(LIVE) Anwar Ibrahim: Memimpin Negara Pasca COVID-19 & Melonjak Semula E...

Terkini! Anwar bakal terajui persefahaman baru politik Malaysia?

 

Terkini! Anwar bakal terajui persefahaman baru politik Malaysia?


Gabungan Reformis Malaysia (GRM) mengikuti perkembangan terbaharu, siri mengadap KeBawah DYMM YDPA sepanjang 9-11 Jun 2021 oleh sejumlah pucuk pimpinan parti politik.

GRM mengharapkan agar ia menatijahkan suatu harapan baharu terhadap jalan keluar kemelut semasa negara dan selamat daripada malapetaka politik, ekonomi dan kesihatan.

GRM juga memahami ada pelbagai kalangan yang mahu menonjolkan hasrat bagi menerajui halatuju politik negara.

Kami, GRM (Gabungan Reformis Malaysia) amat mengalu-alukan serta mencadangkan agar adanya lakaran baharu persefahaman politik Malaysia terutama dalam menangani kemelut negara hari ini. Keresahan rakyat kian memuncak. Dengan langkah ini, in shaa ALlah, suatu pelan tindakan strategik yang menyeluruh serta lebih meyakinkan boleh dibuat. Ia juga dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap orang politik.

GRM berkeyakinan dan menyokong penuh akan kemampuan Dato Seri Anwar Ibrahim bagi menerajui persefahaman baharu ini berdasarkan pelbagai faktor kekuatan yang dimilikinya. Persefahaman baharu ini juga amat penting dalam merealisasikan Harapan Rakyat.

*HARAPAN RAKYAT*

Menginsafi bahawa negara dan global sedang berhadapan dengan pelbagai kemelut dan ketidakpastian. Di peringkat nasional ia merentas daripada isu pandemik Covid 19 hinggalah ke persoalan kos sara hidup.

Memaklumi bahawa semua pihak, semua sektor dan semua peringkat mesti terbabit dalam melakar, membina muafakat dan kekemasan perlaksanaan kepada penyelesaian kemelut yang ada.

Justeru, berdasarkan interaksi GRM yang berterusan bersama pelbagai lapisan rakyat, adalah dirumuskan Harapan Rakyat dengan 5 Teras Strategi bagi pelan tindakan seperti berikut;

*5 TERAS STRATEGI PELAN TINDAKAN*

*1. Menyusun Semula Ekonomi*

Ekonomi negara perlu disusun semula mengikut keutamaan industri; berat, sederhana dan desa. Pelaburan asing berasaskan teknologi IT dan digital dibawa masuk dan diutamakan dalam memperkasa Agenda Digital Ekonomi Manusiawi Malaysia 2030 (ADEM 2030).

Bagi tujuan ini, Badan Penstrukturan Baharu Ekonomi perlu diwujudkan dengan dana RM 50 bilion sebagai modal teroka.

*2. Menyusun Semula Sektor Pekerjaan*

Sektor pekerjaan dilaraskan semula berdasarkan kekuatan ilmu, kemahiran, skil vokasional dan bakat penduduk Malaysia. Rakyat dalam sektor pekerjaan yang bakal pupus di era Revolusi Industri 4.0 akan diberi latihan semula (re-training, re-skilling) secara besar-besaran.

Langkah segera termasuklah mendaftarkan semula pekerja asing termasuk PATI, rancang jadual pengurangan pekerja asing dan tentukan industri utama untuk negara.

*3. Merombak Struktur Pendidikan Berasaskan Revolusi Industri 4.0*

Sektor pendidikan dirombak semula metodologi dan penghayatan falsafahnya yang mampu menyahut cabaran IR 4.0. Pelbagai aliran kursus terkait ilmu digital baharu diperkenalkan dalam kurikulum peringkat sekolah rendah, menengah dan IPT bagi meningkatkan kebolehsaingan pelajar Malaysia di peringkat global.

Penubuhan JK Penstrukturan Pendidikan adalah perlu dengan peruntukan RM10 bilion bagi penyediaan kemudahan pembelajaran digital.

Kerjasama pendidikan dan industri, terutama dalam bidang industri tumpuan perlulah dipertingkatkan.

*4. Memperkenalkan Harga Lantai Komoditi Utama dan Fokus R&D.*

Harga lantai atau subsidi meningkatkan harga perlu diperkenalkan kepada sektor komoditi utama seperti getah, padi, sawit, koko dan sebagainya bagi petani kecil. Ia bertujuan memastikan petani kecil tidak menderita akibat kejatuhan harga dunia bagi komoditi utama.

Negara juga perlu memberikan fokus kepada R&D dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja-pekerja asing di ladang-ladang. Manakala ladang-ladang pula distruktur semula sebahagiannya bagi pengeluaran makanan seperti penternakan yang tidak memerlukan ramai pekerja.

Demikian juga sektor pertanian lain dan penternakan, subsidi khas perlu diberikan terutamanya dalam menghidupkan Ekonomi Desa.

*5. Pemberian Subsidi Makanan Ruji dan Beberapa Keperluan Asas.*

Harga makanan ruji dan beberapa keperluan asas rakyat Malaysia diberikan subsidi. Ia bertujuan bagi memastikan rakyat cukup gizi dan keselesaan hidup samaada yang tinggal di kota mahupun perdesaan, sekaligus meringankan beban kos sara hidup.

*BERSAMA MAJU KEHADAPAN*

Sesungguhnya masa depan amat mengharapkan kita bermuafakat bersama serta melengkapkan perincian Pelan Tindakan bagi setiap 5 Teras Strategi yang dinyatakan.

Pengemblengan semua tenaga samaada pelajar, belia, wanita, pendidik, petani, pekerja, nelayan, pemandu, pegawai, budayawan, veteran, agamawan, anggota keselamatan dan pertahanan, ahli politik dan sebagainya adalah prasyarat kejayaan bersama.

Demikian juga sektor yang terbabit samaada kerajaan, swasta, koperasi, NGO masyarakat sivil, pendidikan, kesihatan, pertahanan, keselamatan, dan seumpamanya adalah rangkaian agen membina semula Malaysia Baharu.

Malaysia Baharu yang merujuk kepada keluhuran Perlembagaan, tatakelola yang baik, membina masyarakat madani serta kedaulatan undang-undang dan rakyat.

GRM yakin dengan iltizam, keikhlasan dan itqan semua pihak, negara dapat keluar daripada kemelut semasa sekaligus membina Malaysia Baharu yang gemilang.

GRM MEMBINA MALAYSIA BAHARU

MUSTAFFA KAMIL AYUB

Penyelaras GRM & Presiden RAPAT,

DR BADRUL AMIN Pengerusi Pro98,

DR IDRIS AHMAD Pengerusi Otai Reformis,

FARIZ MUSA

Ketua Kordinator Jingga 13 Malaysia,

KHAIRUL ANUAR OTHMAN Presiden ARM,

BRIG GEN (B) DATO ABDUL HADI ABDUL KHATAB

Presiden PAHLAWAN,

AZIZAN MEMALI

Presiden GRVATM,

MOHD BUSTAM OMAR

Pengerusi PEMASSA,

EDDI ARMAN MOHD YUNOS

Pengerusi GASAK,

MEJAR (B) RAZALI ALIAS

Presiden GMPN,

MUSTAFA MANSOR

Presiden MASSA,


Panas! Ahli parlimen PKR kata ada kemungkinan PH bekerjasama dengan UMNO seperti di Perak

 


Panas! Ahli parlimen PKR kata ada kemungkinan PH bekerjasama dengan UMNO seperti di Perak

Ahli Parlimen PKR Abdullah Sani Abdul Hamid melihat kemungkinan kerjasama antara PH dan Umno pada masa akan datang.

Abdullah berkata, kemungkinan itu sesuatu yang perlu diambil kira, jika Umno akhirnya keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

“Lepas Parlimen bersidang, langkah seterusnya ialah cari keabsahan,” katanya kepada Malaysiakini.

Oleh itu, ahli Parlimen Kapar itu berkata PH kemungkinan akan perlu berunding dengan Umno.

Katanya lagi, kedua-dua pihak boleh bersama-sama membentuk kerajaan atau seperti yang dicadangkan di Perak sebelum ini, iaitu rundingan perjanjian keyakinan dan pembekalan (confidence and suppy agreement, CSA).

“Apa yang berlaku di Perak – itulah yang dimaksudkan dengan jajaran baru.”

Abdullah berkata dia tidak kisah sama ada Umno menyokong kerajaan baru mahupun menjadi sebahagian daripadanya, dan berharap DAP juga tidak akan ada masalah dengannya.

“Kita mahu bangunkan negara. Saya hargai jika DAP dan Umno dapat bekerja bersama,” katanya lagi.

Kenyataan itu susulan DAP yang keberatan untuk bekerjasama dengan Umno, terutama dengan sejumlah pemimpin Umno yang sedang berdepan dakwaan rasuah.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dipetik Mingguan Malaysia sebagai berkata, pendekatan “khemah besar” adalah untuk menyatukan pembangkang, bukannya tentang kerjasama dengan Umno.

Katanya, soal kerjasama dengan Umno hanyalah pandangan PKR manakala bagi PH, ia untuk menyatukan semua parti pembangkang dan mana-mana ahli Parlimen kerajaan yang sedia melawan perdana menteri dan menamatkan darurat dengan segera.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution ketika membangkitkan soal “khemah besar” itu berkata, PH boleh bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk Umno, jika mereka menerima agenda reformasi.

Sekutu PKR dalam PH, iaitu DAP dan Amanah, turut menggesa konsep itu tetapi dengan pendekatan berbeza – bersama-sama dengan parti pembangkan lain seperti Warisan, Upko, Pejuang dan Muda.

Bagaimanapun, Abdullah menekankan dalam politik, tiada yang kekal sebagai kawan atau musuh.

Katanya, kerjasama dengan Umno boleh dibuat menerusi rundingan, selepas darurat tamat pada Ogos ini atau sebelum PRU akan datang.

Dia juga tidak menolak parti pembangkang lain untuk menjadi sebahagian daripada aturan itu.

Dia juga menegaskan itu hanyalah pandangan peribadinya tetapi menekankan yang ia selaras dengan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim.


SAYA BELUM BANKRAP, BANYAK LAGI PROSESNYA JIKA PN TETAP MAHU BANKRAPKAN SAYA – NAJIB

 

Saya belum bankrap lagi dengan keputusan mahkamah tinggi hari ini.

Lama lagi dan banyak lagi proses serta langkah perlu diambil sekiranya kerajaan PN tetap nak bankrapkan saya.

Lagipun sekiranya kerajaan PN berjaya pun, ianya tak bermaksud saya akan henti bersuara demi Rakyat dan tiada sesiapa yang pernah kata status bankrap tidak boleh dipulihkan dalam masa terdekat sebab bankrap tak bermaksud saya lumpuh.

Status bankrap juga tak maksud saya terus bertukar menjadi sembab, lembab atau bodoh seperti diakui seseorang tertentu di dalam bicara khas hari itu.

Saya lihat kebanyakan media tempatan hari ini kurang mengulas point utama digunakan hakim mahkamah kenapa dia tak benarkan untuk saya tangguh usaha LHDN untuk bankrapkan saya.

Hakim mengaku bahawa pengiraan penalti cukai oleh LHDN terhadap saya perlu disemak kesahihannya oleh kebankrapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP atau SCIT).

Proses ini belum bermula dan kita masih tunggu sejak 2 tahun lalu.

Hakim kata saya peguam saya tak berjaya buktikan bahawa LHDN tiada kemampuan untuk refund kepada saya sekiranya PKCP mengesahkan taksiran cukai penalti LHDN terhadap saya adalah salah atau tidak sah pada masa depan.

Hakim kata saya tak rugi apa-apa (no unquantifiable loss) sebab kerajaan mampu membayar balik bayaran RM1.7 bilion itu kepada saya sekiranya saya berjaya di peringkat PKCP.

Inilah apa yang saya maksudkan bahawa ianya amat mudah bagi sesebuah kerajaan untuk menyalahgunakan akta cukai untuk kenakan seteru mereka dengan apa-apa taksiran cukai yang mereka mahu.

Kalau kerajaan nak kenakan denda cukai sebanyak RM1 trilion ke atas Mahathir atau Guan Eng pun jalan terus dan sah di bawah undang-undang atas dasar “bayar dulu, bincang kemudian” ini.

Soal pengiraan taksiran itu sahih atau tidak, kira nanti.

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri.

Laksana dua peringkat harga minyak sawit untuk 'situasi menang-menang' - Zawawi Mughni

 


Exco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Mughni berkata, kerajaan Perikatan Nasional seharusnya melaksanakan cadangan dua peringkat harga (2-tiered pricing) yang diutarakan oleh Setiausaha Agong KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution baru-baru ini bagi mengawal kenaikan harga minyak sawit botol.

Katanya, satu formula 'menang-menang' bagi pengguna dan peladang sawit perlu dirangka bagi menjaga kepentingan bersama.

"Bagi dua peringkat harga, antara langkah yang boleh diambil adalah bagi tujuan eksport harga minyak sawit dijual mengikut harga pasaran, manakala bagi tujuan domestik, Kerajaan boleh memperkenalkan harga yang lebih rendah.

"Dengan cara ini harga minyak masak tempatan akan menjadi lebih murah berbanding sekarang," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, Kerajaan pada hari ini berpandukan kaedah simulasi harga runcit minyak sawit bagi harga di atas “threshold” dalam menetapkan harga minyak masak bersubsidi.

Katanya, berdasarkan kaedah tersebut semua komponen kos diambil kira dan dianggap sama untuk pengeluaran minyak masak tanpa subsidi. Ini termasuklah harga minyak sawit RBD Olein, kos pengilang, margin keuntungan pemborong, margin keuntungan peruncit dan kos pentadbiran.

"Jika kaedah dua peringkat harga yang dicadangkan itu dilaksanakan, harga minyak masak 5kg boleh dijual paling mahal pada harga RM20 sebotol setelah mengambil kira semua kos yang terlibat.

"Sukacita ingin saya ingatkan Malaysia adalah antara negara pengeksport minyak sawit mentah dunia terbesar. Kita mengeksport 27 juta tan minyak sawit dan hanya 1 juta tan minyak sawit mentah yang digunakan untuk kegunaan tempatan.

"Jadi kegunaan domestik sebanyak 1 juta tan bagi minyak sawit mentah ini masih boleh ditawarkan pada harga rendah. Ia lantaran kenaikan harga minyak masak sudah ke tahap yang membebankan rakyat. Justeru, janganlah mendera rakyat lagi ketika pandemik dengan kenaikan ini," katanya lagi.

Panas! UMNO desak Kerajaan Pas Terengganu

 


Panas! UMNO desak Kerajaan Pas Terengganu


Kerajaan Terengganu perlu menambah peruntukan terhadap program Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu 3.0 (BERKAT 3.0) bagi membantu meringankan beban rakyat ketika menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ketika ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkara, pihaknya percaya pihak kerajaan negeri mampu menambahbaik inisiatif BERKAT 3.0 ini bagi memastikan lebih ramai golongan akan memperoleh manfaat daripada program ini.

Jelas beliau, tahun 2019 sahaja, Terengganu memperoleh RM1.277 bilion Wang Tunai Petroleum (WTP) dari kerajaan Persekutuan

Menurutnya, kerajaan negeri itu juga merupakan antara negeri yang mencatatkan prestasi ekonomi terbaik pada tahun 2019 dengan pertumbuhan Kadar Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat daripada 2.5 peratus kepada 3.3 peratus.

“Pentadbiran Kerajaan Johor seharusnya dijadikan contoh dalam mengurus krisis Covid-19 ini dan antara yang boleh dilakukan pihak Kerajaan Terengganu dalam menambahbaik BERKAT 3.0 dengan bantuan one-off RM 500 kepada pemandu bas atau van sekolah, pengusaha kantin, pengusaha kedai gunting rambut, imam, bilal, ketua kampung, pengusaha homestay dan sebagainya.

“Penambahbaik lain adalah dengan denambah peruntukan dalam bakul makanan supaya lebih ramai golongan terjejas dapat menikmatinya dan menambah bantuan peranti atau “tablet” kepada ibu bapa B40 supaya memudahkan PdPR.

“Selain Kerajaan Terengganu boleh membeli Covid Test RTK Antigen supaya lebih banyak saringan Covid-19 dapat dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Negeri,” katanya di hantaran Facebook miliknya di sini hari ini.

Najmil Faiz yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO berkata, perbezaan politik perlu diketepikan dan semua pihak bersama-sama memastikan tiada golongan yang ketinggalan dan tercicir khususnya di era pandemik Covid-19 ini.

Katanya, kerajaan negeri sebelum ini telah memberi peruntukan bersasar yang berjumlah RM200,000 bagi setiap kawasan DUN dengan jumlah keseluruhan RM6,400,000, pemotongan gaji Menteri Besar serta Exco bagi sumbangan Tabung Covid-19 Terengganu dan pengecualian bayaran sewaan presmis PBT.

Hisham ‘menjarakkan diri’ dari kerajaan, kata penganalisis

 

Hishammuddin Hussein dilihat antara elit Umno dan diuar-uarkan berpotensi dipilih sebagai presiden parti itu suatu hari nanti.

PETALING JAYA: Kritikan Menteri Luar Hishammuddin Hussein terhadap kerajaan semalam mungkin menunjukkan beliau “menjarakkan diri” daripada pentadbiran pimpinan Perikatan Nasional (PN), kata seorang ahli akademik.

Penganalisis sosio politik dari Universiti Malaya Awang Azman Pawi menyifatkan kritikan Hishammuddin terhadap kerajaan itu sebagai satu perkara “luar biasa”.

Hishammuddin mengkritik birokrasi kerajaan semalam dengan menyifatkannya “halangan utama” terhadap pelaksanaan program vaksinasi di negara ini.

Beliau turut menegaskan perlunya SOP yang konsisten serta saringan besar-besaran, iaitu sesuatu yang turut digesa pakar kesihatan serta pemimpin politik.

Awang Azman memberitahu FMT bahawa Hishammuddin nampak seolah-olah cuba mengasingkan dirinya daripada kerajaan pimpinan PN.

Beliau percaya kritikan Hishammuddin itu berkaitan dengan desas-desus mengaitkannya sebagai calon perdana menteri sekiranya berlaku pertukaran kerajaan atau bakal menjadi pemimpin dalam Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) seperti dicadangkan oleh Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

“Mungkin juga berkaitan dengan pemilihan Umno dan pilihan raya umum akan datang. Beliau mungkin mahu memastikan sokongan akar umbi dengan dilihat bersifat kritikal terhadap PN,” katanya.

Hishammuddin yang juga bekas naib presiden parti dianggap merupakan sebahagian daripada golongan elit Umno. Datuknya, Onn Jaafar adalah pengasas parti berkenaan manakala bapanya Hussein Onn merupakan presiden keempat Umno.

Beliau antara pemimpin Umno yang dilihat berpotensi menjadi presiden parti, selain timbalan presiden Mohamad Hasan dan Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob.

Awang Azman berkata, kritikan terhadap PN dibuat susulan ketegasan ditunjukkan Hishammuddin terhadap isu pencerobohan jet pejuang China di ruang udara Malaysia baru-baru ini.

Syed Arabi Idid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, beliau percaya Hishammuddin cuba meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang mendapat perhatian ahli Umno.

“Jarang sekali seorang menteri mengkritik kerajaannya sendiri. Sebagai ahli politik yang berpengalaman, mungkin itu satu petanda beliau mahukan peranan yang lebih menonjol dalam Kabinet,” katanya.

Pemuda ini buat laporan polis terhadap Takiyuddin


Isu darurat: Pemuda ini buat laporan polis terhadap Takiyuddin

Kenyataan Media

1. Saya bersama dengan rakan-rakan Pemuda Pakatan Harapan hari ini telah membuat satu laporan polis ke atas Menteri Undang-undang, YB Takiyuddin Hassan berhubung kenyataan beliau berkenaan ‘nasihat’ kabinet kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA) tentang kedudukan tempoh darurat. Turut membuat laporan adalah Ketua Pemuda AMANAH Melaka, Ustaz Muhammad Kamal serta Ahli Jawatankuasa Pemuda Pakatan Harapan, Sdr. Haziq Norizan dan Sdr. Shahrul Shahabudin.

2. Kami percaya bahawa kenyataan Takiyuddin itu telah menyimpang daripada Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat (Kuasa Kuasa Perlu) 2021 yang memperuntukkan hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa bebas untuk menasihati YDPA mengenai kewujudan berterusan darurat besar yang mengancam keselamatan, kehidupan, ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit iaitu Covid-19.

3. Lebih membimbangkan, kami khuatir kenyataan yang dibuat Takiyuddin sebagai salah satu cara menghasut orang ramai untuk bertindak pada YDPA sekiranya YDPA memutuskan sesuatu yang bertentangan atau tidak selari dengan kehendak kabinet yang dianggotai oleh Takiyuddin sendiri. Sekiranya wujud kecenderungan ke arah itu, ianya merupakan kesalahan jelas di sisi undang-undang dan kami gesa untuk Takiyuddin disiasat segera.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN)
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

14 Jun 2021 | 4 Zulkaedah 1442H


Memang ada dengar-dengar ‘gerakan khianat’ tubuh kerajaan baharu, kata Shahrir Samad

 

Shahrir Samad berkata kerajaan PN disifatkan sebagai pentadbiran carca merba kerana dasarnya yang serba tidak kena.

PETALING JAYA: Veteran Umno Shahrir Samad mengakui wujud “gerakan khianat” untuk menumbangkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

“Memang ada dengar-dengar sudah ada gerakan mengumpul Akuan Bersumpah (SD) dari Ahli Parlimen untuk tubuh satu lagi kerajaan baharu,” katanya dalam catatan di Facebook.

Shahrir berkata, dua kem yang didakwa sedang menggerakkan usaha berkenaan adalah pihak dalaman Jemaah Menteri Perikatan Nasional (PN) dengan gabungan menteri Umno dan Bersatu manakala sebelah pihak lain adalah Pakatan Harapan (PH) yang mengimpikan kerajaan baharu yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun beliau berkata, gerakan membabitkan menteri Umno itu tidak mendapat restu pimpinan tertinggi parti.

“Umno cakap terang-terang tak mahu bersama Bersatu pada PRU15 dan akan henti bersama PN selepas darurat tamat. Tak main khianat politik ni,” katanya di Facebook.

Semalam tular kenyataan bertajuk “Hentikan politik khianat sesama Perikatan Nasional” oleh Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Bagaimanapun sayap Bersatu itu menafikan surat berkenaan dikeluarkan oleh pihak mereka.

Shahrir berkata, sekiranya kenyataan itu benar ia disifatkan ‘sungguh menarik’ kerana apa yang disuarakan adalah mengenai gerakan khianat dalam PN untuk cuba menumbangkan perdana menteri dengan mengumpul SD Ahli Parlimen.

“Tajuk kenyataan pun ‘Hentikan Politik Khianat Sesama Perikatan Nasional’. Kalau sesama PN, ia hanya libatkan dalaman Bersatu dan PAS sahaja. Umno tidak berada dalam PN,” kata beliau.

Beliau berkata, tidak mungkin PAS akan melakukan pengkhianatan politik walaupun pemimpin parti itu terutama setiausaha agungnya boleh berdolak dalik mengenai isu ‘sains dan data’ serta ‘mengalih tiang gol’.

“Maknanya dalam Bersatulah tu. Sebahagian besar dalam Bersatu adalah mereka yang telah mengkhianati parti asal mereka sendiri. (Mohamed) Azmin Ali dengan geng PKRnya sendiri atau ‘kartel’. Ataupun Hamzah Zainudin (menteri dalam negeri) dengan ‘geng kataknya’ yang melompat keluar dari Umno,” tambah beliau.

Bekas pengerusi Felda itu berkata, kerajaan PN disifatkan sebagai pentadbiran carca merba kerana dasarnya yang serba tidak kena.

“Betullah cakap Tun Musa Hitam, kerajaan PN macam ‘kerajaan main masak-masak’, tapi tak pandai masak kerana masakan tak sedap kerana campur ramuan yang tak kena.

“SD lagi! Takkanlah negara dan rakyat nak lihat suatu lagi perdana menteri baru, ketiga semenjak Barisan Nasional ditumbangkan pada PRU14. Sudah jadi ‘politik kerusi berirama!’” katanya.

Kata sepakat guna logo PH dalam PRU15 dicapai, kata sumber


PH sebelum ini berjaya memenangi tiga pilihan raya kecil selepas PRU14 menggunakan logonya di Port Dickson (PKR), Balakong (DAP) dan Sungai Kandis (PKR).

PETALING JAYA: Sebilangan pemimpin PKR mungkin mahu logo parti itu digunakan oleh pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang (PRU15), namun kemungkinan besar panji Pakatan Harapan (PH) yang akan bertahan.

Menurut sumber PH, persetujuan mengenai hal ini dicapai secara prinsip semasa pemukiman pemimpinnya di Port Dickson pada April.

“Semua pemimpin bersuara dan katanya, segelintir dalam PKR berkata ahli akar umbi sangat sentimental terhadap bendera mereka, terutamanya selepas ia diterima rakyat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Hujah mereka adalah logo berkenaan tiada sebarang beban lampau,” katanya.

“Bagaimanapun pihak mengkritik berkata, PKR dikaitkan dengan ‘katak’ politik yang dipimpin Azmin Ali dan gengnya yang membawa kepada kejatuhan PN dalam Langkah Sheraton.”

Tambahnya, setiap logo membawa kelemahan tersendiri, namun ia akan menggambarkan kekuatan melalui penggabungan sinergi di bawah sepanduk PH.

Pengakhirannya menurut sumber lain, logo PH akan bertahan dan kata sepakat dicapai.

Sumber itu berkata, Pengerusi PH dan Presiden PKR Anwar Ibrahim diberi kepercayaan untuk membuat pengumuman mengenainya pada waktu yang tepat.

“Beliau meminta lebih masa untuk meyakinkan ahli akar umbi bahawa menggunakan logo PH adalah jalan terbaik kerana beliau dinamakan sebagai calon perdana menteri pakatan berkenaan.

“Katanya, ini perlu dilakukan dengan cermat supaya tidak menimbulkan kekecohan,” kata sumber berkenaan.

Menurutnya, ada yang berkata tidak masuk akal jika Anwar, yang menjadi pilihan PH sebagai perdana menteri menggunakan logo PKR dalam kempennya.

Pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah ketika ini terlibat dalam pertikaian umum mengenai tiketnya untuk PRU15. Menurut sumber, ia berpotensi menimbulkan ketegangan jika Anwar gagal meyakinkan ahli bahawa logo PH adalah langkah terbaik ke hadapan.

Pertikaian ini bermula setelah Ketua Pemuda PKR dan Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir berkata dalam ucapan dasarnya pada kongres parti itu bahawa PH patut menggunakan logo parti berkenaan untuk “mengembalikan keyakinan rakyat”.

Dalam respons hampir serta merta, Ketua Pemuda DAP Howard Lee berkata, cadangan berkenaan kurang bijak, sambil menambah bahawa PH adalah entiti berdaftar, bukannya seperti pada PRU14.

Sumber berkata, Amanah dan DAP tidak mempunyai masalah dengannya kerana mereka berasa PH maju sebagai pasukan yang bersatu, maka langkah menggunakan logo PKR akan menimbulkan persoalan mengenai perpaduannya.

Katanya, jika parti dalam PH tidak boleh berkompromi mengenai hal mudah seperti ini, rakyat akan mempersoalkan sama ada gabungan itu akan terus berpecah belah selepas memegang tampuk pemerintahan persekutuan.

Selain bersikap sentimental dan berusaha menunjukkan “ketinggian darjat” satu sumber berkata, ada yang berpendapat bahawa logo PH juga dikaitkan dengan Dr Mahathir Mohamad, yang memimpin gabungan berkenaan semasa PRU14.

“Ada kumpulan dalam PKR yang tidak mahu mempunyai kaitan dengan Mahathir kerana (beliau) tidak menyerahkan jawatan perdana menteri seperti yang dijanjikan,” katanya.

Katanya, PH berjaya memenangi tiga pilihan raya kecil selepas PRU14 menggunakan logonya di Port Dickson (PKR), Balakong (DAP) dan Sungai Kandis (PKR).

Seorang sumber PKR berkata, Anwar harus menunjukkan bahawa beliau benar-benar tegas dalam hal ini kerana jika gagal isu ini boleh mengakibatkan perbezaan pendapat besar yang boleh dimanfaatkan dengan mudah oleh pesaing.

“Semakin cepat keputusan dibuat, lebih baik bagi PH kerana ia sedang diperhatikan. Anwar sendiri memenangi kerusi Port Dickson menggunakan logo pakatan itu. Cara beliau menangani isu mudah ini akan menunjukkan sama ada beliau adalah kuasa penyatuan atau perpecahan.

“Kami harap beliau membuat pengumuman segera kerana PRU15 akan menjadi perkara pertama yang dilakukan setelah imuniti kelompok tercapai,” katanya, selain menambah bahawa ia mungkin akan berlangsung dalam tempoh kurang setahun.

PTPTN DULU PUN DIA TAK SELESAI LAGI..DIA BELAGAK NAK BAGI CADANGAN...LEKEH..

 



Saranan tetap tarikh akhir daftar vaksin seperti paksa, ugut rakyat, kata Puad




Puad Zarkashi berkata, Wan Saiful Wan Jan tidak boleh membuat andaian tidak tepat dengan mendakwa kadar pendaftaran perlahan akibat sikap sambil lewa rakyat.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi menyifatkan cadangan menetapkan tarikh akhir pendaftaran vaksin Covid-19 sebagai satu bentuk paksaan dan ugutan.

“Maksudnya kalau tidak daftar juga selepas tarikh tutup, maka engkau punya pasal.

“Barangkali memang itu cara Perikatan Nasional (PN). Suka menghukum. Masalahnya menghukum cara separuh masak,” kata Puad dalam catatan di Facebook.

Cadangan itu disuarakan oleh Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan semalam yang menganggap ia boleh mencetuskan desakan untuk rakyat segera mendaftar bagi vaksinasi.

Saranan itu turut ditolak oleh beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang menyifatkan cadangan menetapkan tarikh akhir sebagai “idea bodoh” kerana lebih 10 juta orang masih menunggu slot vaksinasi mereka.

Puad berkata, Wan Saiful tidak boleh membuat andaian tidak tepat dengan mendakwa kadar pendaftaran perlahan akibat sikap sambil lewa rakyat.

“Betulkah mereka sambil lewa? Jangan buat andaian. Ketua penerangan kena turun ke bawah. Kenapa hanya 7.6 juta daripada 26.7 juta mendaftar menerusi MySejahtera.

“Kalau rakyat Malaysia sambil lewa, kenapa mereka berebut bila kerajaan tawarkan vaksin AstraZeneca?” soalnya.

Mengenai kenyataan Wan Saiful berhubung kerajaan dan NGO boleh digembleng untuk menjayakan kempen pendaftaran vaksinasi, Puad berkata, idea itu menunjukkan jentera Bersatu di lapangan sebenarnya tidak wujud.

“Kenapa mesti tunggu ada tarikh tutup? Agensi kerajaan termasuk jentera penerangan Bersatu tidak boleh buat sekarang ke?

“Ataupun jentera penerangan Bersatu memang tidak wujud di akar umbi. Tak ada orang.”

Asyraf Wajdi sifatkan darurat kerajaan PN gagal

 Asyraf Wajdi sifatkan darurat kerajaan PN gagal

Dalam tempoh sebulan setengah berbaki sebelum darurat tamat, kerajaan digesa memanfaatkan Ordinan Darurat untuk kepentingan rakyat.

Ia termasuk mengarahkan bank menawarkan moratorium tanpa caj atau faedah tambahan kepada semua golongan termasuk M40, memberi rakyat akses kepada i-Sinar dan i-Lestari 2.0 serta mengawal harga barang keperluan asas yang naik mendadak ketika pandemik.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki berkata, apa guna darurat jika tak dapat bantu rakyat.

Sebelum ini Pemuda UMNO berpendirian tidak ada keperluan darurat diteruskan selepas 1 Ogos ini kerana pelaksanaannya lebih memudaratkan negara sedangkan jelas tidak berkesan untuk menurunkan kes Covid-19 kepada sekurang-kurangnya dua angka.

Ketika ini banyak pihak yang mempersoalkan kewajaran darurat diteruskan selepas 1 Ogos.

Asyraf berkata, apabila kali pertama pada 23 Oktober 2020 kerajaan mencadangkan darurat, Yang di-Pertuan Agong menolaknya setelah diadakan Perjumpaan Khas antara Yang di-Pertuan Agong bersama Raja-Raja Melayu pada Ahad, 25 Oktober.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong perkenan cadangan darurat selepas kali kedua dicadangkan oleh kerajaan pada 12 Januari 2021.

Berhubung apakah kewajaran untuk Darurat yang bakal berakhir 1 Ogos 2021 ini diteruskan ataupun tidak, Asyraf berkata, satu Perjumpaan Khas Majlis Raja-Raja akan diadakan 16 Jun ini, antara lain bagi membincangkan isu Covid-19 ini. MG.

PUNCANYA WALAUN KAU YANG SELALU MERENDAHKAN AGAMA, SEBAB ITULAH PARTI KAU DIKUTUK

 


Selepas gagal berfungsi, Pas minta hentikan provokasi hina agama

Selepas gagal berfungsi, Pas minta hentikan provokasi hina agama

Mana-mana pihak hendaklah menghentikan sebarang bentuk provokasi terhadap agama Islam serta agama-agama lain demi untuk menjaga keharmonian yang dinikmati rakyat sejak sekian lama.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, semua aktiviti yang boleh mengundang kepada ketegangan perlu dihentikan segera.

Katanya kerana ia tidak mendatang sebarang manfaat daripada keadaan tegang yang berlaku, sebaliknya memberi ruang pihak musuh yang sentiasa ingin mewujudkan keadaan huru hara dan tegang di negara ini.

“Saya merujuk insiden seorang lelaki yang menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti dan menghina agama Islam dan berakhir dengan tindakan oleh sekumpulan penghantar makanan,” katanya pada kenyataan di sini hari ini.

Semalam polis menahan lima penghantar makanan di Sungai Way ekoran tindakan mereka dipercayai memukul seorang pelanggan yang dikatakan mengeluar kenyataan yang disifat menghina Islam.

Kamaruzaman juga berkata, dalam keadaan genting seperti sekarang, semua rakyat perlu bersatu padu untuk menghadapi ancaman bersama bagi menangani wabak Covid 19.

Bagaimanapun beliau turut memuji tindakan NGO-NGO dan pihak-pihak lain yang bertindak pantas dan menawarkan bantuan guaman kepada pihak terbabit.

“Semoga PDRM dapat mengambil tindakan pantas dan tegas untuk mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang dan dipandang ringan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

JADI KERAjaan PNkhianat MUDAH, BOLEH "PLAGIAT"

 




ZUBAIDI SUDIN 

SETELAH DSAI serah 2 dokumen mengenai cadangan dan kaedah mengatasi COVID-19 dan Ekonomi pandemik. Dua ekoq tu pun sibuk, kelamkabut cadangkan Majlis Pemulihan Negara dan juga mula Rangka Pelan Pemulihan Negara.

SEBELUM DSAI bentangkan pelan dia, tak bunyi plak dua ekoq tu ada rancang strategi memerangi COVID-19? Tetiba keduanya sebut pasal "PEMULIHAN NEGARA"? Mcm bincang awal je?

Hmm...mcm kebutohan plak? Description: 🤔Eh...Kebetulan...

Tapi kalau blueprint tu dapat kat depa, aku tak terkejut kalau depa main plagiat je. DSAI ok je asal rakyat selamat. Jgn pelik, Surat Sokongan Zahid pun boleh bocor kat Mahiaddin, hgpa rasa? Aku tanya jer.Description: 😁

TAPI...aku percaya dua ekoq tu tak ada "Political Will" utk laksanakan apa yg patut dibuat. DSAI ada sifat itu..!! So biaq pi.

Wallahualam

- Zus Din

14 June 2021


KES TURUN? 'LOCKDOWN' BERKESAN?

 

MAN TOBA


Sememangnya kes harian Covid-19 ada menunjukkan 'trend' penurunan. Tapi sebelum kita kata 'lockdown' separuh masak atau PKP 3.0 ini berkesan, kita perlu faham yang data kes harian tidak menggambarkan situasi Covid-19 di negara kita. Tidak faham? Rujuk rajah dibawah:-

Data 1: Daily new confirmed COVID-19 cases

Ini data kes harian positif Covid-19 yang disahkan KKM. Kalau anda perasan memang ada penurunan bermula sejak dari awal Jun 2021, 'trend' penurunan ini seakan-akan selari dengan tempoh kita bermula 'lockdown' separuh masak ini. Tapi cuba lihat tulisan yang di 'highlight' kuning itu, "The actual number of cases is likely to be much higher than the number of confirmed cases – this is due to limited testing". Maknanya, kes harian ini adalah berkadar langsung dengan jumlah ujian sampel harian yang diambil oleh KKM.

Data 2: Daily COVID-19 tests per thousand people

Rajah seterusnya itu pula menunjukkan data sampel ujian harian yang diambil. Kalau anda perhatikan, 'pattern' graf ini sama seperti graf kes harian positif tadi. Maknanya, jumlah sampel ujian harian yang diambil oleh KKM turut menurun sejak bermula 'lockdown' separuh masak ini. Hasilnya, kita akan dapat data kes harian yang menurun sepanjang 'lockdown' separuh masak ini dilaksanakan.

FAKTA YANG TIDAK BOLEH DISANGKAL

Hakikatnya jumlah kes harian Covid-19 langsung tidak boleh digunakan untuk menilai situasi semasa penularan Covid-19. Kita hanya boleh menggunakan data kes harian sebagai penanda -aras sekiranya jumlah ujian sampel harian yang diambil adalah statik (ditetapkan) pada kadar tertentu. Kita perlu juga terima hakikat yang 'lockdown' separuh masak atau PKP 3.0 ini adalah kerja sia-sia, buktinya saban hari wujudnya kluster-kluster baru tempat kerja terutama di kilang-kilang yang dibenarkan beroperasi.

KESIMPULANNYA

Jadi kita harap tidak perlulah kerajaan memperdaya rakyat dengan penurunan kes harian hanya untuk menunjukkan PKP 3.0 ini berjaya. Berhenti mendera rakyat kebanyakan dengan mengurung mereka berbulan-bulan tanpa pendapatan untuk kerja yang sia-sia. Disana ada yang dapurnya berhari-hari tidak berasap, ada yang kesakitan tiada ubatnya, ada yang berkira-kira untuk beli susu anak, ketahuilah rakyat sedang menderita. Tempoh hari rakyat setuju untuk 'lockdown' untuk tamatkan rantaian wabak Covid-19, bukan untuk kurung diri mereka dirumah tapi ratusan ribu syarikat dan jutaan manusia masih bertebaran menyebarkan virus. Pesanan pada kerajaan, kalau tak mahu buat betul-betul baik tamatkan sahaja PKP 3.0 ini. Kerana ianya kerja yang SIA-SIA.

#KerajaanGagal

Cp - Rizal Belon

JANGAN BERI UNDI PADA WAKIL YANG BODOH

 May be an image of 1 person and text that says "KEBODOHAN APAKAH INI? NASIONAL TERKINI Kerajaan tidak gagal, tapi rakyat ingkar PKP, SOP, 31 Mei 2021, 7:47 am INCAT BAIY BAIK MUKA Darurat INI JANGAN BERI UNDI PRU 15 NANTI Hishamuddin Abdul Karim "Lihat sahaja sikap segelintir rakyat yang melanggar PKP dan SOP sama ada di pusat membeli-belah, rentas sempadan, berkumpul dan banyak lagi," kata Setiausaha Biro Penerangar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hishamuddin Abdul Karim."

(function() { var d = document, w = window; w

JULAI 2021-PERISTIWA JULAI 2021