ADAKAH BELIAU LAYAK UNTUK MENJADI IKON KES BULI


MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF
 

Maaf.

Sekiranya slot Cerita Orang Gagal oleh Projek Belia Mahir yang menjadi kontroversi ini cuba mewujudkan kesedaran tentang ISU BULI SIBER di kalangan pelajar sekolah, saya kira anak muda yang paling layak dijemput ialah adik Ain Husniza Saiful Nizam.

Saya lihat adik Ain dibuli di alam siber dengan begitu teruk sekali bukan sahaja oleh orang muda, malah juga Pak Cik Mak Cik yang tua.

TETAPI walaupun tekanan demi tekanan diberikan sehingga ada yang mendoakan kegagalannya, dia tetap berjaya memperolehi keputusan SPM yang cemerlang baru-baru ini.

Walaupun dia menjadi mangsa buli siber, dia berdiri teguh dan jalan terus sehingga berjaya.

Hebat bukan?

Dan perjuangan adik Ain adalah untuk mewujudkan sekolah yang selamat dari kebobrokan dan kejelekan.

Kenapa bukan Ain?

Noor Afidah Abu Bakar

Parent Connect Consultancy

Artikel: The Vocket.




No comments: