NAK AMBIL PENANG BUKAN MUDAH SEPERTI MENGAMBIL JANDA ORANG- MENTERI KENA BERSARA DIINGATKAN

 


Kedah mahu ambil Pulau Pinang: Adakah Kedah mahu DAP jadi MB?


Pas disifatkan membuat angan-angan Mat Jenin apabila mahu Pulau Pinang dipulangkan kepada Kedah kembali kononnya selepas pajakannya tamat sebagai Hong Kong.

Bekas menteri Pas yang ditamatkan perkhidmatan selepas perdana menteri bertukar Datuk Dr Khairudin Aman Razali berkata, Pulau Pinang perlu dikembalikan kepada Kedah.

“Apabila berakhir tempoh pajakan Hong Kong, maka kembalikan Hong Kong menjadi milik China. Pulau Pinang macamana?” tanya bekas menteri Pas itu.

Bagi aktivis Husin Jan, sejak Pas ambil alih kerajaan di Kedah bukan melalui pilihan raya, perkara yang selalu diungkitnya ialah nak ambik semula negeri Pulau Pinang kembali duduk dalam negeri Kedah.

“Angan-angan Mat Jenin ini selalu diwirid-wiridkan apabila ada isu besar dalam negara dan kegagalan pihak kerajaan urus tadbir yang ada Pas.

“Depa nak alih isu, macam-macam yang depa cakap termasuklah nak belat sungai supaya orang Pulau Pinang tak dapat ayaq. Ini semua kerja gila dan tak masuk akal,” tulis Husin.

Kataya, isu sekarang adalah, Pas yang sebahagian daripada kerajaan di Putrajaya luluskan cabutan judi sebanyak 22 kali.

“Isu cabutan judi ini Pas dikritik hebat kerana parti itu sering mendakwa memperjuangkan Islam, mahu mendaulatkan Islam dan menegakkan negara Islam. Apa yang berlaku sebaliknya bila Pas jadi kerajaan jumlah cabutan judi bertambah,” katanya.

Sehubungan itu, Pas diminta mengira jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan Kedah ketika membuat angan-angan mat jenin ketika mahukan negeri itu kembali kepada Kedah.

“Ini kerana, jumlah kerusi DUN Pulau Pinang jauh lebih tinggi berbanding Kedah dan jika negeri itu bergabung nescaya DAP yang memerintah Kedah,” katanya.

Sehubungan itu, bekas menteri yang dihentikan, Datuk Dr Khairudin Aman Razali, diminta mengira jumlah kerusi DUN di kedua-dua negeri.

“Cer Bang Khai kira jumlah kerusi dun dalam Pulau Pinang dicampur kerusi dun di Kedah siapa yang akan jadi kerajaan jika angan-angan Mat Jenin nak ambik semula Pulau Pinang jadi kenyataan.

“Sejak MOU ni mungkin Pas nak Kedah pulak berketuakan Dap jadi MB Kedah.

“Sudah-sudah la sembang deraih. Kalau nak sembang deraih mana boleh lawan oghang Kedah. Angin pon depa boleh tangkap boh dalam botoi… Habaq hang,” kata Husin

No comments: