Jangan biarkan Safwan keseorangan! (LM)

"Suami saya memperjuangkan kebenaran, suami saya bukan pesalah. Semalam kami diserbu oleh 15-20 orang polis di kawasan parking di kediaman.

Rasa terkejut diserbu seolah2 penjenayah dan rasa sedih disebabkan beliau didakwa hari ini atas kesalahan yang tidak beliau lakukan masih tak hilang. 

UNTUK RAKYAT MALAYSIA TANPA MENGIRA PARTI .505 DITERUSKAN

 Kali ini apa lagi alasan tak tahu lahaku.Ada parti yang tak bagi pengikutnya ikut serta sebab ganas dan juga takmahu jadi macam arabspring.Apa yang spring dan ganas entah lah.Kalau bercakap senada dengan Umno,  baik berkawan  dengan Umno atau buat perjanjian siap-siap duduk sekali dengan  Umno selayaknya lah umumkankepada ahli supaya jangan  sertai perhimpunansebaba ganas.

 Nada semacam Umno Bn ini aku dapat  tahu  juga sebab perasan dok bercakap dalam akhbar Umno  atau seangkatan  dengannya. Gamak nya kalau rasa senang nak dapat jawatan atau ingin kankerajaan  danmendapat menteri, elok bersatu lebih  elok.Jadi kawan-kawan lain dalam pakatan  yang  nak menganjurkan perhimpunan  sebagai salah satu desakan terhadap kerajaan pemerintah. Nak  tegur,ajak bincang, semuanya  telah di laksanakan sejak BERSIH  lagi.Jadi nak buat macamana lagi? Kot ada cara lain urut-urut tak tahu lah.....




Sehubungan itu, menurut Johari, empat negeri akan mengadakan perhimpunan blackout 505 pada bulan Jun iaitu:
    parliament briefing 030408 johari abdul
  • 10 Jun - Perlis
  • 11 Jun - Sungai Petani, Kedah
  • 12 Jun - Kota Bharu, Kelantan
  • 14 Jun - Batu Pahat, Johor
Ditanya sama ada bagi perhimpunan akan datang itu, pihak penganjur akan meminta kebenaran daripada pihak polis, Johari dengan ringkas menjawab "Ya".





1.Tiga tuntutan itu ialah meminta supaya anggota SPR letak jawatan,



 2.mengadakan pilihan raya semula di 30 kawasan Parlimen serta 



3.menangguhkan sebarang bentuk pindaan undang-undang pilihan raya dan persempadanan semula. 



ZAM, kalau tak suka PM, sila balik negeri... (LM)

Jangan sekali-kali menghasut.. Buruk padahnya..  Bukan kami yang kata, bukan kami yang suruh tapi Menteri Keselamatan Dalam Negeri, apa namaa.. Zahid anak lelaki Hamidi yang kata..

Tapi, kalau ikut standard Noh Udang, dia suruh masuk hutan... kalau mengikut PDRM, boleh ditahan kerana menghasut... dan memalukan isteri Rosmah..  PDRM, over to you!!

Zam: Kempen Najib nampak luar biasa, pura-pura

NAMPAK CARA MACAM GOPOH NAK KE JAWATAN

 

 Belum pun selesai apa-apa sudah mula kecoh ndak itu ini. Adoiiii aku pun hairan la. Orang ramai kisahkan ke usaha nak laporan ketelusan spr untuk sama-sama tuntut kepada mahkamah, jalan selamat yang selalu dilaungkan, ini lain pulak ceritanya.

Nak anggap terangganu n kedah negeri yang ditadbir macamana kalau pegang sepenggal dah dilepaskan akibat mengkhianati rakyat? tak begitu kah?

 

PAS Tuntut Satu Jawatan Khas Di Selangor.

Dengan ura2 perlantikkan Saifuddin Nasution ke dalam kerajaan negeri, Pas Selangor juga mempunyai satu pendapat berkenaan hal tersebut.
Baca bawah ;


KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR ABDUL SAMAD : SELANGOR JUGA NEGERI PAS.

Ahli dan pimpinan PAS di seluruh negara mesti menganggap Selangor sebagai sebuah "negeri PAS" sepertimana selama ini mereka menganggap Kelantan, Kedah dan Terengganu.
PAS di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke 13 telah memenangi 15 kerusi Dewan Negeri, sama banyak jumlah kerusi PAS di Terengganu dan melebihi kerusi PAS di Kedah.

Selangor adalah unik kerana selain dari menjadi "negeri PAS" ia juga "negeri DAP" dan "negeri PKR". Tidak ada parti yang boleh mengakui negeri ini "negeri mereka" kerana jumlah kerusi Dewan Negeri setiap parti adalah hampir sama. Ianya adalah "negeri Pakatan Rakyat" yang sebenar.

Oleh yang demikian, pimpinan PAS terutamanya pimpinan tertinggi parti mesti memberi tumpuan yang sama kepada Selangor sepertimana tumpuan yang mereka berikan kepada Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Isu-isu negeri Selangor mesti turut dibincang dan dibahas secara panjang lebar pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Muktamar sepertimana dilakukan pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Kongres PKR atau DAP.

Dengan ura-ura perlantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai "political liaison" atau pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar Selangor, seorang Naib Presiden PAS juga mesti ditugaskan untuk memantau urusan-urusan harian di Selangor.

Ahli-ahli telah bekerja keras untuk mengukuhkan dan mengembangkan pengaruh PAS di Selangor, sudah tentu mereka mengharapkan perhatian yang lebih dari pimpinan tertinggi

Iskandar Abdul Samad

BILA MASA PULAK NAK AJAK PAS KELANTAN GUNA KEKERASAN

Pas Kelantan tolak jatuh kerajaan dengan cara keganasan

Aku pun pening dengan PAS ni. Sekejap masa nampak ramai yang turun , last minutes suruh ahli turun.Ni cerita apa pulak yang kata tak mau keganasan.Arap Spring.Siapa yang ganas dan siapa yang arab spring? ganas berapa dah mati dan banggunan dibakar.

Dari dok bercakap tak tentu hala, ahli parti pun pening. ahli PAS bukan kisah sangat pun.Malah ramai yang hadir menyatakan sokongan. habuus tu Mat Sabu,Khalid Samad Husam Musa,Mahfuz yang hadir tu adakah mereka ni ta tau nak bezakan ganas ka tak ganas.

Aku rasa jaga kelantan bagi elok selepas TG Nik Aziz dah lepaskan jawatan. Kot jadi macam terengganu. dan kedah.Bagi setahun lingkup, bagi setahun lingkup.Kedah 3 tahun dulu dahorang ramai percaya nak tumbang. Tapi tak berbuat sesuatu pun.

kalau banyak bercakap , BAIK DUDUK DIAM SAHAJA LAH. BAGI YANG NAK HADIR TURUN HADIR. JAGA SAJA LAH APA YANG PATUT. SENANG LENANG. 5 TAHUN LAGI PILIHANRAYA LAGI. KAN KE MUDAH. SEMUANYA TERJAGA......TAK GITU?

Nik Mohd. Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU - Pas Kelantan senada dengan beberapa pemimpin parti itu menolak usaha pihak tertentu yang 'cuba' menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan cara keganasan dan demonstrasi jalanan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata hari ini usaha untuk menjatuhkan kerajaan secara "Arab Spring" itu sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya membawa banyak keburukan kepada negara.

"Kita di Kelantan sendiri pun tidak pernah membincangkan sama ada perlu untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di negeri lain dan bagi Pas Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia dilakukan mengikut kaedah demokrasi," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Nik Mohd Amar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan itu, berkata jika perhimpunan itu dilakukan secara aman untuk mengkritik kerajaan ia tidaklah menjadi kesalahan bagi pengikut parti itu berkumpul menzahirkan bantahan itu.

"Ada dua perkara yang berbeza sama ada kita berkumpul untuk mengkritik kerajaan dan ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu tidak mengapa tetapi kita sudah sepakat termasuk dalam DAP yang tidak setuju untuk kita jatuhkan kerajaan dengan cara kegananasan," katanya.

Baru-baru ini Pas Pusat juga berpendirian tegas tidak akan menyokong sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuklah oleh kumpulan pro pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata Pas berpendirian begitu kerana di negara ini masih terdapat prosedur lain terutamanya melalui mahkamah atau petisyen  untuk mencabar keputusan PRU13 itu.

Sementara itu Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz turut menolak usaha seumpama itu dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh. - Bernama

(function() { var d = document, w = window; w

PROPAGANDA KAUM DAN AGAMA

Saya telah kupaskan dan debunk beberapa propaganda mengarut mengenai ekonomi. Hari ini izinkan saya debunk propaganda politik agama dan bang...