BOB KELANANG
10 tahun bukan satu jangkamasa yang singkat... 10 tahun dah
membolehkan seorang pelajar memasuki Tahun 4 persekolahan... DAN 10 tahun
itulah juga telah berlaku 2 kali Pilihanraya Umum... DAN Kelantan masih kekal
majoriti dimenangi oleh PAS...
Hospital Raja Perempuan Zainab II bukan Hospital Swasta... maka
oleh sebab ianya Hospital Kerajaan... maka tahap operasi DAN kepenggunaannya
adalah maksimum... DAN ianya tiada kompromi jika bekalan air bersih masih tidak
dapat dibekalkan dengan mencukupi buat kemudahan Hospital...
Kemudahan air bersih adalah melibatkan nyawa... terutama
bilamana banyak urusan tergantung kepada bekalan air bersih yang mencukupi...
macam mesin dialisis.... DAN selama 10 tahun... dengan kuasa pemerintahan yang
solid PAS... satu apa pun xder yang boleh memangkinkan penyelesaian kepada
masalah air di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu...
Aper yang diutamakan oleh Kerajaan Kelantan?? Beli Mercedes
untuk EXCO… Bekalan Air bersih di negeri semuanya tertakluk kepada Kerajaan Negeri...
TAPI Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh PAS bukanlah nak fikir pasai kemudahan
asas untuk kegunaan harian rakyat...
Apa nak susah... Kerajaan PAS Kelantan tahu... yang rakyat
Kelantan (terutamanya para pengundi luar yang balik sekali sekala untuk memenangkan
PAS di Kelantan) cukup mudah digula-gulakan dengan elemen agama... sebab
kononnya kepimpinan Ulama... DAN hukum wajib kekalkan pemerintahan Islam dan
Ulama... walaupun yang memimpin bodoh tukil dalam pengurusan DAN pentadbiran
serta pemerintahan...
Yang penting... setiap kali PRU atau PRK… sentimen agama mesti
dibakar... mesti dicanangkan... walaupun yang memang selepas itu tak tahu
sepatah haram memimpin... tapi dipastikan segala gaji DAN emolumen mesti
besar... DAN kemudahan untuk pemerintah mesti tiptop...
Dan pengundi yang mudah dibodohkan ini akan terus-terusan
memberikan undi tanpa belah bahagi DAN fikir panjang... yang penting...
kepimpinan Ulama... adoilah... bodoh yang tak boleh diajar selamanya...