DAH AHLI RAMAI, KENAPA SERONDOI UMNO?



Oleh: Panglima Utara.



Parti yang mengaku berjuang Islam kononnya syok ahli partinya ramai. Padahal:

1. Ada nama dalam rekod keahlian tapi sudah mati. Kalau dah mati memanglah tak boleh nak beritahu yang dia dah mati. 

2. Ada yang sudah keluar parti tapi tak beritahu. Nama kekal dalam rekod ahli. Kalau beritahu nanti kena neraka dan kafir pula.

3. Jadi ahli sebab pihak lain yang isikan borang dan bayarkan yuran. Orang begini jadi ahli semua parti politik  kerana tujuan tertentu. 

4. Ibu bapa yang isikan borang sebab bagi parti itu asalkan baligh boleh jadi ahli. Anak tak tahu pun dia jadi ahli parti itu. 

5. Jadi ahli sebab keluarga sendiri atau keluarga mentua ahli parti itu. Kalau tak jadi ahli nanti susah pula hubungan adik-beradik.

6. Suka-suka saja jadi ahli. Yuran tak pernah bayar, markas tak pernah jengah, mesyuarat tak hadir, usrah tak tahu apa satu. Sekadar ahli, tak tahu apa-apa.

Dalam konteks politik, ahli ramai tapi kalah pilihanraya, macam pokok mempelam harum manis yang rimbun daun tapi tak ada buah. 

Bolehlah nak buat berteduh apabila panas. Cuma orang kebun sebelah jilat jari makan pulut harum manis, dia balut rokok daun sambil garu ketiak gatal.

Ahli parti atau tidak, bilangan undinya satu. Lebai atau bukan, satu juga undinya. Kafir atau Islam, sama saja satu undi.

Kalau dah seronok ahli ramai dan perasan kuat, buat apa pergi PWTC menyerondoi Umno? Buat apa sanggup jadi khadam MCA untuk kutip undi Cina?

Ahli ramai, tapi akhbar sendiri tak laku? Nak buat apa? Ahli ramai konon tapi hutang cetak Harakah pun tak boleh bayar, apa hal?

No comments: