PTPTN pertimbang cadangan pemansuhan, kembalikan diskaun

PTPTN pertimbang cadangan pemansuhan, kembalikan diskaun
WAN SAIFUL: Segala cadangan yang diberikan itu akan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan dan Kabinet untuk sebarang keputusan akhir.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan berkata pihaknya akan mempertimbangkan semua cadangan pihak luar termasuk mereka yang mahu diskaun bayaran balik PTPTN dikembalikan dan pemansuhannya.

Bagaimanapun menurut Wan Saiful, segala cadangan yang diberikan itu akan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan dan Kabinet untuk sebarang keputusan akhir.

“Sebenarnya dari segi liabiliti sekarang ni, saya rasa tanggungan kita memang amat besar, dan saya mengalu-alukan cadangan yang diberikan oleh semua pihak termasuklah dari AMK dan juga pimpinan parti parti komponen Pakatan Harapan.

“Yang kita boleh lakukan adalah memastikan bahawa kempen penabungan kita berjalan lancar supaya kebergantungan rakyat kepada hutang dapat dikurangkan,” ujar Wan Saiful.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Program Back To School anjuran PTPTN di Ipoh pada Rabu.

Sebanyak RM135,000 disalurkan melalui Pertubuhan Wanita Prihatin Perak untuk menjayakan program tersebut yang meliputi sumbangan kepada 1,200 pelajar di Perak.

Turut hadir ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Wan Saiful berkata demikian sebagai mengulas ucapan dasar Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang dipetik sebagai berkata hutang lapuk PTPTN sekiranya terus diwarisi berkemungkinan besar akan melangkaui hutang 1MDB.

Dalam ucapan dasarnya sempena Kongres Nasional AMK baru-baru ini, Akmal berkata berdasarkan unjuran hutang ptptn akan meningkat menjadi RM76 bilion dalam masa 20 tahun.

Selain itu, perwakilan Puteri UMNO baru-baru ini mahu PTPTN mengembalikan kemudahan diskaun untuk pembayaran balik pinjaman itu.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Tebrau, Fadilah Suradi dipetik sebagai berkata, tawaran pelupusan hutang ptptn bagi graduan yang beroleh ijazah kepujian kelas pertama juga tidak lagi dinikmati.

Aminuddin minta Rafizi timbang semula hasrat untuk bersara dari politik


MGF12042019_PC-MB-AMINUDIN01

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun bercakap kepada media sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Kuala Sawah, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 12 APRIL 2019.
SEREMBAN – Pengerusi PKR Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun meminta Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli supaya menimbangkan semula hasrat beliau untuk bersara dari politik.
Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata ini kerana beliau adalah seorang tokoh yang mampu ke hadapan lebih jauh dalam arena politik tanah air.
“Kita tidak harus kehilangan tokoh politik yang betul-betul berjuang untuk memastikan bahawa perubahan itu dapat dijalankan dengan baik.
“Saya sebagai sahabat merayu supaya beliau mempertimbangkan semula hasrat beliau itu supaya rakyat negara ini tidak kehilangan seorang yang mampu memberikan pandangan, idea dan semangat untuk melihat bahawa demokrasi itu dapat dijalankan dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Mohd Rafizi untuk bersara dari politik.Pada 15 Nov lepas, Mohd Rafizi dilaporkan berkata beliau tidak berminat untuk kembali aktif berpolitik buat masa sekarang, dan mengatakan dalam tempoh tiga ke empat tahun ini beliau hanya mahu menjadi rakyat biasa.- BERNAMA


TERATAK ANWAR IBRAHIM







Producer : Thanks for visiting Uni-tee.org. We are proud to present the Launch of the Teratak Song Album. Presenting Loh Gwo Burne, Danny Tan & Co, while featuring Anwar Ibrahim, Elizabeth Wong and the Wayfarer. Free Downloads are available at the bottom of the page. In the mean time check out some pictures below of the Crew composing and creating the album. Enjoy. LYRIC : TERATAK Teratak awal segalanya teratak membawa bahagia bagai cahya mahkota bertahtakan permata teratak selalukan ada di jiwa Teratak berbagikan cerita teratak menangis dan tertawa.. bagai payung melebar digerimis senja teratak selalu kan ada di jiwa (Chorus) Bukan mahligai karun yang di tengah gurun hanya sinaran kasih dan sayang cintanya bagai cahaya menerangi semesta mari bersama hadapi segalanya Teratak berbagikan cerita teratak menangis dan tertawa.. bagai payung melebar digerimis senja teratak selalu kan ada di jiwa (Anwar Ibrahim) Damai, jaringan nadi darahku takku dengar lagi seteruan ? Damai jaringan degup jantungku curiga sengketa hingga kau berkorban untuk semua cinta damai hadir saksama sejahtera selamanya Ceritra..Istana yang terindah.. mari bersama hayati meniti cahaya ilahi

MENJELANG SIDANG APEC NOVEMBER 2020, APAKAH KETIKA ITU ANWAR SUDAH DIPENJARA?


Dalam interbiu dengan Reuters, meskipun Tun Mahathir Mohamad seperti menunjukkan keikhlasannya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim selepas Sidang APEC pada November 2020, beliau bagaimanapun agak berbelit di hujung kata-katanya.

Sementara menegaskan akan menunai dan mengotakan janjinya itu, beliau kemudian berkata, ia terpulang kepada keadaan pada waktu itu.

“Setakat yang saya tahu, saya akan berundur dan menyerahkan kuasa kepadanya.

“Jika rakyat tidak mahu dia, itu hal mereka, tetapi saya akan kotakan janji saya.

“Tidak kira apa tuduhannya. Saya sudah berjanji, saya akan kotakan janji saya,” kata Tun Mahathir lagi.

Bagaimanapun, ketika ditanya jika begitu, adakah peralihan kuasa akan berlaku pada Disember 2020, Tun Mahathir berkata, “kita akan lihat bila tiba masanya nanti”.

Kenapakah setelah mengatakan akan menunai dan berpegang kepada janji penyerahan kuasa itu, beliau seolah-olah masih kabur tentangnya?

Mengapa masih dikatakan “kita akan lihat bila tiba masanya nanti”?

Mengapa begitu susah untuk Tun Mahathir mahu menyebut perkataan “Ya” atau “Pasti” bagi mengiringi keyakinannya akan menunaikan janji penyerahan kuasa selepas Sidang APEC itu?

Kekaburan yang berterusan tentang peralihan kuasa ini, jika diperhatikan seolah-olah ada kaitan dengan aduan salah laku seks yang dibuat oleh tiba-tiba dilakukan Yusof Rawther terhadap Anwar, walaupun kejadian dilaporkan berlaku lebih setahun yang lalu.

Bahkan, ia ternampak lebih ada kaitan kerana terlihat begitu cepat diambil tindakan oleh pihak polis berbanding kes “video Haziq” yang sudah berbulan-bulan tapi masih tidak ketahuan.

Dalam hal ini, setelah beberapa saksi dilaporkan akan dipanggil dalam kadar segera dan kertas siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan juga telah dibuka, apakah jalan ceritanya menunjukkan Anwar akan ke penjara sekali lagi?

Apakah episod 1998 berulang kembali?

Seiring dengan kata-kata Tun Mahathir bahawa beliau akan melakukan penyerahan kuasa selepas November 2020, tetapi disusuli “kita akan lihat bila tiba masanya nanti”, adakah semua ini menunjukkan menjelang Sidang APEC itu nanti Anwar sudah pun dijatuhkan hukuman penjara dan tidak layak lagi menggantikannya sebagai Perdana Menteri?

Dalam konteks yang berkaitan, setelah Anwar dijatuhkan hukuman, apakah selepas itu kes “video Haziq” yang lebih mudah yang dikatakan membabitkan Azmin pula menyusul giliran masuk perbicaraan?

Maka itu, setelah Anwar dan Azmin masing-masing ada kesalahan dan Muhyiddin Yassin pula tidak berapa baik kesihatannya, siapakah lagi pilihan yang tinggal untuk menggantikan Tun Mahathir?

Barangkali ketika itu berkatalah Tun Mahathir bahawa beliau memang mahu menunaikan janji kepada Anwar atau memberi pilihan kepada calon-calon lain untuk menggantikannya, namun kerana mereka nampaknya ada masalah yang tersendiri, ia tidak dapat dilaksanakan seperti yang diinginya.

Lalu, selain Mukhriz, siapakah lagi calon lain yang tinggal untuk mengisi kerusi Perdana Menteri pada waktu itu?

Bolehkah ketika itu, sesiapa dalam PH membantah atau menonjolkan calon lain lagi? (ShahbudinHusin 11/12/2019)


ANGKUH KOT...MAJLIS PRESIDEN...ALAHAI...

Serah jawatan kepada Anwar selepas Nov, jika rakyat tidak mahu itu hal mereka – Tun M


2003 DULU KENA LEPASKAN JAWATAN ATAS DESAKAN RAKYAT DAN UMNO...Maka kerana itulah kuasa rakyat kuasa keramat. Jangan hina rakyat. Kamu dilantk setelah dijaja Anwar akan mengambilalih dalam masa terdekat.rakyat bagi undi dengan harap, ianya akan berjalan dengan baik. Namun..sebaliknya berlaku. AZmin dilantiik walau bukan cadangan kerana telah menjadi Menteri Besar,nampak bunga perpecahan.

Kemudian Dap pula dikaitkan dengan LTTE...kini WARISAN di Sabah kena hadap pulak bila bertanding di Kimanis...apa semua ini? PH harus berhati hati kerana dibibir penghasut, telah berjaya menanamkan slogan kerajaan sepenggal.Majlis Presiden pula patut sedar, kecuali nak jadi sungguh kerajaan sepenggal.Kami rakyat marhaen, susah senang kami hadap sahaja pun....



 


MGF190719_RETREAT-PIMPINAN-PKR14
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap sesuatu dengan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada retreat pimpinan PKR di Grand Lexis Hibiscus, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 19 JULAI 2019
KUALA LUMPUR – Dakwaan terbaharu serangan seksual melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengubah pendirian Perdana Menteri.
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, janji untuk melantik Presiden PKR itu 
menjadi penggantinya akan ditunaikan.
Bagaimanapun, beliau tidak akan menyerahkan kuasa sebelum Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur pada November tahun
 depan, tetapi boleh berbuat demikian selepas itu.
“Saya berjanji menyerahkan kuasa dan saya akan kotakannya, tetapi saya rasa perubahan segera sebelum sidang APEC akan menimbulkan gangguan.
“Setakat yang saya tahu, saya berundur dan menyerahkan kuasa kepadanya. 
Jika rakyat tidak mahu dia, itu hal mereka, tetapi saya akan kotakan janji saya. 
Tidak kira apa tuduhannya. Saya sudah berjanji, saya akan kotakan janji saya,” 
katanya dalam wawancara bersama REUTERS.

MENGAPA MASIH ADA RAKYAT YANG MAHU DSAI JADI PM8..??

MENGAPA MASIH ADA RAKYAT YANG MAHU DSAI JADI PM8..??

Mengapa kita mau DSAI PM8?

Soal model pembangunan...

Model?

Ya...

Model yang berbeza dengan yang sedia ada...

Tun... kita dah tahu model Tun.

Model Tun... kayakan individu yang dipilih... depa akan bayar cukai yang banyak kepada negara Tun kata... Tajudin ambil MAS berjayakah?

Vincent Tan, Halim Saad... just some names...

Amnya gitu model Tun.

Tun jadi PM selama 5 penggal... DAN modelnya kita dah ikuti... DAN dah kita tahu...

Najib... tiada model... lebih kepada ikut Semah...

Anwar..??

Anwar idealismanya boleh di dalami dalam risalah ABIM tahun 78, 79, 80..

Ia bicara bab tamaddun...

... bab keadilan.

... DAN masih kekal yang sama sehingga sekarang.

Saya mendalami ayat2 AlQuran seluruhnya 30 juz...

... maksud saya terjemahannya...

... banyak kali... dari juz 1... hingga juz 30.

Intisari ayat2 Makkiyah yang 13 tahun itu bicara bab insan...

... rasa keinsanan DAN manusiawi...

... utamanya beri makan kepada orang miskin DAN anak2 yatim...

Utama tu... dalam beragama...

Menyuburkan pembangunan
... kemanusiaan,
... keinsanan,
... keadilan,
... pembinaan tamaddun.

Ini teras dalam ayat2 Makkiyah...

DAN ini laungan dalam risalah-risalah ABIM hujung tahun 1970an.

Anak melayu anak kita...
Anak cina anak kita...
Anak india anak kita...
DAN seterusnya...

Model pembinaan tamaddun ini selari dengan ajaran Islam yang Nabi kita SAW bawa...

DAN AlQuran adalah mukjizat yang mampu memimpin manusiawi...

Dengan kekal teguh dengan perlembagaan Malaysia sedia ada...

Maka model PM8 ini adalah model yang berbeza dengan model2 BN sebelum ini.

Keinginan ingin tahu menyebabkn kita pilih model yang amnya LEBIH UTAMAKN RAKYAT.

Lets give it a try...

DAH AHLI RAMAI, KENAPA SERONDOI UMNO?



Oleh: Panglima Utara.



Parti yang mengaku berjuang Islam kononnya syok ahli partinya ramai. Padahal:

1. Ada nama dalam rekod keahlian tapi sudah mati. Kalau dah mati memanglah tak boleh nak beritahu yang dia dah mati. 

2. Ada yang sudah keluar parti tapi tak beritahu. Nama kekal dalam rekod ahli. Kalau beritahu nanti kena neraka dan kafir pula.

3. Jadi ahli sebab pihak lain yang isikan borang dan bayarkan yuran. Orang begini jadi ahli semua parti politik  kerana tujuan tertentu. 

4. Ibu bapa yang isikan borang sebab bagi parti itu asalkan baligh boleh jadi ahli. Anak tak tahu pun dia jadi ahli parti itu. 

5. Jadi ahli sebab keluarga sendiri atau keluarga mentua ahli parti itu. Kalau tak jadi ahli nanti susah pula hubungan adik-beradik.

6. Suka-suka saja jadi ahli. Yuran tak pernah bayar, markas tak pernah jengah, mesyuarat tak hadir, usrah tak tahu apa satu. Sekadar ahli, tak tahu apa-apa.

Dalam konteks politik, ahli ramai tapi kalah pilihanraya, macam pokok mempelam harum manis yang rimbun daun tapi tak ada buah. 

Bolehlah nak buat berteduh apabila panas. Cuma orang kebun sebelah jilat jari makan pulut harum manis, dia balut rokok daun sambil garu ketiak gatal.

Ahli parti atau tidak, bilangan undinya satu. Lebai atau bukan, satu juga undinya. Kafir atau Islam, sama saja satu undi.

Kalau dah seronok ahli ramai dan perasan kuat, buat apa pergi PWTC menyerondoi Umno? Buat apa sanggup jadi khadam MCA untuk kutip undi Cina?

Ahli ramai, tapi akhbar sendiri tak laku? Nak buat apa? Ahli ramai konon tapi hutang cetak Harakah pun tak boleh bayar, apa hal?

RAFIZI HARUS KEMBALI KE GELANGGANG POLITIK: Rafizi dan perjuangan melawan elit rasuah.



1.Saya terkejut mendapat berita pengunduran Sdr Rafizi daripada politik.Walaupun desas-desus mengenainya pernah sampai ke telinga, saya tidak mahu percaya hingga kenyataan rasmi beliau semalam.

2.Ianya satu berita sedih bagi setiap pejuang anti rasuah dan berita gembira bagi elit perasuah.Sebabnya jelas.Hanya perasuah atau orang berjiwa hamba dan bodoh gagal memahaminya.

3.Saya kenal Rafizi sejak beliau jalani pengajian di UK.Beliau bersama perjuangan reformasi sejak itu lagi dan banyak membantu gerakan reformasi di sana.Beliau aktif, serius, pintar dan petah.

4.Sekembalinya dari UK beliau terus sertai PKR.Saya sendiri usulkan kepada pimpinan parti agar Adlan Benan Omar dan Rafizi keduanya sekali ditawarkan menduduki Majlis Pimpinan Tertinggi(MPT) parti.Dan Rafizi menjadi ahli MPT termuda pada masa itu.

5.Allahyarham Adlan Benan Omar juga pengasas Pemuda Keadilan.Pelajar cemerlang lulusan Cambridge dan bekas Presiden UKEC ini adalah ideolog dan 'otak' kepada kami Pemuda Keadilan.Beliau kembali ke Rahmatullah lebih 10 tahun lalu.

6.Sepertinya direncanakan atau kebetulan Rafizi mula menampilkan dirinya dan melangkah gagah setelah sahabat paling akrabnya Adlan Benan pergi.Setelah itu semuanya sudah menjadi sejarah perjuangan cemerlang yang kita semua tahu tapi mungkin lupa.

7.Saya tidak bersetuju dengan semua langkah dan tindakan Rafizi.Ada yang saya nyatakan secara terbuka, ada yang tidak.Tetapi saya mengakui dan tidak pernah menafikan beliau adalah antara pejuang reformasi yang terbilang, rekod melawan rasuah dan elit politik korup itu luarbiasa dan hebat.

8.Dan kali ini saya tidak bersetuju beliau memilih untuk bersara seketika atau selama2nya dari berpolitik.Ianya kehilangan besar bagi perjuangan reformasi disaat menentukan (crucial) ini.

9.Saya amat berharap dan berdoa sepertimana ramai yang lain agar Rafizi memikirkan semula keputusan itu.Beliau amat diperlukan oleh perjuangan dan negara saat ini dan masa depan.Beliau bersama pemimpin2 muda spt Samsul Iskandar,Nik Nazmi,Akmal dan lain2 saya perhatikan dan percaya sudah siap menjadi lokomotif utama perjuangan.

10.Beliau pastinya tahu dan faham kejayaan awal reformasi dalam PRU14 lalu mewujudkan reaksi tindakbalas daripada kelompok elit korup yang jahat,kaya raya dan masih berpengaruh untuk menggagalkan proses reformasi ini.

11.Rafizi tidak boleh membiarkan elit keparat ini berjaya dan proses reformasi gagal lebih2 lagi sekarang ada dikalangan pimpinan parti kerajaan sendiri bersekongkol dengan mereka.

12.Rafizi perlu memikirkan semula hasratnya untuk berundur.Demi kelangsungan perjuangan melawan elit jahat yang masih membelit umat hari ini.

Mohamad Ezam Mohd Nor

PROGRAM SARAPAN DILAKSANAKAN IKUT SOP



ZAMAN bn SEJAK 2017-2018 LINGKUP DAH PROGRAM SUSU..DISAMBUNG SEMULA PADA TAHUN INI.ITU PUN JANGAN ....SOKONG LAGI Umno...


Bernama TV
27 min
Program Sarapan Percuma (PSP) yang akan bermula Januari depan akan dilaksana mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pemilihan makanan di sekolah berasrama, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata SOP tersebut selaras amalan pemakanan pelajar berbilang kaum dalam negara iaitu dengan mengutamakan makanan halal, pemakanan sayur-sayuran dan ada yang tidak memakan daging.

Kongres PKR: Lembaga Displin mulakan siasatan

Image result for gambar kecoh pkr

 
Salah seorang perwakilan cedera dibaling batu pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto FAREEZ FADZIL, 06 DISEMBER 2019
KUALA LUMPUR – Lembaga Displin PKR akan memulakan siasatan terhadap ahli-ahli
 yang melanggar displin parti semasa berlangsungnya Kongres Nasional PKR di Melaka pada Jumaat hingga Ahad lalu.
Menurut Pengerusi Lembaga Displin, Datuk Ahmad Kasim, tindakan paling tegas
 akan diambil parti terhadap mana-mana anggota yang melanggar garis sempadan disiplin parti terutama kepada mereka yang melakukan ancaman fizikal.
“Lembaga Displin akan menggunakan siasatan polis sebagai salah satu rujukan yang utama serta saranan pucuk pimpinan parti yang menyatakan tindakan tegas kepada sebarang bentuk keganasan yang berlaku terutamanya semasa kongres AMK berlangsung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
MGF21082019_PC-MESYUARAT-BIRO-POLITIK-PKR03
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kasim
Sehubungan dengan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai bukti
 kukuh terhadap salah laki disiplin agar mengemukakan bukti-bukti itu kepada
 pihaknya.
Lembaga Disiplin juga, katanya, meminta semua anggota yang mempunyai maklumat sertabukti-bukti mengenai salah laku disiplin parti untuk segera membuat aduan rasmi bagi membolehkan pihaknya memulakan siasatan.
Katanya, dengan ada siasatan pihaknya akan menimbang syor-syor tindakan atau hukuman yang wajar dikenakan kepada anggota-anggota yang terbukti melanggar
 displin parti.
Semalam, polis Melaka berkata pihaknya telah menahan enam individu bagi 
membantu siasatan berhubung insiden rusuhan pada Kongres Nasional Angkatan 
Muda Keadilan (AMK) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh 
pada 6 Disember lalu.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Melaka Mat Kasim Karim, di mana individu terbabit ditahan secara berperingkat bermula 6 Disember.
Mereka antara 14 individu yang dikehendaki membantu dan melengkapkan kertas siasatan kes itu di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan sebelum dihantar 
ke timbalan pendakwa raya bagi tindakan lanjut. 



MGTV LIVE : "Ada Pemecatan ?" Saya Tidak Fikir Lagi - Anwar Ibrahim




KENYATAAN MEDIA


Imej mungkin mengandungi: teks





Merujuk kepada dakwaan fitnah terbaharu terhadap saya, saya berterima kasih kepada pihak polis kerana telah menyegerakan siasatan mereka.

Ingin saya tegaskan bahawa saya bersedia memberi keterangan kepada pihak polis dalam kadar segera untuk membantu siasatan.

ANWAR IBRAHIM 

11 Disember 2019

PDRM TERUS DIUJI LAGI, DI MANA SIASATAN KES SEMBURIT?




Bukit Aman akan panggil Anwar untuk bantu siasatan kes yang diadu oleh mamat tu.  Pelik ke?  

Bagi aku tak pelik, sbb tu Anwar relaks je.  Memang Anwar mahu kes itu disiasat sbb itu dia lebih dulu buat report polis berbanding mamat yg menfitnahnya.  Bahkan, Anwar susuli  pula dgn surat kpd mamat tu agar bersedia untuk hadapi tindakan saman fitnah.  

Apabila Anwar buat report Polis, sudah tentu Anwar faham bahawa pihak polis terpaksa siasat kes tersebut.  Di dalam siasatan, tentulah kedua2 pihak akan dipanggil untuk diambil keterangan.  Itu proses biasa.  Kalau polis tidak menyiasat dan Anwar pun tidak dipanggil beri keterangan, ertinya satu ketidakadilan telah berlaku.  

Anwar memang patut dipanggil untuk beri keterangan sebab beliau yang membuat aduan bahawa dirinya telah difitnah.  Mamat berserabut ini pun patut dipanggil juga untuk beri keterangan sebab dia mengadu dia telah dicabul di rumah Anwar sewaktu Anwar sibuk berkempen di PD.  Hahaha...

Tak pelikkan?  Apa yang pelik sedikit, mengapa kes semburit Haziq dan pasangannya yang menyerupai Azmin itu hampir setengah tahun masih belum selesai?  Kalau kes Anwar kali ini tanpa video di dalam bilik atau CCTV serta saksi dapat disiasat dengan pantas nanti, tetapi kes semburit yang dibantu dengan video, cctv serta saksi2 yang mudah untuk dicari,  masih gagal diselesaikan, ertinya reformasi terhadap sistem perundangan kita gagal.  

Perkara2 seperti inilah yang menyebabkan rakyat desak Tun M berhenti.  Majlis Presiden PH pun jangan pekakkan telinga atau butakan mata di atas satu persatu Allah tunjukkan apa yang berlaku.  Jangan kerusi empuk itu membuat kelian lena sedangkan musuh kelian tidak pernah lena.  

WFAUZDIN NS

MASA DEPAN BN BELUM PASTI, MN TIDAK UNDANG MCA

KEMENANGAN DI TG PIAI MUNGKIN MALAPEKATA BUAT BN?

PERCUBAAN TERBARU MENUBUHKAN KERAJAAN PINTU BELAKANG



Ini maklumat yang Tulang Besi dapat:

1) Kesemua Ahli-ahli  Parlimen yang dikatakan terlibat sudah diarahkan membatalkan apa-apa hasrat untuk keluar negara sehingga akhir tahun ini.

2) Presiden sebuah parti yang terlibat ini sepatutnya pergi ke Turki semalam tapi telah membatalkan hasrat beliau dan membatalkan pemergian beliau secara mendadak

3) Ahli-ahli  Parlimen dari UMNO dikatakan ramai yang terlibat memandangkan pihak yg menjadi tulang belakang usaha ini mampu menjanjikan projek yg berpuluh-puluh juta dalam kawasan parlimen mereka seperti yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar baru-baru ini.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221416520832595&id=1537004309

4) Di katakan ada 3 orang MP dari golongan oren juga terlibat dan 3 orang dari parti roket. Dari parti mata dikhabarkan ada 15 orang.

5) Dikhabarkan kesemua ahli2 parlimen ini akan akan diagkut ke Istana Negara dan secara otomatik kerajaan PH akan bubar digantikan dengan kerajaan Melayu.

6) Perdana Menteri tidak bertukar tapi Timbalan Perdana Menteri akan bertukar.

7) Semua ini.akan berlaku dalam bulan Disember ini sebagai langkah terakhir yang terdesak untuk menghalang Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri

8) Selain dari nama-nama yang kita sudah maklum, kali ini.usaha ini dijuarai oleh daulah terpendam

9) Selepas berlaku pertukaran kerajaan, AG akan dipecat serta Anwar dan Rafizi akan masuk penjara

Mari kita sama-sama doakan supaya usaha jahat ini gagal

Mari kita berbuat Qunut Nazilah ke atas konspirator-konspirator laknat ini yang berbuat ini semata2 mahu mempertahankan amalan mereka merompak hak rakyat dan orang Melayu.

TULANG BESI

CADANGAN TEPAT DARIPADA SHAMSUL



Oleh Mohd Sayuti Omar ( MSO )

Langkah Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Shamsul Iskandar untuk mencadangkan kepada Lembaga Disiplin Keadilan mengambil tindakan tegas dan keras kepada Naib Presiden Zuraida Kamarudin ekoran keterlanjuran dan kurang sopan Ahli Parlimen Ampang Jaya itu yang mengkritik individu tertentu dalam parti itu dianggap biadab dan terkeluar landasan adab, adalah tepat. 

Zuraida bukan saja mengeji Ahlil Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil dan Pengerusi MPN Perak tetapi memburukkan Presiden Anwar Ibrahim yang mendedahkan isi perbualan personal beliau dengan presiden PKR itu. 

Cadangan Shamsul itu sewajar diambil perhatian dan dilaksanakan. Dengan membiar Zuraida terus berkokok dan mencerca ia tidak membawa kebaikan kepada parti itu sekaligus juga menunjukkan parti itu mempunyai disiplin yang longgar. 

Dan apabila Zuraida menghilang kewarasan dan hati budi sebagai pemimpin tertinggi ertinya dia juga sedia menerima apa juga tindakan termasuk dipecat. Keadilan perlu menjaga dan menyelamatkan wibawa dari menjaga kedudukan seorang pemimpin seperti Zuraida. Trims. -

KENYATAAN MEDIA



KENYATAAN MEDIA
KETUA PENAJA
PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA
10 Disember 2019 | 13 Rabi’ulakhir 1441H

WIRA PUTRA GESA SPRM SIASAT SEGERA KETIRISAN WANG RAKYAT LEBIH RM50 JUTA OLEH KETUA PEGAWAI OPERASI PEMERBADANAN MENTERI BESAR SELANGOR

_Oleh : Nasrul Ali Hasan Abdul Latif_
_Ketua Penaja_
_Pergerakan Wira PUTRA Malaysia_
011-32144351

1. Wira PUTRA menggesa SPRM untuk segera menyemak semula status siasatan dalaman bagi kes kecuaian Ketua Pegawai Operasi yang bernama Soffan Afendi Aminudin yang juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Menteri Besar Selangor (Incorporated) (MBI) yang telah mengakibatkan kerugian RM50 juta kerana menjual tanah di bawah harga pasaran.

2. Wira PUTRA berasa curiga apabila membaca pendedahan yang telah dibuat oleh Presiden PUTRA Malaysia dalam kenyataannya dan seolah-olah kes kecuaian yang melibatkan salahguna kuasa atau rasuah ini seperti tidak diambil serius siasatannya sedangkan saranan untuk melakukan siasatan dalaman telah dibuat hampir setengah tahun yang lalu dan dengan jelas menekankan untuk MBI membuat siasatan secara menyeluruh.

3. Turut dinyatakan dalam dokumen terbabit, sungguhpun siasatan dalaman belum disempurnakan, pemecatan kepada beberapa pegawai kanan anak-anak syarikat dilakukan sedangkan siasatan yang bebas dan telus terhadap COO seperti yang disaran SPRM masih tidak dimulakan lagi. Hal ini menambah lagi kecurigaan terhadap kes ini seperti wujud pilih kasih dalam mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai dan ia seharusnya tidak berlaku kepada institusi atau badan kerajaan yang dipimpin oleh kerajaan PH yang mengagungkan the "rules of law".

4. SPRM di bawah pimpinan Latheefa Koya selaku Ketua Pesuruhjaya digesa agar menjalankan tugas tanpa rasa takut dan pilih kasih untuk mempercepat atau membuka kertas siasatan bagi kes tersebut yang turut melibatkan kehadiran pemimpin Pakatan Harapan (PH) YAB Amiruddin Shaari, MB Selangor; YB Azmin Ali, Menteri Ekonomi dan YB Zuraida, Menteri KPKT di majlis di mana sebelum syarikat yang membiayai majlis tersebut mendapat kontrak secara rundingan terus secara rasmi.

5. Wira PUTRA bagaimanapun masih percaya akan ketelusan dan ketegasan SPRM dalam usaha membanteras dan memerangi rasuah dan salahguna kuasa secara menyeluruh. Namun diharap tiada pihak yang membuat spekulasi awal dengan membuat apa-apa tuduhan sehingga SPRM melaporkan hasul siasatan rasmi atau cuba menjadi tangan-tangan ghaib dan menyembunyikan fakta bagi menjaga kepentingan individu-individu tertentu. Kebenaran harus ditegakkan bagi memastikan Malaysia kekal aman harmoni dan bebas rasuah.

Sekian.

*#AnwarPM8*

*Gambar sekadar hiasan*


*BANJIR BESAR DAN JAM MEWAH...*




Oleh:
Seri Seri Hassan Labok Sal Abd Razak Abd Razak


*BANJIR BESAR DAN JAM MEWAH...*

Rosmah dan keluarga sedih kerana cuti Najib dipendekkan akibat banjir besar Kelantan pada Disember 2014.

Akibatnya Najib terpaksa belikan jam berharga RM 466,000 di Hawaii untuk memujuk Rosmah.

Selepas empat hari berlaku banjir, Najib akhirnya berjaya tamatkan lubang terakhir permainan golf dia dengan Barrack Obama. 

Pada 27 Disember 2014, Najib pulang melalui pesawat komersial dari Honolulu ke Hong Kong dan dari sana dia diangkut dengan pesawat TUDM terus ke Kota Bharu.

Pada 02 Januari 2015, Najib terbang ke Bangkok untuk sambung bercuti sambil berjumpa PM Thailand bagi mengucapkan terima kasih atas bantuan banjir.

Di antara 22 Disember 2014 hingga 02 Januari 2015, pesawat rasmi kerajaan 9M-NAA dikesan terbang ke Honolulu, Indianapolis, New York, London, Dubai dan Bangkok sebelum mendarat di Kuala Lumpur pada 07 Januari 2015.

Begitulah kisah sedih keluarga Najib yang tidak dapat enjoy sakan holiday bersama² Najib di Hawaii, Amerika Syarikat, UK dan Dubai akibat banjir besar yang melanda negeri Kelantan ketika itu.

Rakyat kenalah faham betapa hibanya Datin Rosmah ketika itu dan betapa hadiah jenama jam yang dipilih sendiri oleh Rosmah sebagai hadiah telah dapat mengurangkan kesedihan beliau yang teramat sangat.

Apalah sangat jam berharga setengah juta ITU dan penerbangan keliling dunia Rosmah DAN familinya berbanding bencana banjir itu.

Kan banjir KEMBALI surut beberapa MINGGU selepas itu.

So... Tak de isu lah kan, jam mewah saja pun... 😎

Takdirrrr... Takbirrr... 🤣🤣🤣



WONG CHEN BIDAS AHLI PARLIMEN PH TAK HARGAI SUMBANGAN RAFIZI



Ahli Parlimen Subang, Wong Chen membidas tindakan ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang dilihat tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.

Setidak-tidaknya, kata beliau, mereka sepatutnya mengucapkan tahniah atas pembebasan bekas ahli Parlimen Pandan itu daripada daripada hukuman penjara 30 bulan baru-baru ini.

“Saya mengira kurang daripada 10 orang anggota ahli Parlimen mengucapkan tahniah kepadanya dalam kumpulan WhatsApp PH.

“Tidak hadir perbicaraan untuk menyokongnya boleh dimaafkan tetapi tidak mahu menaip mesej ringkas untuk mengucapkan tahniah kepada Rafizi kerana takut menyinggung pimpinan atasan, adalah mengecewakan,” katanya dalam kenyataan.

Pada 15 November lalu, Mahkamah Tinggi membebaskan Rafizi daripada hukuman penjara 30 bulan membabitkan kes mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia).

Keputusan itu dibuat selepas Rafizi membuat rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen pada 7 Februari lalu selepas didapati bersalah mendedahkan 4 akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya, Mohamad Salleh Ismail.

Menurut Wong, antara sebab paling munasabah Rafizi mengambil keputusan meninggalkan arena politik untuk menghilangkan diri daripada “mereka yang tidak menghargainya”.

“Sejak PRU14, beliau terpaksa berdepan dengan pelbagai kes di mahkamah sivil.

“Beliau berjuang untuk terus hidup dengan dana sendiri yang terhad selama setahun.

“Katakan apa sahaja yang anda mahu, pada saya, beliau salah seorang daripada segelintir reformis tulen yang diperlukan Malaysia,” katanya.

Wong tidak merasakan yang Rafizi mahukan ganjaran, cuma mahukan sumbangan dan pengorbanan yang dilakukan dihargai.

Beliau juga berkata, walaupun Rafizi tidak bertanding dalam PRU14 sebagai ahli Parlimen kerana kekangan daripada kes Bafia, beliau sepatutnya dilantik menjadi senator.

“Ramai yang sumbangan mereka tidak seberapa berbanding Rafizi tetapi telah menerima jawatan selesa di kementerian.

“Saya tidak dapat menahan kesedihan melihat ahli politik paling bekerja keras dan terbaik di generasi ini meninggalkan pentas politik. ‘Bravo’ sahabatku, semoga takdir membawa kita pada jalan yang sama suatu hari nanti,” katanya.

Rafizi hari ini mengumumkan keluar daripada dunia politik untuk menumpukan pada kehidupan baru, mengatakan beliau berada pada peringkat kehidupan di mana beliau “perlu belajar”.

“Ia jelas saya diciap kerana saya menjelaskan bahawa saya tidak akan kembali kepada politik.

“Ini adalah tahap kehidupan saya apabila saya perlu belajar. Hanya melalui pembelajaran kita boleh menjadi lebih baik & menyumbang yang lebih baik,” katanya di Twitter.

KUATNYA SEMANGAT KAK WAN



Kita masih ingat, sewaktu Anwar di dalam penjara, begitu banyak ujian yang menimpa Kak Wan.  Namun berkat kekuatan dan semangat yang sering beliau mohon kepada Illahi, Kak Wan tabah menghadapi.

Apabila ditanya di mana beliau memperolehi semangat dan kekuatan itu, Kak Wan tidak berahsia dan mengatakan beliau selalu berdoa kepada Allah agar kurniakan kekuatan dan semangat kepadanya dan mohon kepada Allah agar tidak mengujinya dengan sesuatu yang beliau tidak mampu tanggung.  Itulah tips yang Kak Wan beritahu.  Tiada yang lain.

Sewaktu Anwar dipenjara, beliau terpaksa menguruskan perkahwinan anak sulungnya Nurul Izzah. Kegembiraan menerima menantu pertamanya dirasai tanpa Anwar.  Anwar hanya dibenarkan datang sebagai wali nikah sahaja.  Kak Wan kehilangan ibu mertuanya disaat Anwar di dalam penjara.  Anwar hadir hanya disaat ibunya ingin disemadikan.  Sewaktu Anwar di dalam penjara juga, Kak Wan kehilangan bapa mertuanya.  

Meskipun kini Kak Wan telah menjadi TPM, namun itu bukan jaminan beliau terlepas dari ujian Yang Maha Esa.  Insan terpilih akan terus diuji.  Di saat suaminya Anwar Ibrahim terus difitnah untuk kali ketiga, Kak Wan diuji pula dengan pemergian ayahanda tercintanya kelmarin.  Begitulah perjalanan kehidupan Kak Wan.  

Itu pun masih ada yang cuba untuk memburuk-burukkan Kak Wan dan suaminya.  Paling menyedihkan mereka datang dari ahli parti yang Kak Wan bangunkan dengan kudrat seorang wanita puluhan tahun dahulu.  Kak Wan genggam erat panji Keadilan itu biarpun ketika itu beliau sebatang kara di dalam Parlimen.  

Berkat ketabahannya, parti ini hidup segar dan membuahkan hasil.  Hasilnya kini dinikmati dan direbut oleh semua orang termasuk yang menghina pasangan itu sekarang.  Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan buat Kak Wan dan keluarga.  Semoga Roh Almarhum Wan Ismail dicucuri rahmat dan keampunan oleh Allah subhanahu Wataala.  

WFAUZDIN NS

PERALIHAN KUASA SELEPAS NOVEMBER 2020 SUKAR DITERIMA, DIBIMBANGI SELESAI SIDANG APEC, ALASAN LAIN PULA DICIPTA



Kebimbangan banyak pihak selama ini bahawa peralihan kuasa tidak akan berlaku dalam tempoh dua tahun sebagaimana yang pernah dijanjikan sendiri oleh Tun Mahathir Mohamad, nampaknya hampir pasti menjadi kenyataan.

Sebaliknya, kebimbangan banyak pihak bahawa Perdana Menteri tertua itu akan terus berdolak dalik dan mencipta pelbagai alasan untuk melewat-lewatkan peralihan kuasa, sudah pun sekarang ini menjadi kenyataan.

Dalam kenyataan terbaru melalui interbiunya dengan Reuters, Perdana Menteri berkata, peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim untuk mengambil alih tempatnya hanya akan berlaku selepas November 2020.

Tun Mahathir memberi alasan bahawa beliau perlu menyelesaikan urusan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau APEC di mana Malayia menjadi tuan rumah pada November 2020 terlebih dahulu.

“Saya berjanji menyerahkan kuasa dan saya akan kotakannya, tetapi saya rasa perubahan segera sebelum Sidang APEC akan menimbulkan gangguan.

“Setakat yang saya tahu, saya akan berundur dan menyerahkan kuasa kepadanya. 

“Jika rakyat tidak mahu dia, itu hal mereka, tetapi saya akan kotakan janji saya. 

“Tidak kira apa tuduhannya. Saya sudah berjanji, saya akan kotakan janji saya,” demikian kata Tun Mahathir menegaskan tentang tempoh terbarunya melakukan peralihan kuasa, sekaligus mengesahkan dolak dalik pendiriannya.

Sesungguhnya, tindakan Tun Mahathir memanjangkan lagi tempohnya memegang jawatan Perdana Menteri dan memungkiiri janji yang pernah dilafazkannya sendiri bahawa hanya mahu dua tahun memegang jawatan itu, adalah sesuatu yang sukar diterima.

Ini kerana Sidang APEC pada November 2020 itu bukanlah penting sangat untuk Tun Mahathir terus berada di jawatan Perdana Menteri pada ketika itu memandangkan Malaysia sudah pun pernah menjadi tuan rumah pada 1998 dahulu.

Apa yang istimewanya lagi  Sidang APEC itu kepadanya, walhal ia adalah kali kedua Malaysia menjadi tuan rumahnya?

Bukankah yang paling istimewa ialah menjadi tuan rumah buat kali pertama pada 1998 dahulu?

Dua kali menjadi tuan rumah Sidang APEC dan keinginan berada di kedua-duanya dengan jawatan Perdana Menteri tidak lain hanyalah untuk menunjuk-nunjuk kepada dunia dan memenuhi keegoan sendiri semata-mata.

Malah, kalau mahu dikira istimewa, Sidang APEC kali kedua itu lebih penting buat Anwar sebagai Perdana Menteri baru yang pertama kali menjadi tuan rumah kepada delegasi dunia.

Maka itu, kalaulah Tun Mahathir merasakan peralihan kuasa yang segera atau pada Mei 2020 akan menimbulkan gangguan kepada Sidang APEC itu, beliau sepatutnya menyegerakan lagi tarikh pengundurannya kepada Februari atau Mac 2020., bukan melewat-lewatkannya.

Begitu pun, meski Tun Mahathir menyebut hanya selepas November 2020 baru ada peralihan kuasa, hakikatnya tidak banyak pihak yakin dengan kata-katanya itu.

Rekod bellau berdalik-dalik, mungkir janji dan melakukan pusingan U selama ini terlalu banyak untuk kata-katanya yang terbaru ini boleh dijadikan sandaran yang kukuh.

Tidak mustahil selepas Sidang APEC nanti, ada alasan lain pula yang dicari atau sengaja dicipta untuk terus melewat-lewatkan lagi peralihan kuasa.

Selagi tidak ditetapkan tarikh yang khusus, bilakah sebenarnya Tun Mahathir benar-benar sedia mahu menunaikan janji peralihan kuasa itu?

Apakah beliau menunggu malaikat maut menjadi penentunya? (ShahbudinHusin 11/12/2019)