MGID

Jingoza: Undang-undang negara macam 'taik'? (LM)

Assalamualaikum wm muslimin/muslimat yang dihormati sekelian

Umum tahu ketelusan, keikhlasan dan kejujuran dalam semua bentuk sistem atau undang-undang negara Malaysia sudah jadi macam taik!

Pendakwaan seperti dipilih-pilih atau berpilih-pilih, ada jenayah atau kesalahan yang terbukti nyata, boleh dibakul-sampahkan, ada kes kecil tapi diberi perhatian yang meletop, juga ada kes amat besar tapi dibuta-tulikan mata kedua-dua belah! 

Kisah Dogeng Kota Damansara seperti di Temerloh.

Bezanya di Temerloh ini kekuatan jentera Pas memang diakui dan PKR melepaskannya tanpa adanya bukti dan cawangan yang kukuh dan ahli yang tidak menonjol ataucawangan yang ada telah dibubarkan???

 

 

Kisah Dogeng Kota Damansara

Saya telah menulis beberapa isu berkenaan KD sebelum ini yang merangkumi persoalan Strategi, Akhlak Jamaah Islam, Kawasan Contoh dan Perang Uhud. Artikel ini akan cuba mengupas beberapa kisah dongeng yang berlegar selepas apa yang berlaku di KD. Apabila ingin menegakkan benang yang basah, maka bermacam-macam kisah dogeng terpaksa dikemukakan berhubung KD. Saya senaraikan di sini beberapa kisah dongeng tersebut satu per satu untuk dinilai bersama.

Dongeng 1: Kota Damansara Dipinjamkan Kepada PKR
Pada tahun 2004 KD ditandingi PAS sambil Paya Jaras ditandingi PKR. Pada 2008, atas permintaan PAS Subang, maka Paya Jaras digantikan dengan KD. Maka PAS bertanding Paya Jaras dan KD ditandingi PKR. PAS kalah di Paya Jaras tetapi PKR, dengan Dr Nasir sebagai calonnya menang di Kota Damansara.

Pada tahun 1999, tiada kerusi Kota Damansara. Kota Damansara adalah kerusi baru hasil persempadanan baru yang dilakukan pada 2003 oleh BN. Seperti Parlimen Kota Raja, Dun Sri Andalas dan Dun Sri Muda. Maka bagaimana ianya dijadikan milik PAS?

Sepanjang 5 tahun sejak 2008, tidak pernah walaupun sekali isu KD ‘dipinjamkan’ kepada PKR disebut di BPPNS.Maka kata-kata Kota Damansara dipinjamkan kepada PKR dan KD adalah kerusi PAS adalah dongengan semata-mata.

Dongeng 2: PKR Tiada Calon di Kota Damansara
Hakikatnya PKR telah bersedia menurunkan calon lain sekiranya Dr Nasir tidak setuju untuk turun sebagai calon PKR. Saudara Radzlan Jalaluddin seorang peguam adalah calon yang akan diturunkan oleh PKR sekiranya Dr Nasir bertanding sebagai calon PSM. Calon PKR ‘standby’ pun saya diberitahu sudah ada iaitu Ustaz Shamsul Firdaus.

PKR bersedia menghadapi 3 penjuru dengan PSM sekiranya perlu di Kota Damansara. Tetapi apabila Dr Nasir setuju untuk diturunkan sebagai calon PKR, maka PKR arah calon-calon mereka yang lain untuk menarik diri.

Maka cerita konon bahawa PKR tiada calon juga adalah dongeng semata-mata.

Dongeng 3: Dr Nasir Adalah Calon PSM
Hakikatnya Dr Nasir adalah calon PKR. Watiqah yang diguna adalah watiqah dari PKR. PKR turunkan beliau sebagai calon PKR. Tiada watiqah PSM dan bukan PSM yang ditentangi PAS. Bukan seperti di Semenyih.

Cuba buka mata sikit. Ada beza atau tidak Semenyih dan Kota Damansara? Di Semenyih Aru bertanding atas tiket PSM. PKR turunkan calon bertanding kerana tidak terima Aru sebagai calon PKR. Sedangkan kerusi Semenyih dipersetujui semua adalah milik PKR bukan milik PSM. Di KD kes Dr Nasir adalah sebaliknya. Hanya yang terus ingin menegakkan benang basah sahaja akan mengatakan tiada beza.

Dalam soal memilih calon, setiap parti berhak memilih calonnya sendiri atas alasan tersendiri. Ahli PAS KD perlu ingat, pada 2008, PAS meletakkan Ibrahim Ali di Pasir Mas! Ibrahim Ali bukan ahli PAS pun! Itu adalah atas maslahah PAS Kelantan. PAS Kelantan mencapai kemenangan besar, dari majoriti 1 kerusi pada 2004 kepada majoriti 2/3 pada tahun 2008. PAS mendapat 39 dari 45 kerusi pada tahun 2008! Strategi meletakkan Ibrahim mungkin telah menyumbang sedikit sebanyak kepada kemenangan itu.

Maka cerita penglipur lara bahawa Dr Nasir adalah calon PSM dan bukan PKR juga merupakan dongeng semata-mata.

Dongeng 4: PAS KD Tolak Dr Nasir Kerana beliau Sosialis
Dr Nasir seorang Sosialis sejak dahulu. Beliau bersama Dr Syed Hussin dalam PSRM dan apabila PSRM bercantum dengan Keadilan sehingga Keadilan pun menambah ‘rakyat’ dalam nama ‘PKR’ dan menambahkan jalur merah pada logonya, Dr Nasir tidak ikut sama. Sebaliknya Dr Nasir berusaha menubuhkan PSM.

Namun pada 2008 beliau diturunkan sebagai calon PKR di Kota Damansara. Begitu juga Arul yang bekas ahli PSRM juga diturunkan di Semenyih. Pada ketika itu PAS terima dan tidak membantah.

Kalau mahu tolak Dr Nasir kerana dia Sosialis, sepatutnya ianya dibuat sejak 2008 kerana semua tahu beliau Sosialis pada ketika itu lagi. Bukan baru beliau isyhtihar bahawa beliau Sosialis.

Lagipun telah diakui bahawa PKR dan DAP berbeza fahaman politik dengan PAS. Kalau PAS tolak Sosialis kerana bercanggah dengan Islam, bagaimana pula dengan fahaman liberal demokrat dan sosial demokrat yang dibawa PKR dan DAP? Dan bukankah ini sebabnya ada ‘tahalluf’ iaitu kerjasama dengan yang tidak sama fahaman politik dengan PAS. Dan bukankah ini sesuai dengan ayat 61 Surah Al-Anfal yang bermaksud;

“Dan kalau mereka telah condong kepada perdamaian, hendaklah kamu condong juga kepadanya (perdamaian), dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui”.

Masalah ini sepatutnya tidak timbul lagi kerana ianya telahpun diputuskan bersama pada 2008 bahawa sekiranya Dr Nasir guna lambang PKR maka tiada masalah.

Soal Syed Hussein Ali bertanding di Kelantan dan ditolak oleh PAS Kelantan adalah atas perkiraan lain. Masyarakat Kelantan tidak bersedia menerima Syed Hussein Ali sebagai calon. Faktor ‘winnability’ dalam suasana saingan sengit perlu diambil kira. Tapi di Kota Damansara, terbukti Dr Nasir boleh menang. Ini telah terbukti pada 2008.

Maka dengan itu alasan PAS KD tolak Dr Nasir kerana beliau Sosialis juga adalah alasan dongeng yang telah direka cipta.

Dongeng 5: Dr Nasir Sebagai ADUN Banyak Menimbulkan Masalah
Ada yang mengatakan bermacam-macam perkara berhubung tindakan Dr Nasir sebagai ADUN. Masalah itu dan ini. Kononnya susah untuk dapat peruntukan untuk program dan sebagainya. Saya jawab dengan mendedahkan satu fakta sahaja untuk menyanggah ini semua.

Sepanjang 5 tahun tiada sebarang aduan terhadap Dr Nasir yang dikemukakan dalam mesyuarat BPPNS. Kalau ada pun, isu biasa yang melibatkan semua ADUN yang bukan PAS yang dihadapi oleh ahli PAS. Biasalah tu, mereka pun sibuk membuat program sendiri dan PAS pun dengan programnya. Sepatutnya kerja rapat. Program PKR/DAP program PAS, program PAS program mereka juga kerana semua untuk bertemu dengan rakyat jelata yang merupakan pengundi PR bersama.

Pada masa yang sama ramai juga ahli PAS jadi Nazir Masjid, AJK Masjid, Ketua Kampung, JKK, Ahli Majlis dan sebagainya. Tiada pula Dr Nasir menhalang fahaman Islam dari disebarkan dan fahaman Sosialisma diajar di Masjid dan Surau!

Amatlah menghairankan kenapa tiba-tiba apabila sudah dekat dengan PRU baru isu ini timbul. Semasa membincangkan soal siapa calon untuk Paya Jaras, di mana pimpinan Selangor bertemu pimpinan PAS Subang berkali-kali, termasuk selepas pembubaran Parlimen, tiada walau satu ayat pun dikeluarkan berhubung KD!

Maka bagi saya, sebagai pimpinan PAS Negeri Selangor, alasan Dr Nasir banyak menimbulkan masalah adalah dongeng ke 5.

Dongeng 6: Bertanding di KD adalah Keputusan Majlis Syura!
Saya malas hendak jawab. Saya nasihat penghujjah jangan menipu. Walaupun kita tahu “peperangan itu adalah tipu-helah” janganlah guna hadis itu sebagai alasan untuk menipu ahli dan rakyat. Saya bukan berperang dengan saudara-saudara. Saya hanya ingin menegur kesilapan yang telah dilakukan. Jangan menipu. Jatuh imej tuan-tuan semua; lebih-lebih lagi yang bergelar Ustaz.

Sebenarnya, jika benar ikhlas, alasan tidak perlu bertukar-tukar dan berbagai jenis. Tidak perlu ditokok tambah dengan macam-macam cerita penglipulara. Cakap je, “Dia Sosialis”. Atau “dia susah nak kerjasama”. Atau “kerusi dipinjam”. Atau “PKR tiada calon”. Pilih sahaja satu dan hujjah berasaskan yang itu. Ini tidak. Alasan berbagai dan beraneka bentuk dan banyak darinya yang dongeng belaka. Itu adalah bukti alasannya adalah alasan semata-mata.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Kalau Dr M sudah akui kelemahan, apa ‘formula’ penyelesaiannya? — Aspan Alias


Kalau Dr M sudah akui kelemahan, apa ‘formula’ penyelesaiannya? — Aspan Alias

June 06, 2013
6 JUN — Umno Negri Sembilan merupakan Badan Perhubungan yang pertama mengunjurkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan. Unjuran ini adalah unjuran yang begitu “familiar” dalam Umno sejak lebih dari dua puluh tahun dahulu dan seruan seperti ini jika dipandang dari satu sudut ia tidak perlu diambil kira atau di berikan perhatian.


Sejak pemilihan tahun 1987 dahulu dan setelah Umno asal itu dibunuh, dan wujudnya Umno yang sekarang ini, berbagai-bagai keadaan telah kita lihat dalam isu pemilihan kepimpinan Umno itu.
Perpecahan itu bermula apabila pihak yang memenangi pemilihan itu ,menjadi “sore winner”. Pihak yang memenangi pemilihan itu, telah menentang pucuk pimpinan semasa itu dianggap sebagai satu jenayah. Sedangkan perlembagaan parti semasa itu membenarkan mana pihak dan ahli menawarkan diri untuk memegang apa-apa jawatan jika merasakan boleh membetulkan keadaan yang tidak betul dalam parti.



Selepas sahaja wujud Umno yang baru pada 1988 dahulu, telah diwujudkan sistem bonus. Seseorang yang mendapat pencalonan Presiden, misalnya akan secara otomatik mendapat sepuluh undi bonus dan seseorang yang ingin mencabar kepimpinan Tertinggi perlu mendapat 30 peratus dari jumlah bahagian Umno yang wujud dinegara ini.
Selepas itu wujud pula sistem yang seseorang yang ingin mencabar jawatan Tertinggi terpaksa mendaftarkan niat mereka terlebih dahulu. Berbagai-bagai cara pimpinan Tertinggi lakukan untuk mereka susah dicabar dan semasa itu bermulalah kematian demokrasi secara terus-terusan dalam Umno. Parti itu melebihkan usaha untuk memagar dan menjaga kepimpinan parti dari menjaga kehendak ahli dan sampailah sekarang berbagai-bagai cara untuk tidak membolehkan Presiden itu dicabar.


Slogan “Malaysia Boleh” itu boleh diaplikasikan dalam apa jua perkara. Yang tidak boleh hanya bertanding jawatan Presiden Umno sahaja. Kenapa ini semua berlaku? Ia bermula apabila yang menang menjadi “sore winner” dan segala rancangan untuk menyekat kemaraan orang yang baik dan “viable” untuk Umno diberikan tumpuan sehinggakan Umno itu sudah tiada kepimpinan lagi.

Apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir itu adalah benar tetapi saya ulangi apa yang beliau tidak menyebut dengan jelas ialah segala-gala ini bermula dari permainan politik beliau sendiri.

Kalau benar Dr Mahathir mahukan keadaan Umno seperti dulu kala, maksud saya sebelum beliau mengambilalih kuasa pada tahun 1991 dahulu. Jika beliau masih berkemampuan dan diterima pandangan beliau, Dr Mahathir perlu berusaha mengembalikan keadaan Umno seperti semasa beliau mula mengambilalih dahulu. Tetapi masalahnya masihkah ada yang ingin mendengar nasihat beliau jika beliau jujur untuk melakukan perubahan itu?

Jika pandangan beliau masih diterima dan mempunyai pengaruh dalam partinya, masih ingatkah Dr Mahathir apa yang baik dalam Umno sebelum beliau mengambilalih kuasa dahulu? Jika beliau masih ingat apa kah yang baik yang pada pimpinan semasa itu, dengan yang buruk pada pimpinan sekarang yang Dr Mahathir katakan itu?

Beliau mesti tahu dan memahami apa yang baik dahulu dan yang buruk sekarang ini. Barulah mudah untuk dilakukan perubahan dan menyelesaikan jika tidak semua, sebahagian besar dari masalah-masalah yang ada.
Kalau semua jawapannya “yes”, apakah beliau sanggup melakukan perubahan itu dan selepas itu bergembira dan bersyukur kepada yang Esa kerana akhirnya beliau kembali kepada politik untuk orang Melayu dan seluruh rakyat yang sebenarnya?

Persoalannya apakah cara yang hendak beliau lakukan jika beliau masih dihormati atau setidak-tidaknya di geruni oleh pimpinan dan ahli-ahli Umno yang bertaburan di seluruh negara ini? Untuk melakukan perubahan itu beliau mesti ada manusia yang bersama beliau yang masih berkemampuan untuk kembali kepada situasi yang baik yang pernah dirasai rakyat semasa beliau belum mengambilalih kuasa negara diwaktu itu.
Apa yang saya bersetuju dengan Dr Mahathir hari ini adalah berdasarkan kepada “assumption” yang beliau jujur meluahkan perasaan beliau tentang Umno hari ini. Pimpinan hari ini adalah kumpulan pimpinan yang terdidik semasa Umno sudah kehilangan identitinya sebagai sebuah parti yang benar-benar bertanggungjawab kepada negara dan rakyat berbilang kaum dinegara ini.

Justeru tidak mungkin mereka dapat “appreciate” apa yang dikatakan kebaikan semasa sebelum Dr Mahathir mengambilalih kepimpinan dahulu. Pimpinan hari ini masih bermain dengan tali seluar lagi semasa itu kerana Dr Mahathir berada diatas lebih dari dua dekad yang menyebabkan budaya baik yang ada semasa beliau mula-mula mengambilalih kuasa dahulu.

Kalau ada pun yang masih hidup dan sihat sekarang ini hanya tinggal Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah sahaja yang boleh dibawa berunding bagi menyediakan kepimpinan yang baik selepas ini dan mewariskan kepada yang telah dilatih untuk meneruskan kepimpinan rakyat dimasa-masa yang akan datang. Bawa sekali wakil-wakil dari semua bangsa, agama dan semua pimpinan politik  ke meja bulat dalam perundingan untuk mencari “formula” baru yang dimaksudkan.


Bagi saya untuk mencapai matlamat politik negara yang baik, seperti matematik, ia mesti ada “formula” yang betul bagi mendapat jawapan yang betul dan tepat. Bagi pandangan saya itu sahajalah nama yang tinggal jika benar kita mahu menyusun “formula” yang baik dan tepat itu.


Selepas sahaja “formula” itu diperolehi maka serahkanlah “formula” itu kembali kepada sesiapa yang muda-muda yang mampu membawa negara lebih ‘progressif’ untuk generasi yang akan datang nanti dengan mengikuti “formula” yang telah di wujudkan secara mesyuarah diantara semua pihak di negara ini.
Lupakan perasaan ego dan sengketa yang lalu semata-mata untuk generasi kita yang akan datang.Jangan terpengaruh dengan bisikan khatir yang bathil itu agar kita terjurus kepada melakukan niat yang baik kita itu.Kadangkala seteru kita yang akhirnya memberikan keselamatan kepada kita sendiri dan kadangkala kepada keluarga dan sanak saudara kita.


Saya sendiri tidak tahu, tetapi inikah yang saya serta ramai yang lain maksudkan sebagai usaha membentuk sebuah negara baru yang kami selalu impikan itu? — aspanaliasnet.blogspot.com


Prof kangkong, kawal emosi kamu dulu... (LM)

Profesor Zainal Kling daripada 'Kluster Profesor Kangkong Negara'...  Maaf tuan prof.. maksud kami, Ketua Kluster Sejarah Majlis Profesor Kangkong Negara, menasihati golongan muda agar tidak terbawa-bawa dengan emosi.

Beliau mengulas berhubung isu 'menghina Agong', satu isu yang memang amat dinanti-nantikan golongan yang sedang menagih dan mengemis sokongan Melayu Islam bukan-umno (non-umno Muslim Malays) agar bersama-sama menjadi jahil seperti mereka. 

Komen ZAM yang nampak cerdik sikit... (LM)

Antara Tan Sri Michelle Yeoh, Alleycats dan Fauziah Nawi — Zainuddin Maidin

6 JUN — Walaupun namanya terkenal sebagai pelakon filem-filem Barat dan Hong Kong, tetapi Michelle Yeoh bukanlah celebriti yang meniti di bibir rakyat negara ini sama ada di kalangan masyarakat Cina atau Melayu tetapi tiba-tiba namanya bagitu banyak disebut, diperkatakan dan dibincangkan umum di cafe, di kopitiam, kedai Mamak dan sebagainya apabila beliau dikuniakan Darjah PSM yang membawa gelaran Tan Sri bersempena dengan Hari Keputeraan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'zam pada 1 Jun lalu. 

(function() { var d = document, w = window; w

THROWBACK# PENJELASAN RAFIZI ISU KES LIWAT ANWAR & SAIFUL / JAHAT & CELA...