VIDEO 1 1/2 MINIT : BAGAIMANA NEGARA BOLEH ELAK DAN HAPUSKAN LOMPAT PARTI

 


TAK TAU LA TAKUT KE TIDAK..TAPI DAYA JUANG ANWAR BUKAN KALENG KALENG KALAU CALANG CALANG CALANG NAK LAWAN

 


Umno tak gentar Anwar bertanding di Perak, boleh bersiap awal, kata Saarani




Saarani Mohamad berkata, sebagai negara demokrasi, sesiapa pun boleh bertanding di mana-mana kawasan yang mereka mahu.

PETALING JAYA: Ketua Umno dan Barisan Nasional (BN) Perak, Saarani Mohamad berkata, parti itu tidak gentar dengan laporan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ditawarkan bertanding di negeri berkenaan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi mengukuhkan kedudukan PKR di sana.

Saarani yang juga Menteri Besar Perak secara sinis berkata, laporan itu akan membolehkan pihaknya membuat persediaan awal.

Katanya, Malaysia adalah negara demokrasi yang membenarkan sesiapa sahaja bertanding di mana-mana kawasan Parlimen.

“Baguslah beritahu awal, jadi kami boleh buat persiapan awal. BN dan Umno tak gentar dengan perkara ini.

“Politik ini adalah ‘art’ (seni yang memungkinkan apa sahaja berlaku). Politik ini sangat dinamik, tetapi itulah dia beritahu awal, kita pun bersiap awallah,” katanya dipetik Utusan Malaysia selepas melawat kawasan terjejas akibat ribut di daerah Manjung, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lumut yang juga Setiausaha Agung Amanah, Mohd Hatta Ramli yang turut hadir dalam sidang akhbar itu, berseloroh mengenai tindakan PKR Perak mempelawa Anwar bertanding di negeri itu.

“Kenapa pecahkan rahsia lebih awal,” kata Hatta.

Semalam, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dilaporkan membuat tawaran itu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PKR negeri baru-baru ini, sebagai langkah untuk mengukuhkan usaha parti berkenaan menawan negeri terbabit.

Katanya, kehadiran nama besar seperti Anwar di Perak akan memudahkan PKR menawan negeri itu dan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dikatakan sangat responsif serta positif dengan pelawaan itu.

Dalam perkembangan lain, Saarani menyifatkan cadangan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Muhyiddin Yassin agar ia ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah adalah bagus, tetapi tidak pasti dengan pelaksanaannya.

Ini kerana, katanya, terdapat Jawatankuasa Tindakan Daerah yang dipengerusikan Pegawai Daerah untuk membincangkan semua perkara, khususnya cadangan pembangunan dan permasalahan di peringkat daerah.

“Di Perak, malah kita membenarkan wakil rakyat pembangkang turut serta dalam jawatankuasa itu. Jadi, jika dibuat (jawatankuasa) lain pula, maka orang yang sama, ketua jabatan yang sama akan datang (dalam mesyuarat), jadi mekanisme sudah ada.

“Kita ada Jawatankuasa Tindakan Negeri, manakala majlis daerah juga ada ahli majlis dalam mesyuaratnya membincangkan tajuk yang sama, bagaimana mahu membangunkan negeri dan daerah, itu yang dibincangkan.

“Cadangan itu (MPN negeri dan daerah) bagi saya tidak salah, cuma kenapa mahu tubuh mekanisme baharu, sedangkan sudah ada mekanisme itu, kita perkasakanlah mekanisme (sedia ada) itu.”

ELOK...KETIGA TIGA OARTI MELAYU TAK BERGUNA NI AKAN BEREBUT SESAMA SENDIRI-PADAN MUKA MELAYU..

 


’35 kerusi untuk Bersatu sudah kira lebih’

Bersatu boleh dipertimbangkan bertanding kira-kira 29 peratus iaitu 35 daripada 122 kerusi Parlimen yang bermajoriti Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Timbalan Pengarang Mingguan Malaysia, Zulkifli Jalil berkata, jumlah itu dianggap sudah maksimum mengambil kira kawasan Parlimen yang boleh dimenangi atau tidak oleh Umno dan Pas.

“Ada kawasan yang saya anggarkan, daripada 122 kerusi Parlimen yang bermajoriti Melayu boleh difikirkan contohnya kira-kira 35 kerusi diperuntukkan kepada Bersatu.

“Itu sudah kira lebih. Kalau dapat yang sekarang ini pun sudah memadai,” katanya dalam rencana, “Siapa selamatkan Muafakat Nasional?” di Mingguan Malaysia hari ini.

Untuk rekod, Umno pada masa ini memiliki 38 kerusi Parlimen diikuti Bersatu (31) dan Pas (18).

Dalam masa sama, Zulkifli berpendapat adalah tidak bijak apabila menetapkan agihan negeri kepada mana-mana parti dalam Umno, Pas dan Bersatu.

“Jangan hendaknya ada sebutan yang negeri ini untuk Pas, negeri ini untuk Umno, negeri ini untuk Bersatu. Itu tidak bijak,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan pendekatan tali tiga sepilin digunakan iaitu adanya penglibatan ketiga-tiga parti tersebut.

Bahkan, beliau mengakui akan muncul masalah pada PRU-15 nanti sekiranya pendekatan itu tidak digunapakai.

Contohnya, kata Zulkifli, di Kelantan walaupun diakui wilayah pantai timur Semenanjung itu sebagai ‘negeri Pas’.

“Untuk Pas majoriti, tapi selingan bawahnya ada. Ya, itu baru kita boleh letakkan tungku tiga sejerang tadi.

“Tungku tiga sejerang ini masaklah gulai. Kalau tidak, kita menjadi masalah,” katanya lagi.

HILANGNYA KEWIBAWAAN HADI SEBAGAI PRESIDEN PARTI ISLAM YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM KERANA BERSEKONGKOL DALAM BANYAK PERKARA.

 


Diperhambakan musuh Islam jika tinggalkan kewajipan berpolitik, kata Hadi

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata bahawa Islam mewajibkan politik dan penjajah akan menguasai apabila politik dihilangkan daripada Islam.

Ahli Parlimen Marang itu menegaskan ramai dalam kalangan umat Islam meninggalkan kewajipan berpolitik dan menyerahkan kuasa kepada pihak lain menyebabkan tanah air mereka dijajah secara langsung atau tidak langsung.

“Malah, mengakibatkan Islam itu dihina di hadapan mata mereka tanpa apa-apa perasaan dan tanpa sedar mereka telah diperhambakan oleh musuh Islam,” katanya.

Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri itu berkata demikian hari ini dalam tulisan panjang lebarnya menerusi segmen Minda Presiden Pas bertajuk, “Islam mewajibkan politik”.

Hadi turut mengingatkan bahawa Allah SWT memberikan amaran kepada sesiapa sahaja dalam kalangan umat yang tidak bangkit menegakkan Islam seperti terjemahan ayat 38 dalam Surah Muhammad.

Bekas Menteri Besar Terengganu sepenggal itu juga berkata, hukum kewajipan berpolitik telah menjadi ijmak atau sepakat para ulama.

“Hal ini sekali gus menunjukkan hukum wajib berpolitik adalah berdasarkan kepada nas al-Quran, hadis dan ijmak para ulama khususnya generasi awal Islam yang menjadi pilihan Allah SWT,” jelasnya.

Tambah Hadi lagi, kesempurnaan Islam tidak boleh diamalkan tanpa politik bagi mentadbir dan mengurus pelaksanaannya.

PERSATUAN ULAMA BOLEH TEGUR- TAPI PAS PERLU LAKSANAKAN...PAS PARTI POLITIK YANG MEMPERJUANGKAN LAWAN JUDI...SEKADAR TEGUR NAK JADI APA LEBAI PAS ???

 

Batal segera kelulusan tambahan cabutan nombor ekor, desak Persatuan Ulama




Abdul Halim Kadir berkata, judi bukan kegiatan sihat untuk rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa. (Gambar Fail)

PETALING JAYA: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa kerajaan membatalkan kelulusan penambahan cabutan khas nombor ramalan daripada lapan kali pada 2020 kepada 22 kali tahun ini.

Yang Dipertuanya, Abdul Halim Abdul Kadir berkata kerajaan seharusnya menghapuskan segala bentuk perjudian bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negara, tanpa mengira agama.

Katanya, ia jelas membawa lebih banyak mudarat kepada rakyat yang akan terpalit dengan kegiatan perjudian dalam kehidupan mereka.

“PUM ingin menyatakan bantahan terhadap perkara ini kerana judi bukanlah sesuatu yang sihat untuk rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa.

“Dari sudut pandang Islam, sudah jelas sekali judi itu, walaupun ada yang diberi lesen oleh kerajaan, hukumnya adalah haram,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menggesa kerajaan negeri mengambil pendekatan sama dengan membanteras segala bentuk perjudian di negeri masing-masing.

“Ini kerana kami mendapat maklum terdapat juga pertambahan bilangan tempat perjudian di negeri-negeri tertentu, sama ada yang diwujudkan secara haram mahupun yang diberikan lesen operasi.

“Marilah sama-sama kita bergerak ke arah membentuk Keluarga Malaysia yang lebih sejahtera dengan menghapuskan judi,” katanya.

Minggu lalu, Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat memaklumkan kerajaan meluluskan cabutan khas bagi semua agensi nombor ramalan kepada 22 kali tahun ini berbanding hanya lapan kali sebelum ini.

Keputusan itu mengundang pelbagai reaksi, terutamanya dalam kalangan pemimpin PAS yang menentang kelulusan berkenaan.

Antara yang lantang bersuara adalah Ketua Sidang Assabiqun (Veteran) PAS Pusat, Mahfodz Mohamed yang mempersoalkan peranan suara pemimpin parti itu di Putrajaya.

Beliau menegaskan menteri PAS perlu sedar, walaupun berada dalam kerajaan, prinsip perjuangan parti dalam menegakkan syiar Islam tidak harus diketepikan.

Bekas CEO Tabung Haji dedah kenaikan kos haji dan bayaran yang dibuat oleh jemaah

 

Bekas CEO Tabung Haji dedah kenaikan kos haji dan bayaran yang dibuat oleh jemaah


Di dalam tahun 1962, Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBBH) ditubuhkan dari idea Ungku Aziz. Perbadanan ini tidak terlibat dengan kerja-kerja haji yang diuruskan oleh sheikh-sheikh haji dari Pulau Pinang dan Singapura di ketika itu. Ini bermakna bakal-bakal haji kena menyimpan wang yang sekukupnya untuk membayar kos haji mereka.

Di dalam tahun 1969 barulah urusan simpanan dan urusan haji digabungkan apabila Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) ditubuhkan dengan menyerap peranan PWSBBH. Mulai dari peringkat ini bakal-bakal haji membayar kepada LUTH bagi mengerjakan haji. Di dalam tahun 1995 LUTH dinamakan semula sebagai Lembaga Tabung Haji (TH).

Laporan tahunan TH tahun 2019 menunjukkan bayaran haji yang dibayar oleh jemaah berbanding dengan kos sebenar untuk mengerjakan haji. Tidak seperti ketika peringkat PWSBBH dan LUTH, mulai tahun 2000 TH mula menyerap sebahagian dari kos sebenar untuk mengerjakan haji walaupun tidaklah begitu ketara pada awalnya.

Bayaran haji RM 9,980 mula dikenakan pada tahun 2009 diketika kos haji berjumlah RM 12,803 . Mulai dari tahun itu sehingga tahun 2019 bayaran haji tidak berubah walaupun kosnya sudah naik berganda-ganda. Pada tahun 2019 kos haji sudah berjumlah RM 22,900 sedangkan Bayaran Haji RM 9,980 hanyalah 44% dari kos haji. Bayaran ini tidak pun dapat membayar kos tiket penerbangan dan penempatan yang sudah naik kepada RM 17,400 dengan sepenuhnya. Ni belum masuk kos-kos seperti kos Masyair dan makanan yang ditanggung oleh TH.

Dari mana datangnya dana untuk menampung perbezaan di antara kos sebenar yang dibayar oleh TH dan bayaran yang dibayar oleh jemaah haji Muasasah?

TH sebagai sebuah institusi mengumpul deposit dari bakal-bakal haji dan rakyat Malaysia yang Muslim yang lain. TH tidak ada modalnya sendiri. Tak ada duit kerajaan di TH. Oleh itu setiap sen yang dipegang dan dibelanjakan oleh TH adalah dari dana milik pendeposit. Inilah sebabnya TH perlu berhati-hati di dalam membuat pelaburan dan operasinya.

Dana yang dikumpulkan ini dilaburkan di dalam beberapa jenis aset:

1. Saham
2. Pelaburan berpendapatan tetap seperti sukuk
3. Hartanah
4. Tunai di dalam pasaran wang sebelum dilaburkan di dalam aset-aset di atas atau pun sebagai aset jangka pendek untuk menguruskan kecairan yang perlu apabila pendeposit mahu mengeluarkan deposit mereka pada bila-bila masa.

Pelaburan di atas memberikan keuntungan kepada TH di dalam bentuk dividen, bayaran keuntungan dan juga keuntungan modal (capital gains) apabila aset-aset yang perlu dijual. Aset dijual apabila objektif pelaburannya dicapai atau pun apabila rugi (tak semua pelaburan untung) dan lebih baik dijual untuk dilaburkan ke dalam aset yang lebih berpotensi. Ini termasuk hartanah yang mana lokasinya sudah tidak strategik dan memerlukan belanja yang tinggi untuk menguruskannya seperti mengganti lif dan sistem pendingin hawa.

Keuntungan yang didapati digunakan untuk:

1. Membayar zakat
2. Menampung kos haji seperti yang dibincangkan di atas
3. Membayar kos pengurusan TH

Baki keuntungan yang ada akan diagihkan kepada pendeposit setelah mengambilkira keperluan untuk menjaga kestabilan TH.

Jadi, yang menanggung perbezaan di antara kos sebenar untuk mengerjakan haji dan bayaran yang dikutip dari jemaah haji Muasasah ialah pendeposit TH secara keseluruhannya. Ianya bukan subsidi yang dibayar oleh kerajaan.

Oleh kerana pendeposit juga inginkan pulangan yang munasabah dari dana yang mereka berikan untuk ditadbir oleh TH, semakin banyak TH menyerap kos haji, bahagian yang boleh diagihkan akan menjadi lebih kecil. Itu lebih memberi kesan apabila suasana ekonomi lemah seperti sekarang yang mana pulangan yang boleh didapati lebih rendah.

Sumber | Nik Hasyudee

‘Fat Leonard’ dari Malaysia bakal bocor rahsia skandal rasuah terburuk Tentera Laut AS

 

‘Fat Leonard’ memberikan hadiah haram dan menaja pesta seks untuk kakitangan Blue Ridge sekurang-kurangnya 45 kali dalam tempoh tujuh tahun. (Gambar YouTube)

PETALING JAYA: Leonard Glenn Francis, ahli perniagaan Malaysia yang terbabit dalam skandal rasuah terburuk Tentera Laut Amerika Syarikat, bersedia membocorkan rahsia melalui sembilan episod audio siar mingguan bermula 5 Okt ini.

Wartawan terkemuka Tom Wright daripada “Billion Dollar Whale”, yang akan menganjurkan rancangan berkenaan di saluran YouTube beliau berkata, “Anda tidak akan melihat tentera AS dengan cara yang sama lagi.”

Ini adalah kali pertama Francis bercakap secara terbuka mengenai skandal besar yang menggemparkan Tentera Laut AS membabitkan beberapa pegawai kanan.

Wright menulis di saluran YouTube Project Brazen, wawancara dengan Francis boleh didengar melalui rancangan audio siar itu di platform seperti Apple, Spotify dan lain-lain setiap minggu mulai 5 Okt.

Wartawan Wong Chun Wai dan Wright akan muncul di siaran web Wong pada 8.30 malam 28 Sept ini di Facebook dan YouTube, dengan kedua-duanya akan bercakap mengenai skandal terbesar itu sebagai pembukaan kepada pelancaran rancangan audio siar berkenaan.

Francis, 53, lazimnya dikenali sebagai “Fat Leonard”, dituduh menyediakan wang tunai, pelacur, perbelanjaan perjalanan, barangan mewah dan tiket konsert kepada ramai pegawai Tentera Laut AS, termasuk daripada Armada Ketujuh.

Dia mengaku bersalah atas tuduhan rasuah dan menipu pihak tentera membabitkan USD35 juta (RM146 juta), walaupun beberapa pegawai berpendapat, kerugian ditanggung tentera laut jauh lebih besar.

Menurut sumber, dia dikenakan tahanan rumah di San Diego sejak ditahan pada 2013 dan “sedang dipantau” pihak berkuasa sementara menunggu kesnya selesai.

Antara 2006 dan 2013, Francis memberikan hadiah haram, menganjurkan pesta dan menaja parti seks untuk kakitangan Blue Ridge sekurang-kurangnya 45 kali, menurut rekod mahkamah persekutuan dan dokumen tentera laut yang diperolehi The Washington Post di bawah Akta Kebebasan Maklumat.

Katanya, pegawai Blue Ridge menerima sekitar USD1 juta (RM4.19 juta) dalam bentuk hidangan gourmet, minuman keras, wang tunai, percutian, tiket penerbangan, pakaian ditempah, cerut Cuba, jam tangan mewah, daging lembu, beg tangan berjenama, perabot antik dan tiket konsert.

Akhbar itu melaporkan Francis membina rangkaian pemberi maklumat untuk memperoleh itinerari rahsia, menurut dokumen mahkamah.

“Menggunakan pengaruh hebat sebagai warga asing, dia kemudian menggesa perisiknya di Blue Ridge untuk mengubah haluan kapal pengangkut pesawat dan kapal lain ke pelabuhan dikawal syarikatnya supaya dia dengan mudah mengenakan caj berlebihan ke atas Tentera Laut bagi minyak, bekalan dan perkhidmatan lain.”

Rekod jenayah Francis bermula pada 1989 ketika dia berusia 21 tahun, apabila dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kerana memiliki dua pucuk revolver semasa terbabit dalam mengendalikan sebuah pub.


KESAN BRAXIT DAN KESOMBONGAN RAKYAT BRITAIN

 



Jamzuri Ardani


Antara kesan Brexit di UK.  Kekurangan pemandu lori.  Bekalan minyak tak sampai ke stesen minyak. Bekalan barang keperluan tak sampai ke pasaraya. Panic buying.  Ramai tersangkut tak dapat pergi kerja sebab kereta tak ada minyak.  Tisu tandas nak cuci lepas berak pun habis. 


Nah amik ko ... dulu korang maki imigran bukan main konon derang bikin kacau kat negara korang.  Sekarang bila imigran dah tak ada, korang nak pergi kerja pun susah.  Nak berak pun susah. Basic needs pun payah nak dapat. 


Manusia hidup saling bergantung antara satu sama lain.  Jangan sombong. Tak ke mana pun kita dengan sifat sombong tu.



SURUH BELAJAR SAMPAI PHD....KAU SAMBUNG DENGAN AL MAUNNAH...TAFSIR YANG ADA PHD DENGA. TIDAK ADA PHD MEMANG LA JAUH DENGAN LANGIT CARA TAFSIRANNYA..

Mohd Fauzi Nordin


Ustaz RoRa tak sebut nama ustaz, dia hanya sebut ustaz yang berserban yang tafsir surah al ikhlas. Mereka bukan persoalkan tafsiran yang boleh keliru umat. Tetapi persoal sebab sebut ustaz pakai serban. Kononnya, sebutan itu seperti hina sunnah. Ini masaalah umat islam sekarang? Dia tak tahu apa masaalah besar dlm ummah.


 

PERINGATAN BUAT AKU DAN RAKYAT MALAYSIA :BUKAN TENTANG AGAMA DAN BUKAN LAWAN ULAMA..TETAPI MENENTANG ORANG YANG MENGGUNAKAN AGAMA DALAM ARENA BERPOLITIK

 

Jamzuri Ardani


Bila kita lawan PAS, itu bukan bermakna kita lawan Islam.  PAS hanya sebuah parti politik yang bersaing untuk merebut kuasa, sama macam parti-parti politik yang lain. 


Bila kita hentam pimpinan PAS, itu bukan bermakna kita hentam ulamak. Ramai ulamak lain yang bercakap tentang Islam tanpa ada kepentingan kepartian yang dihormati. 


Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu tu pun lulusan dalam bidang agama dari Universiti Malaya.  Dia juga anak kepada seorang ulamak besar. PAS hentam dia semacam jugak dulu. Dia kena hentam bukan sebab dia lulusan agama, tapi sebab dia berada dalam medan politik kepartian.


Jadi bila ada lebai PAS yang mengaku ulamak (walaupun sebar hadith palsu dalam ceramah) buat saranan supaya jauhi golongan yang caci maki ulamak, sedangkan dia juga banyak buat fitnah, bohong,  dan mencerca orang lain ... sahlah dia memang penonggang agama.



NAK AMBIL PENANG BUKAN MUDAH SEPERTI MENGAMBIL JANDA ORANG- MENTERI KENA BERSARA DIINGATKAN

 


Kedah mahu ambil Pulau Pinang: Adakah Kedah mahu DAP jadi MB?


Pas disifatkan membuat angan-angan Mat Jenin apabila mahu Pulau Pinang dipulangkan kepada Kedah kembali kononnya selepas pajakannya tamat sebagai Hong Kong.

Bekas menteri Pas yang ditamatkan perkhidmatan selepas perdana menteri bertukar Datuk Dr Khairudin Aman Razali berkata, Pulau Pinang perlu dikembalikan kepada Kedah.

“Apabila berakhir tempoh pajakan Hong Kong, maka kembalikan Hong Kong menjadi milik China. Pulau Pinang macamana?” tanya bekas menteri Pas itu.

Bagi aktivis Husin Jan, sejak Pas ambil alih kerajaan di Kedah bukan melalui pilihan raya, perkara yang selalu diungkitnya ialah nak ambik semula negeri Pulau Pinang kembali duduk dalam negeri Kedah.

“Angan-angan Mat Jenin ini selalu diwirid-wiridkan apabila ada isu besar dalam negara dan kegagalan pihak kerajaan urus tadbir yang ada Pas.

“Depa nak alih isu, macam-macam yang depa cakap termasuklah nak belat sungai supaya orang Pulau Pinang tak dapat ayaq. Ini semua kerja gila dan tak masuk akal,” tulis Husin.

Kataya, isu sekarang adalah, Pas yang sebahagian daripada kerajaan di Putrajaya luluskan cabutan judi sebanyak 22 kali.

“Isu cabutan judi ini Pas dikritik hebat kerana parti itu sering mendakwa memperjuangkan Islam, mahu mendaulatkan Islam dan menegakkan negara Islam. Apa yang berlaku sebaliknya bila Pas jadi kerajaan jumlah cabutan judi bertambah,” katanya.

Sehubungan itu, Pas diminta mengira jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan Kedah ketika membuat angan-angan mat jenin ketika mahukan negeri itu kembali kepada Kedah.

“Ini kerana, jumlah kerusi DUN Pulau Pinang jauh lebih tinggi berbanding Kedah dan jika negeri itu bergabung nescaya DAP yang memerintah Kedah,” katanya.

Sehubungan itu, bekas menteri yang dihentikan, Datuk Dr Khairudin Aman Razali, diminta mengira jumlah kerusi DUN di kedua-dua negeri.

“Cer Bang Khai kira jumlah kerusi dun dalam Pulau Pinang dicampur kerusi dun di Kedah siapa yang akan jadi kerajaan jika angan-angan Mat Jenin nak ambik semula Pulau Pinang jadi kenyataan.

“Sejak MOU ni mungkin Pas nak Kedah pulak berketuakan Dap jadi MB Kedah.

“Sudah-sudah la sembang deraih. Kalau nak sembang deraih mana boleh lawan oghang Kedah. Angin pon depa boleh tangkap boh dalam botoi… Habaq hang,” kata Husin

Tiada projek atau kontrak yang disokong atau diluluskan, kata Khalid

 


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad menafikan dakwaan sebuah portal berita kononnya beliau menandatangani satu surat untuk menyokong atau membenarkan satu projek dijalankan sewaktu menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, sebuah media lain turut membuat laporan yang sama, tetapi kemudiannya menarik balik laporan tersebut.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH berharap pihak media yang dianggap berpihak kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu mengemukakan butiran terperinci.

“Oleh kerana saya tidak tahu projek mana yang dimaksudkan oleh media pro bekas Menteri Ekonomi PH ini, yang kemudian melompat macam katak untuk menjadi Menteri kanan PN, saya tidak boleh memberikan apa-apa penjelasan.

“Jika diberikan butiran secara terperinci tentang surat itu, saya boleh memberikan respons ke atas dakwaan itu dan memberikan penjelasan mengenainya.

“Saya memohon mereka mendedahkan secara terperinci tentang surat itu supaya dapat saya respons.

“Seingat saya, tidak ada sebarang projek atau kontrak yang saya sokong atau luluskan sebagaimana yang dibayangkan,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, Khalid mengingatkan agar tuduhan terhadapnya tidak seperti apa yang dilakukan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung isu pemindahan wang bernilai RM13 juta milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah.

“Semoga tragedi yang berlaku kepada Menteri Besar Kedah yang mendakwa Datuk Seri Mukhriz membuat onar, tiba-tiba MB sebelumnya pula yang terkena tidak berulang dalam kes ini,” kata Khalid lagi.

MAT MASLAN KEMPUNAN LAGI

 


Sumber Umno dedah nama Ahmad Maslan digugurkan dari Timbalan Speaker



Selepas gagal mendapat sokongan untuk melantik Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat, UMNO kini sedang mencari calon pengganti lain kepada Ahli Parlimen (MP) Pontian tersebut.

Sumber parti memberitahu nama Setiausaha Agung UMNO itu kini sudah digugurkan daripada pencalonan Timbalan Speaker selepas menyedari tindakan tersebut mengundang rasa tidak puas hati daripada parti komponen lain khususnya Perikatan Nasional (PN).

Keputusan tersebut terpaksa dibuat bagi mengelakkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dimalukan sekiranya kalah dalam pengundian di dewan nanti.

“UMNO kini terpaksa mencari calon lain untuk menggantikan Ahmad Maslan… Rakan-rakan parti dalam kerajaan tidak menyokong pencalonan tersebut dan sekiranya diteruskan juga ia akan mengundang kemaluan kepada Perdana Menteri.

“Ahmad Maslan ditolak bukan sahaja dikalangan MP pembangkang tetapi juga disebelah blok kerajaan,” kata sumber itu kepada Agenda Daily.

Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan yang berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Tinggi disebut-sebut akan dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, pemilihan calon baharu sedikit mencabar apabila hampir majoriti MP UMNO tidak mahu mengambil jawatan tersebut malah beberapa calon yang ditawarkan sudah menolak sebelum ini.

Dalam pada itu, Ahmad sebelum ini mendakwa pencalonannya ditolak oleh MP Bersatu memandangkan beliau adalah salah seorang daripada 15 MP yang bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Selain itu, Ahmad juga merupakan salah seorang daripada kumpulan yang dikatakan kluster mahkamah.

Sebelum ini, UMNO mengesahkan Ahmad merupakan satu-satunya calon daripada blok kerajaan untuk dilantik sebagai Timbalan Speaker yang baharu.

Blok pembangkang pula mencalonkan MP Teluk Intan yang juga bekas Timbalan Speaker, Nga Kor Ming sebagai wakil Pakatan Harapan (PH).

Dewan Rakyat menangguh pemilihan jawatan Timbalan Speaker Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada sidang kali ini ke Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang dijadual pada bulan hadapan.

Jawatan itu kosong setelah MP Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said meletak jawatan pada 23 Ogos lalu.

Mengikut ketetapan awal, usul mengenai perkara itu pada asalnya disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat kali ini iaitu pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14.

TAKKAN NAK CABAR KETUA GEROMBOLAN KOT....NANTI TERJATUHLAH MARUAH PARTI KERANA JAWATAN DUTA KHAS KE TIMUR TEENGAH AKAN TERBARAI

 


Pemilihan PAS Pusat Nov; Hadi dijangka menang tanpa bertanding





Menurut sumber, muktamar yang juga merupakan tahun pemilihan kali ini akan diadakan secara hibrid iaitu gabungan fizikal dan maya dengan tempat utama adalah di Kuala Terengganu.

PETALING JAYA: Abdul Hadi Awang dijangka kekal sebagai Presiden PAS tanpa dicabar dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS Pusat dan Muktamar Tahunan PAS Ke-67 pada Nov ini.

Bercakap kepada FMT, sumber yang rapat dengan perkara itu berkata, budaya dalam PAS ketika ini lebih harmoni selepas kumpulan yang mencabar Hadi ketika pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 2015 bertindak keluar parti dan membentuk Amanah.

“Kebiasaannya, (jawatan) Presiden tidak dicabar kecuali zaman 2015 apabila berlaku cabaran di peringkat Presiden dan akhirnya kem yang bersama dengan calon Presiden ketika itu (Ahmad Awang) tidak menang dan keluar daripada PAS,” katanya.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, muktamar yang juga merupakan tahun pemilihan kali ini akan diadakan secara hibrid iaitu gabungan fizikal dan maya dengan tempat utama adalah di Kuala Terengganu, Terengganu.

“Hanya Ahli Jawatankuasa Majlis Syura, AJK Pusat dan Pesuruhjaya Negeri akan berada di lokasi muktamar sementara perwakilan yang lain akan mengikuti secara maya di negeri masing-masing,” jelasnya.

Katanya, ketika ini PAS sedang mengadakan mesyuarat agung di peringkat cawangan sementara mesyuarat di peringkat kawasan dijangka bermula pada pertengahan Oktober.

“Awal November pula akan diadakan muktamar dewan-dewan negeri dan seterusnya muktamar tahunan di peringkat pusat,” katanya.

Terdahulu, memetik laporan Harakahdaily, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata parti itu akan mengadakan muktamar tahunan secara norma baru memandangkan Covid-19 masih melanda negara.

Beliau berkata, muktamar dan pemilihan yang akan disertai lebih 1,000 perwakilan itu dijangka berjalan lancar, walaupun diadakan secara maya.

TERJEMAHAN : Pasukan Polis Singapura Telah Mengesahkan bahawa Suami Zeti warganegara Malaysia Menerima Wang Dari Jho Low - Membatalkan Bon 1MDB RM5 Billion

 

 TERJEMAHAN  DARI THE COVERAGE OLEH WRLR







BERAPA banyak yang diketahui oleh Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengenai akaun bank di Singapura yang dimiliki oleh suaminya Datuk Dr Tawfiq Ayman?

 Menurut dokumen dan surat-menyurat yang dilihat oleh The Edge, Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Pasukan Polis Singapura pada tahun 2015 dan 2016 telah berkongsi maklumat dengan Bank Negara Malaysia mengenai transaksi mencurigakan yang melibatkan Iron Rhapsody Ltd, yang mempunyai akaun bank di UBS di Singapura .

Tawfiq dan seorang anak lelaki mereka  adalah pemilik bermanfaat Iron Rhapsody, menurut CAD.

 Menjawab pertanyaan, Bank Negara mengatakan tidak dapat memberikan respons, karena "terikat dengan protokol antarabangsa untuk berkongsi perisikan mengenai  kewangan".

The Edge juga mengemailkan pertanyaan kepada Zeti tetapi, seperti kebiasaannya , belum mendapat balasan.

 Zeti masih menjadi gabenor Bank Negara pada tahun 2015 dan hanya bersara pada bulan April 2016.

Akaun bank dengan sendirinya tidak menjadi masalah.

Beberapa aliran masuk ke dalam akaun tersebut memicu amaran laporan transaksi mencurigakan (STR). Urus niaga ini berlaku pada tahun 2008 dan 2009 dan amaran STR hanya ditandakan kepada Bank Negara pada tahun 2015 dan 2016 oleh CAD, setelah penyiasatan di sana, bersama-sama dengan di Malaysia, Switzerland dan AS, pihak penyiasat melancarkan siasatan mengenai pencurian dan pencucian berbilion dolar milik 1MDB.

Siasatan tersebut dicetuskan oleh pendedahan yang diterbitkan dari Mac 2015 oleh The Edge, Sarawak Report dan The Wall Street Journal.

Dokumen yang dikongsi oleh CAD Singapura dengan penyiasat Malaysia menunjukkan bahawa Iron Rhapsody menerima sejumlah AS $ 16.22 juta dari syarikat / akaun bank Low Taek Jho, atau Jho Low:

1) 18 Jun 2008: US $ 7.42 juta dari akaun bank Butamba Investments Ltd di RBS Coutts Singapore. Jho Low adalah pemilik benefisial Butamba Investments, yang terlibat dalam perjanjian tanah RM3 bilion pada Mei 2008 dengan Khazanah Nasional Iskandar

2) 21 Mei 2009: AS $ 0.732 juta diterima dari akaun firma guaman Jho Low, Shearman & Sterling di Citibank di AS. Jabatan Kehakiman AS telah menamakan Shearman sebagai firma yang digunakan Jho Low untuk mencuci wang yang dicuri dari 1MDB;

3) 1 Jun 2009: US $ 0,567 juta dari akaun Acme Time Ltd di RBS Coutts Singapore. Jho Low adalah pemilik AcmeTime yang bermanfaat;

4) 17 Disember 2009: AS $ 6.25 juta diterima dari akaun firma guaman Jho Low, Shearman & Sterling di Citibank di AS; dan

5) 18 Dis 2009: AS $ 1,25 juta diterima dari akaun Asset Central Holdings Ltd di RBS Coutts, Singapura. Jho Low adalah pemilik benefisial Asset Central.

CAD Singapura telah mengesahkan bahawa sumber wang dalam urus niaga 2, 3, 4, 5 berasal dari keuntungan yang dibuat oleh Jho Low dan kumpulan dari pembatalan bon 1MDB / TIA (Lembaga Pelaburan Terengganu) bernilai RM5 bilion yang diatur oleh AmBank pada Mei 2009 .

Jho Low dan lain-lain, melalui Aktis Capital Pte Ltd, Acme Time and Country Group Private Securities Ltd, memperoleh keuntungan lebih daripada RM600 juta dari penggulungan bon 1MDB.

Selain daripada perjanjian di atas antara Tawfiq Ayman dan Jho Low, kedua-duanya juga dipercayai sebagai rakan kongsi dalam sebuah syarikat yang ditubuhkan Jho Low pada bulan Julai 2007, yang disebut Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Corp (ADKMIC) (lihat The Edge Malaysia, Issue 1071 , 15 hingga 21 Juni 2015: “Jho Low berperanan sebagai boneka kepada 1MDB untuk mendapatkan berbilion-bilion untuk kesepakatannya”.)

Dokumen yang dilihat oleh The Edge menunjukkan bahawa pegawai bank BSI Yak Yew Chee - yang dipenjara di Singapura kerana bersubahat dengan Jho Low dalam transaksi jenayah berkaitan 1MDB - telah memberitahu CAD bahawa "ketika ADKMIC digabungkan (17 Julai 2007), ada enam tujuh pemegang saham, termasuk Jho Low dan Datuk (Tawfiq) Ayman - suami Dr Zeti, gabenor Bank Negara ”.

Siasatan CAD juga mendapati bahawa, antara bulan Jun 2011 hingga September 2013, sejumlah AS $ 153 juta telah dipindahkan ke akaun bank ADKMIC di RBS Coutts Singapore dari akaun bank Good Star Ltd di RBS Coutts, Switzerland.

Good Star dimiliki oleh Jho Low dan, pada bulan September 2009, telah menerima AS $ 700 juta secara haram dari 1MDB. AS $ 700 juta berasal dari bon RM5 bilion yang diterbitkan 1MDB pada Mei 2009 dengan bantuan AmBank.

Bon yang dijamin kerajaan membayar kupon besar sebanyak 5.75% dan dijual dengan potongan harga oleh AmBank kepada Jho Low dan rakan-rakannya melalui syarikat-syarikat di Singapura dan Bangkok dan kemudian segera menghantar kepada pelabur institusi di Malaysia untuk keuntungan yang dianggarkan melebihi RM600 juta ( lihat The Edge Malaysia, Edisi 1271, 17 hingga 23 Juni 2019: "Dua rakyat Malaysia, selain Jho Low, mendapat keuntungan daripada pertukaran bon 1MDB").


PATUT LA ATOK LANTIK NENEK INI JADI PENASIHAT KERAJAAN...ATOK TAU KISAH NI RUPANYA...PATUT JUGA LAH TAK MAHU ANWAR AMBIL ALIH..SEBAB ADA KES BESAR...

 

Singapore Police Force Has Confirmed That Malaysia Zeti Husband Received Money From Jho Low – Flipping of The RM5 Billion 1MDB Bonds

HOW much did Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz know about the bank account in Singapore that belonged to her husband Datuk Dr Tawfiq Ayman?

According to documents and correspondences sighted by The Edge, the Commercial Affairs Department (CAD) of the Singapore Police Force had in 2015 and 2016 shared information with Bank Negara Malaysia about suspicious transactions involving Iron Rhapsody Ltd, which had a bank account at UBS in Singapore.

Tawfiq and a son are beneficial owners of Iron Rhapsody, according to CAD.

In reply to a query, Bank Negara said it was unable to respond, as it was “bound by the international protocol for sharing of financial intelligence”.

The Edge also emailed a question to Zeti but, as at press time, had not received a reply.

Zeti was still Bank Negara governor in 2015 and retired only in April 2016.

The bank account by itself was not the issue.

It was several inflows of money into that account that triggered the suspicious transaction report (STR) alerts. These transactions took place in 2008 and 2009 and the STR alerts were flagged to Bank Negara only in 2015 and 2016 by CAD, after investigators there, together with those in Malaysia, Switzerland and the US, launched probes into the theft and laundering of billions of dollars that belonged to 1MDB.

The probes were triggered by exposés published from March 2015 by The Edge, Sarawak Report and The Wall Street Journal.

Documents shared by Singapore’s CAD with Malaysian investigators showed that Iron Rhapsody received a total of US$16.22 million from companies/bank accounts of Low Taek Jho, or Jho Low:

1) June 18, 2008: US$7.42 million from Butamba Investments Ltd’s bank account at RBS Coutts Singapore. Jho Low is the beneficial owner of Butamba Investments, which was involved in a May 2008 RM3 billion land deal with Khazanah Nasional Iskandar Malaysia (see The Edge Malaysia, Issue 1057, March 9 to 15, 2015: “How Jho Low made RM400 million by quick flip of Iskandar land deal”);

2) May 21, 2009: US$0.732 million was received from Jho Low’s US law firm Shearman & Sterling’s account in Citibank in the US. The US Department of Justice has named Shearman as a firm that Jho Low used to launder money stolen from 1MDB;

3) June 1, 2009: US$0.567 million from Acme Time Ltd’s account at RBS Coutts Singapore. Jho Low is the beneficial owner of AcmeTime;

4) Dec 17, 2009: US$6.25 million was received from Jho Low’s US law firm Shearman & Sterling’s account in Citibank in the US; and

5) Dec 18, 2009: US$1.25 million was received from Asset Central Holdings Ltd’s account at RBS Coutts, Singapore. Jho Low is the beneficial owner of Asset Central.

Singapore CAD has confirmed that the source of the money in transactions 2, 3, 4, 5 originated from profits made by Jho Low and cohorts from the flipping of the RM5 billion 1MDB/TIA (Terengganu Investment Authority) bonds arranged by AmBank in May 2009.

Jho Low and others, via Aktis Capital Pte Ltd, Acme Time and Country Group Private Securities Ltd, made more than RM600 million in profits from the flipping of the 1MDB bonds.

Aside from the above dealings between Tawfiq Ayman and Jho Low, the two were also believed to be partners in a company that Jho Low set up in July 2007, called Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Corp (ADKMIC) (see The Edge Malaysia, Issue 1071, June 15 to 21, 2015: “Jho Low plays puppet master to 1MDB to get billions for his deals”.)

Documents sighted by The Edge showed that the BSI banker Yak Yew Chee — who was jailed in Singapore for abetting Jho Low in 1MDB-related criminal transactions — had told CAD that “when ADKMIC was incorporated (July 17, 2007), there were six to seven shareholders, including Jho Low and Datuk (Tawfiq) Ayman — husband of Dr Zeti, governor of Bank Negara”.

CAD investigations also found that, between June 2011 to September 2013, a total of US$153 million was transferred to ADKMIC’s bank account in RBS Coutts Singapore from Good Star Ltd’s bank account in RBS Coutts, Switzerland.

Good Star is owned by Jho Low and had, in September 2009, illegally received US$700 million from 1MDB. The US$700 million came from the RM5 billion bonds that 1MDB issued in May 2009 with the help of AmBank.

The government-guaranteed bonds paid a hefty coupon of 5.75% and were sold at a discount by AmBank to Jho Low and collaborators via companies in Singapore and Bangkok and then immediately flipped to institutional investors in Malaysia for a profit estimated at more than RM600 million (see The Edge Malaysia, Issue 1271, June 17 to 23, 2019: “Two Malaysians, besides Jho Low, benefited from 1MDB bond flip”).

LA...APA PUNYA KERAJAAN ...SELAIN ZALIM IANYA JUGA MEMPERMAINKAN ISU YANG TIDAK DAPAT DISELESAIKAN...WALAUN PUNYA LA SERONOK

 

Gempar! Zuraida dedah kes Adib telah ditutup


Gempar! Zuraida dedah kes Adib telah ditutup



Kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim sudah ditutup tetapi akan dibuka semula jika terdapat bukti baharu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan kini akan memberi fokus terhadap keperluan keluarga Allahyarham Muhammad Adib.

“Itu yang saya difahamkan tetapi mungkin mereka (pihak berkenaan) belum mengumumkan (kes berkenaan ditutup) dan melihat bagaimana kita dapat membantu keluarga Adib,” katanya ketika ditemui media pada Program Jelajah Ampang Prihatin di Kuala Ampang di sini pada Sabtu.