Harga RON97 naik 3 sen, RON95 dan diesel kekal
Astro Awani
Mac 24, 2021
Kementerian berkenaan turut menegaskan, harga RON95 dan diesel akan dikekalkan walaupun harga minyak dunia meningkat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Harga minyak RON97 meningkat tiga sen untuk tempoh 25 Mac hingga 31 Mac, lapor Kementerian Kewangan pada Rabu.
Ini menjadikan harga minyak RON97 yang sebelum ini berharga RM2.47 berubah kepada RM2.50 seliter bermula 12.01 tengah malam ini.
Bagaimanapun, harga bagi minyak RON95 dan diesel masih kekal masing-masing pada harga RM2.05 dan RM2.15 seliter.