BALING TERUS MENANGIS



BALING TERUS MENANGIS

Jasad wanita hamil dan ibu mertua ditemui berpelukan

DUIT, HUTAN, SUNGAI JADI MANGSA

Baling terus menjadi sejarah dan sensasi walaupun daerah ini bukan pusat pelacongan utama atau tumpuan org Malaysia ke sini. Sampai ada org kata Baling ini tempat jin bertendang. Saya dah pusing semua negeri Malaysia tapi belum pernah ke Baling.

Nama Baling dikatakan berasal daripada peristiwa Raja Bersiong seperti tercatat dlm Hikayat Merong Mahawangsa. Kononnya Raja Bersiung gemar memakan sayur bayam dgn kuah darah manusia.

Kelakuannya dibenci rakyat dan menyebabkannya melarikan diri dari istana. Ketika dlm kepungan menteri dan rakyat, Raja Bersiung terpaksa menderita sakit gigi siongnya.

Baginda dikatakan telah memulas keluar kedua siongnya di suatu tempat dan membaling gigi siongnya jauh ke tempat yg kini dikenali sebagai Baling… begitulah diriwayatkan… Wallahualam.

Dlm cerita Melayu moden, nama DS Anwar Ibrahim tidak boleh dipisahkan dgn Baling. Beliau ditangkap dan dipenjarakan selama 2 tahun kerana memimpin perhimpunan bersejarah Demonstrasi Baling 1974 bagi memperjuangkan nasib petani miskin Kedah.

“Pengalaman di Baling memberi erti yg bukan kecil terutamanya tentang perjuangan, kemiskinan serta derita rakyat. Peristiwa tersebut benar2 mencorak sebahagian besar politik saya tatkala saya pada saat itu masih seorang mahasiswa dan saya percaya org muda itu mesti di depan menjadi jurubicara umat,” ujar Anwar.

Maknanya Baling dahulu dikenali sebagai daerah yg miskin. Kemiskinan dan penderitaan rakyat Baling yg diperjuangkan DS Anwar sejak dari dulu masih berterusan.

Hari ini kita dikejutkan banjir lumpur melanda Baling selepas kita dikejutkan 12,140 hektar tanah bukit antara Kulim dan Baling terutama Gunung Inas telah dibangunkan sebagai ladang durian musang king terbesar di dunia seperti didakwa seorang lelaki dlm sebuah video tular.

Selepas Kelantan, Pahang dilanda banjir lumpur serta pokok yg hanyut, di Baling dikatakan punca yg sama di daerah tersebut. Ratusan penduduk menjadi mangsa sehingga melibatkan kematian ibu yg mengandung bersama mertuanya.

Peristiwa ini sgt2 menyayat hati kerana ia berlaku hasil tangan2 yg kotor. Jika bertanya kpd kerajaan negeri dan Pak Menteri seperti biasa mereka akn menafikannya walaupun jelas pokok2 dihanyutkan ke kampung2 berdekatan.

Yg lucu bahasa mereka tiada pembalakan yg aktif. Maksudnya ada pembalakan. Mungkin setakat 10 ribu ekar tidak aktif bagi mereka yg tiada rasa cinta kpd alam dan hanya memikirkan soal keuntungan.

Betul lah kata wanita asli…” Kami tidak kacau org bandar kenapa Dato dtg kacau org asli di hutan. Ikan di sungai tercemar jadi kami org asli mahu makan apa… makan sawit?”.

Kesannya lihatlah rakyat… sedarlah ia berpunca dari tangan2 yg kotor yg memusnahkan alam. Sebab itu hargai pencinta2 alam yg menperjuangkan nasib2 sungai kita yg semakin lama semakin byk yg tercemar.

Inilah sebabnya kenapa rakyat Malaysia perlu bangkit dan sedar. Kenapa perlu peka kpd politik? Kenapa jgn mudah ditipu atas nama bangsa dan agama? Kenapa tidak boleh serahkan kuasa politik kpd pemimpin2 yg korup?

Pertama lihat pelbagai subsidi tidak mampu lagi diberikan kpd rakyat. Pemimpin bermesyurat bukan memikirkan bagaimana membantu rakyat tetapi memikirkan bagaimana hendak menaikkan elaun beratus ribu di kalangan kroni mereka.

Pemimpin Melayu bercerita soal Melayu tetapi hutan2 berpuluh ribu ekar ditebang tauke2nya Cina. Ingatlah 600,000 ekar hutan di Kelantan telah diterokai. Genting Highland dpt tanah percuma 12,000 ekar dari negeri Pahang 2,000ribu ekar dari negeri Selangor. Kita org Melayu yg kononnya tanah ini milik kita nak tanam 1 ekar tanah kerajaan pun dihalau.

Kini rakyat di bandar merana, rakyat di hutan sengsara, haiwan di sungai mati dan haiwan di hutan kepupusan. Negara kita bukan lagi sakit tapi sebenarnya sdg nazak. Bangkitlah rakyat Malaysia… ‘Ayuh Malaysia Kita Semua Mat Kilau’!!!