ELOK...KETIGA TIGA OARTI MELAYU TAK BERGUNA NI AKAN BEREBUT SESAMA SENDIRI-PADAN MUKA MELAYU..

 


’35 kerusi untuk Bersatu sudah kira lebih’

Bersatu boleh dipertimbangkan bertanding kira-kira 29 peratus iaitu 35 daripada 122 kerusi Parlimen yang bermajoriti Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Timbalan Pengarang Mingguan Malaysia, Zulkifli Jalil berkata, jumlah itu dianggap sudah maksimum mengambil kira kawasan Parlimen yang boleh dimenangi atau tidak oleh Umno dan Pas.

“Ada kawasan yang saya anggarkan, daripada 122 kerusi Parlimen yang bermajoriti Melayu boleh difikirkan contohnya kira-kira 35 kerusi diperuntukkan kepada Bersatu.

“Itu sudah kira lebih. Kalau dapat yang sekarang ini pun sudah memadai,” katanya dalam rencana, “Siapa selamatkan Muafakat Nasional?” di Mingguan Malaysia hari ini.

Untuk rekod, Umno pada masa ini memiliki 38 kerusi Parlimen diikuti Bersatu (31) dan Pas (18).

Dalam masa sama, Zulkifli berpendapat adalah tidak bijak apabila menetapkan agihan negeri kepada mana-mana parti dalam Umno, Pas dan Bersatu.

“Jangan hendaknya ada sebutan yang negeri ini untuk Pas, negeri ini untuk Umno, negeri ini untuk Bersatu. Itu tidak bijak,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan pendekatan tali tiga sepilin digunakan iaitu adanya penglibatan ketiga-tiga parti tersebut.

Bahkan, beliau mengakui akan muncul masalah pada PRU-15 nanti sekiranya pendekatan itu tidak digunapakai.

Contohnya, kata Zulkifli, di Kelantan walaupun diakui wilayah pantai timur Semenanjung itu sebagai ‘negeri Pas’.

“Untuk Pas majoriti, tapi selingan bawahnya ada. Ya, itu baru kita boleh letakkan tungku tiga sejerang tadi.

“Tungku tiga sejerang ini masaklah gulai. Kalau tidak, kita menjadi masalah,” katanya lagi.

No comments: