VIRAL! PETANI SAWIT RAMAI-RAMAI JUAL SAWIT KE MALAYSIA- MALAYSIA IMPORT SAWIT INDONESIA ?

KISAH LAMA, TAPI APA YANG NAK DIKATAKAN IALAH....




MOHD AFFENDI ABAS


Wow ... PAS dah jadi sahabat sejati sekarang! Kalau aq jadi PAS .. x hinging AQ nak pi melawat si PNyamun BossCow yang dah terbukti bersalah di mahkamah!

Sebabnya.. tindakan ini bukannya sahaja boleh menjejaskan maruah parti Islam tetapi boleh menjatuhkan martabat agama Islam kerana dilihat bersetongkol dgn PNyamun BossCow!

Agaknya dah terdesak untuk cari sokongan @ wang pertaruhan untuk PRU15 kot? Dulu boleh dapat RM 90 juta? Mana tau kali ini boleh dapat lebih lagi?

#PASik

#PNunggangAgama

#PNyamunBNgsat

#MatlamatMenghalalkanCara

 

TUUU...DIAAA...

 

MOHD SHAH RIM


Tu dia..sampai suruh INTERPOL cari Nicky..

Hari ni semua geng Nicky dibebaskan..
KITA SUMA DAH KENA KENCIN..
May be an image of 2 people and text

APA AKAN BERLAKU JIKA RUSSIA MENUTUP PAIP GAS EROPAH-SOLAR ALTERNATIF TERBAIK







 

 Russia akan tutup paip gas nort stream 1 seluruh Eropah.. Jika Russia stop gas, Eropah hanya boleh bertahan 2 Bulan sahaja ..

Pusat industri banyak telah ditutup kerana kekurangan energy ..

Pusat janakuasa letrik di seluruh dunia kebanyakan mengunakan gas dan arang batu termasuklah Malaysia .. Tapi di Eropah stesyen arang Batu sudah diberhentikan perkhidmatan.

Apabila meletus perang besar, Bumi akan bergelap kerana tiada lagi elektrik. Kapal-kapal dagang tak boleh lagi merentas laut kerana risiko ditembak misile submarine.

Majoriti orang kita sangka letrik kita hanya gunakan Hidro Sahaja..

Hidro megawatt nya rendah .. Di Pahang je banyak guna hidro itupun lingkungan 100megwatt ke bawah aje..

Aku hairanlah..kenapa gov kita tak nak kembangkan sistem solar untuk perubahan rakyat? sedangkan kita pengeluar panel solar yang terbesar.. pelik ye!

Boleh sesiapa explain kat saya kenapa gov kita tak nak kembangkn sistem solar? Bukannya tak ada barang .. Ada je.

Pak menteri boleh tolong explain tak kenapa tak nak besarkan sistem solar kat Malaysia ni.. Rakyat kita ramai yang pakar dalam Bab solar ni..

Mintak golongan yang berpengaruh bangkitkn ISU ni.. Penting solar ni jika meletus perang dunia tak de Ler negara kita bergelap.. Gas dan arang Batu banyak import.. Dah perang submarine conqer lautlah, mana berani kapal dagang nak Lintas laut..Kita import arang Batu Dari Indonesia ..

Sistem solar ni boleh berguna waktu emergency jika berlaku darurat perang..tengok eropah sekarang dah teruk sebab Russia stop gas mati beku lah Eropah tak ada letrik

Hutan habis terbakar belah sana mana ada kayu lagi dah.. Kayu pula jadi mahal dari gas.

Sediakan payung sebelum hujan Pak menteri oiii..

Kilang buat panel solar punya besar kat janda baik Tu..

Aku bagi cadangan aje sebab aku dah nampak perang dunia dah bermula cuma belum ada pihak yang declare je lagi..masing masing tengah cari jalan untuk dapatkan pengaruh kongress aje supaya mudah untuk dapatkn sign declaration perang...

Keimanan punya solar 18500 megawatt tinggi Tu..

Kredit: Wanz Wanz

https://www.facebook.com/10000380.../posts/2639858589484191/

 

Terkini! Tambang feri ke Pulau Pangkor naik sehingga 40 peratus

 


Terkini! Tambang feri ke Pulau Pangkor naik sehingga 40 peratus


Selepas khidmat kapal terbang henti ke Pangkor dari Subang sudah dihentikan hingga ke bulan Oktober 2022 hari ini tambang feri pula naik 40%.

Pemuda AMANAH Negeri Perak memandang serius dengan kenaikan harga tambang feri ke Pulau Pangkor baik dari Jeti Lumut atau Jeti Marina bermula 1 Julai baru-baru ini.

Berdasarkan pengumuman rasmi daripada pengusaha feri, mereka mengumumkan bahawa harga tiket feri ke Pulau Pangkor dinaikkan ke RM10 (satu hala) untuk dewasa.

Menurut Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Negeri Perak Mohd Ikhmal Mohd Iskandar, secara matematik kadar tambang pergi balik dinaikkan kepada RM20 (dewasa) berbanding harga asal RM14 telah menunjukkan kenaikan melebihi 40 peratus.

Selepas khidmat kapal terbang henti, tambang feri ke Pangkor pula naik 40%,
Tambang feri ke Pangkor naik 40%

“Tanpa sebarang perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan, pengusaha feri menaikkan kadar tambang ini dengan alasan mereka sudah lama beroperasi dalam kerugian (running in lost).

“Pemuda AMANAH Negeri Perak sangat khuatir, dengan kenaikan harga tambang feri ini, ia bakal merencatkan kedatangan pelancong ke Pangkor,” katanya, lapor Malaysia Dateline.

Justeru, Pemuda AMANAH Negeri Perak mendesak campur tangan kerajaan agar harga tambang ini dapat dikaji dalam mengurangkan beban rakyat seraya merangsang kedatangan pelancong yang lebih ramai ke Pulau Pangkor, Pulau Bebas Cukai yang paling dekat dari Kuala Lumpur.


AWAT PULAK TAKIYUDDIN TAK MAU SURUHANJAYA SIASATAN AWAM PUNCA BANJIR- KOT JUMPA TAKUNGAN BUNIAN ATAIH BUKIT KOT-KA TAKUT PECAH LOBANG SEJARAH MB LAMA PUNYA KERJA .???

 


Banjir Baling: Tak perlu suruhanjaya, jabatan teknikal mampu siasat punca, kata Takiyuddin





Siasatan berhubung banjir di Baling dijangka diselesaikan dalam masa
 terdekat memandangkan ia tidak melibatkan kawasan luas, kata
 Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan.
 (Gambar Bernama)

BALING: Tiada keperluan mengadakan Suruhanjaya Siasatan Awam bagi mengenal pasti punca kejadian banjir dan fenomena kepala air di beberapa kampung di daerah ini petang Isnin lalu, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, pelbagai jabatan teknikal yang berkaitan sedang membuat siasatan berhubung perkara itu dan akan membuat “kesimpulan” serta menentukan punca tragedi itu.

“Saya percaya jabatan yang berkaitan sedang mengadakan siasatan di kawasan berkenaan. Sekiranya (punca) berkaitan dengan penanaman semula, ia di bawah Jabatan Perhutanan. Ini kita serah kepada jabatan-jabatan berkaitan untuk melakukan siasatan.

“Jadi tidak perlulah suruhanjaya siasatan dan sebagainya, jabatan kita pun mempunyai kemampuan dan kepakaran yang tersendiri,” katanya dalam sidang media selepas mengunjungi tiga pusat pemindahan sementara dan melawat ke kawasan terjejas bencana banjir di sini hari ini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ads by Kiosked

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Sahabat Alam Malaysia (SAM) agar Kerajaan Kedah mengadakan Suruhanjaya Siasatan Awam bagi mengenal pasti punca tragedi banjir di Baling pada Isnin lepas dan kejadian di Gunung Jerai, Yan tahun lepas.

Takiyuddin berkata pihaknya menjangka siasatan berhubung kejadian di Baling ini akan diselesaikan dalam masa terdekat memandangkan ia tidak melibatkan kawasan yang luas.

Beliau berkata Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan membuat tinjauan di kawasan Gunung Inas, di sini bagi melakukan siasatan dan mencadangkan tindakan yang sewajarnya.

“Sepertimana yang kita buat di Gunung Jerai (sebelum ini), JMG banyak melakukan siasatan berkaitan pengukuhan kawasan lereng yang berisiko dan sebagainya, banyak cadangan teknikal akan diberikan oleh JMG kepada jabatan lain termasuk Jabatan Kerja Raya dan sebagainya,” katanya.

Takiyuddin turut menolak andaian bahawa jabatan-jabatan berkaitan lambat mengenal pasti kawasan yang berisiko berlakunya kejadian yang tidak diingini sehinggalah kejadian itu berlaku.

Katanya kerajaan dan jabatan yang berkaitan memberi keutamaan dan mengambil tindakan di kawasan yang telah dikenal pasti berisiko tinggi untuk berlaku bencana.

INISIATIF KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG-GUNA PENGANGKUTAN AWAM AKAN MENJAIMATKAN PERBELANJAAN


 

TAK PAYAH LA PULAU PINANG BAGI BANTUAN APA PUN.. DIA NAK BELAT SUNGAI LAGI...TU JA PEMBALASAN..BUKAN TU SAJA...DEPA NAK REPORT LAGI BILA BANJIR..PUNYA BUSUK PERUT...


 

(LIVE) Rafizi Ramli, Nurul Izzah & Rakan Rakan: Majlis Makan Malam Dana ...

TAKZIAH BALING - SITI AISHAH 'SRIKANDI'



Banjir kilat di Baling akibat tangan-tangan manusia hingga memakan korban yang menyayatkan?

SYARIKAT SAWIT PERLU DIHADKAN UNTUK JUAL PASARAN TEMPATAN


BILA AYAM DINAIKKAN RM9.40, BEKALAN STABIL PULA

  

PAS GONDOLKAN GUNUNG INAS BALING ATAS NAMA LADANG SEJAHTERA ???



Bermula pada 2008 -2013 ketika itu Pas memerintah Kedah dibawah pentadbiran Ust Azizan Razak, Sanusi MB Kedah sekarang adalah sebagai Setiausaha Politik, pembalakan di Gunung Inas di lakukan, kemuncak dalam tahun 2011-2012. Ini bertujuan untuk menanam getah klon balak untuk projek Ladang Sejahtera.


Seterusnya Mukhriz Tun Mahathir 2013 - 2016, tidak melakukan apa - apa, tiada aktiviti yang dikesan. 


Kemudian kerajaan BN Ahmad Bashah 2016 - 2018 membatalkan projek Ladang Sejahetra dan membuat perjanjian baru bersama ECK untuk projek Ladang Musang King secara besar - besaran. 


Ketika PH, Mukhriz Tun Mahathir sebagai MB Kedah 2018 - 2020, perjanjian antara ECK tidak boleh dibatalkan atas faktor perundangan sebelum itu, namun projek itu dikurangkan hanya kepada 20% saja dan kawasan yg telah digondol sebelum itu WAJIB membuat tanaman semula.


Mai zaman Kerajaan Pas Mohd Sanusi 2020 - Sekarang, projek itu berjalan balik dengan bukti viralnya beberapa video, walaupun arahan katanya disuruh berhenti tapi mereka berjalan macam biasa 😂.. Nak salahkan siapa?


Tanya MB Kedah lani serius atau tidak...


CURI MILO DAN CURI BILLION....CURI MILO MASUK JEL..CURI BILLION MASUK PADANG MAIN GOLF


Zunar cartoonist fan club.



HELLO NAJIB, TAKKAN SENYAP SAJA TENTANG WAWANCARA TOK MAT?

 

Sudah dua hari berlalu sejak Asia Times menyiarkan wawancaranya dengan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan yang antaranya menyentuh tentang Najib Razak, skandal 1MDB dan hukuman yang diterimanya, sehingga ini bekas Perdana Menteri itu belum lagi memberi apa-apa reaksi berkenaan dengannya.

Kenapa Najib begitu lambat dan lembab?

Bila lagi beliau mahu mengulasnya?

Kalau hal lain, kadang-kadang isu berkenaan kecil saja, malah tidak begitu penting pun, tetapi Najib begitu pantas mengulas melalui melalui kerja sepenuh masa pasukan media sosialnya.

Mengapa dalam isu berkenaan wawancara Tok Mat dengan Asia Times ini, Najib begitu perlahan?

Tidakkah apa yang disebut oleh Tok Mat dalam wawancara itu adalah secara langsung tentang dirinya?

Sepatutnya Najib lagi pantas mengulas atau menjawab apa yang Tok Mat sebut dalam wawancara itu kerana ia berkaitan dirinya sendiri.

Malulah kalau hanya sibuk atau cepat menjawab dan mengulas dalam hal-hal lain, tetapi jadi kaku berkenaan apa yang disebut oleh Timbalan Presiden UMNO sendiri berkenaan dirinya.

Takkan memadai dengan Dr Puad Zarkashi dan Lokman Adam saja menjawab bagi pihaknya.

Apa kelas gitu?

Cepatlah bersuara Najib, janganlah diam saja?

Kalau diam saja, nanti rakyat ingat macam setuju pula dengan apa yang disebut oleh Tok Mat itu, terutama tentang beban kepada UMNO akibat skandal 1MDB. – ShahbudinHusin 07/07/2022.



KEH ..KEH...KEH




 

HAK RAKYAT BUAT FLASHMOB HARGA BARANG NAIK


NAH AIHHH..ORANG BONIAN BUAT KOLAM MANDI GAKNYA YA....HANG CAKAP DENGAN GEOLOGIST KOT DEPA GELAK TERBAHAK BAHAK

 


Sumber air terkumpul di Gunung Inas, mengalir laju di cerun punca banjir, kata MB Kedah





Sanusi Md Nor berkata pokok-pokok besar di sepanjang aliran air di
 Gunung Inas masih ada dan tidak ditebang sewaktu ladang hutan
 tanaman durian Musang King dibangunkan. (Gambar Bernama)

BALING: Sumber air terkumpul banyak di Gunung Inas yang mengalir turun dengan laju di sudut cerun yang curam dipercayai menyebabkan berlakunya kejadian banjir dan fenomena kepala air, Isnin lepas.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata kesimpulan itu berdasarkan tinjauan udara yang dilakukan bersama polis semalam di kawasan gunung itu yang turut mendapati tiada pecahan takungan air seperti yang didakwa.

“Saya berpeluang menaiki helikopter polis untuk meninjau kawasan bencana dan dapat melihat secara menyeluruh laluan aliran air yang berpunca dari Gunung Inas sehingga kawasan bencana dan Pekan Kupang.

“Pemerhatian mata kasar dari udara, saya dapati air terkumpul begitu banyak dalam satu masa dan terdapat berpuluh-puluh lorong yang terbentuk di Gunung Inas yang mengalir ke bawah di sudut cerun yang sangat curam dan menyebabkan air bergerak begitu laju di Lata Celak ini dalam tempoh serentak,” katanya dalam kenyataan.

Sanusi berkata pada tinjauan itu, beliau mendapati takungan yang dibina di kawasan tanaman Musang King masih ada dan takungan tempat pengumpulan air untuk dipam masuk ke kolam berkenaan juga tidak pecah.

Katanya, pokok-pokok besar di sepanjang aliran air di gunung itu juga masih ada dan tidak ditebang sewaktu ladang hutan tanaman durian Musang King dibangunkan.

Justeru beliau berkata kesimpulan pada masa ini sebelum mendapat laporan daripada jabatan teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) adalah aliran air bergerak begitu laju di cerun yang curam daripada sumber air yang terlalu banyak dan bercantum menjadi satu di aliran Lata Celak yang mengalir ke Sungai Kupang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Isnin lepas, banjir dan fenomena kepala air di Baling mengakibatkan tiga nyawa terkorban dan lebih 1,400 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan selain 15 rumah musnah dihanyutkan arus deras.