TAHNIAH UMNO KELANTAN, ANNUAR MUSA NAK IKUT YANG MANA?

 

Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada 23 Mac 2021 telah membuat ketetapan seperti berikut:-

1. UMNO Negeri Kelantan terus mendokong institusi kepresidenan dan menyokong kepimpinan YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden parti yang dipilih secara demokrasi.

2. Memutuskan hubungan dan kerjasama dengan parti PPBM. Sebagaimana usul yang telah diluluskan dalam 12 Mesyuarat Perwakilan Bahagian daripada 13 Bahagian yang bermesyuarat.

3. Meminta parti PAS membuat keputusan yang jelas dan segera samada bersama UMNO atau bersama PPBM dalam menghadapi PRU15.

4. Pendirian UMNO Bahagian Ketereh yang dihantar kepada Presiden adalah kes terpencil kerana tidak melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Keputusan Badan Perhubungan UMNO Kelantan ini jelas berbeza dengan ketetapan yang diputuskan oleh UMNO Bahagian Ketereh pimpinan Annuar Musa baru-baru ini yang pemakluman mengenainya dihantar terus melalui surat kepada Ahmad Zahid Hamidi pada 19 Mac 2021.

UMNO Kelantan dengan ini juga menjadi UMNO negeri yang pertama memutuskan hubungan dengan Bersatu serta berani memberi kata dua kepada Pas.

Ketetapan UMNO Bahagian Ketereh sebelum ini ialah:-

1. Tetap menyokong kerajaan gabungan Perikatan Nasional – Barisan Nasional – GPS (Sarawak) – GRS (Sabah).

2. Mengesyorkan supaya BN dan PN segera memulakan rundingan kerusi serta berusaha membentuk gabungan terkuat menentang PH dalam PRU15.

3. Memohon YAB Perdana Menteri segera melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin BN serta merta.

4. Terus fokus dan memberi keutamaan kepada agenda kestabilan politik, memerangi Covid19, membela rakyat serta memulihkan ekononi negara.

Sekarang, Annuar Musa nak ikut yang mana? 


(Shahbudindotcom 24/03/2021)





No comments: