be an image of 3 people and text that says "Dulu.. DOSA BESAR Utusan Malaysia Sekarang.. DAPAT PAHALA MediaM NASIONAL POLITIK Utusan Malaysia Media NASIONAL POLITIK PREMIUM Lompat parti dosa besar- Nik Abduh Lompat parti tak salah -Takiyuddin Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz Oleh Nur Aslinda Ogos 2020, 8:54 am SR TAKIYUDDIN HASSAN Oleh Media Mulia 8 Mac 2021, 8:52 am WAKÄ°L RAKYAT LOMPAT PARTI UMPAMA MONYET -HADi"

.

27 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL . REGA MINYAK NAIK LAGI DEMI MELAYU ISLE....KERETA KAYANGAN SAJA BOLEH PAKAI MINYAK HIJAU...MARHAEN..PAKAI MINYAK KUNING..

 

Harga RON97 naik 3 sen, RON95 dan diesel kekal

Astro Awani
Harga RON97 naik 3 sen, RON95 dan diesel kekal
Kementerian berkenaan turut menegaskan, harga RON95 dan diesel akan dikekalkan walaupun harga minyak dunia meningkat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Harga minyak RON97 meningkat tiga sen untuk tempoh 25 Mac hingga 31 Mac, lapor Kementerian Kewangan pada Rabu.
Ini menjadikan harga minyak RON97 yang sebelum ini berharga RM2.47 berubah kepada RM2.50 seliter bermula 12.01 tengah malam ini.
Bagaimanapun, harga bagi minyak RON95 dan diesel masih kekal masing-masing pada harga RM2.05 dan RM2.15 seliter.


DATO SRI BEBAS HUKUMAN ?

 


HAMZAH RIE NA


Fuhh!!!.. dahlah masa pukul tu Datuk Seri Nicky disahkan positif ujian dadah dan punyai rekod terdahulu untuk kesalahan yang sama, lepas bayar pampasan hanya RM2,000 kepada setiap mangsa camtu jer lepas?

Apa Citer Sebenarnya Datuk Seri Nicky ni Dato Sri Ismail Sabri?

Cuba kalau yg pukul tu rakyat biasa...

SR




 

Kartel: Majlis SU PH gesa Menteri KDN siasat, bertindak

 

Oleh B. Suffian

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) menggesa Menteri Dalam Negeri segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap dakwaan kewujudan ‘kartel’ dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam satu kenyataan, majlis itu berkata, elemen-elemen kartel tersebut tidak boleh dibenarkan menyusup masuk dan mengawal PDRM kerana akhirnya ia akan menghancurkan institusi tersebut.

“Majlis Setiausaha PH mengikuti laporan-laporan media yang memetik Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai berkata wujudnya ‘kartel’…

“(Kartel ini) di kalangan pegawai yang berniat menjatuhkan beliau dengan tujuan meneruskan kerja-kerja kotor serta adanya budaya ‘ambil duit’ dalam pasukan PDRM,” katanya semalam.

Menurutnya, kenyataan-kenyataan itu amat membimbangkan.

Jelasnya, ini kerana seakan wujudnya usaha pihak-pihak tertentu untuk menjejaskan kebebasan dan integriti PDRM.

“(Ini) Secara langsung akan mendatangkan kesan buruk terhadap imej, reputasi dan kewibawaan PDRM itu sendiri,” katanya.

Dalam program Sinar Live baru-baru ini, Abdul Hamid mendedahkan wujudnya gerakan dalaman daripada kalangan pegawai muda dalam PDRM yang bercita-cita untuk menjatuhkan beliau.

Menurutnya, gerakan tersebut juga merupakan kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam PDRM yang berhasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.



Mana suara speaker pertahan hak Parlimen bersidang?


Oleh B. Suffian

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menggesa Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kembali mempertahankan kebebasan Parlimen. 

Beliau berkata, speaker perlu mempertahankan hak untuk ahli-ahli Parlimen bersidang, berbahas dan menyemak akauntabilti pentadbiran kerajaan yang kini memberi kesan negatif kepada rakyat.

“Kemuliaan dan kedaulatan institusi pembuat undang-undang ini wajar dipertahankan oleh Speaker Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. 

Hannah berkata, selepas pengumuman kebenaran kehadiran penonton ke stadium dan pembukaan bazar, berita pembukaan persidangan Parlimen masih belum didengar. 

Jelasnya, semua tertanya-tanya di manakah suara Speaker Dewan Rakyat yang sepatutnya menyuarakan dan mempertahankan hak Parlimen untuk dibuka dan kembali bersidang.

“Speaker Dewan Rakyat sepatutnya lebih memahami tujuan dan fungsi Dewan Rakyat sebagai sebuah institusi penggubal undang-undang. 

“Apabila ahli-ahli Parlimen tidak mempunyai ruang untuk membahaskan undang-undang yang mahu diperkenalkan oleh kerajaan, rakyat yang akhirnya menjadi mangsa.

“…dan (rakyat) terpaksa berdepan dengan keputusan Kabinet yang hanya memperkenalkan garis panduan penetapan nilai dan kadar pengurangan selepas arahan mengenakan kompaun RM10,000 telah pun dilaksanakan,” katanya. 

Tanpa persidangan Parlimen, tegas Hannah, penguatkuasaan undang-undang separuh masak seperti itu tidak dapat dibahas dan diperhalusi oleh ahli-ahli Parlimen. 



SEKAT AIR : KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG HARUS UTAMAKAN RAKYAT NEGERI SENDIRI DALAM SEMUA SEKTOR....

 

"Sedut air selut bukan ugutan, cuma amaran awal," kata MB Kedah kepada Pulau Pinang

Abd Hadi Che Awang
"Sedut air selut bukan ugutan, cuma amaran awal," kata MB Kedah kepada Pulau Pinang
Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri Kedah tidak pernah sesekali menutup pintu rundingan dengan Pulau Pinang dalam isu bekalan air. - Gambar BERNAMA
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan kenyataannya bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang mungkin akan menyedut air selut dari Sungai Muda sekiranya gagal membuat bayaran bekalan air mentah bukanlah berbentuk satu ugutan.
Sebaliknya, beliau menegaskan, itu merupakan peringatan dan amaran awal kepada kerajaan pimpinan DAP itu memandangkan negeri Kedah mempunyai beberapa projek yang mana memberi kesan besar kepada aliran air Sungai Muda.
Antaranya yang digariskan beliau ialah projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) yang akan dilaksanakan bagi menakung lebihan air di Sungai Muda, khususnya dalam menstabilkan paras air sungai berkenaan pada musim kemarau, sekali gus meningkatkan bekalan air di Kedah.
Tambah Sanusi, baraj (stesen pintu kawalan air) baharu juga akan dibina bagi menstabilkan paras air Sungai Muda untuk memastikan pam-pam Syarikat Air Darul Aman (SADA) tidak tergantung, terutama pada kemarau susulan kekurangan air.
Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan negeri Kedah tidak pernah sesekali menutup pintu rundingan dengan kerajaan Pulau Pinang dalam isu bekalan air.
Sebaliknya, kata Sanusi, beliau sentiasa mengalu-alukan sebarang perbincangan bagi menyelesaikan isu yang timbul termasuk menentukan kadar caj bekalan air mentah yang perlu dibayar oleh kerajaan pimpinan Chow Kon Yeow.
"Pulau Pinang kena bersedia dengan keadaan ini (iaitu sebarang tindakan daripada kerajaan Kedah), saya kata (sedut) selut orang marah, (selut itu) terjadi apabila air tinggal sedikit, dia jadi ‘keleboq’ (lumpur).
“Siapa biasa mandi sungai dia akan tahu, semasa air banyak, air jernih dan laju, apabila air perlahan dan tinggal sedikit, dia jadi 'keleboq'.
"Kita bagi early warning (amaran awal) kecuali dia (Pulau Pinang) bersedia untuk berpakat dengan kita membuat 'maintenance' (penyeliaan) bagi kawasan tadahan (yang sebelum ini hanya dibayar oleh kerajaan Kedah),” kata Sanusi.
Menteri Besar berkata demikian ketika sidang media selepas Mesyuarat Mingguan EXCO Negeri Kedah, di Wisma Darul Aman, pada Rabu.
Beliau sebelum ini, menyatakan bahawa Pulau Pinang berkemungkinan akan mengepam air selut dari Sungai Muda pada masa akan datang sekiranya masih bertegas enggan membayar pampasan caj bekalan air kepada negeri Kedah.
Ahad lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam Konvensyen DAP Pulau Pinang berkata, kerajaan negeri pimpinannya akan bekerja keras dalam memastikan negeri itu menjadi 'Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara' meskipun berdepan pelbagai cabaran seperti ancaman sekatan bekalan air daripada kerajaan Kedah.

Yuslaini bukan pimpinan Srikandi, Datuk Wan Ahmad Nizam tidak sertai KEADILAN - Syed Mohd Al-Amin

 



POSTED BY AMIR WRLR


Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu (MPNT) menafikan dua nama yang dikaitkan dengan parti merupakan pemegang jawatan dan ahli berdaftar KEADILAN.

Menurut Ketua Penerangan Negeri, Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif, nama individu yang baru-baru ini tular di media dia sosial dan dikaitkan dengan jawatan dalam sayap Srikandi KEADILAN adalah palsu

Katanya setelah melakukan semakan, Saudari Yuslaini Azmi tidak pernah dilantik memegang sebarang jawatan dalam Srikandi.

"Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu mengambil perhatian serius terhadap repot polis bertarikh 16 Mac lalu yang telah dibuat oleh Saudari Yuslaini Azmi atau lebih dikenali sebagai Leny. Salinan repot tersebut tersebar secara meluas di media sosial. Difahamkan beliau telah ditahan oleh pihak polis di bawah Akta Hasutan untuk siasatan lanjut.

"Dari pemantauan MPNT, Yuslaini Azmi kerap kali menggunakan nama-nama jawatan parti sama ada di peringkat Cabang mahu pun Negeri apabila beliau dilibatkan dalam beberapa program dan kenyataan media yang dibuat. Antara jawatan-jawatan yang digunakan untuk menampilkan diri sebagai aktivis politik ialah Ketua Srikandi Negeri dan Ketua Biro Wanita Muda AMK Negeri Terengganu.

"Hasil semakan dari Daftar Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu (2018 - 2021) di pejabat Setiausaha Negeri KEADILAN Terengganu yang dikemaskini sehingga 15 Januari 2021 mendapati Yuslaini Azmi tidak pernah dilantik sebagai penyandang jawatan Ketua Srikandi Negeri atau Ketua Biro Wanita Muda AMK Negeri, sebagaimana yang didakwa," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Syed Mohd Al-Amin lagi, lantikan untuk jawatan Ketua Srikandi Negeri adalah di bawah bidang kuasa Ketua Wanita Negeri sebagaimana dinyatakan dalam Peraturan Wanita KEADILAN 2014 pada Perkara 11 Bahagian 11.4.

Sementara jawatan Ketua Biro Wanita Muda AMK Negeri yang diwujudkan mestilah terlebih dahulu mematuhi Perkara 14 Bahagian 14.2

sebagaimana dinyatakan dalam Peraturan Angkatan Muda KEADILAN 2014.

Dalam pada itu, katanya, MPNT juga ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, bekas ADUN Air Putih sebagai anggota KEADILAN.

"Kami menyemak dengan penuh teliti rekod Daftar Induk Anggota KEADILAN Negeri Terengganu dan Daftar Cabang Kemaman (rekod sehingga 16 Oktober 2020) dan mendapati nama beliau tidak wujud sama sekali dalam daftar tersebut.

"MPNT beranggapan bahawa kedua-dua insiden ini digunakan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mengatur langkah dengan muslihat politik

murahan serta mengambil kesempatan secara sengaja untuk menjejaskan imej KEADILAN khususnya di Terengganu.

"Pemaparan berita yang tidak bertanggungjawab secara berlebihan dan berterusan yang dikaitkan dengan KEADILAN Terengganu membuktikan bahawa parti ini mula mendapat perhatian dan tempat tersendiri di kalangan rakyat negeri ini," katanya lagi.

 

Ubah sempadan kawasan pilihan raya untuk kaum Melayu manipulasi sistem demokrasi - AMK

 




Cadangan menteri kabinet Perikatan Nasional dari Pas, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali bahawa kerajaan akan meminda sempadan kawasan pilihan raya untuk kepentingan kaum Melayu sekiranya menperolehi majoriti 2/3 kerusi Parlimen berpotensi menjerumuskan Malaysia ke dalam krisis demokrasi yang parah.



Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir dan Setiausaha AMK Malaysia, Syukri Razab, percubaan mengubah sempadan pilihan raya berdasarkan sesuatu kaum begitu membimbangkan dan mengancam sistem demokrasi sedia ada yang diamalkan.



"Bibit manipulasi itu ketara dengan kenyataan Menteri Kabinet Dr. Mohd Khairuddin merangkap Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang mencadangkan agar persempadanan kawasan pilihan raya dilaksanakan sekiranya memenangi majoriti 2/3 pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti. Kononnya ini demi memberi keuntungan kepada Melayu-Islam.



"Ini merupakan kenyataan politik yang sama sekali tidak mencerminkan tujuan sebenar persempadanan semula diadakan. Istilah kononnya ini menguntungkan Melayu-Islam hanyalah sekadar dakyah politik untuk mengaburi mata rakyat kerana hakikatnya ia adalah gerrymandering bagi memberikan keuntungan politik kepada Pas dan sekutu mereka," kata mereka dalam satu kenyataan.



Menurut mereka, kali terakhir Dewan Rakyat meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 28 Mac 2018 dan mengikut Perkara 113(2)(ii) Perlembagaan Persekutuan.



Manakala, kata mereka, lat tempoh mestilah tidak kurang daripada lapan tahun antara tarikh siapnya satu kajian semula, maka persempadanan semula kawasan pilihan raya hanya boleh diadakan pada tahun 2026.



"Jika diteliti hujah Khairuddin, agak mendukacitakan apabila Pas yang suatu ketika dulu begitu lantang membantah gerrymandering yang jelas mempunyai agenda menguntungkan kerajaan semasa serta bertentangan dengan prinsip keadilan, begitu cepat berubah apabila memperoleh kuasa dan kini mencadangkan perkara sama.



"Sudah pasti ini merobek harapan rakyat untuk melihat suatu sistem demokrasi yang telus dan adil di Malaysia selepas ianya dicabuli melalui pengkhianatan terhadap mandat rakyat sewaktu Langkah Sheraton yang lalu," kata mereka lagi.



Oleh itu, kata mereka AMK Malaysia menggesa sebarang usaha gerrymandering dihentikan dan menyeru Perikatan Nasional terlebih dahulu menyelesaikan isu Undi18 serta menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang membenarkan Parlimen bersidang walaupun dalam waktu darurat.



KALAU KITA NAK BERDOA ..BERDOA SEMOGA TIDAK MENJADI PEMFITNAH DAN DI DENDA RATUS RIBU....

 

Razman pakai mask keluar hidung ketika lawat hospital

Razman pakai mask keluar hidung ketika lawat hospital

Semalam 23/2/21 balik dari pejabat ambil kesempatan singgah lihat kurniaan Allah cucu yang ke-10 lelaki.

Jumlah yang ada 6 lelaki & 4 perempuan.

Insyaallah tahun ini akan terima lagi 2 cucu.

Semoga dipermudahkan dan doakan mereka mewarisi perjuangan ini.


KALAU BEKAS AHLI PKR, BAIK LETAK SERIBU ORANG..BANYAK SIKIT...BIASA KALAU NAK PILIHANRAYA

 300 ahli PKR sertai Gerakan di Ipoh Barat

300 ahli PKR sertai Gerakan di Ipoh Barat

Seramai 300 bekas ahli PKR Ipoh Barat yang keluar parti tahun lepas, menyuarakan hasrat akan menyertai Parti Gerakan Rakyat (Gerakan).

Pengerusi Gerakan Perak, Datuk See Tean Seng berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 50 borang keahlian yang lengkap telah diserahkan kepada pihaknya hari ini.

“Difahamkan, seramai 300 bekas ahli PKR dari Ipoh Barat akan menyertai Gerakan. Mereka sudah keluar dari parti itu sejak setahun lalu dan membuat keputusan untuk menyertai kami.

“Kami mengalu-mengalukan bukan sahaja dari PKR, tetapi semua parti yang berminat dengan misi dan hala tuju kami, kerana moto kami ialah ‘satu hati’,” katanya pada sidang media di Wisma Gerakan Ipoh, di sini, hari ini.

Pada majlis sama, wakil bekas ahli PKR itu, Alfaizal Shahul Hamid, 44 tahun, berkata keputusan yang dibuat mereka itu adalah dengan rela hati dan tanpa sebarang tekanan mana-mana pihak.

“Saya menyertai PKR pada 2017. Selama empat tahun saya berada di parti itu, saya hanya nampak perebutan kuasa antara pemimpin. Mereka tidak mengendahkan masalah rakyat.


“Tambah lagi, apabila mereka menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Kami melihat perjuangan mereka hanya untuk diri sendiri, dan bukan untuk rakyat,” katanya.

Turut hadir, beberapa bekas ahli PKR yang lain.

Ujar Alfaizal lagi, selepas melihat keadaan itu, dia bersama ahli yang lain akhirnya mengambil keputusan untuk keluar parti tahun lalu.

“Selama setahun saya hanya memerhati perkembangan politik semasa dan mendapati Gerakan banyak membantu rakyat apabila ancaman COVID-19 melanda negara kita.

“Pada pandangan saya, Gerakan lebih fokus kepada ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

“Jadi, saya serta bekas ahli PKR Ipoh Barat yang lain mengambil keputusan menyertai parti ini dan meneruskan perjuangan politik demi kesejahteraan rakyat,” jelasnya.



Tun Musa Hitam mengiktiraf DSAI sebagai layak menjadi Perdana Menteri.




PADA 7 March saya sudah kongsikan berita Tun Musa memberikan pengiktirafan kpd DSAI sebagai layak menjadi Perdana Menteri. Ini videonya saya #Ulangsiar berita ini.

Ini antara sebab Lobakman begitu marah dgn Tun Musa Hitam. Sebab pada dia tiada seorang tokoh pun yg layak melawan ketokohan DSAI selain Najib Bosskurr.

Pada saya, apa yg Tun Musa kata ini telah mengesahkan apa yg kita selalu kata bahawa bukan soal taksub dgn batang tubuh DSAI tetapi beliau adalah calon paling layak utk menerajui dan selamatkan ekonomi negara ini.

Saya tidak hirau sgt akan ejekan-ejekan Walaun PA$ dan macai-macai UMNO serta PPBM KUNUNnya DSAI tidak layak jadi PM dan hanya PM tepi. Tapi saya sedikit hairan dgn sikap Anai2 PANtuk Nangoi2 KARTEL Oren Masam PAN #K3 yg bersungguh-sungguh tidak mahu DSAI jadi PM dan mengejek beliau sebagai hanya bakal PM selama-lamanya. Apa mereka mahu buat kerja Tuhan?

Tapi bila saya minta nama seorang calon yg layak, yg SETARA pengalaman, karisma ketokohan dan ciri kepimpinan yg mampu menyelamatkan Ekonomi negara, TIADA SEORANG pun calon yg mampu mereka kemukakan. Sebaliknya mereka hanya pusing2 round about, konar baring dan terjun longkang tanpa berani menyebut nama mana2 tokoh.

Mudah difahami, mereka mahu SAKATua jadi PM tapi malu-malu nak sebut sbb mereka tahu penolakan rakyat terutama penyokong akar umbi PH terhadap Org Tua "TERTENTU:, Apanama KUNUNnya itu sgt KUAT.

Apa yg kita faham? Mereka berjuang dlm politik demi kepentingan dan kemahuan mereka bersetongkol dgn Kepala Perompak BUKAN utk Rakyat. Sbb itulah mereka tidak mahu DSAI yg dikenali sbgai pejuang Rakyat sejak di unversiti menjadi PM.

Apakah antara kata-kata Tun Musa Hitam yg menjadi kunci jelas beliau mengiktiraf ketokohan DSAI itu?

1. "Anwar Ibrahim saya boleh bgtahu anda TANPA TERAGAK-AGAK, dia layak menjadi Perdana Menteri. Pada saya dia SEPATUTNYA sudah jadi Perdana Menteri. Ada sorg yg berjanji pada dia, berapa kali?........."

2. "Saya tak bertukar. Dulu kalau org yg janji tu kasi pada dia, saya kata ok. Good idea. Tapi org yg janji tu......."

3. "Dia punya karisma yg tinggi, dia punya "contact", pendedahan dia kpd dunia antarabangsa, pengalaman dia masuk jel s kali sbgai contoh. Dia seorang pemimpin akar umbi dan bagus dalam pergaulan dgn rakyat Malaysia. Beliau nampaknya diterima orgramai walau tidak kesemuanya".

INI lah maksud saya dulu, bhgian "contact" dan pendedahan dunia antarabangsa ini yg mampu menambah keyakinan pelabur asing, kepercayaan pemimpin dan masyarakat antarabangsa pada Malaysia. Dengan Reputasi SATU-SATUnya bekas Menteri Kewangan yg berjaya membawa Malaysia ke perbelanjaan SURPLUS, TIADA mana2 tokoh yg ada termasuk PM hari ini yg SETARA dgn DSAI.

Atas sebab itu DSAI sangat layak jadi Perdana Mentri. Itu belum lagi kita perincikan akan Iltizam, "Consistency", "Political Will" dan jiwa kental "rebuih tak hempuk" DSAI dalam mengangkat Agenda REFORMASI.

Seperti kata Dr. Mujahid Yusof Rawa, DSAI lah arkitek sebenar yg TELAH TERUJI istiqomah membina kekuatan, gelombang kebangkitan rakyat yg mengambil masa yg panjang dgn keringat dan airmata derita selama berpuluh tahun meskipun 2 kali terpenjara jasadnya, masih punya kekuatan merancang sehingga AKHIRNYA...tumbangnya UMNO BN. Ertikata TIADA mana-mana tokoh lebih komited dan "consistent" jika mahu dibandingkan dgn DSAI.

SEKARANG, SIAPA YG LEBIH BAIK DAN PALING LAYAK KETIKA INI, DALAM KEADAAN POLITIK, DEMOKRASI DAN EKONOMI MALAYSIA YG MERUDUM UTK DIANGKAT MENJADI PERDANA MENTERI SELAIN DSAI? Ini BUKAN soal taksub akan batang tubuh DSAI tapi soal dia yg PALING LAYAK utk dinobatkan pada kedudukan itu bagi memimpin Malaysia. Maka org yg paling layak mesti diangkat dan diletakkan di tempatnya melainkan kita dari kalangan org-org yg zalim.

Wallahualam.

- Zus Din

24 March 2021

 


(function() { var d = document, w = window; w

JULAI 2021-PERISTIWA JULAI 2021